Friday, March 16, 2012

Gua rasa enjoy.



Itu hari gua pergi main dekat Bukit Gambang Water Park memang gila-gila. Semua game serious gila. Tapi satu game nie serious gila-gila. HAHA. Serious. Gua rasa kurang sopan asik sebut perkataan 'gila'. Maaf.

Kalau game lain, gua main, first time jer gua cuak teramat. Masuk second, third time, gua rasa enjoy sangat. Tapi, game yang atas nie, gua tak tau apa nama dia. Yang pasti gua kena meluncur gelongsor itu sambil meniarap. Tak kira lah, first time ker, second time ker, third time ker, still jantung gua rasa macam tertinggal dekat belakang. Woah woah! Tapi, satu benda, game nie lah yang paling buat gua rasa addicted. Lepas main, rasa nak main lagi. HAHAHA.

Jom gua kasi zoom sikit satu gambar.

Haa. Itu gua yang sedang leading. Bila landing, gua tengok, dua jejaka, adik lelaki dan adik sedara lelaki gua dah ke depan. Besar betul inertia mereka. HAHAHA.

Selepas sahaja keluar dari medium cecair ke darat, gua terus cari makanan. Gua lapar beb dah rendam dalam air lama-lama. Selain itu juga, gua cari handphone dengan pantas. AHAHA. Berdasarkan gambar, multi-tasking jugak lah gua ini rasanya.

Serious. Gua rasa enjoy gila sangat, lagi-lagi bila enjoy itu adalah apabila gua bersama dengan keluarga. Balik bilik, gua sunburn habis. Muka mengalah kan orang pakai blusher. Biarkan saja. Beberapa hari kemudian, kulit muka gua mengelupas. Biasalah, nak buang kulit yang sunburn itu mungkin. Maka, gua biarkan saja. Dan sekarang, normal. Gua rasa lega. Syukur.

Abaikan baju Angry Bird sebab gua pinjam baju adik gua. Gua tak bawak baju yang mencukupi untuk dibasahkan ke hotel.

0 comments:

Post a Comment

Sebijik comment anda amatlah berharga untuk saya.