Siang tadi, aku baru sahaja habis seminar Parenting. Parenting adalah salah satu subject WAJIB ambil oleh semua pelajar UIA before grad. See. Betapa syabas nya UIA nak suruh kami orang prepare awal-awal sebab diorang dah tahu budak-budak UIA nie lepas kahwin beratur yang tunggu nak kahwin. HEHE.
As usual, setiap hari Isnin - Jumaat, kelas aku start pukul 8.00 am. So, aku sangat berharap pada hari weekend tiada yang mengganggu aku untuk bangun lambat. he he. Tapi, apa kan daya, seminar start pukul 8.30 am, morning person again today. Sob sob.
Jujur, untuk yang 1st session, aku tidur. Eh, tertidur sebenarnya. HEHE. Mula-mula aku follow jugak. Sampai slide yang ketiga or keempat aku tak ingat, tapi slide tuh pasal "Don't eat when you are angry", aku tertidur pula. Bukan sebab talk tuh tak best. Topic dan ustaz tuh best jer. Cuma, macam aku cakap, bila weekend, I am really not a morning person. So, benda seronok macam mana pun, aku akan tertidur juga. Yang pasti tak sampai separuh talk pun lagi lah aku dah kruh krah kruh krah. HAHAHA.
Aku sedar-sedar jer orang dah bangun daripada kerusi. Itu pun aku terjaga sebab terdengar seruan, "Jom makan! Jom makan!", iaitu pada pukul 10.00 am time tea break. Hameekkk. Dengar makan jer segar terus kau en Izzani. HAHA. Makanan dah lah sedap!
& aku sangat ternanti-nanti untuk 2nd session. Serius. Aku dah aim, untuk 2nd session mesti best. Tengok sajalah topic dia. LGBT (Lesbian Gay Bisexual Transexual).
Seperti yang aku sangkakan, 2nd session sangat best! Disebabkan itulah aku tergerak untuk menulis entri ini. Dengarkan.
* * *
Dia dulu seorang maknyah, juga seorang penagih dadah,
tapi kini dia seorang ustaz yang dipanggil "Haji" oleh orang sekelilingnya.
Dia dulu memakai, berfesyen ala wanita,
tapi kini lengkap berjubah putih serta kopiah di kepala.
Dia dulu terasa kosong dalam diri dan hidupnya,
tapi kini dia lah pencari ilmu agama yang tegar.
Dia dulu duduk di lorong-lorong,
tapi kini dia lah yang mengimarahkan surau dan masjid, rumah Allah.
Allahuakbar.
Aku sangat tersentuh mendengar cerita dia.
Katanya, dia tidak meminta untuk menjadi begitu dahulu. Kisahnya bermula semasa dia kecil, dia suka bermain dengan perempuan, main masak-masak dan sebagainya. Malah, semasa sekolah, dia tidak akan masuk ke tandas lelaki sekiranya ada lelaki di dalam tandas itu. Dia berasa segan katanya. Dia akan tunggu sehingga tandas lelaki itu kosong, tiada orang, barulah dia akan pergi. Kecenderungan sejak kecil itu terbawa-bawa sehingga dia dewasa. Dia mula berasa cenderung untuk menjadi wanita.
Ibu bapa malah seluruh adik-beradik nya tidak dapat menerima diri dia seperti itu. Dia berasa kosong. Hingga tiga kali dia mengulang perkataan itu tadi. Katanya, "Saya berasa sangat kosong. Kosong. Kosong." Bukan dengan nada lagu Najwa Latif, tapi dengan nada sebak suaranya mengulang perkataan itu.
Oleh itu, dia mengambil keputusan untuk berada bersama-sama dengan sahabat-sahabat yang sama seperti nya. Di lorong-lorong. Pada awalnya, dia tidak tahu pun di lorong itu boleh memberi sumber duit, asalkan pakai cantik-cantik, asalkan pandai layan pelanggan. Dia cuma berada di sana untuk mencari teman yang faham akan apa kehendak hatinya. Tempat untuk dia meluahkan segala yang terbuku di hatinya.
Walaupun sudah berteman, dia masih tidak merasakan kepuasan dalam jiwa nya. Jiwa dia masih kosong. Langkah seterusnya, dadah. Dia mengambil keputusan untuk ambil dadah. "Ya. Dadah itu dapat memberi kepuasan kepada saya. Tapi hanya lah sementara", kata beliau.
Jiwanya masih kosong.
Sehinggalah satu hari, besoknya Maulidur Rasul. Dia terfikir sendirian.
"Apa yang aku lakukan ini?" "Apa yang aku dapat?" "Sampai bila aku harus begini?" "Aku juga ingin berkeluarga, ingin mempunyai anak seperti lelaki lain di luar sana."
Lalu dia bertekad, mulai besok, dia hendak cuba untuk tinggalkan semua ini. Semua lah. Dadah, maknyah. Segala benda. Dan tekadnya juga, dia hendak cuba solat lima waktu sehari selama 44 hari. "Hampir 20 tahun atau lebih saya meninggalkan solat".
Dalam tempoh 44 hari itu, dalam tempoh dia sedikit-sedikit berubah itulah dia mendapat petunjuk daripada Allah, malah, pihak JAKIM, ustaz-ustaz, orang-orang masjid mula mendampinginya dan membimbingnya. Lalu dia memilih jalan untuk berubah. "Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah". Juga perkataan yang keluar dari bibirnya dan diulang banyak kali.
* * *
Berikut merupakan kisah beliau yang aku dapat kongsikan pada entri kali ini. Aku yang sedang mendengar juga asyik mengulangi, "Allahuakbar". Besar sungguh kekuasaan Allah. Dan kuat sungguh hamba-Nya itu melalui liku hidup, dicaci, dibenci, dihina, oleh orang sekeliling, tapi masih mampu berdiri untuk teruskan hidup dalam jalan Allah.
Kini, dialah yang sering dan paling mudah mendekati kelompok-kelompok maknyah di luar sana dan dia sedang cuba untuk membimbing sahabat-sahabat nya yang lain itu untuk juga berubah. Dia mengaku, proses ini mengambil masa yang lama, tapi setidaknya, dia hendak mencuba.
Satu kejayaan dia, dia dapat bawa sahabat-sahabatnya yang lain itu untuk sama-sama menunaikan solat Jumaat di masjid.
Aku sebenarnya nak tulis panjang lagi, especially tentang bagaimana kita hendak mendekati golongan ini, apa yang patut kita buat sebagai seorang Muslim yang harus sentiasa membimbing dan membantu orang sekeliling, dan paling penting sekali, dari segi sosial, bagaimana kita harus mengubah persepsi kita terhadap golongan-golongan seperti ini.
Mungkin dalam entri seterusnya kot.