Assalamualaikum.
Aku sebenarnya nak tulis tentang PRU13 yang baru lepas ini. Almaklum lah, first time voter, keterujaan itu melimpah ruah sikit. Lagi pula bila banyak isu yang bikin gua panaaaaasss aja. So, isu isu panas itu tidak boleh tulis sekarang. Nanti gua tidur pun tak senang. HAHA.
Jadi, untuk malam ini, aku cuma nak tulis isu yang tidak kurang panas nya pada masa sekarang. Korang tau apa? Ya. Korang tau.
P.E.R.K.A.U.M.A.N. Kalau korang tak faham bahasa Melayu, this is what we call as R.A.C.I.S.T.
Aku sebenarnya
tidak tahu & tidak faham dari celah mana datangnya isu ini
macam lah kita tak ada Perlembagaan Malaysia
macam lah kita tak ada Majlis Raja-Raja Melayu
yang cepat nak menggelabah buat apa?
kalau dah lupa, kembali buka semula buku sejarah.
Utusan semalam mengeluarkan muka surat depan yang bertajuk, 'Apa lagi cina mahu'. Aih. Surat khabar ini bila nak insaf aku tak tahu. Berapa kali nak kena saman nie haa?
Tak kurang hebat juga TV semasa pembentangan keputusan PRU13 yang hanya mempamerkan keputusan BN dan DAP sahaja. Kononnya hendak menakut-nakutkan rakyat lah tengok DAP banyak menang. Yang PKR dan PAS, sampai pagi-pagi pun tak keluar-keluar keputusannya. Tak payah lah. Bagi rakyat yang inginkan perubahan, tidak kira parti apa pun dalam Pakatan Rakyat itu, asalkan mana-mana parti menang, kami tetap tepuk tangan.
Ingin diingatkan semula, kalau kita ingat, masa sekolah cikgu ajar sejarah (cikgu Sejarah aku cikgu India & aku sangat suka cara dia mengajar. Walaupun dia India, dia dapat terangkan tentang Islam & Melayu dalam buku sejarah itu dengan cukup baik). Sambung. Dalam buku Sejarah ada kata, beberapa isu sensitif yang patut dielakkan adalah seperti sentimen keagaamaan, termasuklah juga sentimen perkauman.
Haa. Tengok tengok. Siapa yang main isu sensitif sekarang?
Sekarang, bila orang kata, "Hey. Tengok tuh. Cina dah macam nak berkuasa jer dekat Malaysia. Tsunami Cina lah bla bla bla..."
Jawapannya, kembali semula kepada sistem Perlembagaan & Majlis Raja-Raja Melayu yang kita ada.
Sentuh tentang isu DAP. Dalam Pakatan Rakyat, DAP mempunyai paling banyak kerusi iaitu 38 kerusi di Parlimen. Sekarang ini bukan isu Cina nak memberontak, beralih kepada Pakatan ke apa. Sekarang ini isunya, rakyat Malaysia sendiri yang sudah beralih untuk menolak kerajaan yang tidak bersih.
Contohnya. Sesetengah tempat hanya mempertandingkan parti BN & DAP. Bagi rakyat Malaysia, tidak kira dari bangsa apa pun, hatta Melayu sekali pun, bagi mereka yang sudah mula sedar, akan memilih parti DAP. Kata mereka, ABCD (Asalkan Bukan Cap Dacing).
Contoh untuk sebaliknya. Di kawasan yang mempertandingkan calon PKR (Melayu) & BN (Cina), juga tidak kira dari bangsa apa pun, hatta Cina sekali pun telah memilih calon PKR (Melayu) tersebut. Sekali lagi, ABCD. Lantas memperlihatkan calon PKR (Melayu) tersebut telah menjadi pilihan rakyat. Misalnya, di kawasan Parlimen Pandan, Rafizi Ramli (PKR) vs. Gary Lim (BN) yang memperlihatkan Rafizi Ramli menang dengan majoriti 26, 729.
Ada juga di beberapa kawasan yang meletakkan calon Melayu mewakili parti DAP. Contohnya, tiga calon Melayu DAP menang di tiga kawasan iaitu, DUN Mentakab, Parlimen Bukit Bendera, dan Parlimen Raub.
Adakah ini dikatakan perkauman? Tidak. Ini sebenarnya membuktikan rakyat Malaysia sudah mula sedar.
Isu kedua, anda takut jika Cina banyak kerusi, hidup Melayu tidak terbela?
Pernahkah anda mengkaji, kenapakah Lim Guan Eng (setiausaha agung DAP), ditangkap di bawah ISA dan dipenjarakan di Penjara Kajang pada Ogos 1998? Pernah anda ambil tahu? Pernah anda terfikir untuk ambil tahu?
Untuk makluman, beliau dipenjarakan kerana membela nasib seorang gadis MELAYU yang dikatakan telah dirogol oleh Ketua Menteri Melaka pada masa itu. Untuk menegakkan keadilan terhadap anak gadis MELAYU ini, beliau sanggup dipenjarakan. Masih lagi kah kita ingin mengatakan Cina racist?
Bukti lain. Sejak Pakatan Rakyat memegang pucuk pimpinan di Pulau Pinang, pernah anda lihat naik turun dasar ekonomi di sana? Jangan lah hanya layan berita. Berita TV, surat khabar, semua itu telah di hypnotized.
Melalui hasil bumi Pulau Pinang, ketika BN memerintah, mereka mensasarkan Belanjawan 2008 mengalami defisit sebanyak RM35 juta, tetapi sebaik sahaja PR mengambil alih pimpinan, belanjawan negeri mengalami lebihan defisit sebanyak RM88 juta. Bagi Belanjawan 2009 pula, mereka menganggarkan defisit sebanyak RM40 juta, dan sekali lagi negeri tersebut memberikan lebihan defisiti iaitu sebanyak RM77 juta. Lihat. Bila mana tiada nya rasuah, tiada nya cronyism, dan sebagainya.
Orang kata Pulau Pinang Cina pegang, Islam dan Melayu tidak terbela. Lihat dan baca fakta ini. Pada Belanjawan 2008, kerajaan BN memberi peruntukan untuk hal ehwal Islam di Pulau Pinang sebanyak RM12.5 juta. Sebaik pemerintahan bertukar kepada PR, kerajaan Pakatan telah menambah peruntukan bagi Belanjawan 2009 sebanyak RM20.5 juta. Peruntukan untuk hal ehwal Islam di Pulau Pinang kian bertambah dalam pembentang Belanjawan 2010 iaitu sebanyak RM24.3 juta. Peruntukan ini adalah peruntukan paling banyak yang pernah dinikmati oleh institusi Islam di Pulau Pinang. Kerajaan Pakatan juga memberi pengiktirafan kepada para huffaz dengan memberi peruntukan sebanyak RM1.5 juta setiap tahun kepada sekolah-sekolah agama rakyat.
Ini yang anda kata tidak membela Melayu & Islam?
Ini baru Pulau Pinang yang kebanyakannya bangsa Cina. Kalau rajin, cuba kaji selidik lagi negeri-negeri lain yang berada di bawah pemerintahan kerajaan Pakatan. Bukan susah. Google aja. Ala, tengok Running Man beratus-ratus episod boleh, takkan nak ambil tahu pasal negara sendiri pun tak boleh. Kan?
Kalau cerita Nujum Pak Belalang ada bagi satu teka-teki. Di mana letak nya kekuatan Hang Tuah? Pada kerisnya kah? Pada namanya kah?
Ya. Cuba kita lihat pada nama.
DAP - Democratic Action Party (Parti Tindakan Demokratik)
bandingkan dengan,
MCA - Malaysian Chinese Association (Persatuan Cina Malaysia)
Eh? Aku tak nampak pun ada nama apa-apa bangsa dalam DAP tuh. Siapa yang lagi racism sekarang ini ya?
Sudah lah. Jangan dilayan sangat orang-orang yang hendak membolak-balikkan kita ini. Mereka hendak buat isu perkauman. Biar. Biarkan mereka. Kononnya 13 Mei akan berulang. Biar. Biarkan mereka. Orang Cina Malaysia ini pandai-pandai. Mereka berubah kerana mereka sudah sedar. Mereka sama macam kita semua, menuntut kerajaan yang bersih, tiada rasuah, dan tidak merompak harta rakyat. Bukannya hendak berkuasa untuk memerintah Malaysia. Mereka tahu kedudukan mereka.
Jadi rakyat Malaysia tidak kira apa bangsa sekali pun, bertenang yer. Bertenang. Doa, doa banyak-banyak supaya satu hari nanti, kemenangan rakyat akan terbukti juga.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment
Sebijik comment anda amatlah berharga untuk saya.