Friday, May 3, 2013

Professionalism itu di mana?

Satu hari, bila tahu tiba-tiba jadi sebahagian jawatankuasa dalam satu event besar. Aku rasa aku tak pernah ditanya, tak pernah isi borang, tak penah bagi nama untuk jawatan itu. Mungkin disebabkan sedikit pengalaman yang aku ada, nama aku juga tercatat sekali.

Tak apalah. Soal kerja. Bukan susah sangat. Lagipun banyak kawan-kawan tolong support, sebab itu aku yakin boleh pergi dengan kerja itu.

Tapi, aku berfikir soal keadilan. Pihak atasan dengan tidak semena-mena decide sesama mereka untuk pilih committee. Aku fikir, mana keadilan untuk semua kawan-kawan kita. Mereka juga ahli kita. Mereka juga mahu jadi sebahagian dari kita.

Lalu aku mula bertanya pada pihak atasan.

"Bila korang pilih committee ya? Bila korang decide nak buat event nie ya? Kenapa aku dan juga ahli-ahli yang lain tak tahu pun korang ada pilih committee? Bukan event ini under kita semua, kenapa sebahagian sahaja yang berhak untuk pilih committee. Bila orang lain tanya aku macam mana, aku cuma tahu jawab, "Aku pun tidak tahu". Dan cadangan aku, kita bagi lah kertas minta diorang tulis nama siapa yang nak jadi."

Bila aku tanya dan bagi pendapat begini, ada sesetengah pihak salah anggap. Fikir aku kata cara diorang salah lah. Fikir aku macam tegur kerja diorang lah. Salah kah bertanya?

Bidasan yang aku dapat.

Macam nie ea. Dalam pertemuan main board last meeting hari tuh (lepas jumpa penasihat), kami (mainboard) dah decide biar main board jer yang handle event nie since lepas nie tak ada event yang main board akan involve directly. Berkenaan dengan tarikh, tak ada keputusan tetap lagi yang kami buat. Committee pula dah sah sah diterajui oleh main board itu sendiri. Tujuan kami kerana kami tidak mahu membebankan biro-biro yang lain.

Jadinya, untuk sub biro, pilih jer lah siapa-siapa pun. Sebagai manusia, kami tak sampai hati nak minta orang lain buat kerja tiba-tiba. Melainkan kalau dah ada hitam putih, dia bertanggungjawab untuk itu ini, kami berani minta tolong. Ini tidak. Pick pick macam itu sahaja.

* * *
Sehinggalah hari event bakal menjelang tiba. Semua orang buat kerja masing-masing. Bagus. Aku puji. Full rehearsal. Raaamaaaaiii tak datang. Full rehearsal jadinya khas untuk pengacara majlis dan persembahan sahaja. Habis itu, aku dah buat kerja aku, kawan-kawan aku dah siapkan video, dah cari lagu, tup tup, sampai-sampai, tukang bawa laptop tak ada, lcd tak ada, screen tak ada. Aku nak rehearse video pakai apa? Nak pancar pakai apa?

Tak apa lagi. Relax ajer lah. Besok sempat lagi. Pagi-pagi lagi aku celik mata, sampai venue, head com pun tak ada. Dah, sekali lagi. Aku nak rehearse video aku pakai apa? laptop tak ada, lcd tak ada, wayar audio kejadah mana? Pihak tempat berurusan datang jumpa. Nak apa lagi? Yang ini nak letak mana? Mic nak berapa? Tukang yang sepatutnya jawab masih tidak datang lagi. Aku juga kah kena jawab? Tahu pulak aku pasal mic, pasal wayar dan sebagainya. Bila orang yang datang sampai, baru nak minta itu ini, yang kena marah dengan pihak sana adalah kami.

Last-last satu video pun tak sempat rehearse.

Masa event, ambil, kelam kabut bila tutup lampu, bila buka lampu, bila play video, bila tidak.

* * *

Selesai event, aku tegur. Aku mula dengan bertanya, "Siapa ya yang uruskan hal ini ini semalam? Kita ada silap sikit lah.". Cukup sekadar menjawab jawatankuasa apa. Aku tak perlu dan tak nak tahu pun siapa yang uruskan dan tak minta pun siapa yang mengaku. Bahkan dalam kepala aku juga tiada nama siapa-siapa sebab aku memang tidak tahu menahu.

Tapi, unfortunately, ada pihak yang ter-mengaku, ditambah pula dengan soal jawab sahabat lain, nampak seperti aku berdiri untuk nak salahkan siapa-siapa.

Tidak.

Aku berdiri cuma mahu berpesan. Perkara-perkara seperti ini boleh terjadi disebabkan beberapa faktor. Sebab itu aku berpesan kepada semua, selepas ini, jika kita bertanggungjawab untuk menguruskan sesuatu event, sila datang waktu rehearsal, sila bagi full commitment sewaktu rehearsal, semasa hari kejadian, sila datang awal. Untuk semua. Aku bukan berdiri untuk postmoterm ker apa pun. Untuk berpesan. Tidak kira lah kita ketua, sub, sub sub, atau sub sub sub, asalkan terlibat, pada hari event, patut sampai awal.

Tup tap tup tap, orang kata, "Kenapa korang tak bagi kerja dekat semua sekali. Libatkan semua orang? Nampak macam korang jer yang banyak kerja."

Untuk soalan ini, pergi balik scroll naik atas. Baca balik apa jawapan yang aku dapat.

Aku cuma sebahagian jawatan kecil dalam event ini. Bukan hak aku nak suruh orang buat kerja, arah orang sana sini. Mana aku mampu, mana kerja aku, aku buat. Tapi, orang yang sepatutnya buat kerja dia, aku harap buat juga. Jangan susahkan orang lain sebab kita. Dan at least, give some 'Terima kasih' kepada semua yang bekerja. Bukan dengan complain itu ini dan marah tanpa kami tahu sebab kami dimarah.

Assalamualaikum.

0 comments:

Post a Comment

Sebijik comment anda amatlah berharga untuk saya.