Saturday, December 22, 2012

Tips top!

Another good story for today!

Victoria's Secret Fragrance Mist dah SOLD OUT. Weeeehaaaaa. Yaaahooooo! Mula-mula dulu wonder juga, boleh ker nie Izzani? boleh ker? yakin ker? Mula-mula 30 botol, then up jadi 45 botol. Wohoo!

Yakin tak yakin kena yakin jugak lah sebab dah willingly nak membantu kan. So, mari aku share beberapa tips bagaimana hendak berjaya dalam perniagaan. AHAHA.

Amboi nyah, gaya cakap macam kau dah buka business besar-besaran sahaja ya.

Tak ada lah, setakat ini, aku ada pengalaman jual dua benda. Satu car signage which aku open dekat classmates sahaja. Sebab aku sajalah nak bagi mereka semua tampal dekat car masing-masing konon macam bangga sikit lah kami student dentistry batch kelima ada car signage berbondong-bondong datang kelas bawa signage 'DENTAL STUDENT'. haha. Poyo kan Izzani.

Car signage.

Basically aku tak ada masalah sangat nak jual car signage nie coz bagi aku sendiri lah, benda ini macam catchy sikit. Haa, itu dia point kita yang pertama, CATCHY. Kalau kita sendiri lah, kalau tengok benda comel-comel, then selalunya handmade, mesti rasa macam hendak memiliki sahaja kan? Haa, itulah point dia.

Then, untuk Victoria's Secret ini bagi aku ke-catchy-an dia tuh datang pada bau & rupa paras perfume itu sendiri. Bau dia sedap-sedap sahaja. Tak terlalu tak berbau dan tak terlalu wangi which certain people tak suka sebab akan jadi attraction kan kalau wangi sangat. Tentang botolnya pula, sebab botol dia besar and isinya banyak, dengan harga yang alright, orang akan tahu yang perfume itu bakal tahan lama.

Keypoint yang kedua, hendaklah ada sifat TIDAK TAHU MALU. hahaha. Siapa yang tak malu oii. Tapi kena buat tak malu jugak lah nak promote benda-benda dekat orang. Sebagai contoh, Izzani sangat tidak tahu malu menghantar message or pm pada kawan-kawannya di facebook bertanya, "Adakah anda berminat dengan Victoria's Secret Fragrance Mist"? Tapi takpe, tidak tahu malu versi ini bertempat.

Ketiga, JANGAN BUAT ORANG ANNOYYING. Maksudnya, bila kita dah promote dekat orang itu, dia dah tak nak, jangan paksa, jangan di-promote lagi, jangan di pujuk rayu lagi. Kumbang bukan seekor, bunga bukan sekuntum nyah. Nanti dia menyampah, padan muka kau nyah. Then, zaman sekarang ini orang selalu post dekat group-group dalam facebook. Boleh juga, tapi jangan lah sampai hari-hari asyik dok post engkau sahaja dok promote barangan engkau. Orang boleh annoyed juga tau. Jadi, berikan gap-gap masa untuk post barangan anda di situ.

Kemudian, jagalah HUBUNGAN BAIK sesama manusia. Orang selalu faced difficulty dalam menjual barang ini bila orang tak nak bayar lah, orang nak hutang lah, orang minta discount lah. Tapi, syukur Alhamdulillah, setakat ini aku tidak lah mengalami masalah-masalah sedemikian. Yalah, bukannya aku buka business ker apa pun kan. But still, probability untuk facing masalah macam itu mesti ada, but syukur sangat-sangat, everyone are very nice. Dan kita sebagai penjual, kalau customer minta discount, jangan lah pergi marah-marah post dekat facebook dekat twitter marah ada customer minta discount lah apa lah. Kita kena always berpegang pada prinsip, 'Customer always right'. Layan saja. If tak dapat nak bagi discount, cakap baik-baik, bagi senyuman sampai dia cair dan tak mampu minta discount lagi. HAHAHA.

Dan point paling penting. Penting nie. Yang penting memang orang selalu letak last. Kasi effect suspen sikit kan. Dalam apa-apa pun yang kita nak, kita kena selalu BERUSAHA. Tak boleh putus asa. Orang kata, kalau nak, kejar. Maka kejar lah. Apa yang aku belajar, ada satu time aku rasa macam tak yakin dapat habiskan lagi beberapa botol, tapi masa itu aku tau aku tak boleh berhenti berusaha, aku try promote lagi, try bagi tester dekat kawan-kawan yang lain lagi, and Alhamdulillah, selalunya each time aku usaha, mesti dapat jual beberapa botol or at least one or two.

Paling best, on the very first day aku promote, aku dapat jual 11 botol. This is the best experience ever lah untuk aku sebab tak sangka boleh capai tahap tuh.

Kepada pembeli-pembeli, terima kasih banyak-banyak atas sokongan. Kepada semua pihak yang turun padang, tolong sama-sama promote pada member and family korang, thanks a lot! Appreciate you guys! May Allah bless all of you. InsyaAllah.

So now, my responsibility almost done. So, the money will return back to its owner. Hope they will be happy as for me, I am happy for them. Thank you so much sebab bagi peluang dekat saya rasa pengalaman ini. Really appreciate it.

Syukran Jazilan everyone!




Get ready for my baby denture.

Assalamualaikum.

People, my very first denture will be release very soon. HEHE. Cewah, dah macam nak promote barang pule. Excited nyaaa. Teruja tau teruja. HAHA. If korang ada dalam course dentistry nie, you all akan tau betapa terujanya kalian bila denture/ gigi palsu yang korang buat dah siap tau.

Why? Sebab proses nak buatnya saaaangaaaat panjang, saaaaangaaaat lama, saaaaaangaaaat teliti & saaaangaaat memerlukan kesabaran. Actually benda-benda tuh semua berasal dari serbuk & cecair jer which what we call as polymer & monomer. But, how great dari cecair dan serbuk tuh boleh jadi gigi palsu. But people, never forget yang Allah is The Greatest. Even tangan creative mana pun, seriously tak akan jadi secantik ciptaan Tuhan. Mesti ada lack jugak dekat mana-mana.

Currently kita orang ada dekat almost final stage which is stage untuk finishing. Dalam finishing nie, kitorang kena trimming, polishing and bersihkan lah dari segala benda-benda asing. Trimming tuh bertujuan nak buang mana-mana part yang tak perlu, yang akan menyakitkan atau buat patient tak selesa. While, polishing pula bertujuan nak buat denture itu jadi berkilat bergemerlapan ibarat gusi kita. HEHE.

Next Friday going to be the evaluation day. So, doa doa kan lah saya dan kawan-kawan dapat go through the evaluation day dengan cemerlang ya. Terima kasih semua. Will release my baby denture soon. Wait!

Before finishing. Wax up process.


Sunday, December 9, 2012

Future outfit.

This is very very advance wishes. Bila dah sampai masa, please remind me ya.

This is my wishes for my future outfit. HEHE. Tak malu Izzani. Sokayy. Just read it people.

Kalau boleh, tak kisah lah bertunang, bernikah atau during reception day, kalau boleh saya...

Nak pakai baju kurung or dress or anything yang nampak ayu but tak ketat. Tak ketat sampai nampak macam kerengga. Yang fit sangat-sangat tak nak.

Nak pakai tudung bawal as this is me. Tudung bawal is my only bestfriend ever. Tak nak pakai selendang, syria, apa-apa lah selain dari tudung bawal. & kalau boleh tak nak tucked in tudung dalam baju. Macam pelik jer pakai tudung bawal & baju kurung / dress, kemudian tucked in tudung. Err.

Nak pakai very thin make up. Yang simple simple make up dah lah. Kalau tak pakai langsung, nampak suram pula. Tak pengantin lah. HEHE. Make up yang nampak natural. Warna natural. Yang bila orang pandang tak nampak macam ada sebarang bendasing pada muka. Tak terlalu tebal. Nipis nipis sudah.

Tak nak pakai heels yang tinggi tinggi. Nanti jadi sama tinggi dengan pasangan pula. HEHE. Eyh! Bergurau pula :P Tak nak pakai heels yang tinggi sebab tak pandai pakai. Nanti nak salam salam, jumpa orang, photoshoot lari-lari ala hindustan, terpelecot, buat malu jer.

Manusia kadang lupa. Bagi mereka hari perkahwinan adalah hari di mana mereka boleh menjadi raja sehari. Tapi, tak kira dalam keadaan apa sekali pun, kita tidak boleh menjadi raja kepada syari'at Islam hatta raja untuk sehari pun.

I'll remain beautiful in your eyes kan?
Lets make our day wonderful!






Saturday, December 8, 2012

We need to PROPOSE!

Dekat Seminar Room 1, Kulliyyah of Allied Health Science, IIUM
Presentation Leadership & Training in progress
Bentangkan 'Mock Proposal', 3 groups, us, Dentistry

Jadi group yang paling pertama, fuhh nervous juga.
Semalam bukan main berlagak dengan diri sendiri,
"malas lah nak practice", "simple saja tuh", "dia tak tanya macam-macam kot"
Terus tidur.
SEKAAALIII
benda paling simple dalam proposal pun kena tanya.
AHAHA.

Takpe, yang penting, dah settled and group aku done the best
seriously the best.
Thanks groupmate!

Alhamdulillah.
Dah settled. Jom keluar shopping seluar putih, tudung putih & kasut putih.

Untuk apa?
Nanti bagi tahu. HEHE.

Salam.



Monday, November 26, 2012

Andak...dalam kenangan.

Apa yang buat aku tergerak nak post tentang ini adalah kerana apa yang aku belajar hari ini. Banyak input hari ini betul-betul buat aku teringat pada Andak.

Ceritanya bermula masa hari raya Aidilfitri hari tuh, semua ahli keluarga balik kampung, termasuklah andak sekeluarga. Masa itu terkejut sangat sebab nampak andak kurus sangat. Maksud aku badan andak nampak susut sangat daripada sebelum ini. Tertanya-tanya juga kenapa. Tapi, andak ini jenis suka bergurau-gurau dengan anak buah. Dia kata diet lah, tak ambil nasi lah, siap bagi tips lagi dekat anak-anak buah macam mana nak kuruskan badan.

But, dengan orang-orang dewasa, andak cerita lah yang sejak kebelakangan nie andak selalu rasa sakit or pedih dekat hulu hati. Setiap kali lepas makan, mesti rasa sakit. Disebabkan itu, andak tak dapat nak makan banyak sangat. So, mengikut firasat aku, maybe sebab itu kot berat badan andak susut.

Bila orang tanya bila rasa sakit, buat macam mana? Andak cakap, duduk lah kejap urut-urut dada, nanti dia reda sendiri. Andak pun ada bagi tahu dia dah pergi hospital, doktor cakap pasal reflux kata andak.

Tapi, masa dekat kampung itu, biasalah, dekat kampung mesti selera makan tuh berkali ganda kan, termasuk lah andak. Tapi, tak nampak langsung pun yang andak tuh sakit dada lepas makan. Malah, nampak andak sihat sangat masa tuh, siap boleh prepare buat BBQ untuk makan tengah hari kita orang masa hari tuh.

Dah habis beraya dekat kampung, masing-masing pun pulang ke rumah masing-masing. Masa dalam kereta nak balik KL, aku keep fikir, kenapa ya andak sakit hulu hati tuh. Kalau interpret apa yang doktor cakap, plus apa yang aku ada belajar, mungkin pedih itu disebabkan oleh Gastroesophageal Reflux Disease (GERD), which means acid dari perut reflux back masuk dalam esophagus, sebab tuh pedih. And aku keep that teori sampai sudah. & Andak juga simpan teori yang dia kena gastrik. Banyak ubat gastrik yang andak ambil. Gaviscon etc.

Seminggu selepas pulang dari kampung, abah & ibu ada buat makan-makan sikit dekat rumah, masa itu andak datang. Nampak sihat jer. Cuma yang ketara pun badan andak dah susut lah. Tapi andak berjalan, drive sana sini semuanya okay.

Dah habis beraya dekat KL, aku pun pulang semula ke Kuantan, mulakan kelas seperti biasa.

Tup tap tup tap, pada 20/10/12, aku dapat call dari ibu. Ibu call pagi-pagi masa tuh. Di mana pada hujung minggu selalunya aku jarang bangun awal pagi. Then bila terjaga dalam pukul 10.30am masa tuh, nampak ada misscall dari ibu. Pada tarikh itu pula adalah birthday ibu, so, aku aspect ibu call nie saja lah tunggu wish dari kaklong and sembang-sembang di hujung minggu seperti biasa. Jadi aku pergi mandi-mandi dulu. Selesai mandi dan siap-siap, kira-kira dalam pukul 11.00am, aku call ibu semula. Dengan suara happy, "Ibu..Happy Birthday! Kaklong baru lepas mandi, bangun lewat sikit hujung minggu bla bla bla..." Ibu jawab, "Terima kasih." Aku pelik juga, masa itu ibu cakap suara ibu slow sahaja, not as happy as usual kan. Barulah ibu bagi tahu yang ibu dekat hospital and "Andak tengah kritikal". Itu ayat yang ibu cakap yang buat aku terus, "Haaa??!!!"

Ibu cerita lah, malam tadi mak ngah (kakak kedua andak) call andak, mak ngah dengar suara andak macam letih, tercungap-cungap. Mak ngah risau, mak ngah call along (kakak sulung andak). Along tanya andak okay tak, andak jawab dia okay. Tapi dia ada cakap, "Akak, ami tengah letih nie. Kejap lagi ami call akak balik." Beberapa minit kemudian, andak call along semula bagi tahu dia okay, jangan risau apa semua. Siapa yang tak risau kan, lalu along terus call abah (abang andak, anak ketiga), abah dengar suara andak tercungap-cungap, tapi andak still cakap dia okay apa semua. Sebab tak sedap hati, abah call pula mak andak (isteri andak) & mak andak menangis bagi tahu yang andak memang sakit-sakit kebelakangan nie. Tanpa fikir panjang, abah terus pergi Klang ambil andak bawa pergi HKL. Masa itu hari Jumaat tak sure pukul berapa.

Aku tak tahu pun semua cerita start dari mak ngah call andak, andak kena warded semua aku tak tahu. Sabtu pagi itulah lepas ibu call cerita baru aku tahu.

Masa ibu call tuh, andak tengah tak sedar. Andak kena heart attack dua kali malam Jumaat tuh. Kali pertama doktor dapat control lagi, but yang kali kedua, doktor terpaksa pengsan kan andak sebab nak control balik blood pressure semua. Tapi, manusia hanya mampu buat apa yang tenaga manusia daya, segala kekuasaan hanya pada Allah. Pagi Sabtu tuh andak kena heart attack kali ketiga.

Sebelum letak hp, aku tanya ibu sekarang andak tengah macam mana. Sedar ker tak? Ibu cakap, "Sekarang nie andak tak sedar lagi, tapi InsyaAllah, semuanya okay. Kaklong doakan lah andak tak apa-apa". Dengar ibu kata macam itu, aku lega sikit. Maybe sebab aku tak nampak keadaan tuh depan mata sendiri.

Kemudian, letak hp.

Tak sampai beberapa jam, dalam pukul 12.30 tengah hari, aku dapat call dari ibu sekali lagi. Ibu kata, "Kaklong, andak dah takde". Ya Allah Ya Rab, kepala aku blank tiba-tiba, tak tau nak kawal perasaan masa itu macam mana. Air mata jatuh serta merta. Ibu tanya kaklong nak balik tak, aku cakap, "Takpe kaklong balik. Kaklong balik. Tapi ibu tanya abah dulu, minta permission abah dulu yang kaklong nak balik."

Sambil tunggu jawapan dari abah tuh, aku nak packing lah barang. Tapi, fikiran buntu, apa barang pun tak dapat nak kemas. Baju memang apa yang pakai itulah sahaja yang aku bawa. Tunggu punya tunggu, tak dapat lagi message or call dari abah. Yalah, mestilah abah tengah sibuk kan uruskan hal dekat hospital.

Nak tak nak, aku tekad juga pergi stesen bas masa itu juga. Aku plan nak ambil bas ke Perak terus, Teluk Intan. Tapi, dari Kuantan takde yang ke Teluk Intan. So, aku gamble jer lah ambil bas ke KL, then dari KL harap-harapnya adalah lagi tiket ke Teluk Intan. Masa itu jenazah sedang dalam forensic room lagi. Jangka pukul 3.00pm akan settle urusan dekat hospital tuh. Aku dapat tiket ke KL pukul 1.30pm. So, maybe sampai KL dalam pukul 5.30pm. Mesti lah saudara-mara dari hospital takkan tunggu aku kan baru nak balik kampung, lewat sangat tuh. So, aku gamble jugak lah dengan harapan ada ticket sampai KL nanti.

Nasib juga masa dalam bas aku sempat terfikir sepupu-sepupu yang ada kereta. So, aku message abang sedara aku tanya dia balik kampung pukul berapa and bagi tahu yang aku dalam bas ke KL. Syukur Alhamdulillah, abang wan kata, "Kaklong, kaklong balik kampung dengan abang wan. Nanti abang wan ambil dekat stesen bas". Syukur syukur. Abah balik kampung dengan Hazim (sepupu) & Syafiq (anak sulung andak) dalam van jenazah & ibu drive kereta balik kampung. Aku tak nak minta ibu tunggu sebab nanti ibu terpaksa drive malam untuk long distance. So, nasib baik ada abang wan.

Sampai jer stesen bas Pekeliling, abang wan dah tunggu, so, kitorang terus gerak balik kampung. Sepanjang perjalanan dari KL ke Perak tuh, suram sahaja dalam kereta. Cakap sikit-sikit jer dengan abang wan. Mana tak nya, masing-masing pun tengah berhingus (menangis) dalam kereta tuh. Kejap aku okay, bila termenung lama sikit, aku menangis dan menangis lagi dalam kereta tuh. Dalam bas jangan cakap lah. Menangis sahaja sepanjang jalan. Cakap dengan abah menangis, cakap dengan ibu menangis, cakap dengan Rahman pun menangis. Mesti orang sit sebelah tuh ada syak something kan.

Dan sampai lah kampung dalam pukul 8.00pm masa tuh. Masuk jer pintu nampak Syafiq tengah menangis dekat tangga. Aku pujuk-pujuk jugalah dia walaupun aku sendiri tengah nangis masa tuh. Lepas tuh salam and terus peluk ucu (adik bongsu andak). Then nampak abah, terus salam & peluk abah, sambil nangis dekat abah. Kemudian, aku nampak atok tina dekat sebelah andak, salam & peluk atok. Atok cakap, "Kaklong, andak dah takde". Sedih Ya Allah Ya Tuhanku. Then, aku terus ke belakang cari ibu. Ibu tengah siapkan makanan untuk orang datang semua dekat dapur. Salam salam cium cium ibu semua. Dah salam, aku pergi depan semula, duduk sebelah andak, menatap wajah andak. Bersih.

Syukur Alhamdulillah, segala urusan dari awal hingga andak dikebumikan berjalan dengan lancar. InsyaAllah, semoga andak dipermudahkan urusan di sana. Kami di sini tak akan putus-putus doakan untuk andak.

Jenazah andak selamat dikebumikan berdekatan dengan kubur atok tan (abah andak).

Sampai sekarang, masih lagi ada rasa tak percaya yang keluarga kami telah kehilang seorang ahli yang sangat kelakar, yang suka menyakat, yang sangat rajin, selalu belanja sup setiap kali balik kampung. Andak pun rapat dengan anak-anak buah menyebabkan kami terasa sangat kehilangan tuh. Semuanya jadi dalam sekelip mata.

Andak meninggalkan seorang isteri, tiga orang anak, InsyaAllah akan menjadi empat kerana ada seorang lagi yang sedang dalam kandungan.

Aku ada ambil sijil kematian andak, dan di ruangan sebab kematian itu ada tertulis, "Heart attack & imbalance MI". MI means myocardial infarction. So, kesimpulannya, andak bukan gastrik, bukan GERD, tapi andak ada myocardial infarction.

& Kelas hari ini, kelas Pharmacology, we learn about GERD and aku ingat ayat lecturer, "Remember, symptom of GERD are just the same as symptom of myocardial infarction which you can feel pain at this area". This area tuh dekat area hulu hati lah. And this is what andak suffered from.

Masa kelas Pathology pula, kitaorang belajar banyak pasal MI. How MI boleh jadi. Start from tissue necrosis > inflammation > granulation tissue > fibrosis. And when there are fibrosis, the ability of the heart to contract will decrease and thus cannot supply enough blood and oxygen especially to vital area. Ada juga gambar microscopically for MI. Macam mana tissue of heart itu degenerate. Neutrophils a lot and digested cellular content etc. etc. etc.

Allah, rahmati andak. Berikan kekuatan untuk keluarga andak. Untuk atok, untuk mak andak, dan anak-anak andak. Amin Ya Rab.

Izz Darwisy. Anak ketiga andak. Bongsu buat masa ini sebelum adik baby dia lahir.
Be strong ya sayang. Jadi anak yang baik tau. Jangan nakal-nakal. Doakan abah darwisy selalu yer. Kaklong sayang Darwisy.


Al-Fatihah.

Thanks for reading this loooongggg post. Assalamualaikum.


Wednesday, November 21, 2012

Garang, Pemarah, & Tegas.

Apa bezanya?

Garang adalah lebih kepada cara kita berdepan dengan kemarahan. Ada orang bila marah, suka melenting, suka maki hamun, suka tengking-tengking. Kadang juga bila marah suka suruh macam-macam, suruh itu suruh ini. Ish, garang betul.

Pemarah pula menujukkan sifat seseorang yang senang marah. Asyik-asyik nak marah. Sangat mudah nak marah. Baru cuit bahu, dah nak marah. Baru cakap sikit, dah nak tarik muka. Mungkin dia tak ekspresi kan dengan tengking dan maki hamun, tapi kita tahu dia mudah marah dari respond & reaksi nya, maka kita tahu seseorang itu adalah pemarah.

Tegas. Kalau garang & pemarah dikategorikan dalam suasana yang negatif, tegas lain. Tegas kadang-kadang boleh jadi positif, kadang juga boleh jadi negatif. Selalunya orang yang tegas punya prinsip hidup & disiplin dalam diri. Sebagai contoh, seseorang yang pembersih, dia mungkin akan sangat pantang jika ada sekelumit habuk pun di sekelilingnya. Tapi, tegas itu akan jadi negatif bila terlampau rigid dalam satu-satu perkara. Itu tak boleh, ini tak boleh, makanya, jadi tunggul sahaja lah. HAHA.

Bagaimana nak mengatasi?

Garang kata lawannya penyayang. Makanya, untuk mengatasi sifat garang, cubalah didik diri menjadi seorang yang penyayang.

Pemarah atau panas baran, Islam dah ajar.
'Apabila salah seorang daripada kamu marah, dan ketika itu ia dalam keadaan berdiri, maka hendaklah ia duduk. Kerana hal itu akan menghilangkan marahnya. Dan kalau tidak, maka hendaklah ia berbaring' (Riwayat Muslim).
Ataupun, berwuduk.
'Marah itu datangnya dari syaitan, dan syaitan itu diciptakan dari api, sedangkan api itu hanya dipadamkan dengan air. Oleh itu apabila salah seorang antara kamu marah, maka hendaklah ia berwuduk' -Hadis Riwayat Abi Daud-

& tegas. Tegas biarlah bertempat. Untuk perkara-perkara yang betul, yang baik, yang membawa kepada kebaikan diri, yang mengikut landasan, tiada mengapa untuk hendak tegas. Tapi, untuk perkara yang mungkin kecil, jangan jadi terlalu rigid. Pertimbangkan sesuatu itu sebelum mengambil tindakan yang tegas. Pertimbangkan.

Orait. Be nice ya people. Orang takut tau nak dekat dengan orang yang garang, yang pemarah nie. Hanya orang yang berhati kental sahaja boleh tahan. Hati lembut macam saya (hihi), kalau kena tengking, kena maki, mau balik bilik menangis tiga hari. HAHAHA.

With that, Assalamualaikum.





Sunday, October 28, 2012

Dari atas bas.

Allah,
Jagakan orang KL
Jagakan orang Mesir
Jagakan orang Perak
Jagakan orang Klang
& Jagakan orang Shah Alam
untuk aku.
Quick update
dari atas bas on the way balik ke Kuantan.

Monday, October 15, 2012

Assalamualaikum.

Khamis nak kena submit hard copy untuk presentation DM.
Jumaat pagi ada quiz banyak chapters yang baru saja dapat slides weekend lepas.
Jumaat lab juga ada evaluation untuk Bite Rim & Mounting denture.

Mounting baru takat maxilla, mandible belum lagi.
Group discussion untuk presentation belum buat lagi, data belum cari lagi.
Untuk quiz pun belum study lagi. One chapter almost 70 slides and I have about 7 to 9 topics to go.

AAAA.

Sempat ker?



  1. Persevering and patient even if it means having to lose his hair.
  2. Ready to give listening ear.
  3. She's always beautiful in his eyes.
  4. Always reassuring him with tender loving words to let her know she's always the best.
  5. Always protecting.
  6. Being a gentleman.
  7. A faithful provider.
  8. Doing things & going places together.
  9. Winning his heart through his mouth.
  10. An excellent finance controller.
  11. Hope she might slim down one day but still accepting her because she's so chubby.
  12. Having the Love of God.
  13. Always forgiving.
  14. Never too old to be romantic.
  15. Does not nag and dig up the past.
  16. Always trusting.


Monday, October 8, 2012

High pitch.

P/S: Cerita dalam entri ini aku reka semata-mata untuk pengajaran kita bersama terutamanya insan bernama wanita.

Kita dah tahu kita perempuan. Kita dah tau vocal folds kita lagi kecil berbanding lelaki. So, kita dah memang tahu pun yang suara kita automatically, tanpa boleh dikawal akan jadi high pitch.

Menjerit.

Kenapa? Kenapa perlu menjerit.
Suara yang tadi dah high pitch jadi seribu kali high pitch lagi.

Aku kadang-kadang tak faham dengan orang yang suka menjerit dalam semua perkara dalam kehidupan mereka ini. Sama ada kau saja-saja nak ambil perhatian orang supaya orang pandang, atau pun hobi kau memang menjerit. Oh. Peliknya hobi kau. HAHA.

Even kadang-kadang nak cerita pasal 'pagi tadi aku bangun tidur nampak kucing depan pintu' pun nak kena menjerit ker? Tak perlu kot lantang kan suara untuk cerita-cerita yang tak semua orang pun nak dengar. Bukannya kau nak bagi announcement ker apa pun kan? Ker kau memang nak semua orang tahu yang kau ada jumpa kucing depan pintu pagi tadi lepas bangun tidur dengan air liur basi? HAHA. - Serius cerita ini aku reka. Maksud aku untuk cerita yang saja-saja, yang biasa-biasa, tak perlu lah lantangkan suara bagi semua orang dengar. Ada pihak yang tak selesa. Ada pihak yang rasa terganggu. Mungkin mereka sedang study, atau pun hafal something, kau menjerit, habis hilang konsentrasi kan. Terganggu.

Aku terganggu. Aku terganggu bila dengar suara perempuan saja-saja buat jadi high pitch nie.

Eyh, aku masih straight ya. Jangan fikir bukan-bukan. AHAHA.

Maksud aku, aku lebih prefer menjauhkan diri dari tempat kejadian bila berlakunya insiden high pitch ini. Sebab, sampai satu tahap, kadang-kadang rasa macam, "Ish, malas lah nak dengar cerita kau. Kalau kau tak menjerit masa bercerita, aku dengar." HEHE.

Tapi, kalau dah memang suara high pitch, nak control macam mana lagi kan. Just boleh slow down kan jer lah suara itu. Takpe, orang lain still boleh accept. Tapi, kalau yang saja-saja buat-buat high pitch, itu rimas.

So, people. Aku sajalah nak semua orang ambil iktibar dekat sini yang orang memang tak suka kalau kita suka buat suara high pitch tak kena masa. Orang rimas. Orang jadi malas. Jadi, sebelum orang mula menjauhkan diri dari kita, apa kata kita slow kan sikit suara tuh bila nak bercakap boleh kan? Lagi-lagi bila ada ramai brothers dekat sekeliling kita. Jangan bikin malu kaum wanita ya.

Orait. Terima kasih.

Behave. Behave. Kita masih lagi insan bertamadun.



Sunday, October 7, 2012

Pesanan.


How cuteeeeee. Geram geram.

Dahlah tuh, jangan sedih,
Mama tak bagi kita main game sebab dia sayang kita bro.
Dia nak kita belajar rajin-rajin supaya besar nanti kita senang.
Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian.
Orait! Ganbatte!


Ber'posing'

Assalamualaikum.

Facebook. Subhanallah. Cantik-cantik belaka ciptaan Allah.
Gambar kawan-kawan. Bertudung, berposing sederhana, reaksi muka senyum saja.

Berposing sederhana yang aku maksudkan, cukup sekadar berdiri atau duduk tanpa melentik liuk lentuk sampai nampak susuk tubuh. Cukup sekadar senyum, tiada mulut itik, tiada mata kenyit dan sebagainya.

Aku bersyukur setakat hari ini aku tidak lagi dikurniakan nafsu berposing muncung-muncung. Dan aku pun jarang-jarang ada keinginan nak tangkap gambar sendiri dari camera sendiri sambil camera diletakkan sedikit atas dari paras kepala. Aww. Malu lah. Lagi satu, aksi posing posing depan webcame. Ini nampak macam formal sikit lah dari handphone paras atas kepala, TAPI kalau jenis posing nya sama, ala lebih kurang saja.

Bila bergambar, aku lebih prefer duduk atau berdiri, sambil buat peace, senyum nampak gigi dan sepetkan mata. Opss tidak. Jangan salah sangka, tidak pernah sekali pun aku suka-suka saja saja sepetkan mata. TAPI, mata itu sendiri ter'shrinkage' sendiri tanpa pengetahuan aku. HAHA. Kadang-kadang sampai ada orang tegur, "Nak nyanyi lagu Negaraku ker Izzani?". Berdiri tegak punya pasal bila bergambar.

Tapi, ikut juga lah keadaan. Kalau keadaan masa itu dah rasa bosan dengan peace, gaya lain juga tertakluk pada perubahan asalkan aku rasakan ia tak over dose.

AHHH. Aku memang lemah lah bab berdepan dengan camera. Semuanya jadi kaku, malu. Tapi aku percaya yang,
Tak fotogenik tak apa, asal kan bila orang pandang, orang selesa, orang tak keji tak kutuk.


Thursday, October 4, 2012

Caries excavation & temporary fillings.


1. Remove unsupported enamel using highspead fissure bur.
2. Excavate to remove all the caries using excavator.
3. Make sure all the caries are removed, check using probe.
4. Mix base and catalase of calcium hydroxide (dycal) using spatula.
5. Put calcium hydroxide (dycal) for lining on pulpal floor to protect the pulp using dycal applicator.
6. Mix the zinc oxide eugenol (ZoE) until it becomes not too soft, and not too hard using spatula.
7. Apply the ZoE inside the prepared cavity using cement carrier.
8. Fill the cavity with restorative materials using plugger.
9. Reshape the restoration according to the exact tooth morphology.
10. Make sure the surface between tooth and restorative materials are smooth and no gap between them.

Temporary fillings are important especially in emergency case when patient need fast treatment. But remember, it is only TEMPORARY. Patient need to come again after some times to replace the fillings with the permanent one. Next visit is a must.




Tuesday, October 2, 2012

Increase the dose.


Told you, kadang-kadang dalam kelas ada satu moment tuh rasa mengantuk sangat. Yang kalau boleh satu saat, kelopak mata tambah satu kilogram. Kadang-kadang kena cari inisiatif nak hilangkan ngantuk. Sama ada pergi toilet basuh muka, atau makan gula-gula. Supaya tak lost.

Tapi masa hari itu, gula-gula tak ada, nak bangun pergi tandas pun segan. Kononnya bila bangun dari tempat duduk itu akan jadi tumpuan ramai lah. Konon. Walaupun untuk 30 saat sahaja.

Jadi, tiba-tiba lecturer suruh kira dose drugs, dengan semangat aku keluar kan kalkulator sebab aku tahu, kalkulator akan buat budak-budak dentist hilang mengantuk. Jarang-jarang guna lah kata kan. Kira-kira, dapat jawapan, sekali lecturer cakap jawapan kami semua salah. Justeru itu, aku sambung lagi picit-picit kalkulator dan total dose of drugs yang aku dapat masa itu adalah seperti yang di atas.

"RAHMANA pun boleeehh."

Increase the dose of love daily.



Monday, October 1, 2012

Di mana Pak Mat?

Malam yang sepi pi pi
Pak mat jual topi pi pi
Topi yang koyak yak yak
Pak mat jual tempoyak yak yak
Tempoyak yang basi si si
Pak mat jual nasi si si
Nasi yang enak nak nak
Pak mat jual anak nak nak
Anak yang hilang lang lang
Pak mat jual gelang lang lang
Gelang yang patah tah tah
Pak mat jual getah tah tah
Getah yang putus tus tus
Pak mat jual tikus kus kus
Tikus yang lari ri ri
Pak mat jual lori ri ri
Lori yang pancit cit cit
Pak mat jadi buncit cit cit

* * *

Ingat lagi tak?
Ala, lagu masa zaman kanak-kanak.
Entah masa umur berapa entah dok nyanyi lagi ini girang-girang dalam bas apek masa balik sekolah.
Masa itu sekolah petang, balik petang, syok betul sementara tunggu bas apek sampai, masuk dalam kawasan lalang sebelah sekolah main tangkap-tangkap belalang.
Yalah, masa itu pada tahun 1998, mana ada lagi ipad, iphone, android tuh semua.
Paling-paling pun, kalau budak tuh kaya, boleh bodek bodek mak ayah belikan PlayStation atau pun GameBoy atau pun yang game Digimon tuh. Boleh main sementara tunggu bas apek sampai. Itu pun kalau tak kena rampas dengan cikgu disiplin sekolah.

Hmm. Hari itu, lepak-lepak dekat sofa depan kelas.
Sementara tunggu lecturer masuk, bukan lagi tunggu bas apek.
Lepak dengan kawan-kawan sekelas.
Sambil nyanyi nyanyi lagu ini jugak.
Tapi, kelam kelibut dah lirik ini jadinya.
Part mana tempoyak, part mana nasi, part mana topi, semua dah lupa. HAHAHA.

Apalah nasib Pak Mat tuh sekarang ya? Selain jadi buncit?
Dia masih teruskan lagi tak dengan perniagaan dia?
Ker, dah tenggelam dek zaman?
Yalah, kanak-kanak zaman sekarang dah pandai nyanyi lagu "a a a aishiteruuu" jer.


Tuesday, September 18, 2012

Another way to gain khasiat.

Pengganti sayur aku.


Monday, September 17, 2012

Review: Teman Pengganti.

Lelaki dengar lagu suka dengar muzik, jarang peduli dengan lirik. Perempuan lain. Dapat lagu, suka faham bait maksud lirik, jarang kisah dengan muzik. Biarlah muzik tunggang langgang, asalkan lirik dia best, mantap, ada maksud, enough. Ini fakta.

Aku. Dari dulu punya satu hobi. Bukan hobi sangat lah, tapi benda yang aku suka buat. Bila dapat satu lagu, yang boleh masuk kategori 'Lagu Favourite', aku akan buat lagu itu macam lagu aku yang punya. Aku nak ulang banyak kali, aku nak faham maksud lagu sekali & kadang-kadang terhafal sikit-sikit.
Entah kenapa aku rasa terpanggil untuk nak buat review lagu Teman Pengganti oleh Black ft. Malique nie. Bagi aku lagu ini unik. Bagi penggemar lagu 90-an macam aku, dah tentu dengar sekali terus tertarik dengan intro lagu ini. Ada unsur lagu lama. Tiba-tiba ada rap di celah-celah lagu. Aku pernah bagi tahu kan? Rap adalah lagi satu genre muzik yang aku suka. Kadang orang kata rap itu, "Menyanyi ker bercakap nie?". Bagi aku, no hal.
Lagi-lagi dari Malique. Lagu-lagu yang dia bawa selalu ada maksud tersirat yang tersimpul rapi. Especially words dia. Kena baca, kena luas vocab, baru boleh tangkap. & lagi satu, Malique selalu bawa unsur Islam atau keTuhanan dalam lirik dia. Bagus.
Lagi satu. Lagu ini macam lagu tak sedih. Tapi, kalau tau makna lagu ini, confirm, lu boleh dengar sambil menitis. Makna dia. Sayu.
Okay dah. Jangan cerita intro panjang-panjang. Orang tak minat. Orang nak tau isi. Aku review lagu ini, bukan dalam bentuk fakta, tapi aku bercerita.


Ketawa bersama
Menangis bersama
Ku bersumpah harap kita mati pun bersama
Kita sangat akrab. Semua, semua jatuh bangun, semua suka duka aku, kau, semua kita kongsi sama-sama. Ada juga harapan biarlah hujung nyawa kita juga membawa kita bersama.

Sejak dua menjak ini
Makin kerap ku diganggu visi
Bila celik, bila juga mimpi
Aku nampak kau, tapi bukan aku yang di sisi
Dia membelaimu dengan izin dan permisi
Sentuhan katanya semuanya kau iakan
Sentuhan jari kau diamkan dan biarkan
Aku redha walau tidak ku damba
Walau hampa semuanya dah dijangka
Kebelakangan ini, selalu terbit satu bayangan dalam fikiran ku. Tak kira bila terjaga, kadang-kadang masa sedang tidur juga. Ada engkau dalam bayangan itu. Tapi, tiada aku. Teman pengganti itu menjaga, membelai, menyentuh kau dalam hubungan yang sah. Semuanya kau setuju dan biarkan. Aku redha walaupun ini bukan apa yang aku ingin kan. Sedikit hampa tapi aku dah dapat agak dari awal.

Beberapa purnama dulu cinta bertakhta
Kenangan dibina kita indah belaka
Ketawa bersama, menangis bersama
Ku bersumpah harap kita mati pun bersama
Namun hakikatnya, bukan mudah
Aku sembunyikan gulana gundah
Segalanya kan berubah
Dengarkan apa yang ku mahu luah
Cinta kita terjalin sejak sekian lama. Segalanya telah kita bina bersama. Dengan gelak ketawa, kadang dengan air mata, semua itu kita bina untuk kenangan indah kita bersama. Tapi, dalam diam ini, ada gundah yang aku sembunyikan dalam diri. Tidak mudah untuk aku sembunyikan. Kau perlu tahu yang semua ini akan berubah. Ini, apa yang aku mahu sampaikan.

Rahsia ini telah lama aku pendam kan
Tiba masanya segala-galanya ku ceritakan
Aku kan pergi
Pergi ku tak akan kembali
Tiba masanya kau cari teman pengganti
Dengar ini, aku ingin luah. Masa untuk aku tidak lama. Sampai masa aku akan pergi, dari dunia ini. Sudah sampai masa, engkau, cari teman lain sebagai pengganti diri ini.

Dalam dunia yang maya, prejudis dan bias
Kita tak terlepas dari terkena tempias
Rimas, ditindas, sembunyi dalam puisi dan kias
Tidak kau bidas, tak berpaling walau sekilas
Hanya kau yang tahu kodeksku yang kompleks
Dalam disleksia cuba kekal dalam konteks
Bila dunia seolah tak memahami
Kau sudi selami, dialami, dan mengalami
Dunia yang sebenar, sebenarnya banyak tipu, banyak berat sebelah. Ketidakadilan. Aku dan mungkin engkau juga tak terlepas. Juga terkena cacian, kata sinis manusia. Tapi, tidak pernah sekali pun engkau ia kan kata mereka, tak pernah sekali pun engkau berpaling dari kasih sayang kita. Kerana engkau sahaja yang tahu diri aku, yang faham. Kadang kau dalam tidak kemengertian, tapi kau masih mengikut apa yang benar. Sudi rasa bersama apa yang aku rasa. Hanya kau.

Setia mendengar, sentiasa hadir
Ingat setiap ulangtahun, setiap hari lahir
Tiba pagi Syawal, kau lah yang terawal
Syawal yang terakhir ini pasti rasa janggal
70 000 hijab harus ku singkap
Ku sorok kitab balik tingkap penjara hinggap
Dalam diam ada, seorang yang ku puja
Kau teristimewa tapi Dia yang sempurna
 Aku hargai. Kau selalu ada, menjadi teman bercerita, menjadi tukang mendengar. Setiap tarikh istemewa, kau ingat, tak pernah lupa. Engkau yang pertama tiba bila pagi Syawal. Aku hargai. Apa daya, ini mungkin Syawal terakhir untuk aku. Aku sudah perlu menyingkap hijab, dekat pada Al-Quran. Aku perlu lengkap kan diri untuk sesuatu yang pasti. Dalam diri aku, ada engkau yang teristimewa, yang pasti ada Allah yang cukup sempurna.

Sejak dua menjak ini ku mencari fungsi kewujudan
Dalam persekitaran yang penuh kejumudan
Terperangkap dalam jasad, ku keliru
Mujur ada kau si peneutralisasi pilu
Namun aku tetap murung, berkurung
Tubuh makin susut, menunggu tarikh luput
Komplikasi di halaman rusuk kiri
Makin sukar nak bernafas, nak bergerak, nak berdiri
Aku mula belajar, aku mula mencari, mengkaji fungsi hidup, nikmat hidup & tanggungjawab dalam hidup dalam dunia yang penuh kehinaan sebagai hamba-Nya. Aku makin keliru. Syukur ada kau, menjadi sang penghibur, hilang suram. Kadang, aku tetap murung, masih hendak berkurung. Aku makin rapuh, tinggal sisa tubuh, menunggu sampai masa. Aku mula tiada daya. Komplikasi penyakit ini makin menular. Aku sudah mula susah hendak bernafas. Bergerak, berdiri, juga aku hilang daya.

Lagu ini yang terakhir aku sajikan
Kalau rindu nanti boleh lah kau nyanyikan
Jaga diri, jangan makan hati
Yang patah kan tumbuh, yang hilang kan berganti
Bilik dah ku kemas, katil dah ku rapi
Cincin, kunci, dompet dalam laci
Ada sikit wang, itu saja baki
Moga-moga cukup untuk majlis itu nanti
Kekasih, ini pesanan terakhir aku. Masa untuk aku pergi bakal tiba. Lagu ini akan menjadi yang terakhir. Nyanyi lah bila kau rasa rindu. Jangan sedih, jaga diri selalu. Jangan risau, yang hilang akan ada yang ganti. Aku sudah sedia. Persiapan semua aku sudah sedia. Bilik, barang-barang, semua aku dah simpan rapi. Aku tinggalkan sikit wang, moga cukup untuk majlis tahlil nanti.

Aku kan pergi
Bertemu kekasih abadi
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti
Kekasih, aku pergi. Allah lebih sayang kan diri ini. Sudah sampai masa, cari lah pengganti diri ini. 
 -End of story-

Everyone hope that their love story will end up they both live together. Yes. Me also hope. Sebagai manusia, kita berpijak atas bumi yang nyata bukan? Kita boleh cakap kita hendak hidup bersama sampai bila-bila. Tapi adakah dunia yang nyata ini akan meng-ia-kan? Kita tidak tahu. Kita semua tidak tahu. Jadi, cukup lah dengan kita bersedia. Mungkin salah seorang akan pergi dulu. Mungkin kita dulu, mungkin dia. Mungkin juga bersama. Kalau boleh pilih, sudah tentu nak yang bersama. Tapi jangan risau, semoga ditemukan semula di syurga. InsyaAllah.

& selagi ada masa, hargai, selami, rasai bahagia itu. Kita berhak untuk itu semua. Ingat, diri kita bertuah.

*Dah dah. Jangan lah touching sangat layan lirik lagu tuh. HAHA :)



Retro. Zaman dulu kala tapi bukan purba.

Biological clock dah tak menentu,
sejak cuti hujung minggu.
Tidur lewat, bangun lewat.
Teghuk.

Malam tadi buka blog.
Tapi, bukan update, bukan upload.
Jengjalan (blogwalking) dekat blog sendiri.

Retro.
Aku preview entri lama.
Entri yang dulu kala.

Baca baca.
Aku nampak dengan mata kasar.
Jatuh bangun aku sendiri.
Ada yang aku boleh recall, ada yang tidak.
Mostly, boleh.

By part.
Bila baca part yang hepi hepi itu,
Muka senyum, gelak, sorang-sorang.
Bukan main bahagia kata orang.
AHAHA.
Sampai part yang jatuh itu.
Muka kasi reaksi macam duka sikit.
Tapi, jauh dalam sudut hati,
ada Alhamdulillah,
everything goes well
& I am still Izzani yang masih dikelilingi oleh insan-insan yang awesome!

Last but not least,
RINDU.
Itu jer perkataan yang keluar bila baca entri lama.
Miss that moments, Miss this moments,
Rindu saat itu, Rindu saat ini.
Aku direct translate jer.

BUT,
apa-apa pun, tahu tak yang dengan preview entri lama
boleh nampak/tahu banyak benda.
Kita tahu 'the older us' - betul tak ayat nie? Rahman, tolong!
Kita rasa bila mana process pre & post - kematangan, bukan kinabatangan ya.
Kita nampak macam mana kita handle hidup dulu & sekarang.
Kita perasan how people around us change untuk jadi lebih baik lagi, InsyaAllah.
&; lain-lain lagi.

The only way to remind our self is by recall our previous, capture what we have done & realize that we still have chance to improved. -Izzani Zul-
&
Old moments really tell you that you have gone through a wonderful life & tell you how strong you are as you can go through everything with success. -Izzani Zul-

Bangga sikit dengan diri sendiri. AHAHA.


Sunday, September 16, 2012

Victoria's Secret Fragrance Mist For Sale.

Assalamualaikum.

Kalau kawan sekeliling, mesti dah bosan dah dengar Izzani asik dok promote perfume dia tuh. HAHA. Maaf kawan-kawan. HEHE. Disebabkan memang dah lama tak update blog, makanya, memang tak update lah tentang perfume ini. Jadi, alang-alang dah membuka ini laman sosial, promote sekali lah ya.

Sahabat, saya ada Victoria Secret Fragrance Mist untuk dijual.


Perfume ini fresh baru sampai dari US. Ia ORIGINAL.


Saya ada TIGA JENIS SCENTS seperti yang berikut.

LOVE SPELL
Victoria's Secret Fragrance Mist

Scents Description:
Irrestible blend of lush, cherry blossom, and juicy peach.

PURE SEDUCTION
Victoria's Secret Fragrance Mist

Scents Description:
Red Plum & Sweet Freesia.

WILD SCARLET
Victoria's Secret Fragrance Mist

Scents Description:
Juicy Apple & Lily.

LAIN-LAIN:
Saiz botol : 
Botol besar (250ml)

Harga :
1 bottle - RM60
2 bottles - RM55 for each bottle

Untuk yang tinggal di area Kuantan, atau pun students UIA Kuantan, PENGHANTARAN KE TEMPAT ANDA atau mahallah anda adalah PERCUMA.

Untuk 12 pembeli terawal yang membeli lebih dari dua botol akan mendapat satu PAPER BAG VICTORIA'S SECRET secara PERCUMA.


Kalau berminat, boleh contact saya melalui:

FACEBOOK - Izzani Zulkifle
BLOG - http://zanybertapak.blogspot.com
EMAIL - izzanizulkifle@gmail.com

Jaga penampilan diri. InsyaAllah, orang sekeliling akan rasa selesa dengan kita.

Terima kasih banyak. Assalamualaikum.

Wednesday, September 12, 2012

Kakngah.

Hari ini kakngah fly. Pergi Mesir. Tahniah.
Lagi sorang anak Abah & Ibu yang sedang hendak kejar cita-cita.
Dan InsyaAllah, lagi sorang ahli keluarga akan jadi doktor gigi.
Bukan kerana hendak ikut kakak dia, bukan kerana hendak jadi macam kakak dia, tapi memang itu cita-cita dia. Itu minat dia. Semua nya pilihan dia. Truly datang dari qalbu dia.

Kakngah Mesir. Kaklong UIA. Alhamdulillah. Masih lagi dentistry berlatar belakang kan Islam. Abah & Ibu didik kita.

Masih rasa terkilan sebab tak dapat hantar ke KLIA. Dah plan dah. Plan pertama, nak balik then besok ambil tiket paling awal dan maybe terpaksa ponteng kelas pagi. Plan kedua, nak balik hari. Dari Kuantan-KL siang-siang, tengah malam nak ambil tiket paling lewat balik Kuantan semula. Tapi, plan pertama tak berani nak ponteng lab, ada requirement. Plus, prinsip abah, kalau tiada alasan, jangan ponteng kelas. Plan kedua, tak berani nak balik Kuantan naik bas sorang-sorang pukul dua tiga pagi. Dan at last ambil keputusan, balik weekend hari tuh untuk tengok-tengok kakngah walaupun baru seminggu datang Kuantan.

Semoga berjaya kakngah. Kaklong doakan selamat, dipermudahkan segalanya. Do contact me selalu ya. And of course Abah & Ibu. Allah, bless adik saya. Amin.

Love you always.


Kaklong.

Pengenalan.


Situasi 1.

Dalam kereta. Masa itu aku sedang ambil adik-adik junior first year dentistry dekat Mahallah dia orang since malam tadi ada sesi sharing moment between first year & second year.

Aku drive. Junior yang duduk belakang sit aku, "Ini kak Izzani kan?"

"A'ah. Macam mana kenal yer? Junior Taiping ker? Ala, malunya tak kenal junior. HIHIHI". Aku gelak. Mengada. HAHAHA.

"Eyh, tak lah. Junior dentist lah. Kenal akak sebab baca blog akak".

HEHE. Peace! =]


Situasi 2.

Masa itu pula majlis sudah start. Takde lah majlis sangat. Tidak formal pun. Satu demi satu junior perkenalkan diri dekat depan. Suasana itu sama macam aku first year dahulu. Depan senior, sebut nama sorang-sorang. Oohh. Seganyaaa. HAHA.

Situasi ini melibatkan junior yang lain pula.

"Nama saya ... Asal dari ... Ambil dentistry sebab ...... & suka baca blog Kak Izzani".

HIHIHI. Kembang aku yang sedang duduk di belakang. :P



Situasi 3.

Lepas dah habis sesi kenal kan diri, tiba masa sesi sharing moment pula. Sesi ini adalah pabila juniors dibahagikan kepada beberapa group yang mempunyai beberapa orang seniors second year (which are us lah).

Dalam group itu, apa junior nak tanya boleh tanya, senior sila jawab. Seniors juga akan share everything tentang pengalaman masa first year. Bukan lah cerita dari A sampai Z. Tertidur dalam kelas, waktu rehat makan dekat cafe tuh semua tak payah cerita lah. Ceritanya mainly tentang exam, belajar, buku, notes, how to deal with each of the lecturers, lecturer mana yang bagi notes, mana yang kena salin & of course things yang best masa first year which are model gigi, skull & zoo negara. HAHA.

Tiba-tiba seorang junior bersuara dalam group yang mana aku sedang berada. Kali ini junior yang lain pula.

"Akak, akak nampak lagi kurus lah dari dalam blog".

"AHAHA. Yeker? Awak baca blog akak juga ker?"

"A'ah. HEHE."

* * *


Terima kasih juniors. Tak sangka, ada juga orang nak buka, nak baca. Ingat kan untuk penulisan sendiri sahaja. Terima kasih. Terima kasih. Terima kasih juniors.

Saya lebih suka panggil juniors saja. Nak panggil adik-adik pun boleh, tapi, alah, kita beza setahun jer pun. Entah-entah ada yang beza beberapa bulan jer dengan saya. So, panggilan 'akak', 'adik' tuh tak perlu pun tak apa. Saya tak kisah. HAHA.

So, pengajaran yang aku dapat semalam bukan lah kita harus kembang bangga bila ada orang baca blog kita, ambil tahu tentang penulisan kita. Seriously bukan. TAPI, dari situ aku tahu yang banyak orang sedang lihat diri kita. Kadang-kadang kita tak sedar. Rasa macam kita saja yang syok sendiri tulis itu ini bla bla bla. Tapi rupanya, ada, ada yang baca. So, it reminds myself to be aware dengan any words, any ayat, any photos supaya tak sampai buat orang sekeliling tidak senang & tidak selesa.

Blog ini bebas. Bebas untuk semua orang baca, tapi jangan jadikan ia bebas untuk diri kita tulis apa saja.

Lagi satu, bila tau saja juniors ada buka blog ini, apa lagi, bukan main kembali lah semangat nak update blog semula. HAHAHA. Dan dan kan Izzani. HAHA.

Gambar camera Anati.


Apa-apa pun, welcome to Kulliyyah of Dentistry my dear juniors. This is our second home. May Allah ease all your ways. All the best & InsyaAllah.





Tuesday, September 4, 2012

Alamak.
Maaf. Tak sempat nak update malam ini.
Sorry sorry sorry.
Ini semua gara-gara blackout tadi.
Maaf ya. Next time ada masa, InsyaAllah.
Ada cerita.

Monday, September 3, 2012


Eyh,
Hari ini rasanya macam nak tulis something lah pada blog.

Yes yes,
kejap lagi kalau ada masa ya.
Sekarang ada kerja kejap.

Serious ini.
Tunggu tau. HEHE.

Wait for me people.....

:)


Friday, August 3, 2012

Malaysian.


Slurrrp! Malaysian know what I mean. HAHAHAHA :P



#allthebestLCW. Olympic'12.



Kejadian bas & pejalan kaki, UIA Gombak.

Ikutan kemalangan yang melibatkan sebuah bas rapid dan seorang pekerja UIA sendiri. Kemalangan maut.

Aku nak taip pun tak sampai hati. Aku tau berita ini just on time juga. Itu pun sebab ada sorang kawan post pasal that breaking news dekat IIUM Online subuh-subuh tadi. Dan lagi sorang kawan tweet berita ini dekat twitter. Both of them, dua-dua dekat tempat kejadian masa itu. Baru pulang dari masjid solat subuh mungkin. Almaklum lah, sekarang ini, semua orang dah boleh online pakai handphone jer. Handphone pula sentiasa berada di tangan. Tuh berita dengan pantasnya boleh sampai.

Dia orang cakap,
&

Bila baca part kena gilis tuh, Astaghfirullah, tak dapat bayang rasanya macam mana keadaannya. Aku tak berani nak cerita lebih sebab aku bukan dekat sana & tidak dekat tempat kejadian pun. Dengar cerita orang, baca-baca comments orang jer. Kalau tambah-menambah, takut nanti ada yang kata, "Kau pahal budak UIA Kuantan tak payah sebok-sebok lah nak cerita bagai".

Apa yang aku boleh buat, sedekahkan Al-Fatihah dan takziah buat keluarga arwah. InsyaAllah, bertemu Allah pada bulan Ramadan, hari Jumaat, ada hikmahnya.

Kalau nak tahu cerita selanjutnya, maybe boleh baca dekat IIUM Online or mana-mana blog students UIA Gombak. Ada juga lah beberapa orang yang dah update pasal nie. Tak pun, aku rasa, berita nie mesti keluar berita punya. Ataupun surat khabar. Nanti boleh baca lah ya.

Pernah juga aku ke UIA Gombak. Macam yang kita semua sedia maklum, UIA adalah kawasan paling banyak bumper dalam dunia. Tak kira UIA Gombak mahupun UIA Kuantan. Memang all the way dalam UIA tuh korang bawa dengan gear 2, paling-paling pun gear 3 jer lah.

Apa tujuannya? Supaya kita maintain, slow slow jer dalam kawasan campus.

Yang berjalan kaki pun ramai kan pergi balik kelas, hati-hati ya. Kadang-kadang yang bawa kereta ini bukan tak nampak, tapi bila dah laju tuh, ada kala tak dapat nak kawal. Yalah, masing-masing masih jiwa muda. So, mana-mana pihak pun yang guna jalan raya, tengok-tengok orang lain juga tau.

Untuk bas pula, jangan laju-laju sangat lah. Semua tau kan, bas punya inertia besar. Kalau emergency brake sekali pun, susah juga nak berhenti. So, slow slow lagi selamat kan?

Huh. Lengkap dah semua. Walaupun aku tahu tak semua yang akan baca, at least just nak kita semua beringat. Bukan apa. UIA Gombak pun dah kira adik-beradik UIA Kuantan juga lah. & ramai kawan-kawan yang aku sayang ada dekat UIA Gombak. Aku harap mereka terus berhati-hati. Ya kawan?

Assalamualaikum.

Gambar diambil dari Lensa Qalbi.


Ini serius.

Facebook la(sekarang) ini, macam-macam. Makin tambah-tambah pula dosa umat rasanya.

Mula dengan page-page cerita mengarut, cerita gosip-gosip buruk orang, yang teruk pages yang menghina Islam, orang murtad. Bukan main banyak. Astaghfirullah.

Paling latest yang aku bara baca page-page yang menghimpunkan gambar-gambar wanita. Untuk apa tujuannya, aku pun tak tahu. Ya Rab. Apa nak jadilah dengan dunia kita sekarang ini ya? Aku tak tahu siapa insan-insan yang bertanggungjawab untuk benda-benda nie semua.

Kalau dia Muslim, aku pohon berilah hidayah pada dia. Insaf kan lah dia. Panjangkan lah umur dia supaya dia boleh bertaubat dan minta maaf pada orang-orang yang dianiaya.

Tetapi, sedikit sebanyak, ada moral yang kita dapat. Macam aku sendiri contohnya. Sebelum-sebelum ini, bila baca, bila dengar talk, orang kata kurang-kurang kan lah upload gambar kita dekat Facebook tuh. Orang boleh buat macam-macam.

Aku fikir, as long as gambar aku tuh takde yang over, meaning that, takde yang dedah-dedah, takde gambar sorang-sorang dengan camera tangkap sendiri jarak 2 cm dari muka, gambar ada muncung itik, muncing tikus, peace sebelah pipi, pipi kembong-kembong, mata kenyit sebelah (memang aku tak reti pun tangkap gambar gaya-gaya macam ini), aku rasa okay. Tapi sebenarnya, pakaian kita, atas bawah semua kena tengok. Kadang-kadang, kita rasa okay, tapi orang yang tengok, entah, macam-macam dia orang boleh fikir.

Tak nak lah.

Aku bercakap sebagai orang yang biasa-biasa lah ya. Bagi side orang yang suka upload gambar, love pictures so much, nak share gambar-gambar menarik dengan kawan-kawan. Aku rasa part paling penting sekali adalah observe pakaian dulu kot. Untuk gaya ambil gambar, tak risau sangat sebab orang yang biasa-biasa memang akan ambil gambar dengan gaya biasa-biasa saja. Orang yang luar biasa sahaja yang suka buat gaya-gaya seperti yang telah aku nyatakan di atas.

Di mana tadi? Observe pakaian ya.
Paling penting sekali, aku rasa, make sure pakaian itu tak berbentuk kot. Biar badan nampak straight, apa salahnya kan. Daripada nampak lekuk-lekuk, tak sedap orang pandang. Yang kedua, bila pakai tudung, jangan lah hanya sekadar untuk tutup kepala, but make it untuk tutup dada sekali. Jangan biarkan open area dekat situ.

Benda-benda hot spot macam itu lah yang kita kena cover lebih sebenarnya. Bukan lagi hot spot lagi open. Yer dak?

Lagi satu, kalau dah elok-elok pakai lengan panjang, pakai inner, jangan lah senseng pula yer lengan tuh ya. Dan bagi certain-certain yang suka pakai lengan three quater, apa salahnya jika panjangkan saja sampai bawah.

Yang lain-lain tuh, masing-masing pun dah tau aku rasa. Aku just bagi tahu mana part yang paling penting sekali saja lah, sebab itu sebenarnya yang paling bahaya.

Aku terfikir,
Kalau mati lah kita, sampai bila gambar-gambar macam itu nak jadi tatapan orang.

* * *

Jadi tadi, aku baru sahaja selesai buat pembersihan gambar di setiap corong laman sosial aku. Dari Facebook, berpindah ke Myspace.

Myspace. Biasalah. Gambar masa tak matang. Sekarang dah matang sikit, barulah faham, barulah privatekan satu-satu album. Delete mana yang tak perlu.

Masih belum terlambat kawan-kawan.



Wednesday, August 1, 2012

Kahwin awal.

Kahwin awal.

Apa yang membuat aku tergerak untuk post pasal ini adalah bila lihat respond orang ramai terhadap pasangan kahwin muda Syafiq (16 tahun) & Yana (14 tahun). Ada pihak yang ambil positive, sokong, support. Ada juga pihak yang bukan main bantah, tak suka, tak puas hati dan sebagainya.

Izinkan aku mengutarakan pendapat aku pula.

Kalau difikir-fikir, ya, pasangan mereka ini boleh dikatakan masih bawah umur. Kata orang, masih bersekolah. Jika difikir lagi, bila kita letak tempat kita dekat tempat mereka, masa kita tingkatan dua dah berumah tangga, ohh, jauh sekali rasanya. Aku, masa tingkatan dua masih terasa seperti budak hingusan.

Itu cerita yang belasan tahun.

Ada pula yang mengkategorikan kahwin awal adalah pada usia 19, 20, 21, tahun macam itu. Senang kata, lepas SPM. Ataupun masa tahun pertama atau tahun kedua di universiti. Ada lagi yang berpendapat, kahwin awal adalah sebelum habis belajar.

Yalah, jika kita sendiri, aku sendiri lah senang. Aku fikir, semasa masih belajar, dari mana nak datangnya duit. Memang lah kahwin bukan duit semata-mata, tapi, untuk walimatul urus perlukan duit, untuk kehidupan harian juga perlukan duit. Duit poket aku sendiri masih lagi bergantung pada ibu bapa. Adapun duit biasiswa JPA digunakan untuk belajar dan sekali sekala digunakan untuk memenuhi napsu shopping yang kadang kala membuak-buak. Kadang-kadang saja.

Tahap pemikiran macam aku ini jelas menunjukkan yang tahap ini masih belum matang, masih tidak pandai untuk fikir jauh. Sebab itu adanya masa. Perlukan masa. Melalui pengalaman, didik diri jadi matang. Belajar masak terutamanya. AHAHA.

Jadi, aku rasa titik tolak untuk setiap orang bersedia ke alam perkahwinan adalah kematangan. Kalau rasa diri dah sedia, dah pandai urus hidup, dah boleh jaga-menjaga, tiada masalah. Selain itu, sistem kewangan. Kalau rasa dah mampu untuk menstabilkan sistem kewangan bila hidup berdua, plus pada masa akan datang tambah bertiga, bereempat dan beberapa lagi, silakan. Tiada salahnya.

Yang masih belajar, jika rasa dah boleh balance belajar dengan rumah tangga. Agak-agak tak mengganggu exam, tak menggangu waktu study. Boleh boleh. Lagipun, selalunya pelajar di universiti berada dalam kelompok umur 19 atau 20 tahun ke atas kan? Jadi, kalau dah 20 tahun ++ itu dah cukup umur lah tuh. Setiap orang menjadi matang pada lain-lain usia. Ada yang kematangan lebih dari usianya. Ada yang kematangan datang tepat pada masanya. Yang sedih adalah apabila usia lebih dari kematangannya.

Jika hendak mengikutkan arus kehidupan masa kini, satu, mesti lah ada agamanya. Yang itu paling penting. Jangan goyah sedikit pun. Kemudian, biarlah dah ada kerja dulu. Orang zaman sekarang tak tanya, "Dia dapat pointer berapa?". Tapi, orang akan tanya, "Kerja apa mereka itu?". Dan, at least tahu yang kehidupan masing-masing dah stabil. Ini bukan point materialistik atau duniawi semata-mata, tapi inilah yang diambil kira untuk dihormati oleh masyarakat, orang sekeliling kita. Pandangan orang pun kadang-kadang penting juga kan.
Tepuk dada, tanya iman, tanya hati, tanya diri.
Sebenarnya, banyak. Banyak benda yang nak kena sedia sebelum masuk alam perkahwinan. Aku tidak lah berapa pandai lagi. Nak bagi tahu semua pun belum mahir lagi. Jadi, apa kata kalian study sendiri lah ya.

Yang masih bersekolah itu, erm, mungkin mereka lebih tahu apa yang lebih baik untuk mereka. Mungkin kematangan itu dah datang dalam usia mereka itu. Apa yang penting, semoga mereka bahagia dan belajar rajin-rajin. Kehidupan masih jauh. PMR, SPM, semua itu masih perlu ditempuh.

Mengambil pendapat sesetengah orang yang berkata, kahwin awal dapat mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini berlaku. Ya. Betul.

Pada aku, fikir macam ini. Kahwin bukan lah bertujuan untuk mengelakkan benda yang tidak baik berlaku sahaja, tetapi, dalam perkahwinan juga ada tanggungjawab.

Jika kita pilih kahwin, hanya untuk mengelakkan perkara yang tidak baik, tetapi tahu diri masih belum mampu pikul tanggungjawab, baik jangan.
Perkara yang tidak baik itu kita boleh elak, tetapi tanggungjawab kita tak boleh elak. Ia wajib.
Apa-apa pun, jangan lupa, restu ibu bapa. Penting. Paling paling paling penting.

Akhir sekali, dalam apa pun, berlandaskan Islam adalah cara paling mudah. Dalam hal ini mungkin boleh bertanya lebih pada Ustaz Azhar Idrus, Ustaz Don, dan tiga orang Asyraf (Imam Muda Asyraf, Hilal Asyraf & Asyraf Muslim). Mereka lebih pakar.

Sekian.


Pura-pura.

Aku duduk tengah bandar KL
Betul-betul tengah
Ke kiri tembus Gombak
Ke kanan tembus pusat bandar
Tengah bukan?

Dari rumah,
aku boleh nampak KL Tower
aku boleh nampak KLCC
aku boleh nampak bangunan tinggi-tinggi
Ya. Tengah bukan?

Kadang-kadang
bunyi keretapi
bunyi LRT
bunyi monorail
semua aku boleh dengar
Tengah bukan?

Hari ini, bila aku bangun pagi
aku jenguk tingkap
aku nampak kabus tebal
betul-betul tebal
sampai KLCC pun nampak samar-samar
Itu pagi.

Sampai petang, masih sama
aku curiga
baru aku sedar
aku tertipu dek kabus tebal
kabus tebal itu berpura-pura
Kau jerebu rupanya

Pandangan ke KLCC
yang tadi samar
terus kabur
& kabur

Cuaca kita makin sakit
sakit cuaca boleh bikin sakit manusia

Tolonglah
aku ingin Kuala Lumpur
seperti yang asalnya

Sini aku lahir, sini aku besar
tanah aku, air aku, udara aku
semoga kembali segar.


Monday, July 30, 2012

Patriotik vs. Politik

Pendapat aku tentang 'Janji Ditepati'.

Bagi aku, Hari Kemerdekaan tahun ini tak menjerumus kepada patriotik sangat, tapi lebih kepada politik. Bermula dengan logo dengan slogan 'Janji Ditepati'. Seperti yang kita semua sedia maklum, slogan itu adalah slogan bagi satu parti politik.

Jika kita ingat balik masa zaman 'Wawasan 2020', 'Keranamu Malaysia' dan 'Jalur Gemilang', semua slogan-slogan ini adalah berbentuk general yang tidak berpihak kepada mana-mana parti politik. Contohnya, slogan 'Jalur Gemilang', pihak kerajaan dan juga pihak pembangkang, dua-dua di bawah Jalur Gemilang yang sama. Tapi slogan 'Janji Ditepati' ini adalah adalah slogan milik satu pihak sahaja.

Jadi, tidak aci lah begitu. Rakyat perlukan keadilan.

Masuk kepada lagu pula. Dalam lirik lagu ada,
'BR1M 1 Malaysia'
'TR1M 1 Malaysia'
'Kedai 1 Malaysia'

Dan benda-benda ini adalah pekara yang dibuat oleh pihak itu sahaja. Jadi, bukan kah ini nampak sangat politik di hadapan, bukan patriotik.

Janji telah ditepati, kini masa balas budi. Erm. Janganlah meminta-minta sampai macam itu sekali. Ya ya. Jejak sahaja umur 21, kami akan daftar mengundi, bila dah sampai masa, kami akan keluar mengundi. Tapi maaf ya, kami juga ada hak untuk buka mata, buka minda, tak undi dengan buta tuli. Kerana kami rakyat Malaysia.


Sunday, July 29, 2012

Kau kenal dia, dia pun kenal dia.

The moment when kau nampak kawan kau yang kau kenal dekat tempat lain tweet/tag kawan kau sorang lagi yang korang kenal dekat tempat lain juga. Means, kau, kawan kau si A dan kawan kau si B bukan lah berada sama-sama satu sekolah, satu taman perumahan, satu tadika perpaduan atau apa-apa saja lah.

Kalau aku, mesti aku tertanya-tanya, macam mana diorang ini kenal eh? Mula lah aku menyibuk dalam conversation orang sebab curiosity aku ini sangat tinggi mengalahkan KLCC mungkin.

Antara jawapan, "Kitorang satu sekolah rendah dulu". Atau pun, "Owh, rumah kitorang dekat jer". Atau pun, "Kitorang tuisyen sama-sama dulu".

Masa itu mesti nak cakap "How small our world is/ Wah, kecilnya dunia".

Tapi aku selalu diselubungi rasa bersalah untuk nak cakap perkataan 'kecilnya dunia' sebab bagi aku, dunia ini macam besar jer.

Bila dah dapat jawapan, baru aku senyap let them continue their conversation dengan aman damai.


Psst:
Kalau kau, kawan kau si C dan kawan kau si D itu memang satu sekolah, esp satu kelas, tak payah lah pergi tanya macam mana dia orang boleh kenal. Yer dok?


Saturday, July 28, 2012

Cuti.

Malam ini dah tertidur lewat.
Buat apa?
Entah.
Kosong.. kosong.. kosong..

Harap-harap boleh bangkit sahur kejap lagi.
Boleh punya,
pasal makan.
Gelak sikit. HAHA.

Baru betul cuti namanya
bila tidur tiga empat pagi.

Salam.


Ramadan-7.

Alhamdulillah.
Besok dah nak masuk Ramadan ke lapan dah. Tup tap tup tap dah nak habis dah sepuluh hari yang pertama kan. Haa. Tak sabar lah tuh, tak sabar lah tuh. Jangan risau, umur panjang, InsyaAllah, kita semua akan merasai raya ya. Lupakan igauan zaman kanak-kanak kita dulu. Yang orang tua selalu kata, "Siapa puasa sehari boleh raya sehari jer, puasa dua hari, raya dua hari". Masa itu, kita semua berebut-rebut nak puasa penuh sebab nak raya tiga puluh hari kutip duit raya. Kan kan kan? AHAHA.

Dah kalau dah besar nie untuk yang perempuan nie nak buat cenggana dah selalunya memang akan terkurang seminggu.

Tapi dah besar panjang ini, di samping kita tak sabar nak tunggu penghujung Ramadan, sepatutnya kita lebihkan sikit perasaan, "Alahai, sayangnya nak tinggalkan Ramadan". Sebab apa? Sebab dah cukup ker kita kutip buat amal dalam bulan barakah nie? Lepas nie dah masuk bulan Syawal Zulkaedah Zulhijjah, rindu pula dengan bulan yang tawarkan pahala berlipat kali ganda ini kan?

Jadi, jom kita kejar. Jom kita ambil peluang. Jom! Jom!

* * *

Nie nak cerita sikit. Bukan mengumpat ya. Bukan bukan bukan. Tak nak buat dosa tuh, taknak diibaratkan macam makan daging saudara sendiri. Tak Nak Tak Nak Tak Nak.

Sebelum itu, satu soalan. Bagaimana ya ibu bapa boleh lepaskan anak-anak kecil mereka bermain di taman permainan pada waktu malam?

Seiingat aku, masa aku sekolah, aku tak berani langsung nak minta izin dekat abah nak jejak kaki keluar rumah selepas pukul 7.00 malam. Kadang-kadang kawan datang rumah nak pinjam buku pun, tak sampai lima minit aku sembang dengan kawan. Tak berani.

Bukan apa, dekat kawasan rumah aku ini, taman permainan sebelah surau. Bila orang tengah solat, seriously jeritan kanak-kanak itu semua mengganggu orang yang tengah solat. Jeritan takpe lagi, ini dah siap main mercun bunga api. Pung pang pung pang bunyinya.

Aku yang muda (erk) ini pun berapa kali solat sambil terkejut terkejut. Entah khusyuk atau tidak. Aku pohon solat aku diterima. Apa entah lagi pakcik & makcik dalam surau tuh, kesian diorang. Kalau ada yang kuat melatah lagi kasihan. Sedang, "Allahu akbar kabira wal-hamdu lillahi kasira" tiba-tiba "Opocot! Untuk dia Ayy! Untuk dia Ayy!". Haa. Tak ke naya.

Nak salahkan budak-budak tuh, nama pun budak, kecil lagi. Manalah dia orang tahu apa-apa. Kalau bagi nasihat pun, mau tahan dalam dua tiga hari jer.

Jadi, buat ibu bapa & bakal ibu bapa, tak salah nak ajar anak-anak pergi surau solat jemaah, tapi, kalau dah dia orang serong lepas solat main mercun, alangkah baiknya jika tahan sahaja mereka di rumah buat kerja sekolah. Kan?

Lagipun, bahaya tau biar kanak-kanak keluar rumah malam-malam.




Friday, July 27, 2012

Us.

Tadi sempat baca blog sorang roomate, dia cerita tentang US. Bukan United States, tapi us us us.

Kitaorang.

Antaranya, Tasha cakap,

Jangan risau Tasha. Nanti kita datang bilik awak & kita bergelak ketawa depan awak ya.
HEHE. :')

* * *

Alahai. Sayu nya rasa bila baca. Lepas ini kitaorang tidak lah sebilik lagi. Ada lah beberapa orang masih sebilik, tapi tidak enam-enam.

Ada dapat bilik depan, ada dapat bilik kiri, ada dapat bilik kanan. Takpe lah. 40 bilik di sebelah kiri kanan, dan depan masih berjiran kan?

Us. In our last photo as roomates. Sobs.
Ukhwah kita, walau dekat mana, bila masa, apa-apa, siapa saja, bagaimana cara, tetap kita sahabat.

Proud of having you all guys.

Don't worry. We still friends hingga ke syurga kan. InsyaAllah.



Penatnya bermimpi.


Masa itu aku sedang ada hal. Perlu, memang perlu diuruskan. Masa itu juga ada exam. Tak pasal-pasal termasuk exam lambat. Kalau lambat lima minit okay, ini lambat ada dalam lima belas minit lebih.

Suasana dalam dewan exam, TAK KONDUSIF. Macam dewan selera dekat MRSM jer rupanya. Takde lampu. Gelap. Paper exam, ambil sendiri dekat meja depan. Bukan invigilators datang pass pass kertas soalan. Siapa suruh dekat meja depan ada dua set soalan. Gelabah punya pasal, dua-dua subjects punya soalan aku tibai.

Cari sit. Bukan main susah. Macam dewan selera kan, semua orang pun duduk bersepah-sepah. Okay. Dah dapat sit. Terus laju-laju jawab exam sampai nak dekat habis soalan.

Tiba-tiba rasa pelik sebab soalan tak menjerumus sangat ke kancah Maths, tapi lebih kepada logik. Sampai sudah, baru lah aku sedar yang aku bukan jawab paper Maths yang sepatutnya, tapi paper lagi satu yang aku tibai dekat meja depan tadi.

AAAAA. Berapa banyak masa dah aku buang nie? Tension.

Aku panggil invigilator, bagi tau dia, mengharapkan belas kasihan mereka.

"Nanti, saya kena bincang dulu dengan invigilators yang lain", kata invigilator yang aku jumpa tadi.

Invigilators yang lain semua ada dekat luar dewan exam, buat bulatan perempuan-perempuan (faham-faham sajalah kan). Dari dalam dewan exam, aku boleh dengar, bila invigilator yang aku jumpa tadi bagi tahu tentang permintaan aku, invigilators yang lain bukan main garang.

"Mana boleh. Takde takde. Sambung jer jawab macam biasa. Kitorang nak kena balik rumah cepat-cepat, nak masak lagi apa semua", kata bulatan perempuan itu tadi.

Sedih aku mendengarnya. Sampai hati.

Aku jawab exam paper Maths. Lagi satu, aku sedar yang aku tak bawa kalkulator saintifik. Macam-macam dah bermain dalam kepala. Sempat ker? Kalau soalan tan sin cos dah macam mana aku nak jawab takde calculator? Dan macam-macam tanda soal lagi.

Bila dah cuak bukan main macam itu, kepala bukan boleh fikir sangat. Aku try jugak jawab slow slow. Soalan 1. Soalan 2. Soalan 3. AHHH. Tensionyaaa. Sambil menjawab aku menangis. Sambil menangis aku merayu, "Cikgu..cikgu..cikgu". Mengharap lagi belas kasihan.

"Takpe lah. Nanti dah habis nanti kamu bincang lah dengan kawan-kawan soalan-soalan tuh", kata invigilator yang tadi. Invigilator ini nampak baik, nampak caring sikit. Nampak belas kasihan dari reaksi dia. Tapi, apakan daya, kena juga ikut cakap majoriti di luar sana.

"Lagi lah tension cikgu. AAAAA."

& aku terjaga dari tidur.

Penat,
bila cuba nak kawal perasaan yang dalam mimpi itu tadi.

Fuhh. Penatnya bermimpi.