Monday, July 30, 2012

Patriotik vs. Politik

Pendapat aku tentang 'Janji Ditepati'.

Bagi aku, Hari Kemerdekaan tahun ini tak menjerumus kepada patriotik sangat, tapi lebih kepada politik. Bermula dengan logo dengan slogan 'Janji Ditepati'. Seperti yang kita semua sedia maklum, slogan itu adalah slogan bagi satu parti politik.

Jika kita ingat balik masa zaman 'Wawasan 2020', 'Keranamu Malaysia' dan 'Jalur Gemilang', semua slogan-slogan ini adalah berbentuk general yang tidak berpihak kepada mana-mana parti politik. Contohnya, slogan 'Jalur Gemilang', pihak kerajaan dan juga pihak pembangkang, dua-dua di bawah Jalur Gemilang yang sama. Tapi slogan 'Janji Ditepati' ini adalah adalah slogan milik satu pihak sahaja.

Jadi, tidak aci lah begitu. Rakyat perlukan keadilan.

Masuk kepada lagu pula. Dalam lirik lagu ada,
'BR1M 1 Malaysia'
'TR1M 1 Malaysia'
'Kedai 1 Malaysia'

Dan benda-benda ini adalah pekara yang dibuat oleh pihak itu sahaja. Jadi, bukan kah ini nampak sangat politik di hadapan, bukan patriotik.

Janji telah ditepati, kini masa balas budi. Erm. Janganlah meminta-minta sampai macam itu sekali. Ya ya. Jejak sahaja umur 21, kami akan daftar mengundi, bila dah sampai masa, kami akan keluar mengundi. Tapi maaf ya, kami juga ada hak untuk buka mata, buka minda, tak undi dengan buta tuli. Kerana kami rakyat Malaysia.


1 comment:

  1. Assalamualaikum , akak saya baru sahaja ditawarkan mengikuti ijazah sarjana muda pembedahan pergigian UiTM (BDS UITM) , memang best kan ? insyaALLAH , soon jadi doktor gigi yang menyumbang kepada Islam dan negara . Tahun 12/13 pengambilan jurusan pergigian hanyalah 170 orang sahaja melibatkan melalui UPU . amatlah kritikal course ini . untuk pengetahuan , JPA dah tak offer dah secara automatik , tapi dia kena apply online . insyaALLAH , kalau course kritikal dia akan tawarkan . doa doakan . :)

    ReplyDelete

Sebijik comment anda amatlah berharga untuk saya.