Assalam alaykum.
18 June since the last post. Boleh tahan tak lama sangat lah tuh. Tak dikira golongan veteran lagi tuh.
Secara am-nya, boleh dah lega sikit, renggang-renggang kan otot sikit dari bahang minggu peperiksaan ini. Tapi, secara khas-nya, exam belum habis lagi. Still under bahang Professional Exam lagi.
Secara am-nya lagi, paper teori, yang tulis-tulis, yang essay-essay, yang objective true false tuh semua habis dah lah. Tinggal lagi untuk OSPE. Apa nama panjang OSPE nie pun err err. Tak sure. Tapi yang pasti mainly apa yang kita belajar dekat lab lah.
Kalau masa CFS dulu lab report itu hanya sebagai pembantu untuk mendapat markah yang baik, dekat sini, lab report bukan sahaja untuk mendapat markah, tapi untuk di-study juga pabila menjelang OSPE.
Amboi, guna perkataan 'menjelang' nie buat aku rasa macam dah nak raya pula. Nak main bunga api, mercun pung pang pung pang bagi riuh satu kampung. HAHA.
Itu sahaja buat masa ini. Oh ya. Sekarang dekat Kuantan jalan raya tengah busy dengan SUKMA. Padanlah dua tiga bulan lepas, Bandaraya Kuantan nie bukan main meriah dengan aktiviti menaik taraf. Semua. Semua nak naik taraf. Stadium cat baru, jalan raya yang lopak-lopak ditampal, sampaikan rumput dan pokok-pokok yang jadi divider jalan pun diubah suai.
UIA nie ada juga lah terlibat sikit dengan SUKMA. Ada yang jadi committee dapat gaji mahsyuk juga sehari. Tak lupa juga, UIA juga jadi penempatan untuk kontinjen-kontinjen. Lagi special 'Hotel TABARI' nie, bukan kontinjen, tapi polis-polis trafik tau yang menetap dekat sini.
Bawa kereta atas jalan raya Kuantan buat masa sekarang nie kena berhemah. Polis trafik ada di mana saja. Almaklum lah, SUKMA kan. Tak nak lah nanti jadi sesak-sesak.
Okay. Itu sahaja. Nantikan kemunculan Izzani selepas exam nanti ya. Baru boleh kita cerita dari A sampai infinity. HEHE.
Ahh, bosannya entri nie takde gambar. Okay. Aku rasa nak letak satu gambar yang dari hari tuh lagi curiosity aku terhadap gambar nie membuak-buak.
Ini maskot untuk SUKMA tahun nie. Kenapa gajah dan kenapa setiap gajah ini ada nama?
Yelah. Awak dah duduk Pahang, teringin juga nak tahu, apa significant nya gajah dengan negeri Pahang?
Kot ada tempat menarik yang ada banyak gajah, boleh pergi, mandi-manda, tunggang-tonggeng dengan gajah.
Itu jer.
Salam.
0 comments:
Post a Comment
Sebijik comment anda amatlah berharga untuk saya.