Wednesday, July 25, 2012

Post Professional Exam.


Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah.

Everything goes well.

Ingat lagi masa mula-mula Block 4. Semua orang dah start study memang pulun gila-gila. Kalau Block 1, 2 & 3 cuma berkawan biasa, lalu pun jarang, tapi masa Block 4 masing-masing dah jadi kamcing dengan perpustakaan.

Professional Exam kitorang secara am-nya habis masa 12 Julai. Tapi, semua orang tak boleh balik lagi. Semua orang kena tunggu sebab besok dan lusanya KOD akan call siapa-siapa yang dapat viva. Jadi, bagi mengisi masa lapang, oh, silap, memang tiada masa lapang pun lepas habis pro-exam tuh. Mana tak nya, dah kena pindah bilik pulak dah. Bilik takpe lagi, pindah block pulak dah. Nasib block sebelah.

'Pindah block sebelah pun angkut barang pakai kereta'. Memang hidup nak senang saja lah engkau ini Izzani. HAHAHA.

Selain pindah, ada lagi lah aktiviti lain yang budak-budak kelas plan bagi mengisi masa. Prank prank pun ada.

Course kitorang tak perlu balik rumah dulu, tunggu tiga empat minggu, buka website untuk cek result semua. Tetapi macam ini. Hari ini habis exam, esok lusa dah boleh tau result dah. KOD tampal dekat admin.

Wow, berdebar tak weh? Kiranya, habis exam pun, semua orang beringat kot. Jangan happy-happy sangat. Kiranya lagi, lepas habis exam, belum belum lagi masa untuk hundred percent lega.

Viva habis pada hari Selasa. Jadi, aku menjangkakan yang result full akan keluar besoknya, pada hari Rabu dan of course KOD akan keluarkan di hujung-hujung office hour. Aku pun dah plan nak balik KL hari Rabu lepas result keluar, means, nak balik petang lah.

Surprisingly, tanpa disangka-sangka, viva habis pagi tuh, petang tuh, sedang aku kemas-kemas bilik (sebab baru pindah bilik baru), result dah keluar daa. Dengan pakaian paling selekeh dalam dunia (yelah, tengah mengemaskan), aku gerak dengan roomates pergi KOD demi ingin melihat result.

Dan lagi satu, result kitorang tak ada grade or pointer pun. Ada tulis PASS or FAIL sahaja. Jadi, dah tentu tentu perkataan PASS yang aku cari untuk semua subject. Mata aku bergerak dari satu kertas ke satu kertas yang mewakili setiap subject. Empat kertas kesemuanya. PASS PASS PASS PASS.

& Syukur Alhamdulillah. Masa itu entah berapa kali kata syukur aku ucap. Syukur yang tak terhingga. Masa on the way ke KOD berdebar-debar jangan kata. Yalah, semua orang pun mesti dah terbayang tunic berwarna, seluar putih, kasut putih. Kan? Dengan perkataan PASS itu lah, semua debar-debar tadi hilang serta merta.

Sampai sahaja bilik, terus, aku capai handphone dan message mereka-mereka yang aku betul-betul berterima kasih sebab mereka-mereka lah yang banyak support aku sepanjang exam, sepanjang belajar. Senang kata, supporter dalam hidup aku. Tanpa mereka-mereka, aku lemah longlai. Aku terus message Abah, Ibu, Kakngah, Affiq, Izzah & Rahman.

Petang itu hujan lebat. Tanpa hirau hujan lebat, pergi juga ke terminal bas untuk beli ticket balik KL pada hari Rabu, pagi-pagi.

Perasaan ini paling best. Bila dah sampai rumah tanpa perlu risau tentang apa-apa lagi. Result semua dah tau, dah lega. Tinggal fikir ibadah puasa dan hari raya. HEHE.

Alhamdulillah. Allah Maha Besar.






Dear Friends,
don't worry ya. You can do it. Aku akan terus support korang, doakan korang dapat jawab paper itu nanti. Korang boleh. Aku yakin. Korang baik, Allah mesti akan tolong korang. Yang penting, jangan down ya. Ada masa. Sempat lagi ini nak study. InsyaAllah. Kita akan dapat sama-sama jejak second year, empat puluh lima orang. Sama-sama. InsyaAllah.





1 comment:

  1. Good, you're in 3rd year ke? Me, bru 2nd year. Nice to know u :)

    ReplyDelete

Sebijik comment anda amatlah berharga untuk saya.