Tuesday, April 17, 2012

Kusam.

Kusam.

Kusam.

Kusam.


Dah sinonim sangat dah rasanya dengan keadaan semasa blog ini. Dah bosan dengan perkataan 'blog berhabuk tiup habuk piuhh piuhh'. Guna adjektif lain. Kusam. Sekali lagi, kusam. Lihat Kamus Dewan kalau tak ada idea dengan apa itu kusam.

Hmm. 24 March. Post paling latest. Masa tuh aku tengah demam.

Kiranya, daripada aku tengah demam, sampai aku dah sihat dari demam, sampai aku ada pergi Zoo Negara dan sampai aku dah Pre-Professional exam pun sekarang ini, tiada apa-apa cerita dalam ini blog. Kata Najwa Latif, kosong kosong.

Haa. Itu dia. Itu dia. Benda paling latest yang aku tengah mengalami sekarang ini adalah Pre-Professional Exam. Ala-ala End-Block 3 Exam. Exam kali ini lain. Format lain, masa lain, venue lain sikit. Jadi, hari pertama biasalah gelabah-gelabah disebabkan dengan benda yang lain lain itu. Tapi, InsyaAllah, InsyaAllah, everything gonna be orait. And the next coming day, another three papers will be tak gelabah gelabah lagi. Tenang Izzani tenang.

Jadi, ceritanya, orang yang tengah exam memang selalu akan cakap, 'Maaf. Saya tiada masa untuk update blog. Away for a while'. Tapi, aku tak. Aku tak kata aku tak ada masa nak update. Kalau tak ada masa, tiada lah update yang ini. Aku lebih prefer kata, 'Maaf. Aku memang ada banyak masa nak update. Tapi, bila pandang blog, nampak nota tak baca lagi, pandang blog, nampak nota bersih lagi. Maka, nota lah. Blog later later.'

Sorry yer. Nak exam nie. Doakan aku dan kawan-kawan. Bye. Assalamualaikum.


0 comments:

Post a Comment

Sebijik comment anda amatlah berharga untuk saya.