Tuesday, July 30, 2013

Tudung Square. Bukan untuk dijual.

Bismisllahirrahmanirrahim.
Salam Ramadan.
Harap tak terlambat lagi.

Pejam celik pejam celik
Tup tup dah masuk fasa ketiga --

Moga-moga Ramadan dan puasa kita kali ini diberkati & diterima oleh Allah s.w.t. InsyaAllah.
Teruskan & banyak-banyakkan beramal.

* * *

Nak dijadikan cerita, hari ini, tegar betul aku pergi pusing Jalan TAR sorang-sorang. Sepanjang cuti ini, ini dah masuk kali ketiga aku pergi Jalan TAR. Over betul. HAHA.

Apasal entah kali ini aku tengah kemaruk nak cari tudung. Tapi this time bukan tudung bawal biasa. Sebabnya kalau nak kata pasal bawal plain yang biasa, yang dua tone, yang tiga tone, aku dah ada banyaaaaaak sangat dalam lemari. Segala jenis warna ada. Segala jenis batu-batu, manik-manik, bunga-bunga dah ada.

Jadi, hari berganti hari, zaman beralih zaman, sekarang nie dah ramai orang yang buat tudung custom made. Sebenarnya zaman itu tak beralih, cuma kembali semula. Orang sekarang dah mula pakai balik fashion-fashion yang dulu-dulu. Dari bawal border batu-batu tuh, orang lagi minat bawal kosong tak berbatu zaman sekarang ini. Tinggal lagi tudung-tudung itu dimanipulasi fashionnya dengan tukar jadi 2 tone, 3 tone, ada tuh 5 tone, yang bila aku nampak orang pakai, mesti aku rasa macam, "Emmm, paddle pop nya orang itu." Nampak sedap gitu. Tapi apa-apa pun depends pada penggayaan. Ada tuh combination warnanya cantik sangat. Ada juga yang  combination warnanya nampak pelik. Ikut pada diri masing-masing yang mana kena dengan kulit sendiri.

Lagi fashion yang kembali ke zaman era 90-an, adalah tudung bercorak. Selain tudung plain, tudung tone, orang sekarang juga suka pakai tudung yang bercorak seperti paisley, abstract, floral, dan sebagainya. Aku juga ikut. Itu yang tegar pergi pusing jalan TAR cari kain tuh. HAHA.

Aku memilih untuk buat custom made tudung sebab lebih jimat dan kita boleh beli ikut cita rasa, saiz, dan jenis kain yang kita inginkan.
Untuk custom made, aku lebih suka pilih kain Chiffon atau pun Crepe. Satin nampak cantik juga, tapi, aku belum bersedia untuk pakai tudung kilat-kilat dan licin, takut bila nak bentuk nanti tak jadi.
Lepas pusing segala Jalan TAR, belek kain itu ini. Ada tuh satu tempat sampai dua tiga kali aku ulang sebab banyak sangat pilihan kain yang berkenan di hati, tapi tak boleh nak beli semua oleh kerana ongkos nya. HAHA.

Hasilnya. Taraaaaa.
Kalau nak buat tudung square bidang 45", minta orang kedai tuh potong kain 1 meter. Tapi make sure kan panjang dan lebar kain tuh sama supaya betul-betul boleh jadi square.
Lepas pilih-pilih, potong-potong kain semua, inilah hasilnya.


Lepas potong kain ela tuh, mestilah tepi tuh berbulu-bulu kan. Takkan nak pakai tudung berbulu-bulu. Jadi, pergilah aku mecari kedai untuk jahit tepi tudung.
Dan selesai jugalah aku mencari kain, potong kain, dan menjahit tepi kain untuk dijadikan tudung square. 3 jam jugak lah aku berada di Jalan TAR itu tadi. Selepas jahit tepi kain, inilah hasilnya.

Tudung Square
Empat tudung di atas aku beli dekat tempat yang sama dengan harga yang sama. Siap ada diskaun lagi sebab sekarang nie kan musim orang shopping raya. Keempat-empat tudung di atas aku pilih kain Chiffon.
Tudung yang ini juga kain Chiffon. Tapi mahal sikit harganya sebab aku beli dekat kedai yang lain dan kualiti kainnya juga berbeza.
Total perbelanjaan aku untuk kelima-lima tudung di atas adalah RM64.60. Jimat bukan?
Aku ada buat lagi satu tudung custom made sebenarnya. Tapi yang itu tak nak tunjuk lagi sebab nak pakai masa raya keempat nanti. HEHE. Aku harap satu hari nanti aku boleh ada mesin jahit sendiri supaya aku boleh jimatkan lagi duit dan buat lebih banyak lagi tudung mengikut cita rasa aku. AHAHA.



4 comments:

  1. Tumpang tanye, hantar jahit tepi tudung tu kat kedai mane ye kat jalan tar tu.

    ReplyDelete
  2. kat mane kdai yang ada buat custome made tudung kat jalan tar tu ye? dah cari xjumpa pun..huhuhu

    ReplyDelete
  3. nk tnye..kdai mane yg jual byk kain crepe utk buat tudung ye?

    ReplyDelete
  4. Fuyoo anak cikgu zul hahahaha

    ReplyDelete

Sebijik comment anda amatlah berharga untuk saya.