Thursday, March 31, 2011

Kisah animated picture.

Assalamualaikum. Haii korang. Ape kabar hari nie? Sehat? Alhamdulillah. hehe. :)

Hari nie kan, aku ade belajar benda baru. Ohh yeah! Ohh yeah! *sambil lompat-lompat. wink wink*

Nak tau ape? Actuallynye kan, aku dah lame dah tertengok-tengok, boleh tengok-tengok, jangan pandang-pandang. HAHA. *Tetibe*. Nampak yer di situ TERtengok. Bukan sengaja nak tengok pun. haha. Aku terpandang-pandang tutorial untuk nak buat animated picture dekat Photoshop.

Yolah, ape gune kalau ade Photoshop tapi asyik duk guna untuk buek header jer tak habis-habis. Bosyann. hehe.

Dulu dekat maktab mase form4 kelas Computer ade cikgu ajar buat animated gune Micromedia Flash. Tapi seyes tak ingat satu pun. HAHA. Payah lah. Pening kepala.

Photoshop, senang. Jadi, torai punya torai, "den torai", bak kata Zizan, aku sempatlah jugak buat animated picture aku buat julung, abang long, kak long, mak long dan pak long kalinye. EHEHE.


AHAHA. Sangat simple bukan. Sekadar lip lap lip lap macam lampu kecemasan jer. HAHA. Bukan ape, kebetulan pulak Rahman tengah dalam minggu-minggu final exam, so, here it is. hee.

All the best okay for your final exam. Be cool mase jawab soalan. Erm erm. Jangan lah cool sangat, I mean tenang-tenang jer lah okayy. EHEHE. Goodluck! Opss! Semoga berjaya! (.^_^.) Usaha. Doa. Tawakal. InsyaAllah. :) 
Orait.  Thats all for today. Semoga dipermudahkan segala urusan hari ini dan berikutnye.

Amacam? First torai animated picture by Photoshop. AHAHA. Mengadalah kau Zany, dah lah simple.

Takpe. Yang penting bermakna. HIHIHI.

Wednesday, March 30, 2011

Kisah 100th.


Even it is already 100th, the scale of my waist is still the same as the first time you meet me. EHEHE.

Eyhh, nope. Not that one I'm gonna say today.

Even it is already 100th, I'll still keep you as number 1 in my heart.

Ya. Thats right!

Somebody : If I give you a chance to rate your heart, how much will you rate?
Me : Easy. Hundred percent.
Somebody : Another answer please.
Me : Hundred over hundred. :)

❝ May today be filled with happy memories of the past and bright hopes for the future.
100% or 100/100 ,
On the 100th.

Tuesday, March 29, 2011

Kisah Purple dan Pssstttt!.

"Eyh eyh, dah PURPLE laahh."


"Mane pink pink tuh?"


"Ahh. Dah simpan buat kenangan."

HAHA. Design baru. Purple laah pulak. Asik-asik pink, asik-asik pink, kepala pun naik pening. Baru perasan, purple pun cool jugak kan. Ohh yeaahh!

Ada orang kata, design belog ibarat macam makan shewing gum. Entahlah. Aku tak pernah design belog sambil makan shewing gum.

Ape yang pasti, design belog ibarat woww! bila nak siap nieh boleh siap ker sehari nieh nak carik warna apa font apa size apa widget apa shape apa sambil berpinaran mata bermain dengan coding yang macam aihh, karangan aku pun tak panjang dan berbelit macam nieh.

Manusia, kalau nak semangat baru, memang kena berubah. Belog pun, kalau nak semangat yang baru kena jugak lah bertukar. Pink to Purple.

Sekali sekala. Lepas nieh dah busy study macam twenty four seven ade kau rajin nak ngadap coding-coding yang pening tuh? Memang tak laaahhh. AHAHA.

Header? Baru aku perasan, SimplyZany sudaaahh. Berbanding sudut nieh kau adjust, sudut nieh adjust lagi, letak lagi benda-bendasing. Buek poning kopalo hajoo. AHAHA. *Seyesly, header aku sebelum-sebelum nieh SerabutGilaaaLaaahhhIzzaniOiii! HAHA.

Mula-mula memang nak buat header pampang muka aku lagi macam sebelum nie. Tapi, baru aku sedar, Sidebar pun kau, Post pun kau, takkan header pun nak kau jugak. Gilerrr segan aku nie (yang pemalu sebenarnye) pampang muka dari atas sampai lah ke scroll yang bawah. Jadi, cartoon doodle pun bolehh laahhh. AHAHA.

Selamat bergembira okayy dengan PurpleNoMoreNoMorePinkyPinky :)






Pstttt! Korang. Aku nak share dengan korang. Bukankah KELUARGA itu lagi penting dari KERETA?

Mase aku sekolah, cikgu selalu menekankan, hormat ibu bapa dan orang yang lagi tua, tolong keluarga sesama kita, mendoakan kesejahteraan keluarga, melayan keluarga dengan baik, jangan berkata kasar dengan sesiapa pun dan macam-macam lagi sebab hubungan manusia dengan manusia harus dijaga.

Rasanya, cikgu tak pernah pulak menekankan, hormat pada kereta, tolong kereta sesama kita, mendoakan kesejahteraan kereta, melayan kereta lebih dari segala-galanya. Tapi, kenapa ada juga yang sanggup berkasar terhadap manusia hanya kerana harta benda? Tak paham. Manusia. Macam-macam ragam.

A'ah lahhh. Hubungan manusia dengan manusia wajib dijaga, hubungan manusia dengan harta benda lain cerita.

Thursday, March 24, 2011

Kisah aku dan sekolah Part I.

Korang, aku tibe-tibe terasa macam nak cerita pasal aku lah. HAHA. Bukan-bukan, bukan nak cerita dari A sampai Z pun. HAHA. Maybe dari L sampai J jer kot. hee.

Percaya atau tak. Memang tuh laa pun aku. HAHA. Dah dah. Nak mengate ker ape cakap dalam hati jer okayy =.=

Sekarang aku nak cerita pasal perjalanan sekolah aku. Aku ingat lagi, nama buku yang fiiiirrrrssttt sekali aku belajar baca, Bacalah Sayangku. Ohh. Aku bertuah. Tak sangka aku jumpa lagi buku nieh dekat Google. AHAHA. Berbelas tahun yang lepas kot.

Nie laa die buku pertama yang abah aku guna nak ajar aku baca. Korang jangan tak tau, kecik-kecik lagi dalam umur 4 tahun kot, abah aku dah ajar baca, siap pegang rotan lagi tau. Baca sampai dapat. Tak dapat, sebat. Auuuu! Tuh yang dah besar nie dah kebal sikit dengan rotan-rotan nieh. Kihkihkih >_<

Sampai dekat tadika. Tadika aku mase lima tahun tuh nun dekat Damansara. Ala, aku tak ingat laa ape name tadika tuh. Tapi yang pasti Tadika Islam ____________, Damansara, KL. HAHA. Lima tahun kan. Korang pun boleh bayang aku pakai tudung macam mane dulu. Senget benget. Anak tudung terkeluar lah ape. Eii, nak ketawa rase kalau tengok gambar dulu tuh.

Tapi, ade satu kejadian yang aku tak boleh lupe mase dekat tadika tuh.

Waaaaa :'( kasut hilangg. Macam mane nak balik rumah. Last-last, beli kasut baru, siap tulis name bagai dekat tepi kasut. Name jer takpe. Nieh siap dengan pen marker permanent kaler merah haa. Tak nak bagi orang lain ambik lagi. HAIII. =.="

Naik umur 6 tahun, aku tadika dekat Tadika Perpaduan Sentul (sukati korang lah nak sebut Sentul tuh macam mane. Aku selalu sebut Sentol, dan selalu jugak kena gelak dengan Rahman. AHAHA). Ohh. Gambar mase tadika nieh ade banyak dalam album aku. Daripada budak Tadika Islam masuk Tadika Perpaduan, memang berubah lah kan daripada pakai baju kurung dan tudung, kepada pakai skirt dan free hair. Perubahan yang salah nieh! HAHA. Mase nie, pergi dan balik sekolah semua sendiri, jalan kaki, selalu balik dengan abang sedara aku mase tuh.

Okay. Naik umur 7 tahun, naik jugak lah ke darjah satu. Sekolah Kebangsaan Jalan Kuantan 2. Bukan dekat Pahang lah. Dekat KL jer jugak. Sebelum tuh, jangan gelakkan aku dulu! Well..(sambil buat muke bangga nak cover malu. hihi). Mase hari first, second, third, forth and fifth, senang kate , seminggu laa, aku menangis mase darjah satu. Eii, shame shame tak maluu, nangis dalam kelas.

Heyy! Jangan nak shame shame aku sangat lah. Biarlah aku. Tiap-tiap minit aku intai luar kelas tengok ibu ade ker tak tunggu aku. AHAHA. Kelakar lah Izzani!

Aku suke sangat time sekolah dekat sini. Sebab mase nieh aku lah Geng geng geng Bas Sekolah. HAHA. Pergi balik sekolah naik bas. Sekolah nie pulak dua sesi. Awal tahun sesi pagi, lepas pertengahan tahun sesi petang. Aku suke time sesi petang. Sementara tunggu bas sekolah sampai, aku and the geng bas sekolah, main dekat kawasan lalang sebelah sekolah main tangkap belalang. Sampai rumah, baju dah macam assistant tukang kebun dah. HAHA

Sekolah agama pulak dekat Sekolah Rendah Agama __tak ingat__ dekat area Jalan Tun Razak. Yang nieh, pergi and balik jalan kaki dengan kawan-kawan. hee.

Tiba-tiba, sampai separuh darjah 3, aku kena pindah rumah. Sediiihh wehh. Dah lah dah biasa dengan kawan-kawan sekolah. Sekali kena pindah. Takde lah pindah jauh, area KL jugak, tapi kali nie dekat Cheras and aku sekolah dekat Sekolah Kebangsaan Desa Pandan. Pergi balik sekolah abah hantar dan ambik.

Awal-awal sekolah sini dulu, abah ambik lambat sikit jer, nangis. Lambat sikit jer, nangis. Yelah, awak dah biasa jadi Geng Bas Sekolah kan. Bas lambat pun ramai jer lagi kawan-kawan tunggu. Nie jadi Geng Kereta Sekolah, tunggu lah kau sorang-sorang kalau kawan-kawan dah balik dulu. HAHA.

Nie jer lah gambar kenangan yang ade mase sekolah situ dulu. Gambar mase darjah tiga ade, dalam majalah sekolah. HAHA. Nie gambar mase darjah 4.

Aku yang mana? Yang berdiri barisan kedua, belah kanaaaannn sekali. haa. Mase nieh dah pandai pergi sekolah pakai tudung dah. hihihi.

Err. Budak-budak sekolah sini pandai lah. Bersaing gegilaa lah belajar dengan diorang dulu. Ohh! Baru ingat. Mase aku masuk darjah tiga, aku lepas untuk ambil ujian PTS. Mase sekolah sebelum nie, 4 orang jer yang berjaya, aku, sorang kawan aku nama dia Izzati, dua orang lagi budak lelaki, sorang name Hakim, sorang lagi tak ingat.

Tapi, mase aku pindah jer sekolah nieh, DUA PULUH orang yang akan ambil ujian PTS tuh nanti. Mak aaiihh. Ramai gilaa. And semua yang ambil tuh dari kelas aku nie lah. Tapi, mase keputusan diumumkan, empat orang jer yang dapat lompat terus darjah lima and aku TAK DAPAT laah. So, masuk jer lah darjah empat. HAHA.

Ohh. Time pindah rumah Cheras nieh, aku sekolah agama dekat sebelah rumah jer. Jalan kaki jer. Haa. Yang nie aku ingat. Sekolah Rendah Agama At-Taufiqiah. :)

Okayy. Untuk Part I nie aku rase sampai sini dulu lah kay. Tak mau panjang-panjang sangat (walaupun nie dah sangat panjang kan). HAHA.

Tunggulah tau. Nanti aku sambung Part II pulak dengan sekolah-sekolah aku yang lain.

Rindu lah ingat-ingat balik zaman sekolah nieh. Kawan-kawan :')

Tuesday, March 22, 2011

Kisah jam versi bahasa arab.

Korang, aku kalau tak dah habis cuti dah. Dah masuk UIA balik dah. Dah takde dah update-update belog nie untuk seminggu dua mungkin. HAHA. Tapi nak buat macam mane, UIA sayang kami lebih. Dia tambah lagi cuti kami lagi dua minggu. So, I'm so sorry lah korang yer kalau dekat Dashboard korang tuh asik-asik Izzani Zulkifle. Asik-asik Izzani Zulkifle. Aihh. Bosan =.=" HEHE.

Alang-alang ade benda nak cerita nieh, cerita jer laah kan. Kang dah busy, takde benda nak update, sunyi sepi sepan pulak kan. HAHA.

Orait. Semalam aku berganding bahu dengan adik aku siapkan kerja sekolah Bahasa Arab dia. Ecece. Mentang-mentang lah dah belajar Arab dekat UIA. haha. Takde kaitan. HEE. So, meh sini aku nak tunjuk cara-cara buat jam jarum boleh pusing-pusing secara manual versi bahasa arab.

Firstly, buat bentuk bulat pakai ape-ape kertas keras. Macam manilakad ker. Yang aku punya, aku pakai kertas keras yang belakang test pad tuh jer sebab nak beli manilakad kedai takde jual. HAHA. Jangan nak pening sangat nak buat bulat secara manual. Pakai jangka lukis sudaahh. HAHA. So, untuk nak cover ketidak lawaan kertas keras belakang test pad tuh, tampal lah kertas warna. Aku pilih kuning.

Then, buat lah arrow pulak. Konon-kononnye jarum jam lah tuh. Tau kan, jarum jam satu pendek, satu panjang. Jangan korang buat dua-dua sama panjang. Macam mana nak beza mana satu jarum jam, mana satu jarum minit. HAHA. Same jugak, buat pakai kertas keras dulu, then cover dengan kertas warna.
Okayy. Lepas tuh tulis lah nombor-nombor pulak. Ingat. Nie bahasa arab. Nombor pun kena dalam bahasa arab lah. Psstt. Nombor 5 tuh ade dua sebab nombor 5 yang atas tuh tak lawa. hee.
Gunting dan tampal satu-satu nombor tuh. Mase nieh, korang kena betul-betul bajet lah centre dekat mane. And bagi nombor 12 selari dengan 6 and 3 selari dengan 9. Tau kan?
Sekarang nie tiba masa yang agak kena fikir panjang jugak. Macam mane nak tebuk lubang tengah-tengah tuh and buat jarum tuh boleh berpusing. Mase nieh lame jugak lah aku fikir. Adik aku cakap, guna paku payung. Mane nak dapat paku payung baii malam-malam. HAHA. Last-last aku dapat idea, aku guna jer safety pin yang kecil lagi comel. Guntingkan dia sampai part yang bersimpul tuh. Nak tebuk lubang pulak, pakai lah jangka lukis yang tajam tuh.

Okayy, nie part belakang jam kita tadi. Kan ade excess pin tuh tadi, tarik sampai jarum jam tuh terlekap kemas and boleh pusing dan tak longgar, then selotep kan saje pin yang excessive tuh tadi. haha. Tapi make sure selotep banyak-banyak kali sikit supaya tak senang tercabut. Boleh juga lah cover belakang jam dengan kertas warna yang same jugak.

Buat bunga sikit dekat centre tuh supaya tak nampak lah pin yang tadi tuh. Orait. Dah siap pun jam versi bahasa arab kita. Yayy!

Sekarang pukul berapa adik-adik?العاشرة وعشر Yeker macam nieh? Aku agak jer. HAHA.

Korang pernah dengar tak, selalu pakar motivasi laaah bila datang sekolah, dia cakap,


"Tau tak kenapa kebanyakan sekolah buat waktu rehat pukul 10:10? Sebab, kalau tengok jarum jam, pukul 10:10 tuh macam bentuk senyum :) So, student kan memang suke time rehat nie. Senyum jer keluar kelas bila loceng rehat bunyik."

HAHA. Aku ingat sampai sekarang oww ayat motivator tuh. AHAHA.

Kisah result SPM kan besok?

Haii adik-adik, besok dah nak keluar yer result SPM? Neves yer? Takpe. Tuh perkara biasa. Mane ade orang tak neves tunggu result kan. Kalau orang dok cakap, "ala, takyah neves neves. chillax jer". Ahh, pedulik kan aje. Tipu lah kalau die cakap macam tuh. Cube tanye die, "kau tunggu result ritu neves tak?". HAHA.

Takpe. Yang penting, adik-adik sabar jer yer. Tak kire ape pun keputusan tuh nanti, terima dengan hati terbuka. Kalau berjaya, Alhamdulillah. Tapi kalau tak dapat ape yang ditarget, takpe, jadikan tuh batu loncatan untuk lebih berjaya nanti.

Korang mesti perasan kan. Mase sekolah rendah, cikgu cakap, "Buat UPSR nie baik-baik. Nie menentukan mase depan anda.". Mase PMR pun cikgu cakap yang same. Mase SPM pun yang same. Tapi, tak semestinya tak berjaya sekarang, bermakna tak berjaya dekat mase hadapan kan?

Ape yang penting? (nieh bukan versi wonderpets yer. HAHA). Kita tak boleh mudah putus asa. Sebab ape? Sebab, once kita putus asa, tuh yang buat badan jadi lemah gemalai, tak nak seribu alasan; tak nak lagi seribu dalih, malas nak buat itu ini. So, semangat semangat semangat okayy!

MRSM Taiping. Kau dah banyak berjasa dekat aku. Doa aku untuk kau tak pernah putus-putus setiap kali menjelang waktu keluar result. Semoga berjaya MRSM Taiping ku sayaaaangggg. :)

Tak lupa juga buat sekolah-sekolah aku yang lain sebelum aku masuk Taiping, SMK Putrajaya 3, SMK Kiaramas, dan SMK Seri Bintang Selatan. Biase laah, orang hidup nomad macam aku memang banyak sikit sekolah. HAHA.

Monday, March 21, 2011

Kisah MR.

Kenapa?

Sebab through Mathematical Reasoning (MR) kita boleh berkias, tapi berkias cara direct.
Paham tak?

Tak paham tak pe lah. Tuh bukan point nye sekarang.

Point nye sekarang, MR buat aku senyum kembali plus ketawa gilaa-gilaa punya. AHAHA.

Kisah PAK dan ABC.

Siang semalam, oh nope. I mean pagi semalam lagi dah gerak dari rumah pergi Seksyen 24, Shah Alam. Ade wedding pakcik. HAHA. Opss. Rase macam tak bersesuaian jer guna pakcik kan, nampak macam dah tua sangat. Tapi takde lah tua pun, 20++ jugak umur dia, cuma kalau ikut pangkat, pakcik laa. HAHA.

Ahhhh. Aku memang ade masalah dengan pakcik-pakcik aku nieh. *Cewahh, macam masalah besar jer sebesar pipi kau aku.*

Masalahnye sekarang, diorang semua muda-muda lagi, aku macam tak sampai hati nak letak PAK sebagai imbuhan awalan nama mereka. AHAHA.

Diorang sepupu abah aku, jadi, pangkatnye PAK lah kan? Tapi umur diorang baru awal 20-an. Cecah 30 dah? Memang tak lagi laahh. Diorang muda lagi laah. Muda muda muda lagi. Ape yang korang akan bayangkan kalau aku panggil orang tuh PAK? Ahh, jangan bayangkan lah. Diorang muda lagi lahhh.

"Pakcik aku nak kawen hujung minggu nie?". Perghh, seyes melambangkan ketuaan dari umur yang asal kan. Padahal baru 20-an HAHA.


Bila pak-pak aku nie muda muda lagi, ibunya mestilah muda-muda juga bukan? Jadi, pangkat untuk ibunya dekat aku mestilah nenek kan? Korang boleh bayang tak kalau ade ayat macam nie?

"Wehh, aku kena balik awal nie. Nenek aku nak bersalin". =.=



Kay dah, cerita pasal Seksyen 24, Shah Alam sekali gus merungkai permasalahan status Facebook aku tuh. HAHA.

Aku suka bila part dapat makan ABC kosong, "Kak, bagi ABC kosong satu. Nak sirap dengan susu lebih sikit okayy! Tak nak yang jagung, kacang, cincau, semua-semua tuh". Yowww! Lazat yoww. Hebat!




Tak. Baru aku perasan. Sebenarnya, aku lebih suka part dapat makan ABC kosong, "Kak, bagi ABC kosong satu. Nak sirap dengan susu lebih sikit okayy! Tak nak yang jagung, kacang, cincau, semua-semua tuh" sambil tengok si budak Izzdarwisy punya gelagat macam sepontan gilaa sampai buat perot aku goncang-goncang bagai nak gilaa. Besar nanti suruh dia masuk Raja Lawak, aku undi sampai menang macam MAN. ahaha.

"Darwisy, kalau nak ABC cepat baca ABC sampai habis dulu", suruh aku.

"A B C D E O G............"

Hahh. Pandai kau buat lawak kan. AHAHA.

Sunday, March 20, 2011

Kisah result untuk yang kedua tahun.

Tau tak? Orang lain dah lame tau, aku jer yang terkial-kial tak tau lagi. Ape dia? Result laahhh. Kate 17hb Khamis ritu dah boleh cek, taapiii, kau tekan lah refresh sejuta kali pun, yang keluar tak abis-abis, Server down. Contact admin bla bla bla bla bla.

Saje nak postpone niat neves aku kan? HAHA.

Betul lah kata Najla Aufa, "Tunggu dua tiga hari lagi elok lah tuh".

Memang aku tunggu tunggu, hari ketiga baru dapat. HAHA.

Sebelum-sebelum nieh, start dari sem1 lagi, memang time time nak tengok result tuh, jadi macam traffic jam ker ape ntah. Lagi satu, time nak tengok result, memang kena prepare mental dan fizikal lah untuk tekan refresh, reload, dan button F5 beratus kali. AHAHA.

Biar aku cer citer sikit yer. Mase result keluar hari Khamis pukul 5.00 petang. Aku try bukak 5.00 petang. Of corse tak dapat lagi. Tengah waktu kemuncak. Okayy. Tunggu setengah jam, pun tak dapat lagi. Tunggu pukul 8.00 pun tak dapat lagi. Tunggu tengah malam, puuuunnn tak dapat lagi. Bangun besok pagi, pun tak dapat lagi. Dan macam tuh laa seterusnya seharian sampai lah ke pukul 8.00 malam tadi.

Siap call UIA bagai. Semangat kan? haha.



Akhirnya, Allah permudahkan jugak urusan hamba Mu ini. Bersyukur sangat. Gembira sangat bila dapat bukak portal tau. Kalau sebelum-sebelum nie cek result neves gegilaa en, tapi nie, sebab asik tunggu jer, macam dah tak neves gegilaa sangat lah. Tapi once nampak portal boleh bukak, mak aihh, bertari-menari rerama dalam perut. HAHA.

Mane tak nye wehh. Orang lain dah ramai yang tau sebab diorang cek guna SMS. Aku pun dah register lah jugak cek result through SMS tuh. Taaaapiiiii, seng*l punye pencuri beg aku dulu, number pin SMS tuh ade dalam handphone tuh. Memang kepala otak aku ingat lah kan number pin tuh.

Salah aku jugak. Pergi buat number PIN berbelit macam sdfghjnyejfhp3287iadhn. Siapa nak ingat kan? Derr =.="

Takpe takpe. Dalam sistem semuanya melalui internet nieh memang mengajar kita erti kesabaran di samping mematangkan kita supaya menjadi insan yang lebih matang (?) HAHA.

Owhh. Ape ape? Result? HEHE. Kalau dah bila tengok result terus tarik nafas lega sambil senyum lantas menginformkan kepada insan-insan tersayang seperti ibu, abah, dan insan tersebutayang, tandenye ape? Alhamdulillah. Sangat sangat bersyukur. :)

Thanks a lot untuk abah dan ibu, of corse! Lectures, insan tersebutayang, friends, classmates, roomates (samada masih di PJ, atau sudah berada di Gombak dan Kuantan) and semua-semua sekali laahh.

Heyy, bawak Mathematics II berintikan Trigonometry, Statistics, dan Probability digandingkan pula bersama-sama English for Academic Purpose (EAP), perghhh, bukan senang wehh. Nampak jer macam dua subjek, tapi, menghadapinya macam enam subjek dan ke atas. hehe.

Okayy lah. Malam nieh boleh tidur nyenyak. Harap malam-malam yang lain jugak.

Betul lah orang cakap, "Kalau sekali kita bersedih, akan datang seribu kegembiraan untuk kita". Aku pegang ayat nie dari maktab dulu kot. Bila ingat, tenang :)
Alhamdulillah.

Saturday, March 19, 2011

Kisah my|_________|.

Dulu-dulu kan dekat myspace kan suke tag-tag orang banyak-banyak dalam picture kite. Ohh. Nasib baik lah tuh myspace, kalau tuh facebook, tak ker satu malaya tau. HAHA.

Jadi tadi, sementara tunggu nak ngantok-ngantok aku pun melayan diri sendiri dengan bukak myspace yang dah berkurun tuh. Jadi, dah lah jarang-jarang bukak kan, sekali bukak macam nak cerita jer isi kandungan myspace aku tuh. Macam entri yang dulu-dulu tuh. AHAHA. Tak malu punye Izzani. Hihihi.

Orait. Bawah nieh salah satu photo aku yang aku tag ramai-ramai. Jangan risau, tag pun budak-budak maktab aku jer.


Dah terang lagi bersuluhkan dekat air tuh aku tag sape. HAHA. Mak aihh. Sogannyo den. Ape lah perangai mase 17 tahun nieh. Nasib sekarang dah 20. Tak de lah nak tag-tag orang dekat photo sendiri lagi. HAHA.


Comment orang lain ade jugak. Tapi takpe lah. Aku cuma nak menekankan comment-comment nie jer.

Tak tak, sekarang nie aku nak tanye, tembam aku nie tahap mane yang sebenarnye? Donut big apple ker, air oren ker, buah oren? Ahh. Keliru laaahh. =.="

Maaf. Entri mengade. heee.

Cop cop! Kelakar lah myspace. Sekarang dia punya symbol macam nieh my|______| . AHAHA. Yang kotak kosong tuh maksudnya space lah tuh. Jadilah myspace. HAHA. Kelakar. Ketawa kecil aku di malam yang ngantok nieh.

Lain-lain photo, lain-lain hari kita story mory jelly jelly one two juss! okayy. Yayy! Dah ngantok. Nak tido sekarang.

Friday, March 18, 2011

Kisah Jangan bersedih, tapi berbahagialah.

"Jangan lah marah, nanti cepat tua".

Haa. Semua masyarakat dunia pernah dengar kot quote nie *I guess*. AHAHA. Sebenarnya, bukan kalau marah jer cepat tua. Kalau kite asyik stress, berfikir terlalu lama pun ape semua boleh buat cepat tua tau. Haa. Siapa nak tua cepat? Angkat tangan! Aku tak nak tak nak! Aku jatuh tangan. AHAHA.

Sebenarnya, ada 7 istilah perasaan iaitu gembira, marah, khuatir, sedih, takut, terkejut dan sentiasa berfikir. Jika suasana hati nie sentiasa mempengaruhi kita, boleh mendurjanakan kesihatan kita tau. Contohnya, kalau kita tengah mengalami salah satu, salah dua, atau salah semua dari 7 istilah perasaan tuh, of corse muka kita yang comel nieh akan asyik berkerut jer kan. Haa. Kalau dah asyik-asyik tambah kerut dekat muka, tak ker tuh tandanya nak cepat berkedut. Haa. Nak cepat tua tak? Tak mau kan?

Biasalah, dalam kehidupan kan, tak sah kalau takde naik turun. Tapi, kalau suasana hati tuh berubah secara mendadak, boleh menganggu tenaga dalaman kita, termasuklah organ-organ dalaman kita. Eiuu. Cuaknyee.

"Owh yeker? Patutlah time aku tensi tensi jer, jerawat suka nak bercambah cambah sebijik dua. Cis! Tak boleh tensi tensi dah lain kali."

Tenaga di jantung dikawal oleh kebahagiaan. Tenaga di hati dikawal oleh marah. Tenaga di limpa dikawal oleh khuatir dan asyik berfikir. Tenaga di paru-paru dikawal oleh kesedihan. Dan tenaga di buah pinggang dikawal oleh khuatir dan terkejut.

Haa. Ini menurut ape yang aku baca lah. Bahan tuh dalam bahasa Indonesia, jadi bila translate jadi bahasa Malaysia versi aku, harap-harap korang faham lah. HAHA.

Ketika orang tengah marah, tenaga dari hati akan mengalir ke atas kepala, tuh yang buat wajah jadi merah.

"Alalalala, blushing pulak dia."

"Heyy! Dia tak blushing lah. Dia tengah marah."

Kesedihan yang terlalu lama, akan mengconsumekan tenaga pada paru-paru yang kesannya boleh buat jadi sesak nafas. Uisyy. Bahaya nieh. Betul jugak kan. Kadang-kadang kalau aku sedih, aku nangis (biasalaah, perempuan. hihihi). Lepas nangis, hidung tersumbat, amek kauu! payah giler nak bernapas. AHAHA.

"Alorlorhh, buyukknye muke die nangis nangis sedih sedih. Senyum lah sikit. HAHA"


Kalau orang tuh rasa takut, atau khuatir atau yang seumpama dengan nya lah, akan mengganggu sistem buah pinggang. Sebab tuh yang boleh buat, belom pape hal dah nak terkenci** tuh. Padahal tanpa disedari en. Jadi kita kena selalu cool (nasihat pada diri sendiri, be cool laa Izzani oiii. AHAHA). Atau pun duduk jer sebelah toilet. Pape hal senang. haha.

Kalau terlalu banyak berfikir, merenung jauh sampai ke negara China (haha) dan juga kesedihan akan menyebabkan tenaga pada limpa terganggu. Kawan-kawan, limpa penting takkk?? Mestilah penting. Siapa yang nak pastikan darah-darah lama dalam badan kita di recycle semula dengan jayanya kalau bukan limpa. Limpa jugak akan membezakan zat-zat yang diperlukan dalam badan kita. Jadi, bila dia dah terganggu, dia akan bagi kesan buruk dekat nafsu makan dan tidur kita tau! Tak hairanlah kalau ade orang yang bila banyak sangat berfikir atau bersedih, nak makan pun tak selera, nak tidur pun tak boleh. Jadi, janganlah sedih. Tak baik tau.

Orait lah. Tu jer yang dapat aku share hari nie. Credit to Jangan Sedih, Berbahagialah. Walaupun dalam bahasa Indonesia, aku cuba memahaminye sebaik mungkin sampai tahap kena guna Google Translate. HAHA.

Tapi kawan-kawan, kalau sekali-sekala sedih takpe, cuma jangan selalu. Sebab, tak seronok lah kehidupan kalau takde pasang surut nya kan. Kalau nanti anak-anak tanya macam mana nak hadapi suasana sedih, haa, kan dah ada jawapannya. HAHA.

Masing-masing ade cara tersindiri untuk hadapi nya kan. Ikut lah mana yang korang selesa. Jangan ikut cara aku. Kalau aku, aku memang cengeng sikit asik nak nangis (biasalah, perempuan. hihihi lagi). Tapi sambil sob sob sob aku nangis tuh, aku online laa, Google. Selalu aku tulis, Kata-kata Semangat dekat Google Search tuh. HEHE. Kalau dah jumpa ayat gempak-gempak sikit, aku copy dalam handphone and save! Motif? Tak tau lah. Untuk bahan bacaan diri sendiri kot. AHAHA. Yang lagi penting, aku ade sumber kekuatan yang lain. Kalau aku lemah, aku tak lemah sorang-sorang. Ada insan di samping aku, sentiasa membantu dan teman aku. Alhamdulillah. Seyesly, aku sangat bersyukur.

Jadi kawan-kawan, ingat tau, kalau umur baru 20, make sure muke maintain macam 17 tau. Tak mau kerut-kerut, tensi-tensi okayy. HEHE. Berbahagialah dan bergembiralah dengan kehidupan anda tau. Jangan risau, sekali kita bersedih, seribu kegembiraan menanti kita. Yayayyy! :)

"Donut tuh dah lah dah manis, kalau awak tambah dengan senyum mesti lagi manis kan?"

Wednesday, March 16, 2011

Kisah in dentistry.

Salam. Hai kawan-kawan, cucu-cucu nenek sekalian. HAHA.

Kebelakangan nie nenek asik update entri singkat-singkat jer kan. Almaklumlah, mase dan idea pun singkat jugak. Harap memahami yer. hee.

Dah laa, malas nak ngaku diri sendiri nenek lah. Orang awet muda mane boleh panggil nenek. Weeee.

Tadi aku pergi jumpa doktor gigi. Saje nak cuci cuci service and rawat-rawat mane yang patut. HAHA. Doktor cakap gigi aku KUAT! sambil buat gaye genggam-genggam tangan dan ketap-ketap bibir gitu. Aku dah terbayang gigi aku nie kuat macam kayu balak, kalau nak cabut kena pakai screw driver besar punyaa dengan bantuan lima enam orang pakar gigi. AHAHA.

Kalau kau orang berminat nak tengok environment klinik gigi atau pun data-data pasal klinik gigi yang aku pergi tadi, boleh lah ke sini yer, MyDentist-Winning Smile. Best. Sangat berpuas hati.

MyDentist - Winning Smile
Boleh jugak click dekat picture nie. Takde masalaaaahh. AHAHA.

So tadi, beliau buat scaling dekat gigi aku. Truthfully, gusi aku cepat berdarah tau. Gosok sikit, berdarah. Tapi depends jugak laa. Kalau aku gosok dengan keayuan yang tersalah dia tak berdarah lah. Tapi kalau gosok gaye dah nak kena rushing pergi kelas tuh berdarah lah dia. Tadi, bila doktor tengah buat scaling pun berdarah. Eii, tak syedappnyeee.

Doktor tuh tau yang aku insyaAllah ambil corse dentistry dekat UIA nie, sebabkan beliau tau, lagi panjang berjela lah beliau bercerita.

"You have basic knowledge about dentistry right?"

Aku nak angguk-angguk pun dah macam rase bersalah pun ade. Yelah, tengah scaling gigi, takkan nak gerakkan kepala kan? Lantas aku keluarkan bunyik, "Haa. Haa." jer. AHAHA.

Wehh, aku really really interested dengan bidang nieh. Mohon sangat semoga aku diberi peluang untuk mendalami bidang yang aku minat nieh. Kalau orang kadang-kadang cakap takut nak jumpa doktor gigi, kalau aku, dapat duduk lame-lame sembang dengan doktor tuh lagi aku hepi. hehe.

Sedikit sebanyak doktor tuh bercerita tadi, ade jugak lah membawa kepada seperti lecture di klinik gigi selama sejam. HAHA. Aku suke! Aku suke! Aku suke! Seyes suke!

Yang paling aku ingat bila beliau cerita pasal calculus. Heii. Nieh bukan calculus yang macam mathematic kena belajar macam nie \int_a^b f(x)\, dx.tuh. Nie calculus yang ade dekat sekeliling gigi tuh. Aku taknak laa tunjuk dekat belog nie, nanti korang geli. Tapi tapi tapi! kalau korang Google, memang Google suke over sikit tunjuk image-image yang bombastik. Tak payah bayang sampai situ.

Haa. Calculus tuh laa yang buat gusi jadi senang berdarah. Okayy. Info nieh aku tak Google okayy sebab aku tau kawan-kawan aku semua nieh memang dah berbakat besar tentang hal ehwal mengGoogle nieh kan. Dah pandai nak carik-carik maklumat sendiri. Alalala, dah besyarr kawan-kawan tite. HEHE.

Ini info yang aku ambil daripada cerita-cerita doktor tadi sembang dekat aku tau. Beliau cakap, calculus nieh disebabkan oleh pengumpulan mineral-mineral dari saliva atau dalam bahasa sanskritnya air liuq kite. Lame-lame dia jadi keras and bila kena dekat gusi, tuh yang bila usik sikit pun dah berdarah kadang-kadang. Bile dia dah keras, pakai berus gigi kasar macam berus sabut pun tak tentu boleh tanggal lagi. Jadi, beliau advice kan dekat aku, jumpa lah doktor gigi 4 bulan or 6 bulan sekali and dia jamin lepas nieh masalah gusi berdarah aku akan settle. Yang paling penting, dapat elakkan daripada gingivitis.

Lagi, beliau cakap, kalau tengok gusi kita merah-merah, maksudnye gusi tuh tengah dalam keseksaan lah tuh. haha. Maksudnye gusi tuh tengah sakit laa tuh, walaupun kita tak rase sakit tuh. Then, kalau tengok gusi kita tuh pink-pink jer kaler die, maksudnye gusi kite tuh dah baik, dah sembuh, dah elok. Ahaa.

"Lepas I scaling you punya gigi, you balik rumah lepas nieh, confirm yang berdarah-darah tuh dah kurang and gusi you pun dah jadi pink-pink", kata doktor tuh.

Calculus aku tak de lah over sampai dah tak boleh diselamatkan lagi macam yang Google tunjuk tuh. Aku punye yang biase-biase jer. Sebab tuh doktor cuci jer. Kalau yang over macam Google tuh, aku tak tau lah macam mane pulak jalan penyelesaiannye.

So tadi, lepas scaling, beliau suruh kemam ade macam gel warne hijau. Beliau cakap, "nanti bila you belajar dalam dentistry, your lecturer will not introduce about this thing to you sebab jarang-jarang ade dekat Malaysia nieh". Beliau cakap, gel tuh adalah florida yang bertujuan untuk kuatkan enamel gigi kita. Tapi florida yang aku kemam tuh bukan yang biasa, yang tuh yang highest concentration punya, kate doktor tuh lagi.

Dah habis tuh, aku tak boleh kumur-kumur dulu, kena tunggu setengah jam baru boleh start balik ape-ape operasi mulut. Sampai rumah, lepas setengah jam aku makan, lepas makan gosok gigi, Yayy! Dah tak berdarah lagi! Sukenyeeee. :)

Orait, semua info-info nieh seyesly tiade tokok tambah, dari Google atau pun media-media lain. Hundred percent dari cerita doktor gigi tadi. Seronok kan? Kalau dah minat. Suke.

Kisah Facebook.

Tak nak kawan Facebook sebab dah lambat macam siput. Nak tukar profile picture pun berjanggut macam siput (?).

Kesian siput. Asik dipersalahkan jer. Maaf. Tapi tapi. Kesian aku, gambar profile picture aku tuh dah macam muka budak innocent jer aku tengok. Bagi laa tukar kejap pleaseeee.

Baru nak marah broadband. Tapi orang selalu cakap, kalau tengah marah, jika berdiri cuba duduk. Aku dah duduk. Baru lah tak jadi nak marah broadband sebab baru perasan, satu dunia tengah cakap pasal kelembapan Facebook. Untung broadband, aku tak jadi marah beliau.

Jadi, nak marah siapa nieh? Tukang buat Facebook? Bersyukur lah dia dah buatkan social network nie untuk kita, daripada takda. Friend list dalam Facebook? Untunglah kita ade friend yang nak add kita dalam Facebook, daripada takda.

Lagi, orang selalu cakap, kalau tengah marah, jika duduk cuba baring. Ya. Aku cuba baring. Ahh. Legaa. Daripada marah tak tentu pasal, baik tidur. HAHA.

Gudnyte Facebook. Jangan risau, aku tak marah kau. Loading lah "lambat" lagi lenkali. AHAHA.

Kisah.

Ahh.
Mood nak update pasai Penang, Kedah, kenduri kahwen, dan Candi Lembah Bujang belom ade lagi.
Sabaq naa. Tak lama lagi jaa. HAHA.

"Kita hendaklah sentiasa berfikiran positif. Kalau kita selalu berfikiran negatif, kita akan emosi"
-Iman Muda (tak ingat name beliau)-

hehe.

Friday, March 11, 2011

Kisah perasaan, hati dan akal.

Alhamdulillah Ya Allah.

Perasaan, jangan ingat kau mudah mengatasi hati dan akal.
Kadang kala manusia fikir perasaan itu benar.
Tapi percayalah, tindakan mengikut perasaan itu bisikan syaitan.
Sesungguhnya, tindakan menggunakan hati dan akal itu adalah bisikan yang benar.

Alhamdulillah Ya Allah. Kau kurniakan aku nikmat hati dan akal.
Kau kurniakan aku nikmat untuk menyayangi insan.
Aku bersyukur.

Thursday, March 10, 2011

Kisah satu dua dan tiga.

Satu.


"Ingin aku mendaki tangga-tangga ke pintu bahagia mencari cahaya."

Dua.


"I'd take your hand and sing you songs."

Tiga.


"Tenang sayang, ku pasti akan datang. Yakinlah aku menjemputmu."

OneFourTreeThree.

Lama dah tak buat post jiwang jiwang macam ini dan ini dan ini dan ini dan ini serta ini. Ahaha. Sekali sekala boleh kan? Peace! (.^_^.)v

Monday, March 7, 2011

Kisah ohh IC.


Yaayy! Tak sabar nak ambik IC baru dengan gambar super duper kiut yang baru.

No more IC gambar budak darjah enam muka innocent gila tudung senget benget. AHAHA.

Saturday, March 5, 2011

Kisah dah delete semua beloglist.

Haii korang! Selamat tengah pagi. Izzani tak tidur lagi. HAHA. Rhyme lah pulak.

Korang korang, aku dah decide, aku nak delete semua beloglist yang ade dekat sidebar belog aku nie. Kalau korang scroll up and down, up and down banyak-banyak kali pun, korang tak kan jumpe balik beloglist tuh tau.

HAHA! Jangan cuak dulu lah korang. Aku bukan sengaja-sengaja nak delete beloglist aku. Penat-penat kot install beloglist tuh. Tiap kali tukar template jer kena update baru. Update baru baru baru. Takkan nak delete macam tuh jer kan.

Bukan ape, kadang-kadang kita buat entri pendek, tapi disebabkan beloglist yang panjang lebar tuh, kenaa lah tunggu loading sampai ke bottom tuh. Kan lambat. Nanti tak cun. (ape kaitan?) HAHA.

Dah delete, aku ganti balik okayy.

Sekarang, korang nampak tak dekat segmen "KLIK KALAU MINAT" kalau tak minat tak payah klik dekat sidebar tuh? HAA. Sekarang nampak tak bendasing dekat situ. Bubblewrap aku dah tambah lagi satu. Kalau dulu ade Facebook dengan Formspring (pakai icon flickr. hehe) jer, sekarang dah ade BELOGLIST.

HAA. Kalau tak berapa nak clear dengan penerangan aku yang sedikit sebanyak dipengaruhi oleh bahasa k__ing tuh, boleh rujuk pade arrow okay. Sekarang kelik (Click) situ.

Cop cop! Jangan terkejut. Disebabkan bendasing tuh adelah bubblewrap, jadi die memang mengalami proses tumbesaran mendadak pun. Aku tak jumpe coding mane yang aku kena usik kasi tumbesaran die terbantut sikit, jadi, hentam sajaa laa Labuu besaq-besaq pun. AHAHA.

Ape lagi? Try sekarang! haha.

Orait. Bubblewrap ini akan membawa anda ke beloglist Izzani dekat belog aku lagi satu.

"Hahh? Dua belog kau ade Izzani?"

Takde maknenye aku nak buat sampai due belog beb! Belog yang satu nieh pun dah buat aku jadi nocturnal tiap kali balik rumah. Ape ntah lagi kalau dua. HAHA. Yang tuh cuma belog untuk beloglist. Name pun Beloglist Izzani. Jadi, korang-korang kalau nak usha-usha belog yang dalam beloglist aku pergi situ aje okayy.

Jangan risau, aku takkan update post dekat situ pun. Update post tetap dekat sini. Update beloglist baru dekat sana.

Kalau dekat sini kita ada zanybertapak, dekat sana kita ada zanybloglist. HAHA. :P
Bila aku update balik beloglist aku tadi, makin banyak pulak belog yang dah delete account laahh, tukar url laah, private kan laahh, dan macam-macam lagi laah yang buat aku tak dapat nak tembus belog diorang. Alaaa. Belog korang best, kenapa nak private kan. Sob sob.
Okayy. Goodnight. Chowww!

Kisah.

When I look at you, I see forgiveness, I see the truth.
You love me for who I am like the stars hold the moon.
Right there where they belong.
And I know I'm not alone.

HAHA. Lagu lah kau orang!
Jangan nak bajet Miley Cyrus sangat lah Izzani.
AHAHA!

Friday, March 4, 2011

Kisah spaghetti gendut pulak.

Ehh. Korang perasan tak entri aku kebelakangan nie asik asik pasal, makan makan makan. HAHA. Tulaa. Duduk rumah cuti-cuti macam nieh memang napsu makan tuh membuak-buak. Takpe takpe. Aku tak kisah. Debab, tembam, gemukk, kuat makan, donut tuh semua dah sebati dengan aku. Aku dah lali sejak azali lagi. Tak de hal laaa broooo! AHAHA.

Jadi, disebabkan takde hal, mari kita cerita pasal makanan lagi nak? Jom laa. Jom laa. Pleaseee. HEHE.

Resepi Spaghetti Izzani Gendut :)

Mula-mula, sediakan bahan-bahan dulu okayy. Mee spaghetti, daging hancur dua paket, bawang merah potong dadu, tomato potong dadu, sosej hiris-hiris laa bagi nipis (yang tuh aku baru rebus, panas laagi dong. hold kejap bagi sejukk), mentega, tomato puree, dan sos tomato. Tak lupa juga buat garam dan gule.
Untuk sos tomato, dulu aku pakai sos Prego, tapi kali nie nak try pulak guna KIMBALL. Daging tuh aku tak sure kena basuh dulu ker tak sebab kalau daging burger tak yah kan. Tapi aku tengok dalam plastik tuh ade cecair-cecair merah lagi (eiuu) jadi, aku pun basuh jer la daging hancur tuh dulu. Tapis-tapis pakai penapis. Kalau tak pakai penapis, habis semua daging tuh masuk dalam lobang sinki, hapaahh pun tak dapat. AHAHA.

Orait. Lepas tuh panaskan periuk dan cairkan mentega okayy. Agak-agak mentega dah cair, masukkan daging hancur. Kacau-kacau sampai die hempukkk! Empuk laahh!. HAHA.
Mentega tuh jangan banyak sangat tau, sebab daging tuh sendiri pun dah keluarkan minyak. Karang minyak minyak minyak spaghetti korang, haa, gasak korang makan minyak banyak banyak. AHAHA.

 Agak-agak lepas daging dah hempukk, masukkan lah bawang, tomato dan sosej tadi. Kacau kacau dan kacau sampai rata tau.
Diingatkan sekali lagi, sosej tuh hiris nipis-nipis tau. Baru lah tak tercekikk kalau tertelan pun. HEHE.

Lepas tuh masukkan pulak tomato puree beberapa sudu. Dan kacaauu laaagii. Kalau rasa-rasa pekat sangat, boleh lah tambah air mase nie. Dan kacaaauu laagiii. HAHA.
 Biarkan sampai mendidih. Lepas dah mendidih, barulah boleh masukkan sos tomato jenama KIMBALL kite tadi beberapa sudu. Ape laagii, kacaaauu laah laagii. HAHA.
Haa. Nampak asap berkepul-kepul, lava dah menggelegak-gelegak menunggu mase nak membuak. Itu lah tandenye sudah didih. Jangan pulak korang pergi rase pakai tangan dah didih ker belom. Alamatnye, kena sapu colgate (melecur) lah nanti tangan korang.
Last skali, boleh lah masukkan garam dan gula secukup rasa.
Kalau ikut resepi yang saya belajar tuh, tak payah taruk gula. Tapi, ibu saya suka rasa masam-masam manis gituu. Jadi, tambah jer la gula. HEHE.

Okayy. Kuah dah siap, mee die pulak macam mane? Sementelahan (cewah) kuah tuh tengah nak didih, kita boleh lah rebus mee spaghetti yang macam lidi tuh dekat periuk sebelah.

Rebus. Rebus. Rebus. Sampai dia lembut selembut kulit bayi dan dah tak sekeras macam lidi. HAHA. Bila agak-gak dia dah lembut, masukkan sedikit mentega dalam rebusan tuh. Nak tambah lemak berkrimmmm. HAHA.
 Bila dah siap rebus, tos kan saje. Takkan nak makan dengan air-air rebusan kan. HAHA. Lepas tuh, ikut petua ibu, tuang sikiiiittttt jer minyak dalam mee tuh. 
Tujuannye, tak nak bagi mee tuh bergumpal-gumpal macam plastesin bile dah sejuk nanti. Minyak tuh kalau boleh, guna lah minyak yang berkhasiat sikit. Minyak zaitun ker. Macam family aku, kitorang memang masak-masak ape-ape pun pakai minyak bunge matahari.

Usha-usha periuk sebelah. Eyh, eyh, kuah spaghetti kita tadi pun dah siap.
By the way korang, resepi spaghetti aku nie memang takde warne sikit. Merah menyalaa jer. Sebab kalau taruk sayur-sayur, cendawan-cendawan tuh semua, nanti adik-adik aku makan asing-asingkan, alamatnye ke tong sampah juge. Baik takyah. Taruk ape yang dimakan jer. HAHA.

Daaannn. Hidang! Makan! Nyum nyum nyum nyum! AHAHA. Amboiii, pelahapnye. HEHE.

Seraya berbunyik handphone aku. Ibu message.

"Salam. Spaghetti dah siap dah boleh makan. Terliur ni...sedap".

Aku mengreply gune handphone adik aku (sebab nak jimat kedit aku yang tinggal tige posen tuh), "Baru siap masak jer ibu. Nak makan nie. Nyum nyum. HEHE".

Ibu pun reply lagi, "Ok nyum. Masak sedap-sedap, baru boleh kahwin".

Owhh yeeaahh?? I likeee. HEHE. :P

Kisah campur campur.

Haa. Amacam? Terliur tak dengan entri kisah benda masam aku? Aku terliur. Seyes!

Siang tadi dah potong dua bijik mangga. Malam pulak dua bijik. Empat bijik Izzani oiiiii!. HAHA.

Sekarang baru balik dari Tesco jer. Beli barang dapur. AHAHA. Macam mak-mak dah gaye aku cakap. HAHA. Bukan laahh. Ibu ajak teman (tapi yang teman semua adik-beradik en). Tuh bukan teman namenye. Tuh saje ngade-ngade nak ikut yer namenye. Boleh bodek-bodek ibu beli macam-macam. HIHIHI.

Esok ibu suruh saya masak (OMG!). Jangan terkejut dulu laah korang. Belum habis cakap lagi. Masak spaghetti jer pun laahh. AHAHA! Makanan paling simple mimple kate orang. Campak-campak jer bahan-bahan dalam tuh. Dah siap!

Kalau suruh aku masak gulai gulai bagai, haa, alamatnye, tunggu aku practice practice sampai yakin dulu baru nak masak. EHEHE.

Ohh! Tadi dekat Tesco makan KFC kejap. Korang dah makan KFC Fish Donut tuh? Aku dah! Tapi bukan tadi laahh. Tadi makan ayaaamm nyumm nyumm nyumm! haha. Aku makan donut tuh hari tuh. Di waktu, di saat kesedihan kehilangan beg dekat MidValley. Dia tahu aku tengah sediihhh. Dia tahu aku suka donut. Dan aku tahu dia memang tengah mengidam nak rase itu donut. Jadi dia belanja itu fish donut! I likeee!  hehe. Ter"stuck" kejap perasaan sediihh mase tuh. Bertandang pulak senyum senyum bila nampak donut depan bijik mate walaupun saiznye ber zoom-out zoom-out jauhnye dengan big apple. Tapi harganya ber zoom-in zoom-in pulakk dengan big apple. AHAHA.


Apa ini??? Tak seghuuuupee donut pun! Hitam bebenor kalernye. HAHA. Gasak laahh. Aku tak pandai nak bajet warne. Agak-agak ade rupe dah digoreng tuh kira halal lah okayy! Tak care!

Thursday, March 3, 2011

Kisah benda masam.

Gambar ihsan Google. Maaf kalau ade tuan punye gambar yer. Google yang bagi. Salahkan die! hehe.

"Kaklong, pergi lah mangga pintu tuh"
, kate abah kepada kaklong (akuu laah!). HAHA

Kaklong lantas meluru ke dapur dan memotong buah mangga.

Hahh? Korang mesti pelik kan?

Yelah! Aku yang tengah tak berapa nak jelas tahap pendengaran mase tuh, khusyuk tengok TV. Aku dengar macam abah cakap, "Kaklong, pergi lah potong mangga tuh". Tanpe segan silu aku pun pergi lah potong. Lepas dah elok-elok potong sebijik dua, abah tanye, "Aikk? Siapa yang suruh potong mangga. Abah suruh mangga pintu gril tuh".

AHAHA. Kan dah terMALU!

Okayy. Cerita nie dah berlalu bertahun-tahun lepas lagi. Lame dah. Jadi tak payah ingat yer. Buat malu aku jer nanti. ehehe.

Sekarang aku nak bukak kisah baru. Kisah benda masam. Selari laa dengan buah mangga yang masam (Yerr. Aku tau, buah mangga ade banyak jenis. Masam, manis, harum, segar, kelat, ape segala bagai).

Kisah benda masam kali nie, aku nak bagi tau yang betapa aku minat untuk makan benda-benda yang masam nie. Perghh, dah terliur dah aku teringat makanan-makanan masam. Errkk.

Takpe takpe. Aku dah jumpa lah jugak segelintir orang sekeliling yang ade minat macam aku. First, Rahman. Lahir pada bulan JULAI. Dia cakap, dia kalau makan jambu batu, asam kalau boleh nak ambik banyak-banyak, biar nanti bila jambu dah habis, boleh hirup asam jambu macam hirup magee mamee slurppp. AHAHA. Magee mamee slurppp ade lah tokok tambah untuk buat cerita lagi aihh. dasyyaaaattt!

Second, Yana. My dear classmate forever. Dari setiap sem dekat CFS and insyaAllah dekat Kuantan jugak. Kan Yana? hehe. Lahir pada bulan JULAI. Dia pun pernah cakap yang dia suka laksa dan benda-benda masam jugakk.

Lastly, AKU. Lahir pada bulan JULAI. Aiii?? Memang anak-anak JULAI minat benda masam-masam ker? Najla, kau minat tak? Tak kire! Kau mesti kena minat! hehe.

Sekarang. Mari kite review benda-benda masam kegilaan aku.

  • LAKSA. Ohh. Maap yer. Aku pantang jumpa laksa. Dah memang sedia masam pun, aku tak kire, nak jugak perah limau sebijik, at least!

  • Magee. Of corse aku pilih Magee ASAM LAKSA. Dah lah ada nama asam. Tambah lagi dengan nama laksa. Haiihh. Memang penambat selera beta laa. haha.

  • Pernah tak mase darjah 6 korang belajar subjek Sains, subtopic Penjerukan. Aku pernah! Siap buat practikal lagi. Aku buat jeruk kedondong mase tuh. JERUK. Ahh. Aku tak boleh tengok jeruk, nanti saliva aku cepat-cepat merembes, sape nak tanggung. Ahaha!

  • Korang pernah tak jalan-jalan dekat mid sampai hujung yang dekat Burger King tuh? Korang perasan tak ade kedai ape opposite dengan Burger King tuh? Kedai ASAM. Hoorayy hooraayy! Aku selalu buat jenayah makan free dekat kedai tuh. Jenayah yang macam mane? Biarlah rahsia. Dah dia sediakan satu bekas untuk rase, siapa suruh kan. hihihi.

  • BELACAN. Hahh? Belacan pun masam ker wehh? Aku pun tak berapa nak pasti. Tapi yang pasti belacan kan kena perah limau. haa. Kite perah limau banyak-banyak bagi lagi berlemak masyemnye okayy.

  • Okayy. Untuk buah pulak. Aku pilih buah MANGGA. Kalau boleh yang muda-muda, yang hijau-hijau lagi kulitnya. Buah OREN atau LIMAU. Mane-mane pun boleh. Buah EPAL HIJAU. Buah KEDONDONG. Lastly, buah JAMBU SUSU. Tapi, mostly untuk buah-buah nieh, sebabkan masamnye keterlampauan, aku prefer makan cicah dengan kicap dan gula. Cubalah tau!

  • Air? Ermm. Ermm. Air asam jawa saya tak minum. AIR LIMAU boleh laa sikit-sikit. Air buah, jus-jus jangan tanye okayy. Tak langsung. Kecuali SUNQUICK. haha!

  • Ais-krim. Mostly aku suke yang tak masam. Tapi kalau ais krim yang dalam plastik ikat satu doposen tuh, aku pilih ASAM BOY. Bile tanye makcik tuh, ais krim asam girl ade makcik? Mak cik pun menjawab, "ohh! belom lahir lagi". HAHA!

Orait lah. Itu jer yang terpikir buat mase nie. Kalau terpikir lagi di kemudian waktu, tepuk dahi, cakap "Opss! Dah terlepas dah entri nie". Okayy. Sekian, terima kasih.
Psstt! Korang! Tadi abah saya balik, abah saya beli beberapa kilo buah mangga. Ade manis ade masyem. Nieh tadi, loceng rumah saya bunyik, pak cik saya datang bagi buah mangga MUDA satu baldi. Ohh Yeahh! Doa-doa lah tak sakit perut atau pun muntah mangga yer. HAHA.

Korang! Jangan ikut jejak langkah aku sangat tau. Makan masam-masam nie tak baik sangat untuk perut. Nanti perut korang merengek-rengek jangan salah kan aku tau. Perut aku dah sedikit kebal dan tebal. ahaha!

Tuesday, March 1, 2011

Kisah panjang pasal inai.

Haaa! Terkejut tak? Terkojut takk? Bukak bukak jer keluar gambar tangan yang tak serupe tangan nie haa. Ahaha?

Pesanan penaja: Harap maaf. Saya tak berapa nak kreatif melukis menggunakan paint. Hihihi :P

Faham tak ape yang aku cuba sampai kan di sini?

Haa?? Tak paham?!!

Of corse laa. Gambar pun macam pelik jer kan. HAHA.

Takde ape. Sedang-sedang cuti sebulan nie, aku merajinkan diri pakai inai. hehe. Pakai sendiri jer beb! Semalam sebelah tangan, Hari nie sebelah lagi. Harap-harap warne nye sekata lah yer. Jangan kang kiri kaler oren, kanan kaler merah. haha!

Amboii, oren bebenor tangan yang aku lukis dekat paint tuh. Haha. Cukup laah sekadar gambar paint jer yer kawan-kawan. Aku nie penyegan sikit kang nak tunjuk gambar tangan semata-mata di laman sosial nieh. Orang cakap dekat tangan pun orang boleh interpret diri kita. Brrr. Tak nak lah. haha.

Okayy. Actually aku nak share sikit laa tips-tips atau cara-cara aku pakai inai. Nak pakai inai pun ade cara ker? HAHA. Nie semua petua nenek aku. Dari dulu lagi, kecik-kecik lagi aku gune care nie.

Pertamanya, aku lebih suke pakai inai serbuk. Ala, yang kene bancuh-bancuh tuh sume. Inai serbuk senang. Warne pun selalunye jadi merah and sekata. Kalau inai picit, die cepat merah, tapi cepat jugak hilang warnenye. And kene berhati-hati dengan tempoh mase nak pakai. Kalau lame sikit, dah jadi hitam. Kan dah tak cantik. Kalau inai daun pulak, payah sikit. Nak kene tumbuk-tumbuk sampai lumat. Kadang-kadang bile pakai, ade lagi kasar-kasar daun tuh. And warnenye tak berapa merah. Selalu jadi oren terang jer.

Keduanya, aku bancuh inai serbuk tuh guna air biasa jer, air paip. Tapi satu lagi bekas aku bancuh air asam. Sebelum letak inai dekat jari, basahkan dulu jari dengan air asam tuh. And lepas dah cover semua jari, ratakan jugak inai tuh dengan air asam. Tujuannye nenek aku cakap, nak bagi warna inai tuh tambah merah and untuk inai tuh jadi sekata. Tak de laa jari jadi celoreng celoreng macam baju bomba. hehe.

Ketiganya, aku lebih suka pakai inai cover semua jari. Bukan lah dari pangkal sampai hujung jari aku cover. Maksud aku, aku tak berapa suke kalau pakai dekat kuku jer. Bukan ape. Aku kan tak berapa kreatif. Kalau aku pakai dekat kuku jer, nanti mesti comot. Terkeluar-keluar dari kuku. Tuh yang tak lawa tuh. Nampak macam kuku aku herot berot pulak. haha.

Keempatnye, aku tak minat pakai inai yang corak-corak sampai ke siku tuh. HAHA. Overr aku sampai ke siku. Selalunye sampai ke pangkal lengan laa kan. Haa. Tak pernah pun aku try pakai inai macam tuh. Tak suke lah. Simple-simple sudah. HAHA.

Lagipun abah pernah pesan, "Kaklong, kalau kaklong nak pakai inai, even mase kahwin pun, jangan lah pakai inai yang corak-corak tuh. Macam tiru agama Hindu jer macam tuh".

Yayy! Abah, minat kite same! ehehe.

Kelimanya, nie cara mase zaman kecik-kecik dulu laa. Semua cucu-cucu, nenek aku pakai kan inai dekat kampung. Selalu pakai malam-malam, bukak mase pagi-pagi bangun tidur. Dan sebelum tidur balut tangan tuh dengan plastik. Ahaha! Kelakar giler kitorang sume beramai-ramai tidur pakai plastik. Kalau orang tengok, mesti cakap, "Ape ke jadah nye budak-budak nie?!". HAHA.

Ala, nie bukan bertujuan untuk ape pun. Nie bertujuan untuk taknak bagi comot jer. Tau-tau laa kan kite budak-budak dulu tidur macam mane. Malam kepala kat atas kaki kat bawah. Bangun pagi besok kepala dah ke kanan, kaki ke kiri. Ahaha! Macam mane tuh yer? Senang cakap, tidur lasak. Kang tercalit inai sane sini, tak ker habis lantai-lantai pun berinai. ahaa.

Ohh! Last-last, lupe nak cakap pasal tempoh waktu yer. Selalunye kalau inai serbuk, kalau aku pakai malam, aku bukak bangun tidur pagi besoknye. Kadang-kadang biase lah, katil pun dah penuh dengan inai-inai dah bangun tidur tuh. Terkopak-kopak dah inai. Tapi sebab dah kering kan. Takde laa katil pun berinai.

Untuk inai picit, aku pernah pakai sekali jer, tu pun tiga jari jer, aku pakai 20 minit macam tuh laa, pun bila bukak warne die dah macam merah nak ke hitam. So, aku tak reti bajet sangat laa inai picit nieh berapa lama nak pakai. Kejap jer lah yang pasti.

Tiba-tiba teringat buat homework dekat UIA. Kalau kawan-kawan nak tau, dekat UIA, bila kite buat lab report ker, essay ker, even soalan final exam Bio pun, kite kene tulis ape Islamic Perspective benda yang kite belajar tuh. Ini uniknye UIA! Ingat lagi, mase buat lab report Chemistry. Selalunye, kalau dah memang takde idea nak letak Islamic Perspective surah ape dekat experiment tuh, selalu letak Surah Yaasin, ayat 82, "Sesungguhnya, urusanNya apabila Dia menghendaki sesuatu adalah berkata kepadanya: "Jadilah" maka terjadilah ia". Sebabnye, semua kejadian dekat dunia ini memang fitrahnye macam tuh kan.

Uisyyy. Sampai mane dah kite nieh. HAHA. Berbalik pada Islamic Perspective tadi, aku teringin nak tau ape sebenarnye hukum pakai inai corak-corak sampai siku tuh. haha. Lagi sekali aku tipu. Sampai lengan jer laahh.

Mari kite Google!

Orait. Aku dapat sumber nie dari  IISLAM.COM. Dekat sudut diskusi-diskusi tuh. Banyak sebenarnye bile kite Google menerangkan hukum pakai inai corak-corak nie. Tapi aku ambil satu jer lah yang paling simple dan yang paling senang untuk kite faham.
.....Di samping itu, bukanlah salah satu daripada budaya Islam jika memakainya ala-ala tatoo, ia adalah pengaruh/ budaya agama hindu dan barat yang kedua-duanya adalah dilarang dalam Islam..... Sumber: IISLAM.COM.
Okayy. Penerangan moderator tuh sebenarnye panjang. Tapi, kalau nak tulis semua macam dah kene buat lagi satu entry lah pulak kan. Cukup lah sekadar yang paling simple mimple tuh. Yang lain korang boleh rujuk dekat mane-mane sumber lain.

Fuhhh! Dah lame tak taip entry panjang-panjang macam nie. Pancit sikit. HAHA. Okay lah. Nak pergi makan ice-cream. Terima kasih kerana sudi membaca. Korang bace-bace jangan sampai pancit jugakk. HAHA. Bye!