Thursday, March 3, 2011

Kisah benda masam.

Gambar ihsan Google. Maaf kalau ade tuan punye gambar yer. Google yang bagi. Salahkan die! hehe.

"Kaklong, pergi lah mangga pintu tuh"
, kate abah kepada kaklong (akuu laah!). HAHA

Kaklong lantas meluru ke dapur dan memotong buah mangga.

Hahh? Korang mesti pelik kan?

Yelah! Aku yang tengah tak berapa nak jelas tahap pendengaran mase tuh, khusyuk tengok TV. Aku dengar macam abah cakap, "Kaklong, pergi lah potong mangga tuh". Tanpe segan silu aku pun pergi lah potong. Lepas dah elok-elok potong sebijik dua, abah tanye, "Aikk? Siapa yang suruh potong mangga. Abah suruh mangga pintu gril tuh".

AHAHA. Kan dah terMALU!

Okayy. Cerita nie dah berlalu bertahun-tahun lepas lagi. Lame dah. Jadi tak payah ingat yer. Buat malu aku jer nanti. ehehe.

Sekarang aku nak bukak kisah baru. Kisah benda masam. Selari laa dengan buah mangga yang masam (Yerr. Aku tau, buah mangga ade banyak jenis. Masam, manis, harum, segar, kelat, ape segala bagai).

Kisah benda masam kali nie, aku nak bagi tau yang betapa aku minat untuk makan benda-benda yang masam nie. Perghh, dah terliur dah aku teringat makanan-makanan masam. Errkk.

Takpe takpe. Aku dah jumpa lah jugak segelintir orang sekeliling yang ade minat macam aku. First, Rahman. Lahir pada bulan JULAI. Dia cakap, dia kalau makan jambu batu, asam kalau boleh nak ambik banyak-banyak, biar nanti bila jambu dah habis, boleh hirup asam jambu macam hirup magee mamee slurppp. AHAHA. Magee mamee slurppp ade lah tokok tambah untuk buat cerita lagi aihh. dasyyaaaattt!

Second, Yana. My dear classmate forever. Dari setiap sem dekat CFS and insyaAllah dekat Kuantan jugak. Kan Yana? hehe. Lahir pada bulan JULAI. Dia pun pernah cakap yang dia suka laksa dan benda-benda masam jugakk.

Lastly, AKU. Lahir pada bulan JULAI. Aiii?? Memang anak-anak JULAI minat benda masam-masam ker? Najla, kau minat tak? Tak kire! Kau mesti kena minat! hehe.

Sekarang. Mari kite review benda-benda masam kegilaan aku.

  • LAKSA. Ohh. Maap yer. Aku pantang jumpa laksa. Dah memang sedia masam pun, aku tak kire, nak jugak perah limau sebijik, at least!

  • Magee. Of corse aku pilih Magee ASAM LAKSA. Dah lah ada nama asam. Tambah lagi dengan nama laksa. Haiihh. Memang penambat selera beta laa. haha.

  • Pernah tak mase darjah 6 korang belajar subjek Sains, subtopic Penjerukan. Aku pernah! Siap buat practikal lagi. Aku buat jeruk kedondong mase tuh. JERUK. Ahh. Aku tak boleh tengok jeruk, nanti saliva aku cepat-cepat merembes, sape nak tanggung. Ahaha!

  • Korang pernah tak jalan-jalan dekat mid sampai hujung yang dekat Burger King tuh? Korang perasan tak ade kedai ape opposite dengan Burger King tuh? Kedai ASAM. Hoorayy hooraayy! Aku selalu buat jenayah makan free dekat kedai tuh. Jenayah yang macam mane? Biarlah rahsia. Dah dia sediakan satu bekas untuk rase, siapa suruh kan. hihihi.

  • BELACAN. Hahh? Belacan pun masam ker wehh? Aku pun tak berapa nak pasti. Tapi yang pasti belacan kan kena perah limau. haa. Kite perah limau banyak-banyak bagi lagi berlemak masyemnye okayy.

  • Okayy. Untuk buah pulak. Aku pilih buah MANGGA. Kalau boleh yang muda-muda, yang hijau-hijau lagi kulitnya. Buah OREN atau LIMAU. Mane-mane pun boleh. Buah EPAL HIJAU. Buah KEDONDONG. Lastly, buah JAMBU SUSU. Tapi, mostly untuk buah-buah nieh, sebabkan masamnye keterlampauan, aku prefer makan cicah dengan kicap dan gula. Cubalah tau!

  • Air? Ermm. Ermm. Air asam jawa saya tak minum. AIR LIMAU boleh laa sikit-sikit. Air buah, jus-jus jangan tanye okayy. Tak langsung. Kecuali SUNQUICK. haha!

  • Ais-krim. Mostly aku suke yang tak masam. Tapi kalau ais krim yang dalam plastik ikat satu doposen tuh, aku pilih ASAM BOY. Bile tanye makcik tuh, ais krim asam girl ade makcik? Mak cik pun menjawab, "ohh! belom lahir lagi". HAHA!

Orait lah. Itu jer yang terpikir buat mase nie. Kalau terpikir lagi di kemudian waktu, tepuk dahi, cakap "Opss! Dah terlepas dah entri nie". Okayy. Sekian, terima kasih.
Psstt! Korang! Tadi abah saya balik, abah saya beli beberapa kilo buah mangga. Ade manis ade masyem. Nieh tadi, loceng rumah saya bunyik, pak cik saya datang bagi buah mangga MUDA satu baldi. Ohh Yeahh! Doa-doa lah tak sakit perut atau pun muntah mangga yer. HAHA.

Korang! Jangan ikut jejak langkah aku sangat tau. Makan masam-masam nie tak baik sangat untuk perut. Nanti perut korang merengek-rengek jangan salah kan aku tau. Perut aku dah sedikit kebal dan tebal. ahaha!

2 comments:

  1. haha.. best nye mangga.. post sini cket..:D

    ReplyDelete
  2. wah..sme2..I like mangga dgn jeruk especially jeruk kelubi...YA ALLAH!!!sedapnya..:)

    ReplyDelete

Sebijik comment anda amatlah berharga untuk saya.