Jadi, disebabkan takde hal, mari kita cerita pasal makanan lagi nak? Jom laa. Jom laa. Pleaseee. HEHE.
Resepi Spaghetti Izzani Gendut :)
Mula-mula, sediakan bahan-bahan dulu okayy. Mee spaghetti, daging hancur dua paket, bawang merah potong dadu, tomato potong dadu, sosej hiris-hiris laa bagi nipis (yang tuh aku baru rebus, panas laagi dong. hold kejap bagi sejukk), mentega, tomato puree, dan sos tomato. Tak lupa juga buat garam dan gule.Untuk sos tomato, dulu aku pakai sos Prego, tapi kali nie nak try pulak guna KIMBALL. Daging tuh aku tak sure kena basuh dulu ker tak sebab kalau daging burger tak yah kan. Tapi aku tengok dalam plastik tuh ade cecair-cecair merah lagi (eiuu) jadi, aku pun basuh jer la daging hancur tuh dulu. Tapis-tapis pakai penapis. Kalau tak pakai penapis, habis semua daging tuh masuk dalam lobang sinki, hapaahh pun tak dapat. AHAHA.
Orait. Lepas tuh panaskan periuk dan cairkan mentega okayy. Agak-agak mentega dah cair, masukkan daging hancur. Kacau-kacau sampai dieMentega tuh jangan banyak sangat tau, sebab daging tuh sendiri pun dah keluarkan minyak. Karang minyak minyak minyak spaghetti korang, haa, gasak korang makan minyak banyak banyak. AHAHA.hempukkk! Empuk laahh!. HAHA.
Agak-agak lepas daging dahDiingatkan sekali lagi, sosej tuh hiris nipis-nipis tau. Baru lah tak tercekikk kalau tertelan pun. HEHE.hempukk, masukkan lah bawang, tomato dan sosej tadi. Kacau kacau dan kacau sampai rata tau.
Lepas tuh masukkan pulak tomato puree beberapa sudu. Dan kacaauu laaagii. Kalau rasa-rasa pekat sangat, boleh lah tambah air mase nie. Dan kacaaauu laagiii. HAHA.
Biarkan sampai mendidih. Lepas dah mendidih, barulah boleh masukkan sos tomato jenama KIMBALL kite tadi beberapa sudu. Ape laagii, kacaaauu laah laagii. HAHA.Haa. Nampak asap berkepul-kepul, lava dah menggelegak-gelegak menunggu mase nak membuak. Itu lah tandenye sudah didih. Jangan pulak korang pergi rase pakai tangan dah didih ker belom. Alamatnye, kena sapu colgate (melecur) lah nanti tangan korang.
Last skali, boleh lah masukkan garam dan gula secukup rasa.Kalau ikut resepi yang saya belajar tuh, tak payah taruk gula. Tapi, ibu saya suka rasa masam-masam manis gituu. Jadi, tambah jer la gula. HEHE.
Okayy. Kuah dah siap, mee die pulak macam mane? Sementelahan (cewah) kuah tuh tengah nak didih, kita boleh lah rebus mee spaghetti yang macam lidi tuh dekat periuk sebelah.
Rebus. Rebus. Rebus. Sampai dia lembut selembut kulit bayi dan dah tak sekeras macam lidi. HAHA. Bila agak-gak dia dah lembut, masukkan sedikit mentega dalam rebusan tuh. Nak tambah lemak berkrimmmm. HAHA.
Bila dah siap rebus, tos kan saje. Takkan nak makan dengan air-air rebusan kan. HAHA. Lepas tuh, ikut petua ibu, tuang sikiiiittttt jer minyak dalam mee tuh.Tujuannye, tak nak bagi mee tuh bergumpal-gumpal macam plastesin bile dah sejuk nanti. Minyak tuh kalau boleh, guna lah minyak yang berkhasiat sikit. Minyak zaitun ker. Macam family aku, kitorang memang masak-masak ape-ape pun pakai minyak bunge matahari.
Usha-usha periuk sebelah. Eyh, eyh, kuah spaghetti kita tadi pun dah siap.By the way korang, resepi spaghetti aku nie memang takde warne sikit. Merah menyalaa jer. Sebab kalau taruk sayur-sayur, cendawan-cendawan tuh semua, nanti adik-adik aku makan asing-asingkan, alamatnye ke tong sampah juge. Baik takyah. Taruk ape yang dimakan jer. HAHA.
Daaannn. Hidang! Makan! Nyum nyum nyum nyum! AHAHA. Amboiii, pelahapnye. HEHE.
Seraya berbunyik handphone aku. Ibu message.
"Salam. Spaghetti dah siap dah boleh makan. Terliur ni...sedap".
Aku mengreply gune handphone adik aku (sebab nak jimat kedit aku yang tinggal tige posen tuh), "Baru siap masak jer ibu. Nak makan nie. Nyum nyum. HEHE".
Ibu pun reply lagi, "Ok nyum. Masak sedap-sedap, baru boleh kahwin".
Owhh yeeaahh?? I likeee. HEHE. :P
sedapnyer~ dah boleh jadi isteri ni~ hehe
ReplyDelete