Monday, October 19, 2009

Makan "sikit" aja.

Kereta itu bergerak ke arah Meru. Ada openhouse ya. Sepupu-sepupu aku sudah lama berkumpul di situ. Makanan-makanan pun da lama terhidang menunggu masa diambil, dikunyah, dan dihadam saja. Ntah kenapa, aku rasa makanan-makanan di situ macam melambailambai, macam memanggilmanggil aku untuk mencubanya. Tanpa berfikir panjang, tangan terus bergerak dan memanjang ke arah makanan-makanan itu. Ah! Tak pa. Aku makan sikit saja. Ya benar! Aku makan sikit saja. Ingat kembali antara yang sudah menjadi mangsa aku ;
Sup campbell separuh mangkuk. Nasik impit satu setengah pek dengan ayam 3 ketul. Air sarsi 3 cawan polisterin. Satu cawan teh tarik potong kaki. 3 potong kek coklat. Rambutan 4 bijik. Gulagula fruitplus strawberry 2 bijik.

Wah! Memang sikit sangat aku makan hari nie. Perut gembira.Hati pun gembira sekali. HAHA.

Siapa aku?

Wah. Besarnya!. Tak pa la. Aku sayang buah ini. (.^_^.)

6 comments:

Sebijik comment anda amatlah berharga untuk saya.