Thursday, October 15, 2009

Tak sangka.

Bangun pagi. Bersiapsiap dan bergaya. Aku dan kakngah sudah bersedia. Kami teruskan plan kami yang mulamulanya hanya gurauan. Tak sangka jadi kenyataan. Dia berseluar putih,bert-shirt putih dan bertudung purple. Aku tidak tahu mengapa, aku agak lemah dalam memilihmilih pakaian nieh. Selalu terpengaruh dengan orangorang sekeliling. Tengok orang pakai apa cantik, aku juga mahu ikut. Tapi tak sangka juga hari ini aku dapat buat keputusan untuk diriku sendiri. Aku memilih seluar putih, bertali pinggang putih, baju coklat berlengan putih, bertudung putih dan beg putih. Selipar yang ku sarungkan juga putih. Ya! Segalanya putih hari ini. Tak sangka.

Kaki berjalan ke arah ktm. Dan ktm terus meluncur laju mencari arah landasannya. KL Sentral menjadi pilihan aku kali ini. Selalunya lama juga aku menanti ketibaan kenderaan panjang berwarna birukuning itu. Tak sangka hari ini dia datang awal pula.

Kali ini di Sentral aku mencari pula kenderaan itu. Lain sedikit. Landasannya di atas. Pendek sedikit. Berwarna putih. Sudah jumpa. Tak sangka aku sampai saja monorel itu sudah ada. Fuh! Bernasib baik. Meluncur seperti roller coaster gerak rodanya dan berhenti di Imbi. Aku turun dan sudah tentu menuju ke entry Masa EmpatSegi (Times Square).

Sebenarnya tak tahu nak buat apa di sana. Hanya berjalan. Tak sangka idea datang tibatiba. Mulamula beratur beli tiket wayang. Bukan wayang kulit tapi wayang la!. Beratur jer. Tapi tak tahu pun nak tengok cerita apa. Nak tengok papadom, adikku tak nak. Nak tengok momok, adikku tak nak juga. Akhirnya aku mengikut katanya, "Cerita Where Got Ghost, 2 orang, sit C03,C04". Ayat di kaunter. Tiket diserahkan.

Untuk kepuasan perut, kita harus menyumbatkan dulu dengan apaapa isi yang patut. McD menjadi pilihan perut untuk kali ini. Perut puas hati. Dan tak sangka pula perut ini berpuas hati dengan hanya seketul ayam. Selalunya lebih sedikit. HAHA.

Kaki melangkah dan tibatiba terhenti oleh arahan daripada otak yang dibawa oleh mata. Mata tertumpu pada pusat bowling di situ. Tangan pula berkatakata seperti sudah lama tidak menghentakkan bola warnawarni tiga lubang itu. Langkah kaki yang tadinya lurus terus melencong ke kiri. Setelah puas berfikir, hati kata mahu main juga. Walaupun adikku tak nak main, aku nak main juga. Seorang pun xpa. Ke kaunter dan membayar. Ntah kenapa 1st game macam cacamarba. Memang aku tak hebat mana, tapi xde la seteruk itu. Dah 4 balingan aku buat, baru ade 10 point. Bola pink bersaiz 8 menjadi pilihan aku. Dan bola itu lebih memilih longkang daripada pinpin putih yang tersusun rapi itu. Plan asal yang hanya inginkan satu game saja, tak sangka jadi dua game. rm12 aku habiskan hanya untuk bowling. Xpe la. Tak sangka juga, aku sudah boleh berpuas hati dengan game kedua. Aku sudah dapat rentaknya. Walaupun tak begitu hebat, tapi boleh la..Inginkan game yang ketiga. Tapi jangan ikut hati, nanti mati. Ringgit itu ada banyak lagi tujuannya.

Surau. Jam 2.45 ptg. Solat Zohor. Tak sangka surau tidak menempuh waktu kemuncaknya pada waktu itu. Dengan tenang kami menyelesaikan tanggungjawab sebagai seorang Islam. Itu jangan lupa.

Wayang sudah mula memanggilmanggil. Room3. Berpusupusu orang beratur, menayangkan tiket yang sama sahaja kepada pekerja wayang itu. Kadangkadang aku terfikir. Tidak bosan kah mereka, harihari lihat tiket yang sama. Berwarna putih, bertulisan hitam. Ah! Itu kerja mereka. Sudah tentulah itu yang mereka lakukan.

Tatkala mencari tempat, aku agak hairan, mengapa semuanya Cina. Pelajarpelajar yang baru pulang dari sekolah. Masih berpakaian sekolah. Tidak letihkah mereka? Kenapa tak gunakan masa yang ada untuk berehat sahaja selepas seharian di sekolah. Ah! Itu hal mereka. Mata meliar. Manakah rakanrakan sebangsa ku. Tak sangka akhirnya aku jumpa, wanitawanita bertudung duduk di barisan belakang. Walaupun tidak kenal, at least aku tau, bangsaku masih ada.

Iklan bermula. Tapi kenapa semuanya iklan ceritacerita Cina. Hatiku mula berdetik. Adakah kami duduk di wayang yang akan menayangkan cerita Cina. Namun otak masih positif. Oh! hanya iklan sahaja. Tapi hati masih juga berkata, ini mesti cerita Cina. Bila cerita bermula, dengan spontan tulisan Cina terpampang di layarnya. Wa, Taaakk Saaangkaaa!!. Kami sudah tersalah pilih cerita. Rasa ingin keluar saja. Rasa nak pergi kaunter beli tiket lain saja. Tapi tubuh masih lagi terpaku di kerusi empuk itu memikirkan tak pa la, hari ni rabu, tiket pun murah ja. Akhirnya, Ah! aku mahu tidur saja.

Tapi, mata tak dapat menipu. Masih lagi terbuka. Mulut terkumatkamit membaca subtitle di bawahnya. Ada masanya aku tidak faham, mengapa mereka ketawa, sedangkan aku tak ketawa. Sudah tentulah. Di dalam tu yang ramainya Cina, sudah tentu mereka faham. Kadangkadang aku juga ketawa, tapi ketawa kerana lawak melihat orang lain ketawa sedangkan aku tak tahu apaapa. Tak sangka pula, kemudiannya aku dapat menerima cerita itu. Aku sudah faham jalan ceritanya, dan katakata hendak tidur tadi langsung terkubur begitu saja.

Sekurangkurangnya, aku dapat tahu sedikit sebanyak bagaimana mahu menghormati agama mereka. Yelah, kita tidak tahu tentang kepercayaan mereka. Dan cerita itu juga banyak pengajarannya. Paling aku tertarik dengan cerita ketiga. Melihatkan bagaimana anakanak menghormati ibunya yang sudah meninggal dunia. Mengikut kepercayaan mereka, ibu tersebut akan memberkati kehidupan anakanaknya. Walaupun bukan dalam bentuk kekayaan, tapi dalam bentuk kesihatan dan keselamatan. Kerana kekayaan bukanlah segalagalanya. Dan aku mula memandang positif terhadap cerita itu. Tak sangka ketidak sukaan yang mulamula tadi akhirnya berubah. Tak sangka juga, cerita yang tak pernah terfikir dek otakku seronok juga rupanya.

Tak nafikan, cerita tu memang seram. Aku asik tengok disebalik beg, ataupun di celahcelah kesamaran tudung putihku. Sit sebelahku kosong. Meremang juga bulu roma awalnya. Jeritan orangorang menambahkan pula ketakutanku. Namun aku tahu, aku tidak seorang di situ. Tak sangka juga, dalam keseraman itu, ada diselitkan unsurunsur ketawa yang mengurangkan sedikit ketakutan tadi.

Jalanjalan dan pulang.

Tak sangka, panjang juga cerita ku. Segalanya tak disangka.

3 comments:

  1. sengalnye cite... huhuhu... tp zani. npe kte nye blog x leh komen ek?? xkuar...

    ReplyDelete
  2. erm..cube adjust dekat part2 custumize or setting uh. adjust kat comment setting.

    ReplyDelete
  3. HAHA . sapa suoh tgok cita uh . bwak r adik ko tgok cite jiwang . KUIKUI .

    ReplyDelete

Sebijik comment anda amatlah berharga untuk saya.