Monday, July 30, 2012

Patriotik vs. Politik

Pendapat aku tentang 'Janji Ditepati'.

Bagi aku, Hari Kemerdekaan tahun ini tak menjerumus kepada patriotik sangat, tapi lebih kepada politik. Bermula dengan logo dengan slogan 'Janji Ditepati'. Seperti yang kita semua sedia maklum, slogan itu adalah slogan bagi satu parti politik.

Jika kita ingat balik masa zaman 'Wawasan 2020', 'Keranamu Malaysia' dan 'Jalur Gemilang', semua slogan-slogan ini adalah berbentuk general yang tidak berpihak kepada mana-mana parti politik. Contohnya, slogan 'Jalur Gemilang', pihak kerajaan dan juga pihak pembangkang, dua-dua di bawah Jalur Gemilang yang sama. Tapi slogan 'Janji Ditepati' ini adalah adalah slogan milik satu pihak sahaja.

Jadi, tidak aci lah begitu. Rakyat perlukan keadilan.

Masuk kepada lagu pula. Dalam lirik lagu ada,
'BR1M 1 Malaysia'
'TR1M 1 Malaysia'
'Kedai 1 Malaysia'

Dan benda-benda ini adalah pekara yang dibuat oleh pihak itu sahaja. Jadi, bukan kah ini nampak sangat politik di hadapan, bukan patriotik.

Janji telah ditepati, kini masa balas budi. Erm. Janganlah meminta-minta sampai macam itu sekali. Ya ya. Jejak sahaja umur 21, kami akan daftar mengundi, bila dah sampai masa, kami akan keluar mengundi. Tapi maaf ya, kami juga ada hak untuk buka mata, buka minda, tak undi dengan buta tuli. Kerana kami rakyat Malaysia.


Sunday, July 29, 2012

Kau kenal dia, dia pun kenal dia.

The moment when kau nampak kawan kau yang kau kenal dekat tempat lain tweet/tag kawan kau sorang lagi yang korang kenal dekat tempat lain juga. Means, kau, kawan kau si A dan kawan kau si B bukan lah berada sama-sama satu sekolah, satu taman perumahan, satu tadika perpaduan atau apa-apa saja lah.

Kalau aku, mesti aku tertanya-tanya, macam mana diorang ini kenal eh? Mula lah aku menyibuk dalam conversation orang sebab curiosity aku ini sangat tinggi mengalahkan KLCC mungkin.

Antara jawapan, "Kitorang satu sekolah rendah dulu". Atau pun, "Owh, rumah kitorang dekat jer". Atau pun, "Kitorang tuisyen sama-sama dulu".

Masa itu mesti nak cakap "How small our world is/ Wah, kecilnya dunia".

Tapi aku selalu diselubungi rasa bersalah untuk nak cakap perkataan 'kecilnya dunia' sebab bagi aku, dunia ini macam besar jer.

Bila dah dapat jawapan, baru aku senyap let them continue their conversation dengan aman damai.


Psst:
Kalau kau, kawan kau si C dan kawan kau si D itu memang satu sekolah, esp satu kelas, tak payah lah pergi tanya macam mana dia orang boleh kenal. Yer dok?


Saturday, July 28, 2012

Cuti.

Malam ini dah tertidur lewat.
Buat apa?
Entah.
Kosong.. kosong.. kosong..

Harap-harap boleh bangkit sahur kejap lagi.
Boleh punya,
pasal makan.
Gelak sikit. HAHA.

Baru betul cuti namanya
bila tidur tiga empat pagi.

Salam.


Ramadan-7.

Alhamdulillah.
Besok dah nak masuk Ramadan ke lapan dah. Tup tap tup tap dah nak habis dah sepuluh hari yang pertama kan. Haa. Tak sabar lah tuh, tak sabar lah tuh. Jangan risau, umur panjang, InsyaAllah, kita semua akan merasai raya ya. Lupakan igauan zaman kanak-kanak kita dulu. Yang orang tua selalu kata, "Siapa puasa sehari boleh raya sehari jer, puasa dua hari, raya dua hari". Masa itu, kita semua berebut-rebut nak puasa penuh sebab nak raya tiga puluh hari kutip duit raya. Kan kan kan? AHAHA.

Dah kalau dah besar nie untuk yang perempuan nie nak buat cenggana dah selalunya memang akan terkurang seminggu.

Tapi dah besar panjang ini, di samping kita tak sabar nak tunggu penghujung Ramadan, sepatutnya kita lebihkan sikit perasaan, "Alahai, sayangnya nak tinggalkan Ramadan". Sebab apa? Sebab dah cukup ker kita kutip buat amal dalam bulan barakah nie? Lepas nie dah masuk bulan Syawal Zulkaedah Zulhijjah, rindu pula dengan bulan yang tawarkan pahala berlipat kali ganda ini kan?

Jadi, jom kita kejar. Jom kita ambil peluang. Jom! Jom!

* * *

Nie nak cerita sikit. Bukan mengumpat ya. Bukan bukan bukan. Tak nak buat dosa tuh, taknak diibaratkan macam makan daging saudara sendiri. Tak Nak Tak Nak Tak Nak.

Sebelum itu, satu soalan. Bagaimana ya ibu bapa boleh lepaskan anak-anak kecil mereka bermain di taman permainan pada waktu malam?

Seiingat aku, masa aku sekolah, aku tak berani langsung nak minta izin dekat abah nak jejak kaki keluar rumah selepas pukul 7.00 malam. Kadang-kadang kawan datang rumah nak pinjam buku pun, tak sampai lima minit aku sembang dengan kawan. Tak berani.

Bukan apa, dekat kawasan rumah aku ini, taman permainan sebelah surau. Bila orang tengah solat, seriously jeritan kanak-kanak itu semua mengganggu orang yang tengah solat. Jeritan takpe lagi, ini dah siap main mercun bunga api. Pung pang pung pang bunyinya.

Aku yang muda (erk) ini pun berapa kali solat sambil terkejut terkejut. Entah khusyuk atau tidak. Aku pohon solat aku diterima. Apa entah lagi pakcik & makcik dalam surau tuh, kesian diorang. Kalau ada yang kuat melatah lagi kasihan. Sedang, "Allahu akbar kabira wal-hamdu lillahi kasira" tiba-tiba "Opocot! Untuk dia Ayy! Untuk dia Ayy!". Haa. Tak ke naya.

Nak salahkan budak-budak tuh, nama pun budak, kecil lagi. Manalah dia orang tahu apa-apa. Kalau bagi nasihat pun, mau tahan dalam dua tiga hari jer.

Jadi, buat ibu bapa & bakal ibu bapa, tak salah nak ajar anak-anak pergi surau solat jemaah, tapi, kalau dah dia orang serong lepas solat main mercun, alangkah baiknya jika tahan sahaja mereka di rumah buat kerja sekolah. Kan?

Lagipun, bahaya tau biar kanak-kanak keluar rumah malam-malam.




Friday, July 27, 2012

Us.

Tadi sempat baca blog sorang roomate, dia cerita tentang US. Bukan United States, tapi us us us.

Kitaorang.

Antaranya, Tasha cakap,

Jangan risau Tasha. Nanti kita datang bilik awak & kita bergelak ketawa depan awak ya.
HEHE. :')

* * *

Alahai. Sayu nya rasa bila baca. Lepas ini kitaorang tidak lah sebilik lagi. Ada lah beberapa orang masih sebilik, tapi tidak enam-enam.

Ada dapat bilik depan, ada dapat bilik kiri, ada dapat bilik kanan. Takpe lah. 40 bilik di sebelah kiri kanan, dan depan masih berjiran kan?

Us. In our last photo as roomates. Sobs.
Ukhwah kita, walau dekat mana, bila masa, apa-apa, siapa saja, bagaimana cara, tetap kita sahabat.

Proud of having you all guys.

Don't worry. We still friends hingga ke syurga kan. InsyaAllah.



Penatnya bermimpi.


Masa itu aku sedang ada hal. Perlu, memang perlu diuruskan. Masa itu juga ada exam. Tak pasal-pasal termasuk exam lambat. Kalau lambat lima minit okay, ini lambat ada dalam lima belas minit lebih.

Suasana dalam dewan exam, TAK KONDUSIF. Macam dewan selera dekat MRSM jer rupanya. Takde lampu. Gelap. Paper exam, ambil sendiri dekat meja depan. Bukan invigilators datang pass pass kertas soalan. Siapa suruh dekat meja depan ada dua set soalan. Gelabah punya pasal, dua-dua subjects punya soalan aku tibai.

Cari sit. Bukan main susah. Macam dewan selera kan, semua orang pun duduk bersepah-sepah. Okay. Dah dapat sit. Terus laju-laju jawab exam sampai nak dekat habis soalan.

Tiba-tiba rasa pelik sebab soalan tak menjerumus sangat ke kancah Maths, tapi lebih kepada logik. Sampai sudah, baru lah aku sedar yang aku bukan jawab paper Maths yang sepatutnya, tapi paper lagi satu yang aku tibai dekat meja depan tadi.

AAAAA. Berapa banyak masa dah aku buang nie? Tension.

Aku panggil invigilator, bagi tau dia, mengharapkan belas kasihan mereka.

"Nanti, saya kena bincang dulu dengan invigilators yang lain", kata invigilator yang aku jumpa tadi.

Invigilators yang lain semua ada dekat luar dewan exam, buat bulatan perempuan-perempuan (faham-faham sajalah kan). Dari dalam dewan exam, aku boleh dengar, bila invigilator yang aku jumpa tadi bagi tahu tentang permintaan aku, invigilators yang lain bukan main garang.

"Mana boleh. Takde takde. Sambung jer jawab macam biasa. Kitorang nak kena balik rumah cepat-cepat, nak masak lagi apa semua", kata bulatan perempuan itu tadi.

Sedih aku mendengarnya. Sampai hati.

Aku jawab exam paper Maths. Lagi satu, aku sedar yang aku tak bawa kalkulator saintifik. Macam-macam dah bermain dalam kepala. Sempat ker? Kalau soalan tan sin cos dah macam mana aku nak jawab takde calculator? Dan macam-macam tanda soal lagi.

Bila dah cuak bukan main macam itu, kepala bukan boleh fikir sangat. Aku try jugak jawab slow slow. Soalan 1. Soalan 2. Soalan 3. AHHH. Tensionyaaa. Sambil menjawab aku menangis. Sambil menangis aku merayu, "Cikgu..cikgu..cikgu". Mengharap lagi belas kasihan.

"Takpe lah. Nanti dah habis nanti kamu bincang lah dengan kawan-kawan soalan-soalan tuh", kata invigilator yang tadi. Invigilator ini nampak baik, nampak caring sikit. Nampak belas kasihan dari reaksi dia. Tapi, apakan daya, kena juga ikut cakap majoriti di luar sana.

"Lagi lah tension cikgu. AAAAA."

& aku terjaga dari tidur.

Penat,
bila cuba nak kawal perasaan yang dalam mimpi itu tadi.

Fuhh. Penatnya bermimpi.


Thursday, July 26, 2012

Makanan jiwa.

"Have you recite Quran today?"

Read Quran, it will come to the Day of Judgement as intercessor to its reader.
-Narrated by Abu Umamah, Reported by Muslim-



Wednesday, July 25, 2012

Facebook Birthday Card.

Kalau semalam kita bagi tutorial macam mana nak buat towel cakes & ice-cream,  ini kita nak bagi tutorial macam mana nak buat 'Facebook birthday card' pula ya.

Pertama sekali, bahan-bahannya, mesti lah kena ada kertas-kertas warna yang berkaitan dengan Facebook. Selain itu, gam dan gunting of course.

*** Gambar ini tertinggal kertas A4 putih.

Yang paling penting, untuk background, kena ada kertas warna blue black dan kertas warna biru 2 tones. Cewah, dah macam jual tudung bawal pulak dah. Maksud aku, kertas warna yang macam dalam gambar tuh. Warna biru fade dari bawah ke atas. Ada dijual di kedai-kedai buku & kedai kertas. Cuba try test cari.


Kemudian, tampal lah kertas-kertas yang berkaitan sama seperti interface Facebook ini. Untuk space tulis emel, password, nama pertama, etc. pakai kertas A4 putih. Untuk tulisan pula, tiru lah, jika Facebook punya tulisan biru, pakai pen biru, tulisan hitam, pakai pen hitam.

Untuk perkataan 'Emel' & 'Kata Laluan', aku pakai pen warna silver supaya nampak kan tulisan dia.

Lagi satu, korang boleh ubah ayat-ayat tuh ikut ayat yang korang nak bagi. Contohnya, untuk birthday card, boleh tukar word 'facebook' kepada 'hari jadi' atau pun 'birthday'.

Dan ini adalah hasil yang aku buat hari tuh. You know for who.



Selamat mencuba yer.



Kita dah pandai menilai kan?

Logo Hari Kemerdekaan Malaysia.

2012


Kenapa yang 2012 itu logo nya lain dari yang lain ya? Erm. Kita semua dah pandai menilai kan?



Pre Professional Exam.


Kalau kita ada Post, mesti lah ada Pre nya bukan?

Dekat Pre ini aku tak nak cerita panjang sebab semua orang pun tahu, sebelum exam mestilah kena study bukan? Common sense.

Jadi, apa yang teman aku masa study? Haa. Itu lah nak cerita nie.


Ice-Cream moo. Entah kenapa, tiap kali nak makan ais krim nie, mesti aku dengan sengaja suka-suka nak buat bunyi "Moooo...Moooo...Moooo". Ice-cream nie awesome kot. Masa sekolah, masa aku jadi tukang jaga Ko-op (Koperasi), aku selalu makan Ice-cream ini lah. Sepatutnya cerita Vanilla Coklat itu pun pakai Ice-Cream moo nie jer kan? Habit zaman kanak-kanak yang aku bawa tiap kali makan Ice-cream macam nie, mesti nak habiskan makan ais krim cepat-cepat sebab nak tengok kot kot ada tulis "Anda menang Ipad" dekat batang ais krim. Huh. Berangan =.="

Cream-O. Mula dengan yang kakngah bagi lah. Sebelum ini jarang sekali lah aku makan Cream-O atau Oreo kecuali Oreo McFlurry. hehe. Tapi, hari tuh kakngah bagi se- (erm erm, apa nak bagi penjodoh bilangan biskut nie weh? Takkan sebatang biskut pulak). Oh. Se-packet biskut ini. Terus aku suka, dan beli lagi satu packet untuk teman masa study.

Keropok 'Mamee'. Kalau nak sebut "Yusuf Taiyoob" kena bisik, nak sebut keropok "Mamee" kena suara garau sikit. Nak lagi nampak effect, pamerkan gigi taring sekali. HAHAHA. Kelakar lah. Ini semua cerita zaman kanak-kanak lah ini. Satu habit yang aku bawa sampai sekarang, asal buka keropok Mamee, mesti nak cari, ada tak benda/sticker/permainan free. Dan of course, monosodium glutamate dalam tuh kita buang awal-awal.

Syok ah. Nak exam pun ada makanan sudi nak teman. AHAHA.


Post Professional Exam.


Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah.

Everything goes well.

Ingat lagi masa mula-mula Block 4. Semua orang dah start study memang pulun gila-gila. Kalau Block 1, 2 & 3 cuma berkawan biasa, lalu pun jarang, tapi masa Block 4 masing-masing dah jadi kamcing dengan perpustakaan.

Professional Exam kitorang secara am-nya habis masa 12 Julai. Tapi, semua orang tak boleh balik lagi. Semua orang kena tunggu sebab besok dan lusanya KOD akan call siapa-siapa yang dapat viva. Jadi, bagi mengisi masa lapang, oh, silap, memang tiada masa lapang pun lepas habis pro-exam tuh. Mana tak nya, dah kena pindah bilik pulak dah. Bilik takpe lagi, pindah block pulak dah. Nasib block sebelah.

'Pindah block sebelah pun angkut barang pakai kereta'. Memang hidup nak senang saja lah engkau ini Izzani. HAHAHA.

Selain pindah, ada lagi lah aktiviti lain yang budak-budak kelas plan bagi mengisi masa. Prank prank pun ada.

Course kitorang tak perlu balik rumah dulu, tunggu tiga empat minggu, buka website untuk cek result semua. Tetapi macam ini. Hari ini habis exam, esok lusa dah boleh tau result dah. KOD tampal dekat admin.

Wow, berdebar tak weh? Kiranya, habis exam pun, semua orang beringat kot. Jangan happy-happy sangat. Kiranya lagi, lepas habis exam, belum belum lagi masa untuk hundred percent lega.

Viva habis pada hari Selasa. Jadi, aku menjangkakan yang result full akan keluar besoknya, pada hari Rabu dan of course KOD akan keluarkan di hujung-hujung office hour. Aku pun dah plan nak balik KL hari Rabu lepas result keluar, means, nak balik petang lah.

Surprisingly, tanpa disangka-sangka, viva habis pagi tuh, petang tuh, sedang aku kemas-kemas bilik (sebab baru pindah bilik baru), result dah keluar daa. Dengan pakaian paling selekeh dalam dunia (yelah, tengah mengemaskan), aku gerak dengan roomates pergi KOD demi ingin melihat result.

Dan lagi satu, result kitorang tak ada grade or pointer pun. Ada tulis PASS or FAIL sahaja. Jadi, dah tentu tentu perkataan PASS yang aku cari untuk semua subject. Mata aku bergerak dari satu kertas ke satu kertas yang mewakili setiap subject. Empat kertas kesemuanya. PASS PASS PASS PASS.

& Syukur Alhamdulillah. Masa itu entah berapa kali kata syukur aku ucap. Syukur yang tak terhingga. Masa on the way ke KOD berdebar-debar jangan kata. Yalah, semua orang pun mesti dah terbayang tunic berwarna, seluar putih, kasut putih. Kan? Dengan perkataan PASS itu lah, semua debar-debar tadi hilang serta merta.

Sampai sahaja bilik, terus, aku capai handphone dan message mereka-mereka yang aku betul-betul berterima kasih sebab mereka-mereka lah yang banyak support aku sepanjang exam, sepanjang belajar. Senang kata, supporter dalam hidup aku. Tanpa mereka-mereka, aku lemah longlai. Aku terus message Abah, Ibu, Kakngah, Affiq, Izzah & Rahman.

Petang itu hujan lebat. Tanpa hirau hujan lebat, pergi juga ke terminal bas untuk beli ticket balik KL pada hari Rabu, pagi-pagi.

Perasaan ini paling best. Bila dah sampai rumah tanpa perlu risau tentang apa-apa lagi. Result semua dah tau, dah lega. Tinggal fikir ibadah puasa dan hari raya. HEHE.

Alhamdulillah. Allah Maha Besar.






Dear Friends,
don't worry ya. You can do it. Aku akan terus support korang, doakan korang dapat jawab paper itu nanti. Korang boleh. Aku yakin. Korang baik, Allah mesti akan tolong korang. Yang penting, jangan down ya. Ada masa. Sempat lagi ini nak study. InsyaAllah. Kita akan dapat sama-sama jejak second year, empat puluh lima orang. Sama-sama. InsyaAllah.





Towel cakes and ice-cream.


Amboi, tajuk yummy gila kan? HAHA.

Assalam alaykum.

Tadi, selesai sahaja Tarawih, aku terfikir untuk kembali aktif dalam blog ini. Kesian. Dah rasa suram pula update tiga tahun sekali. HAHAHA. Tipu.

Orait. Di bulan puasa nie kata orang kalau post pasal makanan, masak-masak, nanti terliur pula. Tak baik tau buat orang terliur. Kalau nak post lepas buka puasa tak pe. HAHA. Jadi, aku tidak lah hendak post pasal makanan, tapi ala-ala. Ala-ala sebab, 'Ala, macam jer makanan, tapi korang bukan boleh makan pun'.

Apa yang aku nak ajar ini sesuai untuk siapa-siapa yang ada minat nak buat benda-benda handmade. Dan minat nak bagi hadiah dekat orang pakai air tangan sendiri. Cewah, macam masak-masak pula.

Okay. Kita teruskan dengan menu yang pertama. Perlu diingatkan resepi utama untuk ketiga-tiga menu ini adalah TUALA/ TOWEL. Yes. Ini benar.

A. Towel Cake Slice.


  1. Lukis dan gunting bentuk seperti gambar di atas. Nak cari bentuk tuh, boleh tulis dekat google, printed cake slice box.
  2. Sambungkan bentuk tersebut sehingga menjadi kotak bentuk piramid dalam gambar 2. Jangan lupa gam ya.
  3. Balutkan kotak piramid tadi dengan tuala. Guna jarum peniti untuk matikan setiap bahagian hujung tuala.
  4. Hiaskan mengikut kreativiti anda.

B. Towel Cake Roll.


  1. Anda memerlukan dua helai tuala. Gabungan dua tuala tersebut biarlah bila digulung nampak sedap.
  2. Gulungkan kedua-dua tuala seperti dalam gambar di atas.
  3. Hiaskan mengikut kreativiti anda.

Ini adalah cake yang paling senang nak buat dan yang paling nampak lazat. Bagi aku. Maybe sebab aku gila cake coklat. HEHE.

C. Towel Ice-Cream.


  1. Gulungkan tuala sehingga menjadi seperti bentuk ice-cream. Cara menggulung tuala boleh belajar di YouTube. Cara gulungannya lebih kurang sama seperti hendak buat Towel CupCake. Boleh belajar di link ini. How To Make Guest Towel Cupcakes.
  2. Untuk membuat cone, boleh lukis dan gunting bentuk di dalam link ini. Printed Ice-Cream Cone Shape.
  3. Masukkan tuala ke dalam cone yang telah kita buat.
  4. Seperti biasa, hiaslah mengikut kreativiti anda.
* * *


Orait. Ini adalah hasil secara kasar sebelum menu-menu ini dihias. Getah-getah, safety pin itu semua wujud sebab masa ini terlupa nak beli jarum peniti lagi. So, alternatif lah untuk tahan cake-cake ini dari terbuka balik kan.



& selepas dihias dan dimasukkan ke dalam kotak, inilah hasilnya. Untuk nak tampak segak lagi, taburkan coklat bersalut emas (cewah). Ala, yang macam coklat duit syiling tuh. Mesti tau kan?



Ngam kan? Orait. Selamat mencuba.


Monday, July 23, 2012

HERO.


Suddenly the hero become sebaya dengan saya lah.




20 Julai 2012.



Sunday, July 15, 2012

Viva Voce

Alhamdulillah.
After a long wait.
Tak boleh berpisah dengan hp.
Genggam, simpan hp dalam kocek seluar.
Takut tak rasa gegarannya.
& masa tiba.

Masa tengah makan itu juga
Masa tengah layan rasa gembira dengan classmates itu juga
Ada panggilan dari nombor pejabat 09-XXXXXX
Ah, bukan tak boleh agak
Dah boleh agak dah
Ini mesti KOD
Sebab kawan-kawan yang lain pun
dah ada yang dapat call dari nombor yang sama.



"Asssalamualaikum".


"Waalaikumsalam. Saya Kak Nadia dari Admin KOD. Ini Nurul Izzani ker?"


"Yer yer saya". (berdebar. dah agak dah KOD. berita apa pula yg nak disampaikan nie.)


"Okay. Izzani dipanggil untuk Viva distinction untuk subjek Physiology pada 16/07/12 pukul 8.30 pagi."


"Owh yeker. Orait. Untuk subjek Physio jer ker?"


"Lagi satu subjek Biochemistry pada 17/07/12 pukul 8.30 pagi juga. Sila berkumpul di ....... Make sure datang yer."


....... menandakan yang aku memang tak dapat nak concentrate sangat
apa yang sister admin sampaikan untuk venue
terlalu nervous
menggeletar tangan
hanya kawan-kawan di sebelah jer yang nampak.

Selepas panggilan tamat
Alhamdulillah.
Lega.

Besok & Lusa
InsyaAllah, akan cuba yang terbaik
Tapi terbaik untuk esok lusa
Datangnya pada preparation hari ini, besok & lusa.


p/s: Masih ada dua subjects. Tunggu lagi.

Tuesday, July 10, 2012

Singgah sekejap.


Assalam alaykum.

18 June since the last post. Boleh tahan tak lama sangat lah tuh. Tak dikira golongan veteran lagi tuh.

Secara am-nya, boleh dah lega sikit, renggang-renggang kan otot sikit dari bahang minggu peperiksaan ini. Tapi, secara khas-nya, exam belum habis lagi. Still under bahang Professional Exam lagi.

Secara am-nya lagi, paper teori, yang tulis-tulis, yang essay-essay, yang objective true false tuh semua habis dah lah. Tinggal lagi untuk OSPE. Apa nama panjang OSPE nie pun err err. Tak sure. Tapi yang pasti mainly apa yang kita belajar dekat lab lah.

Kalau masa CFS dulu lab report itu hanya sebagai pembantu untuk mendapat markah yang baik, dekat sini, lab report bukan sahaja untuk mendapat markah, tapi untuk di-study juga pabila menjelang OSPE.

Amboi, guna perkataan 'menjelang' nie buat aku rasa macam dah nak raya pula. Nak main bunga api, mercun pung pang pung pang bagi riuh satu kampung. HAHA.

Itu sahaja buat masa ini. Oh ya. Sekarang dekat Kuantan jalan raya tengah busy dengan SUKMA. Padanlah dua tiga bulan lepas, Bandaraya Kuantan nie bukan main meriah dengan aktiviti menaik taraf. Semua. Semua nak naik taraf. Stadium cat baru, jalan raya yang lopak-lopak ditampal, sampaikan rumput dan pokok-pokok yang jadi divider jalan pun diubah suai.

UIA nie ada juga lah terlibat sikit dengan SUKMA. Ada yang jadi committee dapat gaji mahsyuk juga sehari. Tak lupa juga, UIA juga jadi penempatan untuk kontinjen-kontinjen. Lagi special 'Hotel TABARI' nie, bukan kontinjen, tapi polis-polis trafik tau yang menetap dekat sini.

Bawa kereta atas jalan raya Kuantan buat masa sekarang nie kena berhemah. Polis trafik ada di mana saja. Almaklum lah, SUKMA kan. Tak nak lah nanti jadi sesak-sesak.

Okay. Itu sahaja. Nantikan kemunculan Izzani selepas exam nanti ya. Baru boleh kita cerita dari A sampai infinity. HEHE.

Ahh, bosannya entri nie takde gambar. Okay. Aku rasa nak letak satu gambar yang dari hari tuh lagi curiosity aku terhadap gambar nie membuak-buak.

Ini maskot untuk SUKMA tahun nie. Kenapa gajah dan kenapa setiap gajah ini ada nama?
Yelah. Awak dah duduk Pahang, teringin juga nak tahu, apa significant nya gajah dengan negeri Pahang?
Kot ada tempat menarik yang ada banyak gajah, boleh pergi, mandi-manda, tunggang-tonggeng dengan gajah.

Itu jer.

Salam.