Wednesday, July 25, 2012

Towel cakes and ice-cream.


Amboi, tajuk yummy gila kan? HAHA.

Assalam alaykum.

Tadi, selesai sahaja Tarawih, aku terfikir untuk kembali aktif dalam blog ini. Kesian. Dah rasa suram pula update tiga tahun sekali. HAHAHA. Tipu.

Orait. Di bulan puasa nie kata orang kalau post pasal makanan, masak-masak, nanti terliur pula. Tak baik tau buat orang terliur. Kalau nak post lepas buka puasa tak pe. HAHA. Jadi, aku tidak lah hendak post pasal makanan, tapi ala-ala. Ala-ala sebab, 'Ala, macam jer makanan, tapi korang bukan boleh makan pun'.

Apa yang aku nak ajar ini sesuai untuk siapa-siapa yang ada minat nak buat benda-benda handmade. Dan minat nak bagi hadiah dekat orang pakai air tangan sendiri. Cewah, macam masak-masak pula.

Okay. Kita teruskan dengan menu yang pertama. Perlu diingatkan resepi utama untuk ketiga-tiga menu ini adalah TUALA/ TOWEL. Yes. Ini benar.

A. Towel Cake Slice.


  1. Lukis dan gunting bentuk seperti gambar di atas. Nak cari bentuk tuh, boleh tulis dekat google, printed cake slice box.
  2. Sambungkan bentuk tersebut sehingga menjadi kotak bentuk piramid dalam gambar 2. Jangan lupa gam ya.
  3. Balutkan kotak piramid tadi dengan tuala. Guna jarum peniti untuk matikan setiap bahagian hujung tuala.
  4. Hiaskan mengikut kreativiti anda.

B. Towel Cake Roll.


  1. Anda memerlukan dua helai tuala. Gabungan dua tuala tersebut biarlah bila digulung nampak sedap.
  2. Gulungkan kedua-dua tuala seperti dalam gambar di atas.
  3. Hiaskan mengikut kreativiti anda.

Ini adalah cake yang paling senang nak buat dan yang paling nampak lazat. Bagi aku. Maybe sebab aku gila cake coklat. HEHE.

C. Towel Ice-Cream.


  1. Gulungkan tuala sehingga menjadi seperti bentuk ice-cream. Cara menggulung tuala boleh belajar di YouTube. Cara gulungannya lebih kurang sama seperti hendak buat Towel CupCake. Boleh belajar di link ini. How To Make Guest Towel Cupcakes.
  2. Untuk membuat cone, boleh lukis dan gunting bentuk di dalam link ini. Printed Ice-Cream Cone Shape.
  3. Masukkan tuala ke dalam cone yang telah kita buat.
  4. Seperti biasa, hiaslah mengikut kreativiti anda.
* * *


Orait. Ini adalah hasil secara kasar sebelum menu-menu ini dihias. Getah-getah, safety pin itu semua wujud sebab masa ini terlupa nak beli jarum peniti lagi. So, alternatif lah untuk tahan cake-cake ini dari terbuka balik kan.



& selepas dihias dan dimasukkan ke dalam kotak, inilah hasilnya. Untuk nak tampak segak lagi, taburkan coklat bersalut emas (cewah). Ala, yang macam coklat duit syiling tuh. Mesti tau kan?



Ngam kan? Orait. Selamat mencuba.


3 comments:

  1. so cute..nk try buat la..hilang juga boring2 skit..hihi

    ReplyDelete

Sebijik comment anda amatlah berharga untuk saya.