Thursday, August 28, 2014

Tips makan murah di kedai mamak.

Inilah rakyat Malaysia. Pantang nampak benda murah, laju jer. Semua benda nak murah (yela. siapa suka beli benda mahal yer dak?) Agak-agak kalau masuk toilet harga 30 sen, minta diskaun 50%, dia bagi tak masuk toilet bayar 15 sen jer? Haha.

"Boleh lah bang. Saya buang air separuh jer, separuh lagi saya tahan bawak balik rumah..."

HAHAHA

* * *

Siapa suka makan mamak?

Aku! Aku! Aku!

Hahaha. Aku tak tahu lah manderem apa yang ada pada masakan mamak yang buat aku terliur setiap kali nampak dada ayam goreng mamak besar-besar bila lalu tepi kedai depa. Hoi. Dada AYAM goreng mamak tau, bukan dada mamak. Erk.

Bila dengar orang cerita kedai mamak ada ini, ada itu, letak ini, letak itu, aku cuma mampu berhusnuzon sebab bau ayam goreng dia sangat menusuk qalbu membuatkan aku terpaksa mengalah.

Tapi, satu masalah aku, makan dekat mamak kalau tak cecah sepuloh rengget atau almost sepuloh rengget tak sah. Mahal weh.

Yala. Mana tak nya, paha ayam dia pun tengok lah. Uummphh. Mantap. Isi tebal. wahaha. (tapi sorry aku tak reti makan part paha), taste aku part isi-isi. Tengok pipi lah. heeeeeee. Tengok pulak nasi dia. Satu pinggan menggunung nasinya.

Jadi, untuk mengurangkan kos sara hidup sebab harga barang dah naik dan demi menyokong saranan kerajaan untuk kurangkan makan ayam sebab harga ayam naik (opss), aku telah come out dengan satu idea dengan jayanya.

p/s: Hidangan ini adalah untuk dua orang makan.

Minta nasi satu pinggan pada orang kedai tuh, kalau agak-agak tak cukup, cakap, "Bos, kasi tambah sikit lagi lah nasi, tara cukup lah" sambil kenyit-kenyit mata sikit (hahahaha. JANGAN! Don't try this at any mamak stall). Dosa dosa. And then kandar kan segala kuah yang ada (maksudnya campur segala kuah kari kepala ikan, kari ayam, sambal ayam masak kicap, sambal udang, kuah ayam masak kurma, etc.) dan pilih seketul ayam yang paling besar sekali rupa parasnya, minta dia potong. Ambik papadom sikit.

Lepas tuh ambil pinggan lebih.

Pergi dekat meja yang anda dan kawan anda telah pilih, tunggu sampai dia kira. Selagi dia tak datang kira jangan usik nasi tuh. Berlakon lah main handphone ka, basuh tangan ka, pergi toilet ka, tengok burung berkicauan ka apa. Lepas jer dia datang kira dan dah bagi harga, apa lagi, kau divide nasi tuh kepada dua dan letak dalam pinggan lebih tadi.

Settled.

Satu pinggan lauk ayam dan papadom RM6.00. Bahagi dua, kos makan sorang RM3.00. Haaaa. Bukan senang dapat makan mamak dengan perbelanjaan hanya RM3.00 seorang.

Tak masuk air lagi lah. Tadi aku order teh ais. Agak manis teh ais dia. Jadi mungkin lepas nie aku akan cuba untuk menyokong saranan kerajaan untuk mengurangkan pengambilan gula untuk mengelakkan penyakit kencing manis.

Mungkin lepas ini aku order teh ais dan air kosong, minta gelas lebih pulak ker. Who knows.



Year 3 - Part V (Last but not least)

Untuk cerita sebelumnya boleh lah click link bawah nie.

Year 3 - Part I (Awal-awal masuk)
Year 3 - Part II (Matapelajaran dan alkisahnya)
Year 3 - Part III (GMGS. ho ho ho)
Year 3 - Part IV (Examination jangan lupo)

Rasanya nie part last lah eh untuk kisah sepanjang Year 3 nie. Dah panjang sangat dah cerita nya nie. Untuk post yang last but not least nie biarlah rasa macam ciri-ciri ke kakak-kakak-an sikit. Paham tak? Lebih kepada pedoman untuk adik-adik yang bakal menjengah ke tahun tiga nanti. Bukan lah bagus sangat. Tapi yang mana boleh share kita share. Yang mana boleh ambil pengajaran kita ikut. Yer dok?

First. Anda berhak untuk rasa excited dapat masuk Year 3 nie. Yela. Siapa tak seronok kan dah dapat masuk clinical years. Syukur. But don't too excited sebab perjalanan masih jauh. Dari awal-awal tuh dah kena get ready dah. Tak boleh nak honeymoon sangat. Dah lama dah kan cuti final nie. Haha.

Untuk clinics, nanti korang akan tahu lah apa yang nak kena beli, apa yang nak kena prepare. Time demo walaupun lenguh berdiri lama, tapi redha jer lah. Yang penting ilmu masuk. Serius tak tipu. Lenguh betul. Kalau ada chance Dr tanya siapa nak volunteer jadi patient untuk demo, sila lah volunteer supaya korang dapat baring atas dental chair yang empuk itu. Tak yah berdiri lama. Haha.

Untuk GMGS, awal-awal tuh memang blur. Semua orang pun macam tuh. So try cari senior, kawan-kawan medic, untuk tolong. Ada waktu free malam or weekend, boleh pergi hospital. Kalau malas clerking, baca bed ticket pun okay lah. Jangan jadi macam aku. Dah hujung-hujung nak dekat exam baru lah terkedek-kedek nak pergi hospital malam dan weekend. Tuh pun masih ada mood malas sikit lagi tuh. Hampeh betul. Haha. Lepas tuh malas pulak tuh nak full clerking. So pergi hospital dok sembang-sembang dengan patient. Hehe.

Time bedside, bila Dr minta volunteer untuk buat PE, try lah volunteer. Salah takpe. Kena marah tadah jer. Yang penting ilmu tuh. Bila kita practice baru kita ingat. Lek ah. Awal-awal memang lah tak lancar lagi. Lama-lama okay jer. Bila Dr suruh sediakan case, gilir-gilir lah dengan kawan satu group. Jangan malu-malu, tolak-tolak, kau lah kau lah. Jangan pilih Dr. Time Dr best kau nak present, time Dr yang garang sikit, tolak dekat kawan. Tak boleh lah macam tuh sebab masa exam nanti tak tahu dapat Dr apa kan. Dah tak malu-malu, jangan nak tamak sangat pulak asyik kau jer nak present case. Kasi chance dekat kawan-kawan lain present jugak. Semua orang kena buat. Nak gain pengalaman tuh.

Barang-barang yang diperlukan, make sure korang ada; Stethoscope, Neuro kit, Tendon hammer, Pen torch, Measuring tape, Ruler, Kertas hitam.

And one more thing, untuk GMGS, jangan lupa practice jugak ambil Blood Pressure (BP). Tak sempat nak practice dekat hospital, time dekat clinic ada masa free try lah sesama kawan.

Requirements pun penting jugak. Jangan asyik sibuk mengejar hospitaliah, sampai terlupa dekat hal klinikiah. Memang rasa macam sempat nie, awal lagi nie. Takde patient hari nie pun takpe. Sempat lagi nak kejar. Tapi sebenarnya tak. Kita tak tahu apa akan jadi in future. So kalau boleh jangan miss session untuk clinic. Patient cancel last minute itu bukan lagi kejanggalan. Tapi, sabar. Jangan marah-marah, maki-maki. Diorang pun ada reason diorang jugak kenapa terpaksa cancel. Try cari patient ganti cepat-cepat. Tapi kalau dah takde nak buat macam mana kan.

Dan kalau kita ada patient lebih, jangan kedekut pulak nak share dengan kawan-kawan. Mungkin hari ini kita kaya dengan patient, akan datang kita tak tahu kan. So, share lah dengan kawan-kawan kalau kita ada patient lebih, kalau kawan kita tak cukup lagi requirements. Sama-sama tolong. InsyaAllah, kalau kita tolong orang, ada rezeki lain untuk kita.

Dan jangan lah kita bergoyang kaki pulak tak usaha cari patient dan harapkan ehsan dari kawan-kawan saje untuk bagi patient. Tak boleh lah giteww. Orang lain penat jugak cari patient kan. So, cuba dulu, kalau dah memang takde, baru tanya kawan-kawan.

Paling penting, yang Dr selalu pesan, apa-apa yang kita buat dalam clinic, don't put requirement as number one. Memang lah itu yang kita kejar, tapi apa-apa pun, buat for the sake of patient, bukan for the sake of requirement. Contohnya, patient datang nak tampal gigi. Kita kena buat tampalan tuh cantik-cantik lah ikut apa yang kita belajar dalam theory kan. Pasal overhang, cavity prep dia semua. Jangan buat cincai cincai asalkan cukup requirement, tapi buat tak betul yang boleh bagi kesan negatif dekat patient. Tak baik lah kan. So hari-hari before masuk clinic, betulkan niat balik yer.

Bila dengan partner, paling penting kena give and take. Kena bahagi betul-betul jadual. Awak tuh share cubicle, share jadual. So, jangan lah asyik kita jer nak session, sampai partner punya requirement tertinggal jauh. Hal-hal wrap tempat, kemas tempat, tuh pun kena give and take jugak lah. Aku nie haa, selalu jer terlambat sampai clinic, tengok-tengok Fahmi dah siap wrap kan tempat. Mekaceh pahmi. hehe. Macam tuh jugak lah sebaliknya. Time kita jadi assistant, be your partner other hand. Jangan duduk jer tengok movie sama dengan patient. Barang-barang yang diorang nak, kita ambil apa semua.

And then, kalau ada pinjam barang orang tak kira dalam clinic or dekat lab, jangan lupa pulangkan. Semua orang nak pakai. Plus barang-barang dental nie bukan murah harganya, puluh-puluh, ratus-ratus. Tak sanggup nak bayar kalau barang hilang.

Dekat lab pulak, jaga lah kebersihan. Kita kan beramai-ramai dalam lab tuh. Tauuu. Semua orang busy. Tapi at least before balik buang habuk-habuk atas meja, sapu lantai. Kesian dekat technician. Kadang-kadang diorang yang kena buat.

Yang paling penting jaga hubungan dengan Dia. Kita memang busy, kadang-kadang nak makan pun tak sempat. Tapi, solat jangan lupa. Macam mana pun, patient dah sampai ker apa ker, sempatkan diri untuk solat. Banyak-banyakkan berdoa semoga dipermudahkan perjalanan kita.

Itu saja rasanya. Nasihat untuk diri aku jugak. Doakan semoga dipermudahkan urusan di Tahun 4 nanti. Pastinya cabaran yang lain pula yang akan mendatang. Semoga aku tak alpa. InsyaAllah.

All the best semua.

Sekian.



Wednesday, August 27, 2014

Year 3 - Part IV ( Examination jangan lupo)

Ini sambungan tau. Kalau nak tau cerita sebelumya do click the link below.

Year 3 - Part I (Awal-awal masuk)
Year 3 - Part II (Matapelajaran dan alkisahnya)
Year 3 - Part III (GMGS. ho ho ho)

Dok syok syok, terkenang awal-awal masuk, GMGS semua bagai, part exam jangan lupa. Aku rasa part exam yang orang paling nak tau nie rasanya.

Kita mulakan dengan by Block lah eh. Senang sikit ceritanya.

Block 1 , exam subjects:
Cons, Prostho, Ortho, Perio, Paeds, DPH, OS, OP.

Block 2, exam subjects:
Cons, Prostho, Ortho, Perio, Paeds, DPH, OS, OP.

Block 3 (Pre-Professional Exam), exam subjects:
OP, GM, GS.

Block 4 (Professional Exam), exam subjects:
OP, GM, GS.

Okay. Sekarang dah nampak kan corak exam dia. Masa Block 1 & Block 2, takde exam GMGS. Tuh yang lambat sikit nak start enjen nak study GMGS tuh. Bila dah masuk Block 3, baru kau gelabah nak study GMGS tak tentu arah. Subject OP pulak exam setiap Block. Dan subject dental exam masa Block 1 & 2 sahaja. Kiranya, untuk PASS Year 3, yang penting kena lulus subjects OP, GM, GS. Nampak macam, alahai, tiga subjects jer. Jangan. Jangan macam tuh. Tiga subjects jer, tapi dia punya penangan, lebih dari kau exam 8 subjects masa Block 1 & 2 tuh tau. Lagi-lagi yang part Pre-Pro tuh. Sebab itu first time nak exam GMGS, tak biasa lagi, tak tau lagi bentuk exam macam mana, so nervous sangat lah time tuh.

Ini kenangan masa kitorang baru habis clinical exam masa Pre-Professional exam untuk GMGS.

Untuk exam Block 1 & 2 macam biasa lah. Exam on paper. Walaupun subjects dental ini tak ada time Pro Exam, tapi jangan ambil ringan tau. Sebab dia akan carry marks ke tahun seterusnya. Untuk OP, untuk setiap Block ada exam theory & osce.

Okay. Meh kita cerita pasal Professional Exam.

Fiiiirrssttt of all, untuk Year 3 ini, bahagian pertama, CLINICAL REQUIREMENTS.

Hari terakhir kitorang untuk clinic masa Year 3, maka bermula lah study week kitorang. Macam yang sedia maklum, dentistry tak ada study week untuk setiap block kecuali Block 4, sebab Block 4 adalah professional exam. Masa hari last clinic tuh, semua log book untuk semua subjects kena hantar. And then satu hari nie doctor-doctor untuk semua subjects akan meeting tentang clinical requirements kitorang. Apa yang kitorang dah achieved. Clinical requirements kena cukup untuk melayakkan kitorang ambil exam.

Lepas beberapa hari study week, tiba-tiba ada orang post dekat whatsapp kata name list untuk students yang eligible untuk ambil exam dah keluar. Nervous sangat time tuh. Ini nervous yang pertama untuk Pro Exam nie. Alhamdulillah. Aku boleh ambil exam.

Bahagian kedua, GMGS.
Ingat lagi, clinic habis hari Jumaat. Then kitorang ada study week 5 hari, Khamis tuh start exam theory untuk subject GM & GS. Dua hari berturut-turut. Pulun jugak lah study GMGS nie.

Dan start exam. Sebelum masuk tempat exam, aku hanya mampu bersalawat jer banyak-banyak mohon dipermudahkan soalan exam nanti. Habis exam theory GM & GS untuk dua hari, keluar dari tempat exam, jujur lah, susah lah nak dengar orang cakap senang. Tak senang lah soalan dia. Plus dengan system minus marking kan. Cuma berdoa jer masa tuh yang kitorang mampu buat.

Selang dua hari, start exam GM & GS untuk clinical pulak. Yang ini lagi nervous lah. Nervous yang ketiga. Sebab kitorang tak tau kitorang dapat patient apa, case apa, patient macam mana. Okay. Time Pro Exam, untuk Long Case, kita akan dapat sama ada patient GM atau GS. Kita tak tahu kita dapat yang mana satu. Untuk Short Case pulak, kita akan dapat satu patient GM dan satu patient GS. Maksudnya, untuk clinical nie kita akan berjumpa dengan 3 orang patient. Untuk setiap patient nie, kita tak tahu dia sakit apa. Based on history taking yang kita buat & physical examination, kita kena diagnose sendiri.

Untuk Long Case setiap students diberikan nombor bilik masing-masing. Dalam bilik tuh ada sorang patient. Kita diberi masa 1 jam untuk history taking, buat physical examination dan siapkan case write-up before present dekat Dr. Dalam bilik tuh hanya ada kita, patient, dan sorang pengawas peperiksaan. Lepas 1 jam, kitorang dibawa ke bilik yang lain, di mana dalam bilik tuh ada 2 orang Dr dan kita. So, start lah present case depan Dr. Masa yang diberikan 30 minit untuk present dan Q&A. Masa tuh jugak Dr akan tanya-tanya soalan dan sebagainya. Jangan takut kalau Dr tanya banyak-banyak, sebab kadang-kadang Dr nak tolong kita, sebab tuh mereka tanya. Dah habis present, Dr lain akan bawa kita ke patient lain untuk Short Case. Satu patient GM dan satu patient GS. Selalunya Dr akan suruh buat PE dekat patient tuh sambil dia tengok dan kita diagnose time tuh jugak. Masa nie pun Dr akan tanya-tanya soalan jugak.

Tips sikit eh. Be confident masa buat PE, but don't over confident. And be confident bila jawab soalan yang Dr tanya, tapi jangan jawab dengan fakta yang salah. Kalau tak tahu, jawab jer tak tahu. Ini fakta, bukan interview boleh hentam hentam en. Takpe. Dr tak marah.

Clinical exam GMGS ada dua hari. Before exam dia akan keluarkan jadual. So kita tengok lah kita exam hari first or second. Aku hari tuh exam hari first, tapi petang. Tak kira lah kita exam hari first or second, nervous tetap nervous. Malam before exam clinical tuh memang pulun lah practice PE sampai lancar dengan roommates. Kitorang practice sesama kitorang lah. And then balik. Boleh lah lega sekejap time tuh sebab dah habis exam GMGS. Besoknya, group yang hari kedua pulak exam. Dalam pukul 10 macam tuh class rep whatsapp kata, semua orang kena kumpul dekat JHC pukul 2.00 pm hari tuh sebab Dr akan announce siapa yang kena re-exam time tuh. Aaaaaa. Ini nervous yang keempat sepanjang tempoh Pro Exam nie.

Memang takde selera makan or nak buat apa-apa pun time tuh walaupun dah habis exam GMGS memikirkan apa yang akan terjadi pukul 2.00 nanti. So kitorang gerak awal dari bilik, solat dekat JHC sama-sama. Ingat lagi, masa solat tuh semua orang mengalirkan air mata sebab terlalu sebak dan gementar nak tunggu nasib masing-masing. Tibalah pukul 2, kitorang pun masuk dalam lecture hall dekat JHC tuh. Sama-sama dengan kawan-kawan yang baru habis exam pada hari itu. Nervouuusss sangat. Dan Dr pun masuk. Dr announce num matric siapa yang kena re-exam time tuh. Re-exam nie untuk siapa yang markah dia sikit jer lagi nak lulus. Actually, time nie Dr nak bagi another chance untuk students lulus. Untuk yang tak kena re-exam, tak boleh nak lega sangat jugak. Sebab sama ada, pass or direct fail. Seram kan? Tapi time tuh kitorang lebih focus kepada kawan-kawan yang nak re-exam lah. Dr bagi masa 30 minit before diorang pergi re-exam hari tuh jugak. 30 minit tuh jugak diorang revise balik, kawan-kawan lain tolong. Terharu sangat tengok suasana time tuh. Untuk yang tak kena re-exam, kitorang boleh balik ataupun stay sampai diorang habis exam. Tapi mostly decided untuk stay. So, kitorang tunggu lah dalam lecture hall tuh sambil dihidangkan dengan makanan tengah hari staff sebab kitorang kebulur sangat time tuh. Yela. Tak makan lagi. Sampai nasi sebungkus tuh pun kitorang share 3 orang time tuh. Sweet nya kitorang. Haha.

Dah habis kawan-kawan yang re-exam kitorang pun balik ke bilik. Tak boleh lega lagi sebab class rep cakap, besoknya akan keluar result untuk GMGS. Nervous tak nervous. Pagi-pagi lagi dah bangun terus segar sebab nervous. Jarang berlaku di hari biasa nie bangun-bangun terus segar. Nak makan takde selera. Nervous sangat kata kau. Bukan apa, one of reason dia sebab subject GMGS takda reseat paper. Tunggu jer dekat whatsapp sampai class rep cakap result GMGS dah keluar. Pukul 10 masa tuh. Melompat aku dan roomates dari katil. Dengan tak mandinya, kitorang decide nak pergi KOD nak tengok result. Haha. Kantoi busuk tak mandi. Alhamdulillah. Syukur sangat Ya Allah. Tapi di samping rasa gembira tuh, kitorang turut berasa sedih untuk kawan-kawan yang lain. Tapi takpe. Mungkin ada hikmah di sebalik keputusan ini. Allah lebih tahu kan.

Finally. Habis lah kisah GMGS. Pass for GMGS. Syukur Alhamdulillah. Tapi masa nie tak boleh nak happy sangat jugak lagi. Sebab kitorang ada satu lagi paper.

Bahagian ketiga, ORAL PATHOLOGY. Before start exam OP nie, kitorang ada dua minggu lagi study week. Apa lagi, keluar jer result, semua orang pun gelojoh lah balik rumah sebab ada dua minggu lagi nak exam. So apa kata kita pergi balik rumah dan bertenang dulu before study balik. Study dekat rumah? Memang tak lah. Boleh lah. Dapat jugak lah study sikit-sikit. Tapi awal-awal tuh memang berehat dulu lah. Lepas beberapa hari, dah muhasabah diri sikit dan sedar exam nak dekat, tapi awak tak study banyak lagi, baru lah buka nota balik.

Dah seronok duduk rumah, pulang semula ke UIA. Nervous yang keenam before exam OP. Exam dua hari. Hari first exam theory, second day exam OSCE. Habis exam kedua hari Selasa, yahoooooo habis exam. Tapi jangan happy sangat sebab anytime admin akan call untuk viva. So nervous yang ketujuh bila tunggu viva call. Dan kitorang tahu yang anytime pada hari Jumaat tuh result akan keluar. Sementara tunggu hari Jumaat, aku dan roomate sempat lah berlagha kejap. Makan sushi king lah, tengok movie lah. Yang syoknya, habis jer exam OP, kitorang terus pergi cari kotak dan packing barang sambil pasang lagu raya. Padahal hari tuh baru hari first puasa. Haha. Hari Jumaat, celik mata, nervous yang kelapan tiba. Tunggu result keluar. Lulus yang ini, maka lepas lah kami di tahun tiga. Tunggu punya tunggu, tak keluar jugak lagi. Sampai lah pukul 5.00 pm, masa tuh dekat bilik tinggal aku dengan Didi sebab yang lain dah balik, selesai solat asar, kitorang pergi KOD, tengok result. ALHAMDULILLAH. Syukur yang teramat sangat time tuh. Sebak rasa sebab mengenangkan apa yang kitorang dah lalui masa tahun tiga nie. Bersyukur sangat-sangat.

Demikian lah kisah sepanjang tempoh Pro Exam. Kisah yang agak panjang tapi sangat bermakna. Doakan semoga dipermudahkan untuk Tahun Empat nanti. Amin.


Year 3 - Part III (GMGS. ho ho ho)

Ini sambungan tau. Kalau nak tau cerita sebelumnya do click the link below.

Year 3 - Part I (Awal-awal masuk)
Year 3 - Part II (Matapelajaran dan alkisahnya)

Hehe. Saja kasi sound effect sikit dekat tajuk sebab subject GMGS ini adalah subject yang orang kata killer lah masa Year 3 ini.

Mana tak nya, cara study subject ini sangat lah berbeza dengan cara study subject dental.

Untuk subject dental, kita memang tahu untuk exam memang akan keluar dari apa yang lecturer ajar, tapi untuk GMGS ini, dunia dia sangat lah luas sampai kitorang sendiri tak tahu kitorang dah habis study ker belum.

FAQ untuk GMGS nie selalu orang tanya, Apa beza GM dengan GS nie?
Kalau soalan itu berlegar-legar dalam kepala anda semua, jangan pelik sebab kitorang pun macam tuh jugak. Mula-mula blur sangat sangat. Okay bezanya adalah, untuk General Medicine (GM), treatment untuk diseases yang kita belajar lebih kepada medicine. Contohnya Hypertension, Diabetes Mellitus, Hyperthyroid/ Hypothyroid, Dengue, Kidney Failure, Asthma, Stroke etc. System yang selalu involve untuk medicine Respi, Cardio, Neuro, and Renal. Untuk General Surgery (GS) pulak, disease yang selalu melibatkan surgery lah. System dia luas, any system can involve. Contohnya, any tumours, cancer, cyst, etc.

Untuk GMGS ini, kelas dia dekat JHC (UIA punya campus near by hospital). Okay mula-mula kelas pertama kitorang untuk GMGS ini, kitorang pun pergi lah JHC. Masuk kelas, ramainyaaa orang. Rupanya kelas first tuh kitorang kena combined dengan budak medic. Ada yang duduk dekat tangga lah, atas lantai lah. Blur nya jangan cakap lah. Kitorang tak faham langsung apa yang kitorang kena buat dekat JHC tuh. Apa yang kitorang kena belajar pun kitorang tak tahu. Tiba-tiba jer dah habis kelas dan kitorang pun balik bilik dengan muka blur masing-masing. Tension tak?

Masuk minggu yang kedua, dah tak combined dah. Kelas kitorang-kitorang jer. Dalam jadual, kelas dekat JHC 8.00 am - 10.00 am. Then after that kitorang bebas untuk ke mana sahaja kalau tak ada bedside (which sepatutnya kitorang kena pergi hospital dan clerk patient). Pukul 2.00 pm - 5.00 pm adalah waktu untuk bedside.

Bedside tuh ape?
Bedside tuh adalah proses pembelajaran di tepi katil. Bukan katil bilik korang. Tapi katil patient di hospital. Untuk bedside, setiap group akan gerak dengan group masing-masing lah. Setiap minggu, lecturer yang akan ajar bedside untuk setiap group adalah berbeza. Jadi, setiap minggu, sebelum hari rabu, wakil group kena call Dr yang akan in charge group kita untuk tanya bedside pukul berapa depends pada waktu bila lecturer tuh free. Ada buat pagi, ada buat petang. Depends. And then lagi satu, Dr akan bagitau berapa case yang perlu di-present (hampeh BM kau Izzani). So bila dah tau, hari-hari yang ada sebelum hari Rabu tuh, beberapa orang wakil group (depends pada berapa banyak case yang Dr nak) akan pergi cari dan clerking patient. Pada tibanya waktu bedside, Dr akan suruh present case patient yang kita buat tuh. So that, masa tuh kita boleh lah belajar pasal disease yang patient tuh ada, boleh tanya apa-apa soalan dekat Dr dan paling penting boleh belajar untuk buat Physical Examination.

Clerking tuh ape?
Clerking tuh pulak proses bila kita pergi hospital, kita pilih mana-mana patient yang sesuai atau yang kita nak study pasal case dia, dan kita sembang-sembang dengan dia. Sembang tuh bukan sembang-sembang tin kosong okay. Masa ini lah kita kena ambil history taking. History taking sangat penting sebab 70% diagnosis untuk sesuatu penyakit tuh kita boleh dapat melalu history taking. Nanti Dr akan ajar lah macam mana cara ambil history taking yang baik untuk tak miss any points yang penting.

Okay. Problem aku untuk GMGS ini satu, aku tak faham apa yang aku kena study untuk GMGS nie. Sebab ilmu dia macam unlimited broadband tau. Haaaaaa. Over pulak. And then, there are no fixed reference book yang kita nak study. Kejap baca buku nie, kejap baca buku tuh, kejap baca slide lecturer. Banyak sangat. Sebab exam yang keluar nanti adalah based on pemahaman kita tentang sesuatu, bukan apa yang kita hafal. Dia comprehensive and subjective, but then it is a fact. So kau nak gebang pun tak boleh lah kan. Fakta bukan auta.

And then, MASA. Year 3 kan tahun pertama masuk clinic, so buat kerja clinic pun sesiput sikit lah. Baru nak bertateh kata orang. Panggil patient pun sehari satu awal-awal dulu. Tak menang tangan tau. Mana nak siapkan denture nya, nak pergi hospital nya, clinic nya, kelas nya. Dah masuk clinical years, jangan bermimpi untuk start kelas pukul 10, 11. Setiap hari akan start kelas pukul 8.00 am, 10.00 am - 5.00 pm clinics. Lepas clinic selalunya kitorang akan pergi lab sebab nak siapkan kerja-kerja prostho, ortho dan lain-lain. Balik bilik dah pukul 7. Mana tak lembik badan. So ikut keadaan. Kadang-kadang kalau larat, malam tuh pergi hospital. Kalau tak larat, melepek lah dekat katil. Kalau Year 1, Year 2 dulu rajin jugak study malam-malam. Dah Year 3, tau tau lepas maghrib dah tertidur. Tak pun, kadang-kadang bawa balik kerja prostho sambung buat dekat bilik pulak. GMGS pulak seminggu sekali jer. Tak sempat hadam yang minggu lepas, dah masuk minggu yang baru. Selalunya pergi JHC kelas pukul 8.00 am - 10.00 am. Kalau bedside petang, sepatutnya after pukul 10.00 tuh kitorang kena pergi hospital, practice clerk patient, tapi mengenang kan kerja clinic yang tak siap lagi, lepas pukul 10.00 lari jugak lah ke KOD naik lab siapkan kerja lab. Petang pergi hospital balik. Gitulah rutin harian. Weekend jangan cakap lah. Masa weekend tuh lah yang paling berharga untuk kau berehat dan nak bangun lambat. HAHAHA.

Okay. Mainly those are two main problems lah yang kitorang face masa Year 3 nie.

Tapi by time, sesiput tadi dah boleh lah gerak laju sikit seperti searnab. Dekat clinic dah boleh dah panggil 2 patients satu hari. Clerking pun dah paham sikit lah macam mana cara yang betul. Physical examination pun dah lancar sikit, yakin sikit lah. Semua tuh dapat by time dan dengan practice lah. Kena buat banyak kali.

 

Apa yang aku boleh simpulkan untuk subject GMGS ini, apa yang penting lah en, satu, theory of course. Kena baca sikit lah. And then clerking & case write up. Kena practice buat selalu supaya nanti exam smooth jer, dah tau apa nak tanya, apa yang penting dan sebagainya. Tiga, physical examinations (PE), yang ini actually bonus untuk kita. So, try buat banyak kali. Tak buat dengan patient pun takpe, buat sesama kawan sampai lancar. Biar kita nampak yakin bila buat PE depan patients dan juga depan doctor.

Bersambung...



Year 3 - Part II (Matapelajaran dan alkisahnya)

Ini sambungan tau. Kalau nak tau cerita yang sebelumnya, do click the link below.

Year 3 - Part I (Awal-awal masuk)

Actually aku tak tahu macam mana nak cerita the whole story of Year 3 nie sebab jangka masanya sangat panjang. So aku buat cerita ini part by part, dan mana-mana yang penting saja lah okay.

Masuk Part II, kita cerita tentang each subjects pulak lah okay.

CONS.
Subject cons ini subjek yang paling famous lah dalam dunia pergigian ini. Yang mana setiap tahun, dari Year 2, sampai lah Year 5, kau akan ambil subjek ini. Sebab kebanyakan patient yang datang ke klinik gigi memerlukan rawatan seperti tampalan. So, dalam subject cons nie lebih kepada tampalan lah.

Minggu-minggu awal tuh. Dr tunjuk demo dulu, apa yang ktorang kena buat bila dengan patient nanti. Then lepas Dr tunjuk demo, kitorang kena practice dengan partner masing-masing. Kena ambil E&D partner, present dekat Dr, scaling partner. After settle dengan partner, baru lah kitorang panggil patient.

Jangan risau pasal patient. Awal-awal tuh clinic bagi kitorang list nama patient. Sorang dapat 5 patients dulu masa tuh. Tapi, kalau kita ada patient sendiri lagi bagus. Senang sikit nak panggil kan.

Pasal requirement pulak, untuk cons, requirement dia carry forward sampai habis Year 5. By end of Year 3, kitorang kena siapkan 30% of the requirements untuk each class. Contohnya, Class I Amalgam, total kena buat 15 tampalan. So, by end of Year 3, kitorang kena buat 5 tampalan Class I. Dan macam tuh jugak lah untuk Class yang lain.

PROSTHO.
Prostho ini pulak subject gigi palsu. Mula-mula Dr akan tunjuk Demo. Lepas dah settle patient yang demo, clinic bagi kitorang patient. Patient yang pertama nie sharing case, which is satu patient, kita share dua orang dengan partner kita. Macam aku dulu, Fahmi buat gigi atas, aku buat gigi bawah. Tapi dia kira as satu requirement untuk masing-masing lah. Case yang pertama ini haruslah case Complete-Complete. Maksudnya, patient tuh mesti tiada gigi langsung atas dan bawah.

Requirement prostho, dia pun carry forward jugak. By end of Year 5, kitorang kena siapkan 12 denture. Tapi to allow you to take the examination, you need to complete at least 3 denture by end of Year 3.

Aku nasihatkan untuk prostho ini, better cari patient awal-awal. Sebab subject prostho ini memerlukan jangka masa yang agak lama untuk siapkan satu denture, dan banyak procedure untuk siapkan gigi palsu ini. Kau mungkin akan menghabiskan masa di lab sampai kadang-kadang balik bilik pukul 7.00 malam untuk siapkan gigi palsu ini dekat lab.

Ini adalah contoh gigi palsu yang aku buat masa Year 2. Bukan patient betul punya lah. Sorry, aku tak boleh post yang patient betul punya untuk menjaga hak privacy patient.


ORTHO.
Ortho pulak subject yang belajar pasal hal ehwal bracess nie. Ohhooo. Untuk menjadi seorang Orthodontist, kau memerlukan ketelitian tahap Rindu Awak 200%. Haha. Sebab kerja-kerja dalam Ortho ini sangat lah teliti. Tapi untuk ortho ini kitorang lebih kepada kerja lab, dengan kata nama lain, kerja yang dibuat di bilik pada last-last minit. Haha.

Sebut pasal ortho, benda first yang terlintas adalah Wire Bending. Uwaaaaa. Nak menangis rasa mengenangkan wire bending nie. Tangan kau tak sakit tak sah, tak luka tak sah. Bila kena buat wire bending, benda pertama yang aku tanya, pakai wire size apa yer? Kalau yang size 0.5, 0.7 okay lagi. Yang 0.9, 1.0. Emmmmmm. Labial bow lah, adam clasp lah, dan macam-macam lagi.


Contoh-contoh wire bending yang aku buat. Tak perfect sangat pun.

Selain wire bending, kitorang jugak kena present satu case. Which is case partner kita lah. Nak present case ini kena ambil impression, siapkan lateral ceph, ortho base, dan E&D form. Lepas tuh present dekat Dr. Apa-apa hal pun, yang penting dalam ortho, kena PRECISE. Everything need to be precised. Sebab kita nak betulkan gigi orang kan, tak boleh lah silap sikit pun.

PERIO.
Okay. Perio antara subject yang bertenang sikit. Perio ini subjek yang lebih kepada masalah gusi. Untuk Year 3, kitorang cuma perlu cari patient gingivitis. And boleh kata semua atau kebanyakan dari kita mengalami gingivitis. Bezanya cuma sama ada mild, moderate, or severe. Dalam subjek perio nie kitorang lebih kepada kena scaling patient & bagi Oral Hygiene Instruction (OHI) yang sangat mantap supaya patient dapat menjaga kesihatan gusi dengan sangat gempak.

Requirement untuk perio, kitorang kena E&D at least 5 patient, OHI at least 5 patient, dan scaling at least 5 patient.

Awal-awal masuk clinic macam biasalah, Dr bagi demo gunakan manual scaler & ultrasonic scaler. Kitorang practice manual scaler dekat gigi dummy jer. Lepas tuh harem tak ingat dah macam mana nak guna manual scaler tuh sebab dekat patient asyik dok guna ultrasonic jer. Lagi cepat dan mudah. Hehe. Lepas demo, kitorang practice scaling dekat partner, and then walllaaa, panggil patient.

PAEDS.
Okay. Paeds adalah subject yang ala tomey tomey, yang kakak kakak anak-anak gadis pasti gemar sebab anda perlu deal dengan kanak-kanak yang sangat adorable, manja, dan kadang mengada tapi cute sangat. Haha. Tapi cabarannya adalah apabila anda perlu memujuk dan menyogok adik-adik ini dengan hadiah yang lumayan supaya mereka berani dan nak buka mulut bila atas dental chair itu. Paling-paling pun pasang lah cerita Upin Ipin dekat TV tuh. Yang advance sikit pasang cerita Let It Go katanya.

Paeds start panggil patient masa Blok 4. Sebab masa Blok 1, 2, dan 3, kitorang lebih kepada practice dengan dummy dulu sebab nak biasakan dengan size gigi kanak-kanak kan.


Blok 4 baru panggil patient. Apa yang penting untuk kanak-kanak ini, korang kena jadi sangat friendly dan a bit childish biar masuk sama dalam dunia diorang. Budak-budak, perangai berbeza ikut fasa umur masing-masing, so ice breaking dengan diorang sangat penting supaya diorang tak terlalu malu, dan tak takut nak jumpa kita.

Comel kan? Ini masa lawatan & pemeriksaan gigi kanak-kanak sekolah tadika ke Kulliyyah kitorang.

DPH.
Dental Public Health adalah subject yang lebih kepada bagaimana kita deal dengan masyarakat dan orang ramai untuk menerangkan kepentingan penjagaan gigi. Dalam semua case untuk semua subjects, DPH akan involve. Kita akan ambil Plaque Score patient, details tentang gaya pemakanan, smoking dan sebagainya.

Dalam subject ini, kitorang ada kelas seperti biasa, seminar tentang Smoking Cessation, dan clinics. Di clinic kitorang perlu menyiapkan requirements seperti yang berikut; OHI at least 5 patients, Complete Case at least 2 patients, Fissure Sealent at least 4 teeth, Topical Fluoride at least 4 patients, Dietary Advice at least 2 patients, Smoking Cessation at least 1 patient.

Subject ini selalunya di hujung-hujung clinic, time-time dah nak habis year, barulah kitorang beramai-ramai bertungkus lumus menyiapkan requirement yang ada. Time tuh lah nak present dan sebagainya. Haha.

OS.
Oral Surgery. Haha. Subject yang orang ramai paling takut sebab dekat sini lah kita dengar pasal injection, cabut gigi, surgery, dan sebagainya. Tapi hey people, jangan takut kalau kena cabut gigi. Everything gonna be okay.

Okay. Untuk OS, awal-awal dulu kitorang diberikan lecture dulu dalam kelas, terutama sekali untuk mengenal barang-barang yang digunakan dalam clinic, then belajar tentang nerves, areas yang penting untuk bagi anaesthetic dekat patient nanti. Untuk permulaan, kitorang tengok demo dulu Dr buat dekat patient, and then kitorang kena practice buat injection anaesthetic sesama kitorang. Haa. Tak kebas mulut masing-masing balik bilik. Hehe.

 

Okay. Ini gambar masa aku bagi LA (Local Anaesthesia) dekat classmate sendiri. Dan gambar kanan adalah aku yang sedang menunjukkan gigi yang pertama aku cabut dalam sejarah hidup ini. Haha.

Before kitorang boleh panggil patient untuk cabutan, kitorang kena jawab exam dulu. Macam quiz gitu lah. Untuk pastikan yang kitorang betul-betul bersedia untuk panggil patient.

Requirement untuk OS, masa Year 3, kitorang kena cabut 10 batang gigi.

Mula-mula memang nervous. Tapi jangan risau, Dr akan tolong kita and by time and practice, kita akan yakin untuk buat sendiri.

Selain itu, untuk OS jugak, kitorang ada practice untuk buat suture. Kena practice untuk preparation masa masuk Year 4 nanti. Harap-harap lah ingat lagi. Hehe.

Kelas jahitan macam ambil Ekonomi Rumah Tangga agaknya. Haha.

OP.
Oral Pathology. Okay. Untuk subjek ini, dia lebih kepada lecture di dalam kelas, dan juga di lab. Ala-ala macam subjek anatomy, pathology, masa Year 1 & Year 2 dulu. Tapi yang ini kita belajar pasal diseases yang berkaitan dengan oral cavity.

Lepas belajar dalam kelas, pergi lab untuk tengok slide. Lepas tuh lukis dan label. Lebih kurang gitulah.


Lebih kurang gini lah. Kadang-kadang aku pun tak tahu apa yang aku lukis. Sebab tengok gambar dekat slide tak sama pun macam yang aku lukis. Tapi halal lah en. Nanti nak exam end up dengan tengok gambar dalam lecture note jugak. Haha.

Untuk GMGS aku akan post di dalam update yang lain pula. So stay tune.

Bersambung...



Year 3 - Part I (Awal-awal masuk)

Bismillah
& Assalamualaikum

Izinkan saya memulakan bicara yang telah lama membeku dek kerana tiadanya masa ini dengan ucapan Selamat Hari Raya, maaf zahir dan batin (walaupun raya dah habis).

Tak payah nak skema sangat okayy.

Bukan main lama cuti, 2 bulan plus minus telah belalu, di minggu terakhir ini jugak kau nak update blog yer. Biasalah, orang mula-mula cuti memang gian sikit nak buat itu ini macam banyak sangat aktiviti. Last-last yang gain satu jer. Weight gain. =.="

Actually, mana datang mood tiba-tiba nak update blog ini adalah apabila ada adik junior meniupkan semangat supaya 'Kakak Izzani' update lah blog. Ceritakan lah tentang di sebalik tabir Year 3, Kulliyyah of Dentistry. HAHA. Ada macam horror movie tak bunyinya?

Lek ah. Tak dinafikan 3rd year itu sangat mencabar. Sangat okay. Serius tak tipu. Tapi dalam liku-liku itu ada juga manis-manis nya. Pengalaman. Ilmu. Semangat. Stamina. Haa. Yang part stamina tuh penting sebab masa 3rd year korang tak payah penat-penat pergi gym, jogging petang-petang sebab 3rd year sudah menguji stamina diri kita masing-masing.

Okay. Meh aku cerita kan. Sorry lah kalau adik-adik yang baca post ini, abaikan penggunaan 'aku' dalam watak ini sebab gila segannya nak guna saya awak, kakak adik bagai.

Kita mula cerita dengan mulanya buka tahun baru, maka Alhamdulillah, aku pun melangkah ke tahun tiga, bertunic biru, pada 2 September 2013. Gembiranya masuk tahun tiga tuh lain macam sikit. Sebab masa tahun dua, pakai tunic tapi buat kerja dengan dummy (patung) dekat simulation lab. Tapi tahun tiga kau dah mula menjengah ke alam Clinical Years. Tiada lagi dummy. Yang ada adalah patient yang sebenar-benarnya.

Dikisahkan pada tahun tiga ini subjek-subjek yang kitorang ambil adalah seperti berikut:

Conservative & Operative Dentistry, Prosthetic Dentistry, Orthodontics Dentistry, Periodontics Dentistry, Pediatrics Dentistry, Dental Public Health, Oral Surgery, Oral Pathology, General Medicine & General Surgery

Berikut merupakan subjek-subjek yang diambil semasa di tahun tiga. Senang cerita, tahun tiga ini merangkumi, satu, kelas seperti biasa; dua, clinics & labs; tiga, hospital. Di mana untuk subjek General Medicine & General Surgery (GMGS), subjects ini adalah subjects hospital. Dalam seminggu itu, hari rabu, the whole day of Wednesday, you'll be at hospital untuk subject GMGS.

Pada minggu-minggu pertama, kelas dah start macam biasa. Untuk clinic, ktorang dibahagikan island & cubicle masing-masing dan diberikan partner untuk bekerja bersama sepanjang tahun itu. Sebab tahun tiga ini kan tahun pertama kita masuk clinic, of course lah kena ada partner. Tak menang tangan dibuatnya kalau buat kerja sorang-sorang.

And heyy. This is my partner. Nurul Fahmi, and I am Nurul Izzani. Ngam en? Haha.
And this is our cubicle, F4, purple in colour.

Awal-awal masuk clinic tuh ktorang tak boleh panggil patient lagi. Sebab lecturer kena tunjuk demo dulu, then ktorang buat sesama partner dulu. Dalam tempoh lebih kurang 3-4 minggu selepas masuk third year, barulah ktorang boleh panggil patient.

Bersambung...