Wednesday, August 27, 2014

Year 3 - Part III (GMGS. ho ho ho)

Ini sambungan tau. Kalau nak tau cerita sebelumnya do click the link below.

Year 3 - Part I (Awal-awal masuk)
Year 3 - Part II (Matapelajaran dan alkisahnya)

Hehe. Saja kasi sound effect sikit dekat tajuk sebab subject GMGS ini adalah subject yang orang kata killer lah masa Year 3 ini.

Mana tak nya, cara study subject ini sangat lah berbeza dengan cara study subject dental.

Untuk subject dental, kita memang tahu untuk exam memang akan keluar dari apa yang lecturer ajar, tapi untuk GMGS ini, dunia dia sangat lah luas sampai kitorang sendiri tak tahu kitorang dah habis study ker belum.

FAQ untuk GMGS nie selalu orang tanya, Apa beza GM dengan GS nie?
Kalau soalan itu berlegar-legar dalam kepala anda semua, jangan pelik sebab kitorang pun macam tuh jugak. Mula-mula blur sangat sangat. Okay bezanya adalah, untuk General Medicine (GM), treatment untuk diseases yang kita belajar lebih kepada medicine. Contohnya Hypertension, Diabetes Mellitus, Hyperthyroid/ Hypothyroid, Dengue, Kidney Failure, Asthma, Stroke etc. System yang selalu involve untuk medicine Respi, Cardio, Neuro, and Renal. Untuk General Surgery (GS) pulak, disease yang selalu melibatkan surgery lah. System dia luas, any system can involve. Contohnya, any tumours, cancer, cyst, etc.

Untuk GMGS ini, kelas dia dekat JHC (UIA punya campus near by hospital). Okay mula-mula kelas pertama kitorang untuk GMGS ini, kitorang pun pergi lah JHC. Masuk kelas, ramainyaaa orang. Rupanya kelas first tuh kitorang kena combined dengan budak medic. Ada yang duduk dekat tangga lah, atas lantai lah. Blur nya jangan cakap lah. Kitorang tak faham langsung apa yang kitorang kena buat dekat JHC tuh. Apa yang kitorang kena belajar pun kitorang tak tahu. Tiba-tiba jer dah habis kelas dan kitorang pun balik bilik dengan muka blur masing-masing. Tension tak?

Masuk minggu yang kedua, dah tak combined dah. Kelas kitorang-kitorang jer. Dalam jadual, kelas dekat JHC 8.00 am - 10.00 am. Then after that kitorang bebas untuk ke mana sahaja kalau tak ada bedside (which sepatutnya kitorang kena pergi hospital dan clerk patient). Pukul 2.00 pm - 5.00 pm adalah waktu untuk bedside.

Bedside tuh ape?
Bedside tuh adalah proses pembelajaran di tepi katil. Bukan katil bilik korang. Tapi katil patient di hospital. Untuk bedside, setiap group akan gerak dengan group masing-masing lah. Setiap minggu, lecturer yang akan ajar bedside untuk setiap group adalah berbeza. Jadi, setiap minggu, sebelum hari rabu, wakil group kena call Dr yang akan in charge group kita untuk tanya bedside pukul berapa depends pada waktu bila lecturer tuh free. Ada buat pagi, ada buat petang. Depends. And then lagi satu, Dr akan bagitau berapa case yang perlu di-present (hampeh BM kau Izzani). So bila dah tau, hari-hari yang ada sebelum hari Rabu tuh, beberapa orang wakil group (depends pada berapa banyak case yang Dr nak) akan pergi cari dan clerking patient. Pada tibanya waktu bedside, Dr akan suruh present case patient yang kita buat tuh. So that, masa tuh kita boleh lah belajar pasal disease yang patient tuh ada, boleh tanya apa-apa soalan dekat Dr dan paling penting boleh belajar untuk buat Physical Examination.

Clerking tuh ape?
Clerking tuh pulak proses bila kita pergi hospital, kita pilih mana-mana patient yang sesuai atau yang kita nak study pasal case dia, dan kita sembang-sembang dengan dia. Sembang tuh bukan sembang-sembang tin kosong okay. Masa ini lah kita kena ambil history taking. History taking sangat penting sebab 70% diagnosis untuk sesuatu penyakit tuh kita boleh dapat melalu history taking. Nanti Dr akan ajar lah macam mana cara ambil history taking yang baik untuk tak miss any points yang penting.

Okay. Problem aku untuk GMGS ini satu, aku tak faham apa yang aku kena study untuk GMGS nie. Sebab ilmu dia macam unlimited broadband tau. Haaaaaa. Over pulak. And then, there are no fixed reference book yang kita nak study. Kejap baca buku nie, kejap baca buku tuh, kejap baca slide lecturer. Banyak sangat. Sebab exam yang keluar nanti adalah based on pemahaman kita tentang sesuatu, bukan apa yang kita hafal. Dia comprehensive and subjective, but then it is a fact. So kau nak gebang pun tak boleh lah kan. Fakta bukan auta.

And then, MASA. Year 3 kan tahun pertama masuk clinic, so buat kerja clinic pun sesiput sikit lah. Baru nak bertateh kata orang. Panggil patient pun sehari satu awal-awal dulu. Tak menang tangan tau. Mana nak siapkan denture nya, nak pergi hospital nya, clinic nya, kelas nya. Dah masuk clinical years, jangan bermimpi untuk start kelas pukul 10, 11. Setiap hari akan start kelas pukul 8.00 am, 10.00 am - 5.00 pm clinics. Lepas clinic selalunya kitorang akan pergi lab sebab nak siapkan kerja-kerja prostho, ortho dan lain-lain. Balik bilik dah pukul 7. Mana tak lembik badan. So ikut keadaan. Kadang-kadang kalau larat, malam tuh pergi hospital. Kalau tak larat, melepek lah dekat katil. Kalau Year 1, Year 2 dulu rajin jugak study malam-malam. Dah Year 3, tau tau lepas maghrib dah tertidur. Tak pun, kadang-kadang bawa balik kerja prostho sambung buat dekat bilik pulak. GMGS pulak seminggu sekali jer. Tak sempat hadam yang minggu lepas, dah masuk minggu yang baru. Selalunya pergi JHC kelas pukul 8.00 am - 10.00 am. Kalau bedside petang, sepatutnya after pukul 10.00 tuh kitorang kena pergi hospital, practice clerk patient, tapi mengenang kan kerja clinic yang tak siap lagi, lepas pukul 10.00 lari jugak lah ke KOD naik lab siapkan kerja lab. Petang pergi hospital balik. Gitulah rutin harian. Weekend jangan cakap lah. Masa weekend tuh lah yang paling berharga untuk kau berehat dan nak bangun lambat. HAHAHA.

Okay. Mainly those are two main problems lah yang kitorang face masa Year 3 nie.

Tapi by time, sesiput tadi dah boleh lah gerak laju sikit seperti searnab. Dekat clinic dah boleh dah panggil 2 patients satu hari. Clerking pun dah paham sikit lah macam mana cara yang betul. Physical examination pun dah lancar sikit, yakin sikit lah. Semua tuh dapat by time dan dengan practice lah. Kena buat banyak kali.

 

Apa yang aku boleh simpulkan untuk subject GMGS ini, apa yang penting lah en, satu, theory of course. Kena baca sikit lah. And then clerking & case write up. Kena practice buat selalu supaya nanti exam smooth jer, dah tau apa nak tanya, apa yang penting dan sebagainya. Tiga, physical examinations (PE), yang ini actually bonus untuk kita. So, try buat banyak kali. Tak buat dengan patient pun takpe, buat sesama kawan sampai lancar. Biar kita nampak yakin bila buat PE depan patients dan juga depan doctor.

Bersambung...



0 comments:

Post a Comment

Sebijik comment anda amatlah berharga untuk saya.