Wednesday, August 27, 2014

Year 3 - Part IV ( Examination jangan lupo)

Ini sambungan tau. Kalau nak tau cerita sebelumya do click the link below.

Year 3 - Part I (Awal-awal masuk)
Year 3 - Part II (Matapelajaran dan alkisahnya)
Year 3 - Part III (GMGS. ho ho ho)

Dok syok syok, terkenang awal-awal masuk, GMGS semua bagai, part exam jangan lupa. Aku rasa part exam yang orang paling nak tau nie rasanya.

Kita mulakan dengan by Block lah eh. Senang sikit ceritanya.

Block 1 , exam subjects:
Cons, Prostho, Ortho, Perio, Paeds, DPH, OS, OP.

Block 2, exam subjects:
Cons, Prostho, Ortho, Perio, Paeds, DPH, OS, OP.

Block 3 (Pre-Professional Exam), exam subjects:
OP, GM, GS.

Block 4 (Professional Exam), exam subjects:
OP, GM, GS.

Okay. Sekarang dah nampak kan corak exam dia. Masa Block 1 & Block 2, takde exam GMGS. Tuh yang lambat sikit nak start enjen nak study GMGS tuh. Bila dah masuk Block 3, baru kau gelabah nak study GMGS tak tentu arah. Subject OP pulak exam setiap Block. Dan subject dental exam masa Block 1 & 2 sahaja. Kiranya, untuk PASS Year 3, yang penting kena lulus subjects OP, GM, GS. Nampak macam, alahai, tiga subjects jer. Jangan. Jangan macam tuh. Tiga subjects jer, tapi dia punya penangan, lebih dari kau exam 8 subjects masa Block 1 & 2 tuh tau. Lagi-lagi yang part Pre-Pro tuh. Sebab itu first time nak exam GMGS, tak biasa lagi, tak tau lagi bentuk exam macam mana, so nervous sangat lah time tuh.

Ini kenangan masa kitorang baru habis clinical exam masa Pre-Professional exam untuk GMGS.

Untuk exam Block 1 & 2 macam biasa lah. Exam on paper. Walaupun subjects dental ini tak ada time Pro Exam, tapi jangan ambil ringan tau. Sebab dia akan carry marks ke tahun seterusnya. Untuk OP, untuk setiap Block ada exam theory & osce.

Okay. Meh kita cerita pasal Professional Exam.

Fiiiirrssttt of all, untuk Year 3 ini, bahagian pertama, CLINICAL REQUIREMENTS.

Hari terakhir kitorang untuk clinic masa Year 3, maka bermula lah study week kitorang. Macam yang sedia maklum, dentistry tak ada study week untuk setiap block kecuali Block 4, sebab Block 4 adalah professional exam. Masa hari last clinic tuh, semua log book untuk semua subjects kena hantar. And then satu hari nie doctor-doctor untuk semua subjects akan meeting tentang clinical requirements kitorang. Apa yang kitorang dah achieved. Clinical requirements kena cukup untuk melayakkan kitorang ambil exam.

Lepas beberapa hari study week, tiba-tiba ada orang post dekat whatsapp kata name list untuk students yang eligible untuk ambil exam dah keluar. Nervous sangat time tuh. Ini nervous yang pertama untuk Pro Exam nie. Alhamdulillah. Aku boleh ambil exam.

Bahagian kedua, GMGS.
Ingat lagi, clinic habis hari Jumaat. Then kitorang ada study week 5 hari, Khamis tuh start exam theory untuk subject GM & GS. Dua hari berturut-turut. Pulun jugak lah study GMGS nie.

Dan start exam. Sebelum masuk tempat exam, aku hanya mampu bersalawat jer banyak-banyak mohon dipermudahkan soalan exam nanti. Habis exam theory GM & GS untuk dua hari, keluar dari tempat exam, jujur lah, susah lah nak dengar orang cakap senang. Tak senang lah soalan dia. Plus dengan system minus marking kan. Cuma berdoa jer masa tuh yang kitorang mampu buat.

Selang dua hari, start exam GM & GS untuk clinical pulak. Yang ini lagi nervous lah. Nervous yang ketiga. Sebab kitorang tak tau kitorang dapat patient apa, case apa, patient macam mana. Okay. Time Pro Exam, untuk Long Case, kita akan dapat sama ada patient GM atau GS. Kita tak tahu kita dapat yang mana satu. Untuk Short Case pulak, kita akan dapat satu patient GM dan satu patient GS. Maksudnya, untuk clinical nie kita akan berjumpa dengan 3 orang patient. Untuk setiap patient nie, kita tak tahu dia sakit apa. Based on history taking yang kita buat & physical examination, kita kena diagnose sendiri.

Untuk Long Case setiap students diberikan nombor bilik masing-masing. Dalam bilik tuh ada sorang patient. Kita diberi masa 1 jam untuk history taking, buat physical examination dan siapkan case write-up before present dekat Dr. Dalam bilik tuh hanya ada kita, patient, dan sorang pengawas peperiksaan. Lepas 1 jam, kitorang dibawa ke bilik yang lain, di mana dalam bilik tuh ada 2 orang Dr dan kita. So, start lah present case depan Dr. Masa yang diberikan 30 minit untuk present dan Q&A. Masa tuh jugak Dr akan tanya-tanya soalan dan sebagainya. Jangan takut kalau Dr tanya banyak-banyak, sebab kadang-kadang Dr nak tolong kita, sebab tuh mereka tanya. Dah habis present, Dr lain akan bawa kita ke patient lain untuk Short Case. Satu patient GM dan satu patient GS. Selalunya Dr akan suruh buat PE dekat patient tuh sambil dia tengok dan kita diagnose time tuh jugak. Masa nie pun Dr akan tanya-tanya soalan jugak.

Tips sikit eh. Be confident masa buat PE, but don't over confident. And be confident bila jawab soalan yang Dr tanya, tapi jangan jawab dengan fakta yang salah. Kalau tak tahu, jawab jer tak tahu. Ini fakta, bukan interview boleh hentam hentam en. Takpe. Dr tak marah.

Clinical exam GMGS ada dua hari. Before exam dia akan keluarkan jadual. So kita tengok lah kita exam hari first or second. Aku hari tuh exam hari first, tapi petang. Tak kira lah kita exam hari first or second, nervous tetap nervous. Malam before exam clinical tuh memang pulun lah practice PE sampai lancar dengan roommates. Kitorang practice sesama kitorang lah. And then balik. Boleh lah lega sekejap time tuh sebab dah habis exam GMGS. Besoknya, group yang hari kedua pulak exam. Dalam pukul 10 macam tuh class rep whatsapp kata, semua orang kena kumpul dekat JHC pukul 2.00 pm hari tuh sebab Dr akan announce siapa yang kena re-exam time tuh. Aaaaaa. Ini nervous yang keempat sepanjang tempoh Pro Exam nie.

Memang takde selera makan or nak buat apa-apa pun time tuh walaupun dah habis exam GMGS memikirkan apa yang akan terjadi pukul 2.00 nanti. So kitorang gerak awal dari bilik, solat dekat JHC sama-sama. Ingat lagi, masa solat tuh semua orang mengalirkan air mata sebab terlalu sebak dan gementar nak tunggu nasib masing-masing. Tibalah pukul 2, kitorang pun masuk dalam lecture hall dekat JHC tuh. Sama-sama dengan kawan-kawan yang baru habis exam pada hari itu. Nervouuusss sangat. Dan Dr pun masuk. Dr announce num matric siapa yang kena re-exam time tuh. Re-exam nie untuk siapa yang markah dia sikit jer lagi nak lulus. Actually, time nie Dr nak bagi another chance untuk students lulus. Untuk yang tak kena re-exam, tak boleh nak lega sangat jugak. Sebab sama ada, pass or direct fail. Seram kan? Tapi time tuh kitorang lebih focus kepada kawan-kawan yang nak re-exam lah. Dr bagi masa 30 minit before diorang pergi re-exam hari tuh jugak. 30 minit tuh jugak diorang revise balik, kawan-kawan lain tolong. Terharu sangat tengok suasana time tuh. Untuk yang tak kena re-exam, kitorang boleh balik ataupun stay sampai diorang habis exam. Tapi mostly decided untuk stay. So, kitorang tunggu lah dalam lecture hall tuh sambil dihidangkan dengan makanan tengah hari staff sebab kitorang kebulur sangat time tuh. Yela. Tak makan lagi. Sampai nasi sebungkus tuh pun kitorang share 3 orang time tuh. Sweet nya kitorang. Haha.

Dah habis kawan-kawan yang re-exam kitorang pun balik ke bilik. Tak boleh lega lagi sebab class rep cakap, besoknya akan keluar result untuk GMGS. Nervous tak nervous. Pagi-pagi lagi dah bangun terus segar sebab nervous. Jarang berlaku di hari biasa nie bangun-bangun terus segar. Nak makan takde selera. Nervous sangat kata kau. Bukan apa, one of reason dia sebab subject GMGS takda reseat paper. Tunggu jer dekat whatsapp sampai class rep cakap result GMGS dah keluar. Pukul 10 masa tuh. Melompat aku dan roomates dari katil. Dengan tak mandinya, kitorang decide nak pergi KOD nak tengok result. Haha. Kantoi busuk tak mandi. Alhamdulillah. Syukur sangat Ya Allah. Tapi di samping rasa gembira tuh, kitorang turut berasa sedih untuk kawan-kawan yang lain. Tapi takpe. Mungkin ada hikmah di sebalik keputusan ini. Allah lebih tahu kan.

Finally. Habis lah kisah GMGS. Pass for GMGS. Syukur Alhamdulillah. Tapi masa nie tak boleh nak happy sangat jugak lagi. Sebab kitorang ada satu lagi paper.

Bahagian ketiga, ORAL PATHOLOGY. Before start exam OP nie, kitorang ada dua minggu lagi study week. Apa lagi, keluar jer result, semua orang pun gelojoh lah balik rumah sebab ada dua minggu lagi nak exam. So apa kata kita pergi balik rumah dan bertenang dulu before study balik. Study dekat rumah? Memang tak lah. Boleh lah. Dapat jugak lah study sikit-sikit. Tapi awal-awal tuh memang berehat dulu lah. Lepas beberapa hari, dah muhasabah diri sikit dan sedar exam nak dekat, tapi awak tak study banyak lagi, baru lah buka nota balik.

Dah seronok duduk rumah, pulang semula ke UIA. Nervous yang keenam before exam OP. Exam dua hari. Hari first exam theory, second day exam OSCE. Habis exam kedua hari Selasa, yahoooooo habis exam. Tapi jangan happy sangat sebab anytime admin akan call untuk viva. So nervous yang ketujuh bila tunggu viva call. Dan kitorang tahu yang anytime pada hari Jumaat tuh result akan keluar. Sementara tunggu hari Jumaat, aku dan roomate sempat lah berlagha kejap. Makan sushi king lah, tengok movie lah. Yang syoknya, habis jer exam OP, kitorang terus pergi cari kotak dan packing barang sambil pasang lagu raya. Padahal hari tuh baru hari first puasa. Haha. Hari Jumaat, celik mata, nervous yang kelapan tiba. Tunggu result keluar. Lulus yang ini, maka lepas lah kami di tahun tiga. Tunggu punya tunggu, tak keluar jugak lagi. Sampai lah pukul 5.00 pm, masa tuh dekat bilik tinggal aku dengan Didi sebab yang lain dah balik, selesai solat asar, kitorang pergi KOD, tengok result. ALHAMDULILLAH. Syukur yang teramat sangat time tuh. Sebak rasa sebab mengenangkan apa yang kitorang dah lalui masa tahun tiga nie. Bersyukur sangat-sangat.

Demikian lah kisah sepanjang tempoh Pro Exam. Kisah yang agak panjang tapi sangat bermakna. Doakan semoga dipermudahkan untuk Tahun Empat nanti. Amin.


0 comments:

Post a Comment

Sebijik comment anda amatlah berharga untuk saya.