Untuk cerita sebelumnya boleh lah click link bawah nie.
Year 3 - Part I (Awal-awal masuk)
Year 3 - Part II (Matapelajaran dan alkisahnya)
Year 3 - Part III (GMGS. ho ho ho)
Year 3 - Part IV (Examination jangan lupo)
Rasanya nie part last lah eh untuk kisah sepanjang Year 3 nie. Dah panjang sangat dah cerita nya nie. Untuk post yang last but not least nie biarlah rasa macam ciri-ciri ke kakak-kakak-an sikit. Paham tak? Lebih kepada pedoman untuk adik-adik yang bakal menjengah ke tahun tiga nanti. Bukan lah bagus sangat. Tapi yang mana boleh share kita share. Yang mana boleh ambil pengajaran kita ikut. Yer dok?
First. Anda berhak untuk rasa excited dapat masuk Year 3 nie. Yela. Siapa tak seronok kan dah dapat masuk clinical years. Syukur. But don't too excited sebab perjalanan masih jauh. Dari awal-awal tuh dah kena get ready dah. Tak boleh nak honeymoon sangat. Dah lama dah kan cuti final nie. Haha.
Untuk clinics, nanti korang akan tahu lah apa yang nak kena beli, apa yang nak kena prepare. Time demo walaupun lenguh berdiri lama, tapi redha jer lah. Yang penting ilmu masuk. Serius tak tipu. Lenguh betul. Kalau ada chance Dr tanya siapa nak volunteer jadi patient untuk demo, sila lah volunteer supaya korang dapat baring atas dental chair yang empuk itu. Tak yah berdiri lama. Haha.
Untuk GMGS, awal-awal tuh memang blur. Semua orang pun macam tuh. So try cari senior, kawan-kawan medic, untuk tolong. Ada waktu free malam or weekend, boleh pergi hospital. Kalau malas clerking, baca bed ticket pun okay lah. Jangan jadi macam aku. Dah hujung-hujung nak dekat exam baru lah terkedek-kedek nak pergi hospital malam dan weekend. Tuh pun masih ada mood malas sikit lagi tuh. Hampeh betul. Haha. Lepas tuh malas pulak tuh nak full clerking. So pergi hospital dok sembang-sembang dengan patient. Hehe.
Time bedside, bila Dr minta volunteer untuk buat PE, try lah volunteer. Salah takpe. Kena marah tadah jer. Yang penting ilmu tuh. Bila kita practice baru kita ingat. Lek ah. Awal-awal memang lah tak lancar lagi. Lama-lama okay jer. Bila Dr suruh sediakan case, gilir-gilir lah dengan kawan satu group. Jangan malu-malu, tolak-tolak, kau lah kau lah. Jangan pilih Dr. Time Dr best kau nak present, time Dr yang garang sikit, tolak dekat kawan. Tak boleh lah macam tuh sebab masa exam nanti tak tahu dapat Dr apa kan. Dah tak malu-malu, jangan nak tamak sangat pulak asyik kau jer nak present case. Kasi chance dekat kawan-kawan lain present jugak. Semua orang kena buat. Nak gain pengalaman tuh.
Barang-barang yang diperlukan, make sure korang ada; Stethoscope, Neuro kit, Tendon hammer, Pen torch, Measuring tape, Ruler, Kertas hitam.
And one more thing, untuk GMGS, jangan lupa practice jugak ambil Blood Pressure (BP). Tak sempat nak practice dekat hospital, time dekat clinic ada masa free try lah sesama kawan.
Requirements pun penting jugak. Jangan asyik sibuk mengejar hospitaliah, sampai terlupa dekat hal klinikiah. Memang rasa macam sempat nie, awal lagi nie. Takde patient hari nie pun takpe. Sempat lagi nak kejar. Tapi sebenarnya tak. Kita tak tahu apa akan jadi in future. So kalau boleh jangan miss session untuk clinic. Patient cancel last minute itu bukan lagi kejanggalan. Tapi, sabar. Jangan marah-marah, maki-maki. Diorang pun ada reason diorang jugak kenapa terpaksa cancel. Try cari patient ganti cepat-cepat. Tapi kalau dah takde nak buat macam mana kan.
Dan kalau kita ada patient lebih, jangan kedekut pulak nak share dengan kawan-kawan. Mungkin hari ini kita kaya dengan patient, akan datang kita tak tahu kan. So, share lah dengan kawan-kawan kalau kita ada patient lebih, kalau kawan kita tak cukup lagi requirements. Sama-sama tolong. InsyaAllah, kalau kita tolong orang, ada rezeki lain untuk kita.
Dan jangan lah kita bergoyang kaki pulak tak usaha cari patient dan harapkan ehsan dari kawan-kawan saje untuk bagi patient. Tak boleh lah giteww. Orang lain penat jugak cari patient kan. So, cuba dulu, kalau dah memang takde, baru tanya kawan-kawan.
Paling penting, yang Dr selalu pesan, apa-apa yang kita buat dalam clinic, don't put requirement as number one. Memang lah itu yang kita kejar, tapi apa-apa pun, buat for the sake of patient, bukan for the sake of requirement. Contohnya, patient datang nak tampal gigi. Kita kena buat tampalan tuh cantik-cantik lah ikut apa yang kita belajar dalam theory kan. Pasal overhang, cavity prep dia semua. Jangan buat cincai cincai asalkan cukup requirement, tapi buat tak betul yang boleh bagi kesan negatif dekat patient. Tak baik lah kan. So hari-hari before masuk clinic, betulkan niat balik yer.
Bila dengan partner, paling penting kena give and take. Kena bahagi betul-betul jadual. Awak tuh share cubicle, share jadual. So, jangan lah asyik kita jer nak session, sampai partner punya requirement tertinggal jauh. Hal-hal wrap tempat, kemas tempat, tuh pun kena give and take jugak lah. Aku nie haa, selalu jer terlambat sampai clinic, tengok-tengok Fahmi dah siap wrap kan tempat. Mekaceh pahmi. hehe. Macam tuh jugak lah sebaliknya. Time kita jadi assistant, be your partner other hand. Jangan duduk jer tengok movie sama dengan patient. Barang-barang yang diorang nak, kita ambil apa semua.
And then, kalau ada pinjam barang orang tak kira dalam clinic or dekat lab, jangan lupa pulangkan. Semua orang nak pakai. Plus barang-barang dental nie bukan murah harganya, puluh-puluh, ratus-ratus. Tak sanggup nak bayar kalau barang hilang.
Dekat lab pulak, jaga lah kebersihan. Kita kan beramai-ramai dalam lab tuh. Tauuu. Semua orang busy. Tapi at least before balik buang habuk-habuk atas meja, sapu lantai. Kesian dekat technician. Kadang-kadang diorang yang kena buat.
Yang paling penting jaga hubungan dengan Dia. Kita memang busy, kadang-kadang nak makan pun tak sempat. Tapi, solat jangan lupa. Macam mana pun, patient dah sampai ker apa ker, sempatkan diri untuk solat. Banyak-banyakkan berdoa semoga dipermudahkan perjalanan kita.
Itu saja rasanya. Nasihat untuk diri aku jugak. Doakan semoga dipermudahkan urusan di Tahun 4 nanti. Pastinya cabaran yang lain pula yang akan mendatang. Semoga aku tak alpa. InsyaAllah.
All the best semua.
Sekian.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Wah, panjang lebar kak Izzani berceloteh , tapi celoteh berisi,banyak sungguh benda baru kene belajar, mmg patut la pun senior kata hidup dkt kod ni mcm jari kita, jari ketiga tu paling tinggi difficultynya...tahniah akk sbb dah lepas tahap tu, doakan kami yg masih berjuang ni...harapnya...tak mau reseat resit repeat thn,ameen~~~ see u in kod,kalau akk tahu la siapa saya,hehe
ReplyDeleteHaha. Itulah. Masalahnya tak tahu siapa nie. Siapa eh?
DeleteTakpe. Jangan risau. InsyaAllah korang boleh. Doakan akak jugak, perjuangan pun masih belum selesai lagi.
Salam kak ezzani..azmi ni..thanks share experience..ttibe mcm cuak giler tgk byknye requirement..nanti mohon tunjuk ajar ye..
ReplyDelete