Tuesday, March 12, 2013

Kuasa veto.

Dalam satu kelompok manusia itu, selalunya kita akan ada ketua. Sudah tentu, ketua lah yang di atas sekali. Di bawahnya depends, kadang ada assistant, kadang cukup dengan seorang ketua. Ketua sebagai seorang peneraju.

Tapi, bila dalam satu kelompok manusia itu ada satu lagi kelompok kecil yang berkumpul, maka kelompok ini mungkin boleh bertindak sehingga menjadi satu kuasa veto.

Saya bagi contoh. Dalam satu pejabat, ada bos. Dalam pejabat itu juga, ada sekumpulan pekerja yang mengiktiraf diri mereka sebagai satu geng. Mempunya sifat yang berani bersuara, berani membantah. & kalau apa yang dia nak orang perlu ikut, kalau tak ikut kena sembur. Tidak pun dicanang ke orang-orang lain tentang perilaku orang yang membantah tindakan mereka itu. Almaklum. Kuasa veto. Pengaruh ramai.

Kuasa veto ini kadang boleh bagi impak yang baik. Contohnya pabila satu keputusan hendak diambil dan ramai orang memang keliru dengan satu keputusan itu. Contohnya, dalam satu bilik ada empat orang. Bila sampai pukul 6 petang, roomate A bersuara, "Korang, hari ini nak makan dekat mana ya?". Roomate B menjawab, "Hmm. Entah lah. Tak tahu lah." Roomate C menjawab, "Aku boleh jer mana-mana pun". Roomate D menjawab, "Aku ikut jer". Sampai sudah tak dapat keputusan nak makan dekat mana. Makanya di sini kuasa veto diperlukan untuk decide nak pergi makan mana dan orang lain akan bersetuju. Kalau dia tak setuju juga, suruh dia tinggal makan maggi sorang sorang dalam bilik. HAHAHA.

Tapi, kuasa veto ini juga boleh bagi impak yang tidak baik juga. Yang boleh menimbulkan rasa tidak puas hati orang-orang lain. Sampaikan kuasa ketua itu sendiri tenggelam. Contohnya, satu perbincangan telah pun dijalankan dan satu kata putus telah diambil melalui cara demokrasi. Adil. Tanya semua orang, pendapat dan keputusan bersama. Akan tetapi, disebabkan golongan kuasa veto ini masih rasa tidak suka akan keputusan yang telah diambil, lantangan suara mereka ini boleh menyebabkan segalanya terbubar. Padahal keputusan sudah diambil tau. Bos pun tak cakap apa-apa. Ada suara kecil di belakang sana yang hendak bersuara, tetapi suara mereka sangat kecil jika hendak dibandingkan dengan kuasa veto ini. Plus, kalau bersuara, takut nama naik lah dalam geng geng kuasa veto ini.

Disebabkan hendak menjaga silaturrahim, zip mulut. Makan dalam. Itu sahaja yang mampu.

Manusia, tak semua apa yang kita nak kita akan dapat. Cuba belajar toleransi. Terima juga keputusan orang lain. Aku nak nie, aku nak tuh. Sampai bila? Kalau sampai orang tak berani nak bagi pendapat dekat kita, means ada something wrong lah pasal diri kita yang buat orang tak berani. Muhasabah the best solution.

We are not always right.


Sunday, February 17, 2013

Ais dan igloo.

Hari ini aku berada di Kuantan
seperti hari semalam & hari kelmarin.

Musim tengkujuh.
pagi hujan, petang hujan, malam hujan lagi
hujan seperti tidak bosan membasahi bumi
Yalah, Kuantan kalau panas, panas betul
kering kontang.

Hujan tak berhenti ini
buat aku berhibernasi
duduk terperap dalam bilik sendiri

Mandi dah macam mandi ais,
tidur dah macam tidur dalam igloo.


Saturday, February 16, 2013

2 restaurants 1 night.

Assalamualaikum.

Hari ini aku nak buat cerita jalan-jalan cari makan sikit. Dah lama rasanya tak pergi kedai makan gah gah dekat Kuantan nie. Yalah. Semenjak balik dari cuti nie, aku makan nasi kukus, nasi kukus, dan nasi kukus jer untuk dinner. Weekend bukan selalu kan. So, aku & roomates decide nak pergi makan dekat satu kedai makan yang kawan-kawan kitorang dok sebut sebut jugak before nie. Dekat mana?

Haa. Inilah kedai dia. LilaWadi. Masa kawan aku bagi tau, aku macam, "Apa? Lisdawati? ker Lindawati?". HAHA. LilaWadi rupanya. Kedai nie terletak dekat pekan Kuantan, dekat sebelah Sungai Kuantan. Tapi, tersorok sangat kedai nie. Dekat celah-celah bangunan. Kitorang perasan pun sebab ada cahaya-cahaya lampu.
Basically, kedai nie berkonsepkan steamboat & barbecue. Ada beberapa pilihan lauk yang dia offer.
Kitorang order CHICKEN SET SUPREME untuk 4 orang. Untuk side dishes, kitorang order MANGO CHEESE CAKE (1 slice). Air, aku oder ICED MILO SHAKE lah of course. Padahal air milo ais jer tau. HAHA. Datang kedai mahal-mahal, even makan hotel pun, milo jugak menjadi pilihan. HAHA.
ICED MILO SHAKE.
Dekat mana shake nya pun aku tak tau. Dah macam minum Herbalife dah aku rasa ada 'shake shake' tuh. HAHA.
So, inilah lauk-lauk yang ada dalam menu yang kitorang order tuh. Ada ayam, sotong, udang, hamchicken, cendawan, tomato, carrot, kobis dan salad.
The kuah kita boleh pilih sama ada kita nak sup atau tomyam. So, kitorang pilih tomyam lah. And see, udang-udang yang sedang berenang di dalam tomyam, manakala si udang yang berada di puncak itu adalah udang yang kitorang tengah grill.
Makanan, tomyam, lauk dekat sini semuanya sedap sedap. But, one sad thing is nasi dia sikit. HUHU. Untuk perut ruminant macam aku nie, tak cukup untuk nak sampai ke tahap kenyang. Kita boleh pilih sama ada nak nasi atau mee. Of course lah aku pilih nasi sebab tengah lapar. But then, nasi dah habis, perut tak kenyang. Acane tuh?
And last but not least, The Mango Cheese Cake. Sedap wacakaplu. Atas tuh ada mango, then tengah-tengah cheese as an ice-cream and bawah tuh macam cookies sikit. Ala ala Secret Recipe pun ada.
Disebabkan tak kenyang tadi, jalan-jalan cari makan tadi diteruskan pula ke restoran MonRods yang terletak just opposite to LilaWadi. Kena melintas jalan jer lah. Disebabkan alkisah tidak kenyang tadi, kitorang decide untuk order makanan dekat MonRods and share empat orang. HEHE.
MonRods nie kitorang dah pernah datang makan. Mainly berkonsepkan western and tak menyesal lah datang sini sebab makanan dia memang puas hati. Sebab tuh tanpa ragu-ragu boleh decide nak makan sini pulak. HAHAHA.
Woah! How small I am. Tak nampak kan? HEHE.

Dekat sini kitorang order Sandwich jer. Tapi sandwich JER dia, taraaaa

Sandwich dia lengkap dengan fries and coslow. Air pulak kitorang order air masak jer and share 4 orang. AHAHA. Ini kelakar aku rasa.

& & tak perempuan lah kalau tak main ambil-ambil gambar kan. Perempuan memang pemalu, tapi sifat malu itu seakan hilang apabila berjumpa cermin, untuk ambil gambar. Like seriously. AHAHA.

Eh eh, kaki alien ker apa nieh? HAHA. For tonight, aku just pakai jeans ada orang bagi sebab dia dah tak muat, t-shirt purple, tudung merah 2 tones ikat gaya pergi mengaji, dan Woot! Woot! Kasut baru rasmikan beli dekat Rucini. HEHE.

Fuhh. Akhirnya aku survived update entri ini menggunakan wifi UIA sebab malas nak cucuk broadband.