Sunday, December 22, 2013

Merepek. Sudah lah. Haha.

Assalamualaikum.

Last post 23 August 2013. Boleh lah. Time tuh tengah cuti sem, ada lah masa kau nak buat-buat ayat dekat blog ini kan Izzani? Haha. Lebih kurang 4 bulan dah tak post apa-apa dekat blog ini. Kepala pun sampai macam dah hilang kata-kata. Mana pergi Izzani yang masa dekat CFS dulu, yang selalu gian nak update blog tuh haa? Haha.

CFS rajin lagi, first year okay lagi, second year jarang-jarang, third year oh myyyy I have no time to mengadap dan menaip di papan kekunci ini. Ini pun curi-curi masa weekend bila mana mata ini tak gheti-gheti nak tidur. Besok kelas woii, besok clinic woii. P tidoq lah. Haha.

Okay okay. Dah jom kita cerita whats going on with your life dalam 3rd year nie. Nanti adik-adik junior nak baca, baru lah ada point sikit. Kalau tak malu adik-adik baca 'Kak Izzani' nie merepek apa tak habis-habis. Hihi.

Actually, tadi aku blogwalking kejap. Then jumpa lah blog Eximius The Seventh which is Dentistry 7th batch punya blog. So impress dengan diorang sebab diorang boleh record almost semua benda yang berlaku dalam KOD ini either in their blog atau pun page youtube diorang. Even setiap aktiviti diorang make a video okay. Rajinnya koraaangg. Akak ini nak buat satu video pun berjam-jam. One day, bila diorang dah naik senior year, tengok balik video-video tuh, mesti rasa best sangat, especially ukhwah tuh. Good job korang. Keep it up. Don't worry, you already have a permanent silent reader or so called stalker. Hihi. Gurau jer.

Hari tuh End-block 1 exam settled dan result pun dah keluar. Alhamdulillah. Puas hati jugak dengan result tuh kalau nak dibandingkan dengan study yang begitu last minute ini. Jangan ikut perangai ini yer kawan-kawan. And then for Prostho, already issued one denture. Gigi palsu pertama dari saya dan partner untuk patient Prostho yang pertama. Yahoooooooo. Perasaan masa itu adalah macam 'You give them a beautiful smile'. Syukur syukur Alhamdulillah. Untuk patient OS (Oral Surgery) pulak, dah mula cabut satu gigi. Pakcik itu yang mana minta saya memanggilnya 'Ayah' (so sweet kan), cakap tak sakit dan dia cakap terima kasih. Gembira sangat masa tuh bak ang. Haha. Untuk Cons & Perio, still ongoing macam biasa. Tampalan & scaling.

Bosannya cerita kau Izzani takde gambar.
Alaaaa. Gambar semua ada dalam handphone. Malas sangat nak capai USB dan transfer gambar. Besok-besok boleh? Hehe.

p/s: Siapa nak buat gigi palsu percuma? Saya tengah cari patient sekarang. Sekian.





Friday, August 23, 2013

Over-thinking.

Memetik satu ayat yang di-post oleh seorang sahabat,
"Orang perempuan ni memang hobinya risau" (Dr Fadzilah Kamsah)

Entah kenapa aku rasa ia memang benar sekali. Yalah. Bila dah hobi, susah juga lah nak buang kan. Dah jadi habit kata orang.

Risau itu bukan lah risau mana. Dia macam contohnya, hari ini baru habis exam satu paper, dia dah dok fikir result keluar bila, result macam mana semua. Takyah dia sangat lah, aku juga. Haa. Macam tuh lah. Lebih senang nak kata, perempuan nie kalau dia berfikir, too-long-term. Overthinking. Dia cepat membayangkan 'kalau jadi macam nie macam mana', 'kalau jadi macam tuh macam mana'. Benda belum jadi pun, dia dah fikir dulu dah.

Contohnya lagi, bila plan apa-apa. Plan nak keluar dengan kawan-kawan misalnya. Aku rasa kalau lelaki watlek watcool jer en. Keluar dengan kawan-kawan, follow the flow jer. Tapi untuk perempuan, dia akan plan awal-awal lagi, dari step nak pakai baju apa, jejaknya kaki keluar dari rumah, naik apa, nak buat apa, nak solat dekat mana, nak makan mana, sampai lah ke nak balik pukul berapa, naik apa semua.

But, takde lah almost all the time kan. Depends lah. Ada juga yang kita orang follow the flow jugak.

Mengambil pengalaman lah yer. Masa dekat MRSM dulu, ada handle satu event. Event Malam Kemerdekaan rasanya. So, mestilah siang tuh sibuk sangat nak prepare dewan, nak kena make sure yang buat persembahan dah ready, cari MC dan sebagainya. Masa malam tuh, pelajar-pelajar diminta untuk pakai baju kebangsaan, which means, yang perempuan kena pakai baju kurung & lelaki baju melayu lah kan. Then, masa petang before majlis tuh, ada kawan-kawan, lelaki esp, call cakap diorang taknak pakai baju Melayu, nak pakai baju biasa jer apa semua. Disebabkan orang non-stop refer dekat aku, jadi pening kepala sekejap lah time tuh. Dengan hal-hal lain lagi kan. HAHA.

Risau bak ang. Sampai tak terkata apa dah sebab banyak sangat memikiri. Mana tak nya, malam tuh pengetua, penolong kanan semua datang kan, malu lah kalau tak dapat handle majlis dengan baik. Dok pikir nanti apa diorang fikir. hehe. Last last, mungkin melihatkan tahap kerisauan aku itu, adalah seorang sahabat yang sudi membantu untuk slow talk dengan students pasaiiipaa depa kena pakai attire macam tuh semua. Fuhh.

& malam tuh, everything went well. Alhamdulillah. Balik, aku tidoq gila-gila pasai penat ooo. haha.

Begitulah. Belum lagi masuk bab risau perempuan bila lelaki dia keluar rumah atau pergi mana-mana. haha. Aku tak kahwin lagi, so, tak layak nak mengulas lagi lah kan. But, after all, kepercayaan & menghargai kepercayaan itu penting.


"Over-thinking ruins you. Ruins the situation, twists things around, makes you worry, and just makes everything much worse than it actually is"

Okay? Take note Izzani.



Tuesday, July 30, 2013

Malaysia masih aman? (tanda soal)

Dalam hidup ini tak boleh lah banyak sangat lagha kan. Asyik nak enjoy sini sana. Kalau boleh banyak-banyakkan makanan rohani itu lebih baik. Dan jangan asyik nak enjoy sini sana sampai tak ambil kisah apa jadi dekat sekeliling kita.

Ambil sedikit masa doakan saudara-saudara kita di Mesir, Palestin, dan Syria itu.
& juga jangan lupa ambil tahu pasal negara kita sendiri, Malaysia.

Walaupun Malaysia pada zahirnya tampak seperti aman, tiada peperangan seperti negara-negara lain, tapi jangan kita lupa, masih ada dari segi fitrahnya kita masih belum aman.

Aman ini membawa banyak erti. Bukan semata-mata berkaitan dengan peperangan, rusuhan, dan sebagainya. Kesejahteraan jiwa, iman, Islam, juga diertikan sebagai aman.

Malaysia.

Saban hari kita dengar tentang pelbagai isu. Berita? Surat khabar? Entahlah. Tidak kiralah aku berpihak pada mana-mana parti sekalipun, dari segi generalnya aku sendiri sudah berasa berita dan surat khabar kita belum capai takat aman. Masih terkongkong. Masih lagi berpihak pada satu pihak sahaja. Kesannya, masyarakat tidak mendapat sumber yang adil dan seimbang.

Okay okay. Sekarang bukan masa untuk berpolitik.

Belum lagi habis kehangatan isu Alvin & Vivian dengan 'Selamat Berbuka Puasa dengan Bak Kut Teh' nya, hari ini, ada lagi, kali ini video yang diupload dengan tajuk '1 Hari di Hari Raya' dengan isu yang sama seperti sebelum ini. Bezanya, kali ini tentang raya dan menggunakan anjing pula.

Astaghfirullahalazim. Berkali-kali aku bagi tahu adik aku, "Kaklong sedih. Kaklong sedih tengok semua ini". Kenapa rakyat Malaysia? Kenapa? Kenapa rakyat Malaysia sudah berani memain-mainkan agama Islam? Mana pergi rasa takut? Mana pergi rasa gentar memainkan isu sensitif seperti itu? Siapa yang perlu disalahkan sekarang?

Tidak kira lah agama apa sekali pun, isu agama adalah isu sensitif. Kita tidak berhak untuk menghina atau memainkan mana-mana agama sekali pun. Tidak kiralah kita berjawatan, datuk, hatta menteri sekalipun, jangan lah sekali-kali kita berani mengusik ataupun mengata agama, dan bangsa yang lain. Malah kita harus menghormati agama dan bangsa yang lain.

Sudah dikatakan agama, kaum, ini semua isu sensitif. Yang diusik itu kenapa? Kesannya lihat, rakyat Malaysia sendiri dah berani sentuh tentang Islam sendiri. Sedih.

Masuk pula isu 4 finalist Miss Malaysia yang digugurkan daripada pencalonan. Fatwa pada tahun 1996 telah dikeluarkan dengan mengatakan wanita Islam tidak boleh memasuki pertandingan Miss Malaysia ini. Tapi kenapa masih ada yang hendak pertahankan? Dengan alasan, mereka diberikan kelonggaran dari segi berpakaian. Tidak kisah lah berpakaian bagaimana sekali pun, balik kepada basic, dah hukum membuka aurat itu haram, maka haram juga lah ia. No tapi tapi.

Ada juga yang memberi alasan, "Wanita Islam tidak dibenarkan memasuki pertandingan Miss Malaysia, tetapi mengapa wanita Islam boleh memasuki pertanding renang, gimnastik, dan sebagainya?" Ya. Benar apa yang dipertikaikan ini. Maksud aku, cara si pemberi pendapat ini, benarlah. Kita haramkan wanita Islam memasuki Miss Malaysia, tetapi kita memberi kebenaran untuk wanita Islam memasuki acara sukan renang, gimnastik, yang juga pada ideologinya memegang konsep yang sama, iaitu membuka aurat. Siapa-siapa pun akan pertikaikan juga.

Sebab itulah, pada pendapat aku, untuk mengambil sesuatu keputusan ataupun kata putus, biarlah secara menyeluruh. Bukan sikit-sikit, untuk perkara yang tertentu sahaja. Kembali kepada asas nya yang utama, Islam mengharamkan umatnya membuka aurat dan ditunjuk-tunjuk. Maka semuaaaaa perkara-perkara seperti sukan yang memakai pakaian ketat, seluar pendek, rancangan televisyen yang mendedahkan aurat, memperlihatkan aksi-aksi tidak elok harus juga diambil tindakan.

Lagi satu, tentang Shisha. Fatwa telah dikeluarkan bahawasanya shisha adalah haram. Tapi kenapa perkara yang lebih utama lagi seperti arak dan judi yang memang dah terang-terang dikatakan haram itu dibiarkan terus berleluasa? Kerana ia memberi pulangan wang? Wang tidak menjamin apa-apa di akhirat kelak. Sebab itulah, untuk mengeluarkan sesuatu keputusan, biarlah secara menyeluruh. Barulah adil untuk semua, dan masyarakat tidak mempertikaikan tentang sesuatu perkara.

Last sekali, tentang isu tembak menembak yang sekarang juga sedang terus berleluasa. Aduh. Hilang rasa aman jiwa. Rakyat hidup dalam keadaan takut-takut. Kenapa ini boleh berlaku? Dah ada pembunuh upahan macam dalam drama TV itu kah? Aku harap pihak kerajaan, sudah-sudah lah dulu dengan Akta Hasutan yang tak habis-habis, eloklah tumpukan perhatian kepada kejadian ini supaya benar-benar menjaga keselamatan rakyat dan rakyat boleh hidup aman.

Emmphh. Akta Hasutan. 'Apa lagi Cina mahu' itu tak kena pun Akta Hasutan. Tak faham. Ini lagi satu tindakan yang tak menyeluruh.

Sekarang tanya pada diri sendiri. Benarkah, Malaysia masih aman?