Friday, February 26, 2010

رسول الله

Rasulullah SAW adalah manusia pilihan dan paling istimewa. Oleh itu, Allah memperlengkapkan Baginda dengan budi pekerti mulia. Peribadi baginda benar-benar luhur, manakala jiwa dan hatinya pula suci bersih. Dengan memiliki keperibadian unggul, Baginda berjaya melaksanakan segala tugas dan tanggungjawab diamanahkan Allah kepadanya.

Keunggulan keperibadian Rasulullah SAW dijelaskan dalam firman Allah SWT yang bermaksud : "Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengaharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula menyebut dan mengingati Allah selalu (dalam masa susah dan senang)."
(Surah Al-Ahzab, ayat 21).

Dipetik daripada;
Nukilan Jejari Azhad.
http://blog.azhad.com/2008/03/maulidur-rasul-1428.html

Salam Maulidur Rasul
12 RabiulAwal 1431.

0 comments:

Post a Comment

Sebijik comment anda amatlah berharga untuk saya.