Friday, February 5, 2010

Semester 2. Thank you.

Jadi, tercatatlah sejarah hari ini merupakan hari terakhir bagi aku menjalani sesi lecture dan kelas untuk semester2. Finish. Tak sangka, pejam celik pejam celik, da habis da rupenye semester2 aku. Cuma tinggal lagi nak final exam jer. Wah, ckp pasal final sape yang tak takut. Confirm la sume orang bergetar-getar jantung bile sebut final exam jer. Haha. Kesimpulannya, semester2 memang sangat menyeronokkan. Walaupun sedikit letih, biase lah tuh. Da name pun student. Takpe, bersusah-susah dulu, nanti bile da dewasa, InsyaAllah akan bersenang-senang pula.

Bila mula jer sem, semangat berkobar-kobar. Btw, thanks Rahman tolong registerkan semester 2. Wah, nak mulakan sesi pembelajaran yang baru, dengan classmate yang baru, dengan lecturer yang baru, dan juga subjek yang baru. Sampai tengah-tengah sem, bile la nak abis nieh. Letih laa. Cepat la cuti. Dan hinggalah saat ini, bila da sampai habis sem, wah, da habis rupenye. Sedeyh la tinggalkan kawan-kawan yang da satu semester kita bersama. Sem depan dan sem-sem akan datang, tak tentu lagi kite akan jadi classmate lagi ker tak. Tapi tak pe, ape-ape pun, kite tetap akan jumpa kat Kuantan nanti.

So, untuk sem ini, aku telah ditakdirkan mendapat classmate yang same saje untuk empat subjek dan due subjek lagi classmate yang lebih kurang jugak. Itulah classmate aku untuk kelas BIO, CHEMY, FIM and COMP. Ke mane-mane jer, kitorang gerak same-same. Kalau kelas habis lambat, lambat jugalah kami beramai-ramai ke kelas seterusnya. Seronokkan. Confirm hari-hari jumpa classmate yang same jer. Tapi untuk kelas ARAB, lain sikit, tapi kebanyakkannye classmate2 kelas core tuh jugak. So, takde beza sangat pun.

BIOLOGY II : Group 47. Madam Kamaril Azlah.
Mula-mula, study plan kami mengatakan bahawa kami akan ambil subjek BioII nie mase sem lain. Tapi rupa-rupanya, kene ambil sem nie. Aku dah agak risau jugak, sebab bukan senang subjek nieh. Menghafal dan menghafal. Tambah lagi bile muncul terms2 yang terbelit lidah nak sebutnye. Tapi, bile dah belajar, Alhamdulillah, madam banyak tolong. Cara dia mengajar buat aku rasa senang untuk faham. Tambah lagi bile duduk dengan classmate yang result gempak2, nak jugak jadi macam dyorg en. Macam-macam da pengalaman dalam kelas Bio nieh. !4 minggu belajar, 6 jam seminggu, dengan 13 chapter kesemuanya skali. Lagi satu, lab session untuk BioII nieh, dah macam kelas aed da. melukis dan melukis. Lain dengan BioI dulu. Observe and draw. 1st tyme berfungsinya hp dalam lab. Tangkap gambar slide-slide dan tekap untuk buat lab report. Haha. Bijak2. Belah tikus. Pengalaman yang memang best. Sebelum belah tikus tuh, sume steady jer. Tapi, lepas da habis experiment tuh, pening, loya, sume ade. Pengalaman tuh. Ini aku selitkan gambar kami seclassmate bersame lecturer kami.

CHEMISTRY I : Group 47. Sir Haswaneezal.
Ini lagi satu kelas core corse aku. Kelas yang menarik. Venue biase S3133. Dekat Smawp, Tingkat 1, hujung sekali. Mula-mula kelas, macam susah sikit nak faham. Yela, masuk-masuk jer da kene blajar wat Factor Label Method uh. Rase geram jer, asal la aku tak paham-paham nieh. Sampai la nak dekat quiz, baru la tau cane nak kire pakai care tuh. Huh. Lega. Paling tak bleh lupe, sir pakai system star (*). Sape yang ade bertanye dalam kelas, sape yang dapat jawab soalan kat depan and sape yang berreaksi la senang kate dalam kelas uh akan dapat star. Haha. Berlumba-lumba sume jadi active dalam kelas Chemy sebab nak merebut dan mengumpul star. Kate sir, star uh akan tolong dapat markah mase final nanti. Hee. Star aku ade bpe jer entah. Aku pun tak tau. Ikut mood la. Kadang-kadang active dalam kelas uh, kalau letih tak active la. Kelas Chemy slalu tyme petang. Pukul 4-6. Slalu da saturated da tyme kelas uh. Kesian sir. Sory yer sir. Huhu. Thanks untuk sir buat appreciation slide untuk kitorang. And thanks juga sebab belanje kitorang nasik ayam semalam. Seyes saya kenyang. Hehe. This is us with sir.


FIM UNDERSTANDING ISLAM : Group 51. Brother Kazzman.
Apa yang boleh saya katakan, kami bertuah dapat lecturer yang sangat sporting, sangat memahami pelajarnya. Haha. Kelas Fim 2 hari jer seminggu. 3 jam jer contact hour. Disebabkan kelas nie la buat pertama kalinya, kami kene masuk blok lelaki. Abu Bakar college. Kenapa? Sebab kelas fim kat sane. Haha. Pengalaman tuh. Hee. Sir sangat baik. Macam-macam jugak yang da berlaku dalam kelas Fim nieh. Kelas yang paling cepat habis syllybus. Dengan presentation hari tuh. Seronok la. Pengalaman bertasmid. Tak sangka, boleh jugak habis bace 10 ayat hafazan tuh. Tasmid uh bawak 5% untuk carry mark uh. Sangat penting. Selain belajar ilmu sains sahaja, kelas Fim nie la yang mendedahkan kepada ilmu-ilmu agama. Memberi peringatan pada kita, jangan hanya leka pada sains, agama juga perlu diutamakan. Classmate kelas fim macam biasa. Macam due gambar di atas jugak.
Tetap dan masih mereka. Haha.

COMPUTER 1 : Group 61. Miss Siti Sarah.
Lagi sekali aku rasa bertuah. Lecturer comp yang sangat sporting juga. Banyak membantu terutama skali dalam exam. "Students, anything you want to know just get it from my website okay." Haha. Teringat-ingat ayat miss yang nieh. Setiap kali kelas mesti miss cakap. Kelas yang membuktikan bahawa dunia di hujung jari. Mane taknye, segala exercise, jawapan, scheme module, date of quizes and everything is just upload from the website. Haha. Canggih en. Tapi best. Kat kelas nie la aku didedahkan dengan macam-macam benda baru pasal IT nieh. Operating system OpenOffice. Mane penah aku tau sebelum nieh. Tapi rupa-rupanya wujud. Rasa jakun jugak mula-mula tau tuh. Haha. Yang paling best skali, tyme kelas computer la sume orang pandai menggunakan peluang. Lagi-lagi tyme lab. Laju jer sampai kelas. Sebab ape? sebab dapat on9. Haha. Yeah. Facebooking. Hehe. Mula-mula tak brani, tapi da lame-lame aku pun terjebak jugak dengan gejala nieh. Tak pe la. Memanfaatkan apa yang perlu dimanfaatkan. Haha.

ARABIC LANGUAGE II : Group 53. Ustaz Ghazali.
Tak disangka. Ingatkan macam Arab I dulu. Nak kate sengan tak de la senang sangat, tapi okay la. Berbeza dengan Arab II. Waa, agak susah woo. Kesian ustaz. Bape kali ajar pun kitorang still tak paham2 lagi. Hehe. Yang seronoknya kelas arab nieh, ustaz selalu menunjukkan bakat graffitinye di whiteboard. Seyes, penuh satu whiteboard. Haha. Smart ustaz. Then, kelas arab 2 hari jer. Dan yang amzingnye, kelas arab 3 jam sehari. Wahaa. Mule-mule pk boleh ker aku bertahan dengan 3 jam nieh? Start kelas da siapkan da air masak, gule-gule, roti sume ade. Kononya, taknak bagi ngantok la dalam kelas. Tapi Alhamdulillah, dapat juga bertahan rupanya. Tapi satu kelemahan aku tyme kelas arab, kelas start pukul 10. Aku selalu ter overslept. Maaf ea ustaz kalau saya terdatang lambat or ade termiss kelas. Hehe. Takpe en? Ustaz tak marah en? Hee. Saya da hafal da ustaz. ذهبا - ذهبوا - ذهبت - ذهبتا - ذهبن - يذهب - يذهبان - يذهلبون -تذهب - تذهبان - يذهبن - ذهب . :)

READING : Group 63. Madam Wan Azlina.
Ouh. Kelas nie sekali jer seminggu dan pada hari Jumaat. Jumaat hari yang paling banyak cuti. Jadi kami sangat jarang berjumpa. Maaf la. Aku tak kenal sangat sape classmate kelas nie. Sangat kurang berinteraksi dalam kelas. Huhu. Tapi madam sangat baik. Maaf madam kalau kelas sangat pasif. Thanks coz doakan this is our last EPT. Hopefully. Amiinn.

And lastly. Its the end of lecture session semster 2. Sangat banyak pengalaman dan sangat banyak benda baru yang saya belajar. Moge segala tunjuk ajar sepanjang sem ini dapat saya gunakan sepenuhnya. Dan sekarang nie, focus pada final exam. Yeah, final exam. Memang la letih. Banyak yang kene baca. Banyak yang kene revise. Tapi kalau nak berjaya, saya mesti cuba. Bila tengok jadual exam pun, ahaa, kenapa macam nieh?
10/02/10 - Reading EPT.
11/02/10 - Arabic Languange II & Computer I.
12/02/10 - Fim Understanding Islam.
13/02/10 - Biology II.
18/02/10 - Chemistry I.
Its okay. Usaha. Doa. Tawakal. Be strong and be smart. InsyaAllah, success is yours.

0 comments:

Post a Comment

Sebijik comment anda amatlah berharga untuk saya.