Thursday, February 9, 2012

Cerita semalam.



kalau nak kira masa
dekat dua belas jam pun ada
dari langit awan putih cerah
sampai langit tukar gelap campur sedikit merah
tak jauh. tak sampai tengah kuala lumpur
cukup dekat sana
bertemankan suasana hidup universiti
bila semester baru saja bermula.

fuhh. sesak. yang amat.
bukan sesak dengan kereta
tapi sesak dengan student-student dia.
sampai, terus kata
fuiyoo, ramainya manusia
mungkin sebab dah lama cuti agaknya
suasana yang sebenarnya dah lali dah biasa
jadi awkward seketika.


jumpa. opocot!
buat saya terkejut ya.
ohh! lagi terkejut bila
dua ekor ungu bertentang mata
jarang-jarang pakai baju sama warna
apa entah lagi nak janji janji bagai haa
tiba-tiba eyh ter-sama.
tak pasal pasal
kita dua dua rasa poyo seketika
hahaha.


terus kita kejar masa
ada jugak terjumpa kawan-kawan
masa dalam perjalanan.
maaf lah kawan-kawan
aku jalan memang tak pandang kiri kanan
aku jalan nun jauh pandang ke depan.
kalau tak sebab korang yang bersuara
sampai ke sudah aku tak perasan.
aaa. aku tak sombong kan?
bukan sebab aku tak hairan
tapi sebab aku tak perasan.


pagi. sampai petang.
kalau semalam itu explorace atau pun marathon
saya rasa kita boleh menang dah pun
add and drop jadi saksi.
letih memang letih
penat memang penat
tapi, entah. saya tolak semua tepi
penat letih tuh semua hilang
bila dapat buat kerja sama-sama
bila dapat teman buat kerja sama-sama

tengah hari.
wow. teriknya cuaca
cafe KAED jadi sasaran
makan tengah hari
pekena milo ais sekali.
seronok juga
sembang macam-macam, itu ini
macam-macam jugak cerita kita buka
saya belajar banyak benda juga


petang.
keluar kejap lah.
regang-regang kan urat
lega-lega kan tulang belulang
tengok-tengok lukisan
sambil belajar melukis
cantik.

berapa kali jugak saya ulang
tengok video yang saya ambil tuh
agak-agak dia tahu tak
yang saya suka orang pandai melukis
dari dulu lagi.
saya suka orang ada tangan seni
dari dulu lagi.
agak-agak dia tahu tak?

aih. mengeluh bukan apa
penat urat urat muka saya
senyum ketawa.


lepas nie
sem baru dah mula
block baru pun dah nak mula
UIA Gombak - UIA Kuantan
Engineering - Dentistry
azam kita sama-sama
belajar. usaha. moga lebih berjaya.

aku pernah kata
biar sampai tua, biar sampai bila-bila.
Amin.

0 comments:

Post a Comment

Sebijik comment anda amatlah berharga untuk saya.