Dah lama tak duduk dalam suasana ini,
Suasana macam mana?
Macam ini lah.
Suasana yang cukup aku tak suka.
Serious, setiap kali jadi, bila datang semula sinar,
aku harap aku tak duduk dalam suasana macam ini lagi.
Tapi bila benda itu jadi lagi,
Aku baring sendiri, aku duduk sepi,
Aku fikir. Apa sebabnya?
Salah aku? Mungkin.
Kita dah dewasa,
Mungkin belum cukup dewasa,
tapi untuk benda-benda yang sama,
kita dah cukup matang rasanya.
Belajar. Itu mungkin cara terbaik.
Kalaulah manusia tak mudah lupa.
Dan kalaulah manusia tak mudah leka.
Tapi, kata nama Insan itu sendiri dah cukup,
Dah cukup membawa maksud kelupaan.
Lupa selepas ingat.
Tiba-tiba aku rasa tindakan itu salah,
tindakan menyalahkan insan yang terlupa itu salah,
sebab itu dah memang fitrah.
Keliru. Dan fikir lagi.
Orang kata, benda yang berulang selalunya kita ingat.
Buktinya apa?
Jadi, aku fikir, puncanya,
benda itu tak lekat pada hati.
Ya. Mungkin pernah lekat pada otak.
Pernah ingat, pernah buat, pernah kata ya, baiklah.
Tapi bukan datang dari hati sendiri.
Maka mungkin susah nak lekat pada diri.
Aku ambil peluang,
bagi masa untuk tanam dalam hati,
untuk ingat apa yang dah terlupa,
untuk janji pada diri akan cuba lagi,
dengan harapan,
kali ini PASTI.
Pernah satu masa dulu,
aku rasa macam tersungkur,
cuba cuba dan cuba untuk bangun.
Susah yang amat sangat.
Tapi, dengan usaha sama-sama,
aku bangkit. kita bangkit.
Pernah baru-baru ini juga,
aku cuba berusaha untuk membuktikan sesuatu,
untuk buka mata kita,
yang kau boleh berdiri atas kaki sendiri,
dan kau boleh mencari sesuatu yang lebih baik,
sebelum mengharapkan sesuatu,
yang hanya buat kita gundah gulana.
Di pertengahan jalan,
aku takut. aku cuak.
Ada bibit-bibit yang kata aku takkan berjaya.
Tapi, mengalah itu bukan aku,
dan aku ajar kau, biar mengalah itu juga bukan kau.
Sampai satu masa,
yang bakal membuktikan teori aku,
Gementar.
Pertama, gementar untuk kau sendiri,
Kedua, gementar untuk aku.
Kalau aku tewas kali ini,
maka mungkin aku terpaksa,
terpaksa merelakan sesuatu yang perit untuk diri,
Dan. Alhamdulillah.
Mungkin aku yang pertama ucap syukur.
Pertama, syukur sebab gembira untuk kau semestinya.
Kedua, syukur sebab aku rasa ini juga kemenangan aku.
Ini baru betul-betul aku rasa,
perjuangan kita.
Harapan aku tetap sama,
berdoa perkara yang dah jadi tak jadi lagi,
berdoa kejayaan kau kekal dan meningkat setiap kali,
berdoa perjuangan kita takkan pernah berhenti.
Aku juga tak sempurna,
Banyak kurangnya, cuma sedikit lebihnya,
Nasihat kan aku. Kritik lah aku. Tegur jer aku.
Tapi biar kena masanya, biar kena hemahnya.
InsyaAllah, aku boleh terima.
Yang baik untuk aku, baik juga untuk engkau.
Betul. Sungguh.
Ya Allah.
Berikan aku sinar baru.
Jangan sedikit pun Kau pudarkan,
semangat, kepercayaan dan keyakinan,
kerana inilah Perjuangan kita.
sekadar tulisan.
0 comments:
Post a Comment
Sebijik comment anda amatlah berharga untuk saya.