Sunday, February 3, 2013

Balik UIA dah weiii.

Thanks for the 2 weeks holiday. Of course, rasa kejap sangat. Padahal before cuti bukan main, Yay yay! Cuti dua minggu. Lamaa tuuuuhh. Pejam celik pejam celik, Hah? Dua minggu dah? Macam tak percaya. Rasa macam tak cukup lagi masa golek golek dengan si katil, lepak lepak dengan si TV, mesra mesra dengan si makanan. Hmm. Dah kena balik UIA.

Walaupun UIA pun ada katil, pun ada TV, pun ada makanan, tapi tak se-heaven apa yang ada dekat rumah. Apa yang pasti, dekat UIA nie, kena lah peluk peluk dengan si buku-buku dan manja manja dengan si nota-nota. Fuhh. Adat seorang pelajar dan belajar.

Aku sampai UIA semalam. Kira awal lah tuh. Orang balik Ahad, awak balik Sabtu. Sebab nak bawa balik kereta, so, kena balik awal sikit sebab abah teman. Tak sampai hati nak minta abah hantar ahad sebab biar lah abah berehat jugak hari Isnin nak kerja kan. So, Sabtu aku sampai UIA. Takde orang lagi of course. Ada juga lah beberapa, tapi bilik aku kosong lagi lah.

Sabtu semalam seharian aku keluar sampai petang beli-beli barang. Sabun lah, pencuci muka lah, apa lah haiii. Petang aku pergi basuh kereta. Malam aku duduk bilik jer lah layan movie sorang-sorang. Sobs sobs. Lepas tuh tak tau sedar-sedar dah Subuh, roomate lagi sorang dah balik.

"Izzani, dah bangun dah. Kau tidur tak kunci pintu ker semalam?"

Aku macam hahhhh?!!! seriously?? gila membahayakan kesihatan betul aku nie. Nampak sangat aku tidur pun tanpa sedar semalam sampai terlupa nak kunci pintu. Syukur Alhamdulillah aku dan harta benda aku masih selamat di sini.

Then hari Ahad, aku menjangkakan ramai lagi kawan-kawan akan balik, tapi siang tadi tak ramai sangat pun lagi. So, aku pun memalaskan diri dengan bangun hampir tengah hari, bangun-bangun mandi, cari makanan dan layan movie lagi sambil makan. Petang aku pergi basuh kipas aku yang berhabuk mengalahkan sarang labah-labah.

So, besok kelas untuk Block 3 akan bermula. Hari besok seharian kitorang ada INVENTORY. Habis lah kena spotcheck barang-barang instruments dan handpiece, dan kebersihan workplace kitorang nie. Ayoyoyoyo.


2 comments:

  1. Replies
    1. Orait. InsyaAllah. Thanks ya. Awak pun, selamat belajar. HEHE.

      Delete

Sebijik comment anda amatlah berharga untuk saya.