Berat badan boleh dikategorikan sebagai salah satu isu sensitif bagi seorang perempuan. Perempuan seakan menjadi blur untuk menjawab pertanyaan sesiapa sahaja yang berbaur, "Berapa dah berat kau sekarang?"
Tetapi, sebagai seorang aku, yang dah biasa pun kena troll dengan panggilan donut, debab, chubby, gemuk, tembam, kuat makan dan sebagainya, itu bukan satu masalah bagi aku untuk menjawab soalan tersebut. Yalah. Ada aku kisah? Tak kira lah, donut donut pun ada orang sayang aku kot. Keh keh keh.
Lagi-lagi dengan orang yang selalu membuli aku, lagi lah aku tak kisah di troll berapa banyak kali pun. Dah kebal kata orang. Jadi, aku selalu berlaku jujur tentang isu turun naik saham berat badan ini.
"Tadi timbang dah turun 2 kilo. Bangga betul dengan diri sendiri rasanya."
"La. Apa yang bangganya turun 2 kilo? Sebelum kahwin naikkan berat, lepas kahwin, baru turunkan berat."
Woha! Yang yakin sangat kaklong akan naik berat badan lepas kahwin nie apahal nie? Ciss.
P/s: Aku start turun berat badan masa last sem dekat UIA, PJ and followed by masa cuti 3 bulan sementara tunggu nak masuk UIA Kuantan tuh. Itu lah cuti paling pelik di mana boleh turun berat. Selalunya cuti-cuti impossible lah turun berat kan. So, disebabkan hal itu, berat aku sekarang tidak lagi mencapai berat seperti dulu dan banyak juga pihak yang meminta aku untuk naikkan sikit berat.
Apa-apa pun, I love myself right now. Rasa lebih senang untuk memilih pakaian. HEHE.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment
Sebijik comment anda amatlah berharga untuk saya.