Monday, January 21, 2013

Pagi.

Pagi yang damai
Dikejut Subuh oleh ayahnda dan bonda
Diselami juga dengan panggilan Sang Putera
Lalu yang utama terus disempurna.

Keluar sebentar ke kereta, menggapai barangan si ibunda
sudah mahu bergerak ke kantornya.
Adik-adik berpakaian sekolah
sebelum Subuh lagi sudah bangkitnya
malah seluruh isi keluarga.

Bunyi kereta, motor
bas sekolah berteriakan hon nya
seakan memecah sunyi waktu pagi
memanggil budak-budak sekolah
ayuh mengisi ruangan kosong nya.

Dah lama tak rasa suasana ini
Oh. Alangkah indahnya bercuti
di rumah bersama keluarga yang
kekal abadi.



Selamat pagi. Take a smile & semoga kekal awet muda selalu. HIHIHI =]




0 comments:

Post a Comment

Sebijik comment anda amatlah berharga untuk saya.