Monday, January 28, 2013

Dentistry dan Seluar.

Kenapa in dentistry we choose seluar berbanding memakai kain?
Maksudnya, kenapa bila belajar dalam bidang pergigian, dan kebanyakan dentist di luar sana lebih memilih untuk memakai seluar bila bekerja berbanding memilih untuk memakai kain?

Jawapannya ada pada gambar ini.


Gambar di atas kita panggil sebagai dental chair. Lengkap lah dengan dia punya handpiece apa semua. Jawapan untuk soalan di atas adalah, korang nampak tak dekat bawah kerusi ada macam satu wayar bersambung dengan something atas lantai tuh. Yang belakang kerusi, atas lantai tuh.

Dulu-dulu, masa sebelum aku ambil bidang ini, aku selalu musykil, dari mana dentist control dia punya handpiece tuh. Maksudnya, dekat mana dia control dia punya mesin-mesin tuh lah, nak buat cavity, scaling semua kan. Tengok tangan dentist tuh macam lepak jer tak tekan apa-apa pun. Dan lepas dah belajar, baru lah aku tahu, yang benda-benda dekat tangan tuh semua control pakai kaki. Haa. Dekat benda atas lantai tuh lah. Kita boleh control, turun naik atas bawah dental chair. Dan dekat situ jugak lah kita kena control handpiece tuh untuk berputar.

So, memang perlukan sangat kesinambungan kaki dan tangan. Bila tak nak handpiece tuh berputar, jangan lah terpijak controller dekat kaki tuh. Bahaya betul.

Jadi, kenapa memilih seluar, sebab bila pakai kain, punya lah nak pijak controller tuh, terpijak kain lah. Kejap kain tersangkut dekat kerusi lah. Yalah, lagi satu reason, kita kan kena banyak bergerak, ke kiri kanan, atas bawah, ambil itu lah, ini lah. So, sering sahaja kain tersangkut dekat kerusi.

Sekarang, bila dah pakai seluar, at least aku rasa selesa sikit lah nak buat kerja walaupun aku selalu ada masalah dengan wayar-wayar handpiece tuh. Wayar yang banyak-banyak tuh. Asyik berserabut jer. Terbelit belit. Yalah. Kejap aku ke sana, kejap aku gerak ke sini. HAHA.

Walaupun sekarang aku cuma training dengan dummy dulu, tapi kena lah biasa kan dengan environment barang-barang nie semua kan. Nanti masuk clinical year, takkan nak tunjuk keserabutan wayar-wayar kita depan patient. haha.

Orait. itu jer lah. Alang-alang mari lah promote sikit IIUM Kuantan Dental Clinic kita ini.


Ini dental clinic yang dekat bangunan baru. Besar. Semua clinical year dalam nie. Hijau ada, pink ada, purple ada. Jom lah datang. Dapat kan rawatan percuma dekat sini. Lagi-lagi yang student UIA tuh. Kalau tak datang dental clinic UIA bukan otai UIA lah namanya. HAHA.


Ini pula Simulation Lab. Kira inilah tempat untuk pre-clinical year buat kerja. Yang bersarung sarung tuh semua dummy lah. Sebab kan masih pre-clinical, so, kitorang buat semua kerja cons dan prostho, dekat sini. Tampal-tampal gigi pun dekat sini, trim gigi palsu pun dekat sini. Setiap orang dapat satu meja sendiri lah. Termasuk handpiece dan dental instruments masing-masing. Free lah. Tapi kalau hilang, menangis woo. Semua barang main harga ratus dan ribu sahaja.


Izzani and her dummy. Kesian awak kan dummy. Saya selalu buli awak. Kejap saya turunkan awak lah, naikkan awak lah, ikut suka saya jer. Mesti awak pening kan. Kadang-kadang saya main tarik tolak jer kepala awak nak suruh awak menghdap saya. Sorry dummy. Izzani sejak menjak dah pakai seluar nie, tak datang lagi mood nak shopping blouse, tudung warna-warni. Tak pakai pergi kelas pun.

Assalamualaikum.

5 comments:

  1. oo baru tahuu :D ya Allah akk,,jelesnye tengok fakulti dentist uia :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Owh. Takpe takpe. Belajar dentist dekat mana-mana pun sama jer. Yang penting kita study and pass everything kan. HEHE. Kalau balik cuti, datang lah melawat clinic uia.

      Delete
  2. pointer 3.75 lepas x nak sambung degree dentist skarang ni?

    ReplyDelete
  3. Asalamualaikum kak. Saya dengar kalau nak pakai braces free kat uia kuantan ni kena umur 15 tahun ke bawah je. Umur saya 15. Saya dah lama fikir nak pakai braces sebab gigi arnab ni. Tapi takde masa. So saya ingat lepas exam bulan 10 ni saya nak pergi. Masih boleh kan? Thanks.

    ReplyDelete
  4. can i have your email? nak tanya more pasal asasi pergigian :)

    ReplyDelete

Sebijik comment anda amatlah berharga untuk saya.