Monday, January 28, 2013

Sakit.

"Sakit itu kan penghapus dosa."
Satu masa dahulu, aku pernah diajar dengan ayat ini. Oleh seseorang. Tak ingat bila. Beberapa tahun lepas dah. Sejak dari itu, bila sakit sahaja, aku cuba untuk tidak terlalu mengeluh. Bila sakit sahaja, aku akan teringat akan ayat ini. Yalah. Aku manusia, banyak dosa, bila sakit, rasa bersyukur juga. InsyaAllah, mungkin ada juga lah dosa-dosa yang terhapus. InsyaAllah, itu semua kuasa Tuhan. Aku sendiri pun tidak tahu.

Selepas dari itu, setiap kali aku dengar siapa-siapa sakit, aku akan pesan akan ayat itu. Ya. Bagi aku ayat itu betul-betul bagi impact dekat aku. Lagi-lagi untuk hendak rasa bertenang bila sakit.

At least semalam, masa tengah tahan sakit, aku sempat untuk ingat mengucap setiap kali sebelum tertidur. Yalah. Mana tahu kan. Semua itu kuasa Tuhan.

Thanks to everyone yang sudi jaga kaklong masa sakit semalam. Abah dengan ibu bawa pergi klinik, bagi ubat, tanya dah makan ker belum, beli tomyam untuk nak kaklong makan. Tapi, apakan daya, memang dah tak terdaya, nampak tomyam pun tiada selera.

Terima kasih dekat kakngah yang sudi tanya khabar dari sana. Hope you are going well.

Mekaceh dekat Affiq & Izzah yang bertungkus lumus jaga kaklong semalam. Almaklum lah, seharian terbaring atas katil. Sampai last last solat Isya' pun solat duduk. Tak larat sangat dah. Izzah bawa kan air lah, beli kan roti lah, tolong topup kan kredit sebab kaklong tak larat dah. Affiq pula, tolong urut kaklong lah. Berapa banyak kali Affiq tolong urut kaklong. Sampai pukul 3 pagi kaklong terjaga pun kaklong nak cari Affiq nak minta tolong urut. Tapi nampak Affiq tengah tidur, tak sampai hati pula nak kejut.

To this one particular person, thanks for always care. Really appreciate. Dalam sakit macam mana pun, tapi bila tahu ada someone over there worry and care about you, dah cukup untuk rasa happy masa itu. I know, I am never regret choosing you.

Mekaceh ya semua. I love you all!


0 comments:

Post a Comment

Sebijik comment anda amatlah berharga untuk saya.