Friday, January 25, 2013

Perempuan dan cornflakes.

Malam ini dengan tidak semena-mena, aku google, 'Kenapa perempuan terlalu kompleks?'. HAHA. Semua orang mungkin pelik. Aku sendiri juga pelik. Tapi apa salah nya. Search for info. Kot dengan cara ini, aku boleh cermin diri sendiri. Perbaiki mana yang kurang.

Based on apa yang aku jumpa dan baca pada malam ini,

1. Kami suka berfikir.
Dari A sampai ke Z yang kadang-kadang tu Z tu tak pernah pun wujud. Aku rasa memang dah jadi lumrah alam kot wanita ni memang suka memeningkan otak sendiri dengan benda-benda yang tak perlu untuk difikirkan.
Betul. Aku sendiri pun macam ini. Kadang-kadang ayat yang sampai ke telinga aku cuma tiga perkataan sahaja. Tapi bila sampai dalam otak, elaboration dia akan jadi sangat panjang mengalahkan karangan bahasa.

2. Kami suka berpura-pura.
Choppp! Bukan berpura-pura macam talam dua muka tu ye. Tapi maksud aku dengan berpura-pura ni macam kalau kitorang sakit hati, kitorang akan diam and berpura-pura macam hati kitorang tengah happy gila. Siap boleh senyum and ketawa lagi.
Erm. Macam mana nak kata ya tentang statement ini. Setakat yang aku kenal diri aku, ya, walau ada masalah macam mana sekalipun, di hadapan orang ramai, aku lebih rela pilih berpura-pura. Tak tunjuk reaksi tengah resah gelisah, Teruskan sahaja hari-hari seperti biasa. Tapi, bila aku dah jumpa orang yang aku betul-betul percaya, seriously, pura-pura itu takkan menjadi. Aku akan cerita semuaaaaaaaa, menangis, meleleh,  even muka aku tengah menunjukkan ekspresi paling buruk dalam dunia, aku dah tak kisah dah.

3. Kami sering menangis secara tiba-tiba.
Kitorang ni sebenarnya macam perdana menteri. Banyak masalah dalam kepala ni. So bila semua benda dah bercantum, akan ada tiba satu masa yang mana kitorang akan menangis secara tiba-tiba tanpa ada sebab kukuh untuk menangis pun. Tiba-tiba rasa sedih satu macam, tapi taktahu kenapa boleh menangis.
Jangan kata perdana menteri, perdana menteri pun tak se-complicated perempuan sebab beliau lelaki. HAHA. Betul lah. Yang ini benar. Tentang aku, aku jarang menangis bila face dengan masalah. Cuma aku perasan diri aku akan tiba-tiba menangis bila aku sedang memikirkan sesuatu sehingga buat aku rasa rindu sangat pada orang-orang yang aku sayang. Sebab aku rasa mungkin masa itu bila aku banyak fikir, aku harap semua insan-insan yang aku sayang ini boleh ada depan mata aku. Untuk kekuatan. Betul lah kan? Aku menangis bukan sebab masalah itu, tapi sebab rindu. Perlukan teman.

4. Kami mudah terasa.
Walaupun atas dasar main-main, kaum wanita sebenarnya senang untuk terasa hati dengan lelaki yang dia suka/sayang. Kadang-kadang benda kecik je, tapi sebab kitorang terasa hati, benda yang sebenarnya kelakar mula-mula terus berubah menjadi satu pergaduhan kecil-kecilan (hambuih ayat).
HAHAHA. Aku selalu rasa bersalah pada diri sendiri sebab perkara macam ini lah. Benda kecil boleh buat jadi besar. Yalah. Perdana menteri kan. Dari A sampai Z nak kena fikir dalam kepala. Ingat lagi, aku pernah merajuk hati (cewah) dengan seseorang disebabkan beliau tak comment apa-apa lepas aku share links or photos. Kononnya, mengharapkan balasan lah. Sengal en Izzani. Rasa macam nak tampar diri sendiri. HAHA.

5. Kami suka bertanya soalan pelik-pelik.
Contoh : Apa you buat kalau I mati? Apa you buat kalau I kawen dengan orang lain? Bla bla bla.. - Aku pun tak pasti asal perempuan suka bertanya soalan-soalan gini sebenarnya. Aku pun kekadang tu ada la jugak terjebak dengan perangai macam ni haha. Tapi idakk la selalunya. Kekadang je pun. Time sawan datang menghinggap di kepala ku ini.
Erm. Soalan pelik-pelik macam contoh di atas ini rasanya aku tak pernah terfikir lah pula. Cuma aku akan selalu tanya soalan pelik-pelik bila dalam tempoh berdiskusi tentang something. Tapi percaya lah, tujuan perempuan tanya macam-macam itu semua, bukan atas dasar tidak percaya dan sebagainya. Tapi, kami lebih memerlukan jawapan yang boleh menjamin dan meyakinkan diri kami. Tak kira lah dalam apa hal sekali pun.

* * *

 Wahai kaum adam yang kami sayangi (cewah),
Kami selalu sedar tentang kelemahan diri ini. Bukan tidak sedar. Bukan tidak rasa rimas dengan diri sendiri. Kami juga kadang-kadang rasa dengki dengan anda semua. Kadang mengharap, mengapa lah tidak boleh berfikir seringkas lelaki? Pernah juga rasa macam nak tak nak paksa juga diri untuk tidak terlalu berfikir. Lagi-lagi bila nak tidur. Kalau otak berjalan, sakit kepala, susah nak tidur. Makanya, terpaksa paksa otak untuk stop dulu, bagi rehat. Adakalanya, langsung tidak boleh tidur memikirkan benda yang tidak patut difikir pun. Complicated bukan?

Inilah perempuan.

Perempuan insan yang lemah. Sama ada luaran, malah lemah itu juga ada pada dalaman. Kalau tidak, masakan kami mudah menangis? Tapi kami mohon, jangan lah anggap kami sebagai sesuatu yang membebankan. Jangan keluar perkataan seperti "fed-up", "rimas", "tension" kepada kami. Kami pohon, tolonglah jangan.

Apa yang berlaku hari ini baru sedikit. Percayalah. Masa hadapan akan ada sesuatu yang lebih mencabar. Kami perlukan keyakinan. Jika masa sekarang sudah berasa tidak selesa dengan diri seorang perempuan, dari mana kami hendak mencari keyakinan yang masa hadapan kami akan dijaga. Semasa perempuan sedang mengandung, hendak datang bulan, malah pre and post menopausal symptoms. Ya Allah, banyak lagi yang adam perlu lalui masa hadapan. Bukan hanya untuk di posisi seorang suami, malah kawan-kawan sekeliling. Masa bekerja, kita akan berhadapan dengan ramai orang. Mungkin perlu bekerja dengan perempuan mengandung. Haa. Kena sabar tuh.

Tipulah kalau kami tidak kasihan. Kalau tidak kasihan, tidak kami letakkan ego pada tahap paling rendah. Tidak kami cuba untuk berubah. Maafkan kami adam.

Walaupun lemah, tapi kami penuh dengan kasih sayang. Please appreciate us dan saya doakan semoga Allah memberkati setiap detik kesabaran yang adam telah berikan & semoga Allah kurniakan lebih ketabahan kepada korang. Lelaki seorang yang kuat. Percayalah. InsyaAllah, sabar yang korang bagi, berbaloi balasannya nanti.

* * *

Kadang-kadang terfikir, kenapa lah kita tak boleh sentiasa berkawan jer dengan kawan sejantina. Kan senang, masing-masing memahami perasaan masing-masing.

Tapi, Allah dah tetapkan. Tarikan terhadap jantina yang berbeza. Kenapa? Sebab Allah itu tahu, hanya lelaki dapat menjaga dan memahami perempuan dan begitulah sebaliknya. Macam puzzle, kita tak boleh matchkan bentuk yang serupa, tapi kena cari yang berbeza, maka puzzle itu akan lengkap. Begitulah perumpamaannya.

Terima kasih adam. Kami hargai anda semua. Terima kasih untuk setiap sabar yang anda beri.

Bapa yang mempunyai ramai anak perempuan adalah bapa yang paling tabah dan gagah. Saya salute.

* Perempuan memang suka buat masalah dengan diri mereka sendiri, tapi perempuan jarang pentingkan diri sendiri when it comes to orang yang paling mereka sayang :)
 Tidak kiralah, adik, abang, ayah, pakcik, atok, teman, asalkan yang mereka sayang.

Itu sahaja perkongsian untuk hari ini. Disebabkan google 'Kenapa perempuan terlalu kompleks?' pun dah membawa kepada entri yang sangat panjang. See, complicated tak perempuan?

Perempuan dengan kompleks dan cornflakes itu seakan sama. Perempuan ibarat cornflakes. Mudah rapuh, tapi ada khasiatnya.


Sumber: Ieeko's Memoirs


0 comments:

Post a Comment

Sebijik comment anda amatlah berharga untuk saya.