Wednesday, February 24, 2010

Rindu.

"Hari Jumaat nie kite balik kampung lepas abah habis tuisyen.."
Dulu, hati gembira. Meronta-ronta tak sabar tunggu hari itu. Hari Jumaat. Seronok tak terhingga bila abah cakap nak balik kampung. Dengan niat nak jumpa orang tersayang di sana.
Tapi kini, perasaan itu biasa saja. Nak balik kampung. Hmm. Nak jumpa siapa? Sedih kan dengan ayat ini.
Yup. Semua rasa begini. Abah, Ibu, Adik2, Sepupu2, PakCik dan MakCik, semua rasa begini.

Aku rasa rindu.
Aku rindu dengan keadaan yang lama.
Aku teringin nak tengok balik suasana yang dulu.
Hari Raya. Cuti-cuti, balik kampung.

Aku rindu sangat.
Aku tak pernah rasa kehilangan yang sangat kuat macam nie.
Maafkanku tak dapat bersamamu sepanjang perjuanganmu di hospital lamenye.
Tapi aku janji aku pulang setiap minggu, teman dirimu di sane.
Ya! dan aku terus berada di situ, sehingga nafas terakhirmu.
Pilu hati, mengucup dahimu bila tahu itu hanyalah jasadmu.

Tik, Tik, Tik....
Bacaan jantung , paru-paru, dan tekanan darahmu terus mencatatkan penurunan.
Risau. Itu sahaja yang berada dalam fikiran semua yang berada di situ.
Aku lihat sekeliling,
Abah dan Andak, teruskan bacaan Yaasiin di sebelahmu.
Uda, terus melafazkan perkataan Allah di sebelah telingamu.
Along, Ucu, Makngah, dan Ibu, terus mengusap tangan dan kakimu, dengan harapan dirimu akan selesa.
Tok Anjang, berada di sisi abangnya itu dengan bacaan-bacaan doa.
Aku? Hanya mampu menangis dan terus menangis.
Menangis kerana apa? Kerana melihat usahamu untuk terus melawan kesakitan yang ditanggung. Berjuang dan terus berjuang.
Kegentalanmu, Kekuatanmu, Kegagahanmu.

Dan sampai satu saat. Saat yang cemas, bacaan tekanan darah itu mula menurun sehingga tidak boleh dibaca lagi.
Bacaan jantung yang sepatutnya turun naik turun naik itu, telah menjadi satu garisan lurus.
Tiiiiitttt......
Dan pada masa itu, kami tahu. Tapi kami masih terus memberi kekuatan pada dirimu.
Sehingga telah disahkan oleh doktor yang bertugas. 11.04 malam, 04/11/2009.
Kaki melangkah keluar pintu wad ICU dengan linangan air mata dan tangisan yang tak terhingga.
Abah, kaklong tahu abah sedih. Tapi abah terus kuat. Berjumpa dan bersalaman dengan doktor lalu mengucapkan terima kasih atas segala usahanya.
Selepas semua diuruskan. Kami membawa dirimu pulang semula ke kampung.
Malam itu, aku teman abah. Tidur sebelah dirimu. Sikit pun aku tak rasa takut.
Sebab aku sayang dan ingin berada di sampingmu di saat-saat perpisahan kita ini.

Bila dah pagi. Dan itulah saat perpisahan kita. Hanya ucapan, Selamat Tinggal atok.
(air mataku menitis di saat menaip titipan ini...)

Sebelum atok masuk ke hospital,
Atok peluk dan kucup dahi atok tina (nenek) terlebih dahulu.
Betapa atok sayangkan atok tina hingga ke hujung hayat atok.
Dan atok tina terus menjaga atok. Bermalaman di hospital menemani atok.
Terharu dan bangga. Kaklong ade keluarga seperti ini.
Cinta hingga akhir hayatmu.
Tak mengenal usia, cinta atok dan atok tina terus berbunga dan sentiasa mekar hingga saat-saat terakhir atok.
Mesti bahagia kan?
Secara jujur, kaklong pun nakkan cinta macam nie.
Cinta dan sayang hingga akhir hayat.
Tak pernah pudar dan terus mekar.
Kaklong pun ade seseorang yang kaklong sayang.
dengan harapan kaklong akan sayang dia sampai bile-bile,
dan dapat capai macam mane cinta atok dengan atok tina.
Cinta hingga ke akhir usia.

Atok,
Thanks sebab datang dalam mimpi kaklong semalam.
Pengubat rindu untuk sekian lama kaklong merindui atok.
Setiap air mata yang kaklong titiskan tiap malam untuk atok, tanda ingatan kaklong dekat atok selalu.
Rinduu atok.

Post ini ditulis dengan ingatan kepada atok.

Al-Fatihah buat atok,
Haji Sidek bin Haji Arshad
Semoga rohnya ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.
Amiin.
Kampung.
Parit 9, Bagan Datoh, Perak.

3 comments:

  1. zani!!

    sedih nye!!!!!!!!!

    terasa nk nangis jugak...T_T

    smoga roh atuk zani dicucuri rahmat..amin.........

    ReplyDelete
  2. izzani...sgt sedey mmbce post nie...rase sebak...semoga roh atok sentiasa di cucuri dgn rahmat Illahi...amin

    btw...bersyukurlah sbb anda ada disisi atok ketika dy menghembuskan nafas2 terakhir...

    aq until now terkilan sbb x dapat chance nak cium pipi dy buat kali terakhir...nak tgok mayat dy pun x sempat...

    suddenly rindu my atok...
    bergenang air mata tbe2...huhu...sgt2 rindu...:,(

    ReplyDelete
  3. huwaa, sedeyhnye bce...

    ReplyDelete

Sebijik comment anda amatlah berharga untuk saya.