Saturday, March 13, 2010

Perginya seorang kawan.

Okayy. Ceritanya begini. Tadi lepas abah balik sekolah, abah bagi tau macam nie;

"Kaklong, anak makcik Anis yang belajar kat Mesir tuh meninggal laa.."

Haa?? Ape perasaan anda bila tiba-tiba jer dapat statement macam nie? Mesti terkejut gilaa kan? Same lah macam saya. Terkejut sangat-sangat sampai terdiam terus. Macam tak percaya jer. Sedeyh laa.

Makcik Anis dapat call dari Wisma Negara pagi tadi yang menyatakan bahawa anak beliau telah meninggal dunia di Mesir. Saya cuba bayangkan, bagaimanakah perasaan seorang ibu bila dapat tahu berita macam tuh, dengan jarak yang jauh. Sedeyh sangat-sangat.

Makcik Anis tu kawan baik ibu yang tinggal Sabak Bernam. Hari tu baru jer dia datang rumah dengan satu family dia; husband and anak-anaknya. Biase laa, ibu-ibu kalau dah berjumpe mesti tanye and cerita-cerita pasal anak mereka kan. Bila dah cerita-cerita, baru tau anak makcik Anis yang sulung tuh sebaya dengan saya. Maksudnya, sekarang nie 19 tahun. Mase tuh time tengah tunggu-tunggu result SPM lagi laa.

Then, semua cerita pasal result dia, cita-cita dia semua ibu ade bagi tau. Sebab makcik Anis nie rajin bersembang-sembang, calling-calling and bertukar-tukar cerita dengan ibu. Dekat situ boleh nampak yang arwah nie memang bercita-cita dan baik jugak orangnya. Result SPM dia pun hebat jugak. Student sekolah sains mane, tak ingat. Saya pun takde laa rapat sangat dengan arwah nie. Means takde laa rapat sangat tuh sebab tak penah pun cakap ngan dia, or sembang-sembang ngan dia. Dia datang rumah hari tuh pun, senyap jerr. Malu-malu lagi laa katekan. Even nama dia pun saya tak berapa pasti. Saya tau perkembangan dia sebab ibu yang cerita.

Lepas dah dapat result SPM hari tu, dia mengambil keputusan untuk meneruskan pelajaran dalam bidang Perubatan (Medic) dekat Mesir. Then, pagi tadi tiba-tiba dapat berita dia telah meninggal dunia di sana. Apakan daya, ajal dan maut tu kan di tangan Tuhan. Bila-bila pun boleh jadi. Tak sangka masa arwah datang rumah hari tu, rupanya telah dicatatkan bahawa setahun lagi dia akan meninggal kita. Tapi, itu rezeki dia dapat menghabiskan riwayatnya di bumi Mesir, sebuah negara Islam dan suci.

Maaf laa. Saya masih tidak tahu puncanya. Sebab semua nie berlaku secara tiba-tiba.

Semoga roh arwah ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.

Al-Fatihah buat;
Mohd Sarhan bin Ahmad Khan.

3 comments:

  1. sarhan..sekolah sains pokok sena kedah..

    doakan dia ye same2..

    sedekah kn alfatihah untuk dia..

    ReplyDelete
  2. ni nisa btw..
    tukar nama je..huhu~

    xlah..die kawan ak punye kwn..

    ReplyDelete
  3. btol tu..

    al fatihah utk sarhan..

    semoga dia ditempatkan di kalangan hambaNya yang beriman..

    aminn..

    ReplyDelete

Sebijik comment anda amatlah berharga untuk saya.