Tuesday, November 15, 2011

Bila masa nak tenang.

Tadi kan, tadi kan. Yer. Serius. Baru sebentar tadi.
Aku melalui satu moment yang orang sekarang selalu kata "Rasa macam nak surrender jer lah".

Astaghfirullah. Kenapa aku boleh sampai tahap macam itu? TAK BOLEH. Tak boleh sama sekali.

Guys, tomorrow is Physiology exam. And I have lots of things yang belum habis baca lagi. Pukul 8.00 pm, I'm reading first chapter. 9.00 pm, still reading first chapter. 10.00 pm, arrghhh just the same. Bila nak move on pun entah. Masa tuh jangan kata, Einstein pun dah hensem sikit dari aku.

And, one problem. Dah baca, tapi lupa. How? How? How? Macam mana nak overcome benda macam nieh? So, when a question arised in my head, "Have I cover all the topics?". Aku rasa aku dah, tapi kenapa bila cuba nak ingat, jadi tak ingat?

At this moment, memang the best way is we must find dekat mana nak cari ketenangan. If we still proceed dengan study secara tension atau pun secara nak cepat habis, baik tak payah. Tak lekat. So, take some time untuk sedikit ketenangan as our refreshment.

Here are some techniques yang aku guna bila moment macam di atas tiba-tiba datang. Untuk orang lain aku tak tau macam mana, for me, InsyaAllah, it work.


First. ALLAH. Dan kita semua tahu, kita tidak akan pernah kecewa kalau kita selalu berdoa pada Dia. Macam aku tadi, serious, aku tak boleh nak ambil banyak sangat masa untuk refreshment nie. So, inisiatif aku tadi dengan dengar zikir-zikir Ustaz Dzulkarnain Hamzah. InsyaAllah. Ketenangan tuh datang sendiri. Automatik. Tak perlu paksa. Dalam masa yang sama, sambil dengar, aku baca-baca jugak nota secara ringan. Rasa tenang kan masa tuh? Serius.

Manusia yang berfikiran kolot, tolong jangan cakap, "Masa susah baru kau nak cari Tuhan". Tak. Maksud aku dekat sini bukan macam tuh. Maksud aku, kita kena yakin yang bila masa kita susah, kita tau dekat mana kita nak minta pertolongan yang pasti, dan kita yakin Dia sentiasa ada dengan kita. :)

The LOVE of a family is a life's greatest blessing.

Kedua. ABAH IBU. Hari nie hari pertama aku menjalani exam sebagai student degree. Bentuk exam, jenis exam, cara soalan, cara menjawab semua pun masih baru untuk aku. Gementar jangan cakap lah. Bagi aku, suara ibu dengan abah, lagi-lagi bila ibu dengan abah bagi semangat, pohon doa untuk aku, itulah saat yang paling aku hargai. Cukup buat aku terharu. Yang bila aku dengar suara mereka, study yang tadi susah jadi mudah untuk aku. :')

Ketiga. ADIK-BERADIK. Orang yang paling dekat dengan kita dalam rumah, yang tempat kita membesar sama-sama, lahir dari rahim ibu yang sama, siapa lagi kalau bukan adik-beradik kita. Untuk aku, aku ada adik-adik aku. Boleh kata nyawa aku jugak. Tanpa diorang, aku rasa longlai jugak. Bila diorang call tanya exam macam mana, boleh buat ker tak, ape lagi yang sorang kakak boleh jawab selain "okay" untuk buat adik-adik dia berani dan yakin untuk terus belajar mencari ilmu sampai berjaya. Jadi, "okay" tadi, tak boleh hanya pada kata, perlu juga pada realiti nya.

Next. TEMAN. Macam yang aku kata, teman ada dua. Teman yang kawan-kawan dan teman yang istimewa.


TEMAN yang istimewa. Kerana dia insan yang istimewa, dia boleh datang masa moment yang aku cakap tadi datang pada aku. Kerana dia insan yang istimewa, dia boleh tau yang dia perlu datang pada masa itu. Kerana dia insan yang istimewa, dia ada sebab kenapa dia perlu datang pada aku masa itu. Kerana dia insan yang istimewa, dia ada cara untuk bagi balik ketenangan dan semangat pada aku. Kerana dia insan yang istimewa, dia sentiasa yakin pada aku. Kerana dia sentiasa yakin pada aku, aku sendiri perlu yakin dengan diri sendiri. Ketenangan yang dia bagi dah cukup untuk aku ucap Syukur kerana diberi teman sebaik dia. Rahman.

TEMAN yang kawan-kawan. Bagi aku, kehidupan aku dekat sini, nyawa aku untuk apa yang aku belajar, cukup dengan aku ada roomates dan classmates yang saling membantu, selalu memberi semangat tak kira dari segi jasmani atau rohani dan sentiasa memahami antara satu sama lain.

Tiada lebih yang aku boleh cakap lagi. Sebab aku rasa ketenangan yang aku dapat dari mereka semua, cukup untuk bagi semula semangat pada aku.

And one thing, ada orang cakap, kalau kita dah baca tapi kita rasa kita macam lupa tuh perkara biasa. Yang penting kita dah baca dan kita pernah hafal. Sebab benda tuh dah ada dalam otak kita. Jadi, bila dalam exam, bila kita nak cuba ingat, kita akan ingat balik.

Aku harap statement ini benar dan aku yakin ini benar. Ciptaan Allah adalah ciptaan yang paling indah.

Untuk malam ini, orang kata, nak exam jangan tidur lewat. Tapi aku, percayalah, sekarang dah pukul 5.00 pagi, dan aku belum tidur dari tadi. Dan untuk malam ini, terima kasih Allah, terima kasih abah dan ibu, terima kasih kakngah, affiq, dan izzah, terima kasih rahman. I love you all so much!

0 comments:

Post a Comment

Sebijik comment anda amatlah berharga untuk saya.