Wednesday, August 27, 2014

Year 3 - Part I (Awal-awal masuk)

Bismillah
& Assalamualaikum

Izinkan saya memulakan bicara yang telah lama membeku dek kerana tiadanya masa ini dengan ucapan Selamat Hari Raya, maaf zahir dan batin (walaupun raya dah habis).

Tak payah nak skema sangat okayy.

Bukan main lama cuti, 2 bulan plus minus telah belalu, di minggu terakhir ini jugak kau nak update blog yer. Biasalah, orang mula-mula cuti memang gian sikit nak buat itu ini macam banyak sangat aktiviti. Last-last yang gain satu jer. Weight gain. =.="

Actually, mana datang mood tiba-tiba nak update blog ini adalah apabila ada adik junior meniupkan semangat supaya 'Kakak Izzani' update lah blog. Ceritakan lah tentang di sebalik tabir Year 3, Kulliyyah of Dentistry. HAHA. Ada macam horror movie tak bunyinya?

Lek ah. Tak dinafikan 3rd year itu sangat mencabar. Sangat okay. Serius tak tipu. Tapi dalam liku-liku itu ada juga manis-manis nya. Pengalaman. Ilmu. Semangat. Stamina. Haa. Yang part stamina tuh penting sebab masa 3rd year korang tak payah penat-penat pergi gym, jogging petang-petang sebab 3rd year sudah menguji stamina diri kita masing-masing.

Okay. Meh aku cerita kan. Sorry lah kalau adik-adik yang baca post ini, abaikan penggunaan 'aku' dalam watak ini sebab gila segannya nak guna saya awak, kakak adik bagai.

Kita mula cerita dengan mulanya buka tahun baru, maka Alhamdulillah, aku pun melangkah ke tahun tiga, bertunic biru, pada 2 September 2013. Gembiranya masuk tahun tiga tuh lain macam sikit. Sebab masa tahun dua, pakai tunic tapi buat kerja dengan dummy (patung) dekat simulation lab. Tapi tahun tiga kau dah mula menjengah ke alam Clinical Years. Tiada lagi dummy. Yang ada adalah patient yang sebenar-benarnya.

Dikisahkan pada tahun tiga ini subjek-subjek yang kitorang ambil adalah seperti berikut:

Conservative & Operative Dentistry, Prosthetic Dentistry, Orthodontics Dentistry, Periodontics Dentistry, Pediatrics Dentistry, Dental Public Health, Oral Surgery, Oral Pathology, General Medicine & General Surgery

Berikut merupakan subjek-subjek yang diambil semasa di tahun tiga. Senang cerita, tahun tiga ini merangkumi, satu, kelas seperti biasa; dua, clinics & labs; tiga, hospital. Di mana untuk subjek General Medicine & General Surgery (GMGS), subjects ini adalah subjects hospital. Dalam seminggu itu, hari rabu, the whole day of Wednesday, you'll be at hospital untuk subject GMGS.

Pada minggu-minggu pertama, kelas dah start macam biasa. Untuk clinic, ktorang dibahagikan island & cubicle masing-masing dan diberikan partner untuk bekerja bersama sepanjang tahun itu. Sebab tahun tiga ini kan tahun pertama kita masuk clinic, of course lah kena ada partner. Tak menang tangan dibuatnya kalau buat kerja sorang-sorang.

And heyy. This is my partner. Nurul Fahmi, and I am Nurul Izzani. Ngam en? Haha.
And this is our cubicle, F4, purple in colour.

Awal-awal masuk clinic tuh ktorang tak boleh panggil patient lagi. Sebab lecturer kena tunjuk demo dulu, then ktorang buat sesama partner dulu. Dalam tempoh lebih kurang 3-4 minggu selepas masuk third year, barulah ktorang boleh panggil patient.

Bersambung...



2 comments:

Sebijik comment anda amatlah berharga untuk saya.