Tuesday, January 10, 2012

Dr. Ezani for Izzani.



I'm sure. Everyone know her right? Winner of First Masterchef Malaysia. Dr. Ezani. She is a dentist.

Sejujurnya, aku memang tak follow sangat Masterchef Malaysia nie disebabkan ketiadaan TV di sini dan juga ketiadaan masa untuk mem-follow rancangan tersebut. Apa yang aku tau, itu pun lepas adik aku bagi tau,
"Kaklong, ade sorang peserta Masterchef, nama dia Ezani. Die doktor gigi jugak".
HAHA. Kebetulan.

And now, I'm realize, she really inspired me. Seriously, sangat lah jarang aku boleh jumpa nama Izzani-Ezani-Ezany-Izani or etc etc etc yang berjantina perempuan. Sangat rare. Selalunya lelaki. Dan beliau dah membuktikan pada Malaysia yang bahawasanya memang ade perempuan nama Ezani lah! AHAHA.

Okay. Thats not my point why she really inspired me. Boleh guna akal kot. Bila orang dah kata dan bila aku pun fikir sama, nama dah sama, bidang juga InsyaAllah sama, taaapii, bakat memasak tuh macam tak sama. AHAHA. Aku memang tak harap akan dapat bakat memasak yang sama macam Dr. Ezani nie, tapi at least bakat sebagai seorang suri rumah itu perlu lah ada bukan. HAHA. Lagi satu, makan dan makanan bukan kah perkara yang sangat sinonim dengan aku? Jadi, haruslah aku melengkapkan diri terlebih dahulu. HAHA.

Just wanna take some quotes from what she said and I think those quotes are also meant to me. HEHE.

"Ezani meletakkan ibunya sebagai sumber inspirasinya untuk memasak".
Yes! So true! Me too.

Another quote,
"Walaupun belum berkahwin, Ezani ingin sekali memasak untuk suami dan anak-anak yang disifatkannya sebagai orang yang terpenting dalam hidupnya nanti. Di manakah akan dicurahkan sepenuh kasih sayangnya kalau tidak kepada keluarga tercinta."
And again, Yes! So true! Me too. 

Izzani, please learn how to be like Dr. Ezani. Salam.

Monday, January 9, 2012

Semalam dan zaman sekolah.

AGM (Annual General Meeting). Semalam. First AGM yang aku attend selama menjadi dental student dekat sini. Yelah. Baru first year, memang la baru first time. HAHA. DENSS (Dental Student Society). Okay. Thats it. Jangan risau. Aku tak pegang apa-apa jawatan pun. Cuma rakyat biasa. HAHA.

*Alamak. Takde gambar lah pulak*

Ape yang pasti AGM semalam betul-betul buat aku mengimbau zaman sekolah. Hah? Kenapa? HAHA. Mane tak nye. AGM semalam buat aku teringat masa zaman sekolah,

Masa malam itu.

Bila mana semuaaa student kena kumpul dalam dewan, dan BWP (Badan Wakil Pelajar) atau kita panggil SRC (Student Representative Council) masuk dari pintu belakang dan jalan ke depan, ambil sit masing-masing dekat depan menghadap kawan-kawan. Seriously, aku tak ingat malam itu dipanggil malam apa. Tapi, masa malam itulah, kami kena bentangkan laporan setiap biro sepanjang tahun, bentangkan semua aktiviti-aktiviti yang BWP dan setiap biro dah jalankan sepanjang memegang jawatan tersebut.



Dan. Pada malam itu juga lah ter-declare nye pembubaran Badan Wakil Pelajar sesi 2007/2008 sekali gus berlangsunglah perletakan jawatan kami untuk sesi tersebut. Sama macam semalam.

-dalam kenangan-

Cuma, kenangan yang tak boleh lupa. Perletakan jawatan kami diiringi dengan air mata oleh kawan-kawan. Aku tak tau apa yang mereka rasa. Tapi, apa yang aku rasa pada masa tuh adalah satu perasaan release bercampur hiba. Release sebab tanggungjawab sudah selesai, dan hiba sebab tengok kawan-kawan mengalir air mata masa kami bersalaman. HAHA.

Kawan-kawan, baru sekarang aku terfikir, aku harap sepanjang aku pegang jawatan tersebut dulu, aku harap aku dah dapat jaga korang dengan baik, jaga kebajikan korang dan tak jadi BWP yang pentingkan diri sendiri, hidung tinggi etc. HEHE. Tak kan? Tak kan?

Dan perkara-perkara yang dibincangkan semalam, betul-betul buat aku berfikir mengikut pengalaman. Walaupun tak banyak, walaupun hanya pada zaman sekolah, tapi, adalah sedikit. Cuma. Aku diam. Aku tak bersuara walau sedikit pun. Bukan apa. Aku takut. Sebab jawatan yang aku pegang dulu, pengalaman yang aku fikir itu hanyalah masa zaman aku sekolah dulu. Aku tak tau kalau benda-benda tersebut boleh diguna pakai lagi tak untuk zaman universiti ini. Sebab itu aku diam dan hanya mendengar.

Semoga new line-up of DENSS dapat menjalankan tanggungjawab dengan jayanya dan tahniah ex-line-up sebab berjaya jalankan tugas dan amanah dengan baik. Kita dental family tak ramai pun. Benda paling penting mengikut apa yang aku dengar semalam adalah, kita harus bersatu. :)


Sunday, January 8, 2012

Stu-Dent diary 7.

Last post. 15 December 2011. Hari nie, 8 Januari 2012. Argh. Tak sampai sebulan pun lagi tak update. Rasa jer yang macam dah lama. HAHA. At least, last post aku tahun lepas. Rasa jugak lah kehangatan lama tak update tuh. Argh. Merepek lagi.

Cop! Kenapa penulisan aku hari ini macam penuh beremosi? Argh sana, argh sini. HAHAHA. Padahal tak la emosi pun. Mengada. HAHA.

Ramai orang kata, "Jadi budak yang belajar Bio semata nie, life entah ke mana. Mana tak nya. Belajar belajar belajar. Hafal hafal hafal. Itu kehidupan mereka".


Sebenarnya, hidup kami tak lah macam tuh sangat. Tidak lah sampai makan bihun goreng pattaya, minum teh ais, belajar Head and Neck dan skull bone semua terpaksa kena dalam satu masa - sekadar metafora.

Hidup tetap macam orang biasa. Macam aku. Cuba tanya apa jadual aku hari ini. Apa yang aku buat hari ini? Okay. Catatan aku: Bangun pukul 10-11 pagi, start study pukul 12.00 tengah hari, habis study pukul 2.30 petang, then tidur sampai petang. Bangun tidur kepala biul (sama ada sebab tidur petang, atau tidur banyak sangat). Biul sampai pukul 6 petang. Makan dan sambung study semula pukul 8.00 malam. Haa. tak ker sama macam orang biasa? HAHA.

Motif? Saja aku nak bagi tau aku tak lah sibuk sangat, tapi agenda-agenda harian aku buat aku tersekat dan tersumbat untuk menaip dan mengupdate (?)

OkayBye. HAHA.

p/s: Stu-Dent diary aku dah tak pakai number roman sebab baru aku sedar, sampai nombor belas-belas, puluh-puluh nanti bukan aku tau pun nombor roman dia macam mana. haha.


Soalan: Kenapa gambar macam melambangkan hidup busy sesangat?
Jawapan: Sebab malas nak buang masa. Selagi ada masa, masa makan pun boleh jadi masa study. Sebab? Sebab besok tutorial dan banyak tak baca lagi. HAHAHA.