*Alamak. Takde gambar lah pulak*
Ape yang pasti AGM semalam betul-betul buat aku mengimbau zaman sekolah. Hah? Kenapa? HAHA. Mane tak nye. AGM semalam buat aku teringat masa zaman sekolah,
Masa malam itu.
Bila mana semuaaa student kena kumpul dalam dewan, dan BWP (Badan Wakil Pelajar) atau kita panggil SRC (Student Representative Council) masuk dari pintu belakang dan jalan ke depan, ambil sit masing-masing dekat depan menghadap kawan-kawan. Seriously, aku tak ingat malam itu dipanggil malam apa. Tapi, masa malam itulah, kami kena bentangkan laporan setiap biro sepanjang tahun, bentangkan semua aktiviti-aktiviti yang BWP dan setiap biro dah jalankan sepanjang memegang jawatan tersebut.
Dan. Pada malam itu juga lah ter-declare nye pembubaran Badan Wakil Pelajar sesi 2007/2008 sekali gus berlangsunglah perletakan jawatan kami untuk sesi tersebut. Sama macam semalam.
-dalam kenangan-
Cuma, kenangan yang tak boleh lupa. Perletakan jawatan kami diiringi dengan air mata oleh kawan-kawan. Aku tak tau apa yang mereka rasa. Tapi, apa yang aku rasa pada masa tuh adalah satu perasaan release bercampur hiba. Release sebab tanggungjawab sudah selesai, dan hiba sebab tengok kawan-kawan mengalir air mata masa kami bersalaman. HAHA.
Kawan-kawan, baru sekarang aku terfikir, aku harap sepanjang aku pegang jawatan tersebut dulu, aku harap aku dah dapat jaga korang dengan baik, jaga kebajikan korang dan tak jadi BWP yang pentingkan diri sendiri, hidung tinggi etc. HEHE. Tak kan? Tak kan?
Dan perkara-perkara yang dibincangkan semalam, betul-betul buat aku berfikir mengikut pengalaman. Walaupun tak banyak, walaupun hanya pada zaman sekolah, tapi, adalah sedikit. Cuma. Aku diam. Aku tak bersuara walau sedikit pun. Bukan apa. Aku takut. Sebab jawatan yang aku pegang dulu, pengalaman yang aku fikir itu hanyalah masa zaman aku sekolah dulu. Aku tak tau kalau benda-benda tersebut boleh diguna pakai lagi tak untuk zaman universiti ini. Sebab itu aku diam dan hanya mendengar.
Semoga new line-up of DENSS dapat menjalankan tanggungjawab dengan jayanya dan tahniah ex-line-up sebab berjaya jalankan tugas dan amanah dengan baik. Kita dental family tak ramai pun. Benda paling penting mengikut apa yang aku dengar semalam adalah, kita harus bersatu. :)
0 comments:
Post a Comment
Sebijik comment anda amatlah berharga untuk saya.