Monday, January 16, 2012

Hujung minggu kali ini paling berisi.

Wooaaaaaahhh. Weekend kali ini memang paling berisi rasanya. Dan yang pasti memang weekend nie di-spent bersama budak-budak Dentist sepenuh masa. Malas lah nak taip panjang-panjang. Gambar akan ceritakan segalanya. Okay bye. HAHAHA.

Mula dengan hari Jumaat malam. Hujung minggu selalunya bermula dengan Jumaat malam kan. HAHA. Jumaat malam Izzani sepatutnya kena attend usrah, tapi minta maaf sangat sangat dengan akak usrah tuh sebab tak dapat datang. Izzani kena siapkan carving gigi tuh. Dah tak ada masa dah. Next week kena hantar. Minta maaf sangat sangat kak.

Ini adalah carving aku kali yang ketiga untuk gigi yang sama. First try, tak jadi langsung. Second try, aaahh, kenapa kecik sangat. Then, buat kali yang ketika. Alhamdulillah, dah siap lah rasanya. Walaupun rasa macam besar sikit dari actual size, tapi takpe lah. Tak berani nak continue lagi.

Okay. Then, masuk hari Sabtu pagi. HAHA. Yang ini syok. Mulanya nak berkelah jer, tiba-tiba dapat message kami akan pergi hiking pagi tuh. HAHAHA. Memang bangun lepas Subuh terus mandi, then siapkan makanan sikit untuk breakfast, lepas tuh hiking! Bukit Pelindung. Yeeehaaa!

Mendaki Bukit Pelindung nie serius, betul-betul buat aku teringat zaman mendaki Bukit Larut masa dekat MRSM dulu. Sama. HAHA. Cuaca dekat Kuantan sekarang hujan. Jadi, kitorang mendaki pun sambil hujan. Adventure lah sikit kata orang. Dengan kabus-kabus lagi, indah betul rasa.

Lepas habis mendaki, kitorang pergi Teluk Chempedak. Baca Mathurat untuk pagi sekejap, then bincang-bincang isu usrah dan kemudian, makan! HAHA.
Okay. Aku nak drive balik. Tudung semua dah hancus kena air hujan dan kesan keletihan yang teramat sangat. AHAHA.

Sampai bilik jangan cakap lah. Aku tidur sampai ke petang kot. Bangun untuk solat jer. Then sambung tidur balik. Letih sangat sangat sangat kot. AHAHA.

Malam Sabtu tuh pulak, aku dengan roomates prepare untuk pot-luck sempena nak menyambut birthday classmates kami yang bulan January nie. Disebabkan bilik kami nak buat sandwich telur untuk pagi Ahad tuh, kitorang siap-siap rebus telur malam Sabtu tuh.

Orait done! Sambil rebus telur, sambil study lah kan. Tak baik buang masa begitu saja. Sampai lah ke hari Ahad yang dinanti-nanti.

Pun sama, pagi-pagi Subuh tuh dah bangun nak buat sandwich dengan salad buah. Nasib makanan kitorang ringan sikit lah berbanding bilik lain yang buat nasi goreng, spaghetti, etc.

Dan bila budak Dentist dah mula keluarkan bakat Masterchef masing-masing, beginilah hasilnya. AHAHA.

Kitorang buat dekat dalam Block Tabari 4 nie jer. Dekat area-area bilik kitorang ada satu bilik lapang. Sila abaikan muka-muka masing-masing di pagi hari. Serious. Pagi sangat nieh. HAHA.

Okay. Settle sambut birthday sekali gus bersarapan pagi yang sangat kenyang, kitorang kemas-kemas balik bilik nie, then kembali ke bilik masing-masing. Untuk aku, macam biasalah, sambung tidur itu penting. AHAHA.

Tengah hari pulak, kitorang kena pergi new building of Kulliyyah of Dentistry (KOD). Before this kan kitorang pinjam bangunan Kulliyyah of Sciences. Sekarang dah ada bangunan sendiri. Yay! Bak kata Dean kitorang, "after a long wait...". HAHA. So, tadi, most of dental students form first year untul fifth year datang, plus lecturer-lecturer kitorang pun datang sekali. Mula dengan azan dekat every corner of KOD by brothers, then bacaan Yassin beramai-ramai, solat Zuhur jemaah. Lepas tuh kitorang gerak pergi Auditorium KOD, speech by dean, then lunch together!

Inilah Auditorium KOD. Jangan terkejut, Auditorium ini juga boleh dijadikan hall, dewan exam dan apa-apalah. Hall nie boleh dibahagikan kepada 2. Ada automatic partition yang kita boleh pasang dekat tengah-tengah tuh. Tekan suiz la tapi. Tujuannya, masa exam boleh buat 2 venue.

Okay. Cerita tidak habis di situ. Selagi malam Ahad belum habis, selagi itu cerita weekend nie tak habis. HAHA.

Malam pulak, aku dengan roomates pergi makan steamboat. Simply Steamboat. Promote sikit. HAHA. Sorang RM17.90 for student. Ambil lah, makan lah banyak mana yang kita suka, plus ais-krim lagi. Memang kitorang kenyang yang teramat sangat lah tadi. HAHAHA.

"Jom jom Fahmi, kita lumba menggali steamboat siapa paling banyak". HAHA.

Dan kami pulang, kemas beg untuk kelas besok, iron baju dan hendak tidur lah. Mengah rasa drive masa kenyang. AHAHA.

Kesimpulannya, berisi bukan weekend kali ini?

Aku combine semua cerita weekend kali nie memang panjang lah jadinya. Minta maaf ya semua. Okay. Tataa.



0 comments:

Post a Comment

Sebijik comment anda amatlah berharga untuk saya.