Wednesday, July 28, 2010

Aku takda tajuk untuk entri ini. Kalian buat laa tajuk sendiri.

Semalam aku angkat baju dekat ampaian.


*saje bagitau nak cakap aku rajin basuh baju.

Macam biasa, sila potong perkataan yang dirasakan tidak masuk akal seperti di atas.

Semalam malam, aku tengah buat tutorial physics. 13 soalan tajuk Thermal Physics. Untuk pengetahuan kalian, aku memang selalu jadi orang yang terlambat menyiapkan tutor. Lepas madam dah explain, mase nak dekat dekat quiz, baaaruuu laah aku siapkan tutorial aku.

Tapi semalam tiba tiba kerajinan melanda di jiwa, aku jadi sangat rajin untuk siapkan tutorial tanpa lepas madam explain dan tanpa menunggu dekat dekat quiz. Perkataan rajin di atas ni sila jangan potong ya. Ia masuk akal.

Dekat sebelah meja study aku ada meja study kawan aku. Dekat meja study kawan aku, ada kawan aku. Tengah duduk atas kerusi depan meja study kawan aku tuh.

Seraya beliau berkata, "Kenapa hidup nie penuh dengan dugaan?"

Lalu seseorang menjawab, "Sebab dengan dugaan tuh laa yang dapat mematangkan kita. Kalau takda dugaan tuh semua macam mana kita nak jadi matang berfikir untuk segala-galanya."

Aku nak tanya kalian, kalian percaya tak seseorang yang menjawab persoalan kawan aku tadi itu tadi adalah AKU? Ya! Aku!

Setelah tepuk dada tanya hati, aku pun tak percaya aku yang bagi jawapan tuh. Diam-diam hati aku kata, sejak bila aku pandai bagi ayat skema-skema penuh bunga-bunga nieh?

0 comments:

Post a Comment

Sebijik comment anda amatlah berharga untuk saya.