Jap jap. Sekarang tengah azan. Orang cakap mase azan tak baik bercakap. Jadi, aku tak boleh bercakap dekat sini. (Duduk diam).
Lebih kurang 5 minit lebih ke atas..
Okayy. Dah boleh cakap dah. Kalau dekat blok aku nie, untuk yang tak tahu, Mahallah Khadijah namenye, azan selalu dengar double. I mean, tau tau laahh kan blok aku nie dikelilingi oleh dua blok lelaki. Mahallah Umar Al-Khatab atau name pendeknye UKC dan Mahallah Fatimah Az-Zahra dengan name pendeknye FAZ. Yang FAZ nieh jauh sikit dekat pintu masuk nuuun jadi kawan baik pak guard. Yang UKC pulak betol betol depan sebelah (pandai pandai laa bayangkan sendiri), tempat aku dan kawan kawan seblok mencari sumber makanan tengah hari.
Maksud aku azan selalu dengar double tuh, bila masjid UIA azan, of corse laa blok lelaki (UKC) pun melaungkan azan sekali. Takkan laa waktu solat masuk lain lain kan. Bukan beza mane pun garisan latitude ker magnitude ape ntah, UKC dengan masjid tuh.
Dan aku pernah mengajukan soalan kepada kawan selawak jenaka aku yang memang suka buat lawak 24 jam. Soalan nya berbunyi begini, kalau kita dengar azan double macam tuh, dan tempoh habis azan tuh mesti laa tak sama sangat kan, beza beberapa minit, kita nak kene baca doa lepas azan berapa kali ya? Lantas dia menjawab, kalau macam tuh kau kene baca tujuh kali sambil keliling bilik tujuh kali. HAHA. Ceyhh, sampai sekarang aku tak dapat jawapan laagii tau.
Dah dah. Tuh bukan tujuan utama aku post entri nieh. Aku sebenarnya cuma nak cakap, sangat letih aku pada minggu ini. Bermula dengan hari Selasa, quiz Physics I. Alhamdulillah, result memuaskan nafsu. Heyy, maksud aku, nafsu nak berjaya dan dapat result gempak gempak yer. Cepat kan madam aku mark. Then, hari Khamis (hari nie), quiz Chemistry II. Dan besok malam ada Exam Physics I pulak. Wahhh. Tak da masa berehat kerr. Kasi laa sikit waktu waktu keemasan tuh.
"Sabar ya wahai pelajar. Dah awak tuh pelajar, memang laa macam nie kehidupan nye. Kalau tak letih, tak penat, tak pening pening tuh bukan pelajar laa name nye. Tak pa, susah susah sekarang kejap jaa, nanti kesan kejayaan tuh buat kita senang senang laagi laamaaaa. Betul tak?", kata aku pada diri sendiri sambil mengangguk angguk, betul betul betul! (:
p/s : Tau post takda kene mengena dengan tajuk. Bia laa aku nak buat tajuk ape pun janji bahagia. HAHA.
Orait. LogOut of the box. Nak pegi bertemu janji sambil makan ABC nieh. Eyhh silaappp. Nak pegi makan ABC nieh, sambil sambil bertemu janji. Kira niat tujuan utama tuh nak makan ABC la en?
Thursday, July 22, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment
Sebijik comment anda amatlah berharga untuk saya.