Monday, September 27, 2010

Dear,

This post has been written on Saturday but hasn’t been published because of need to make some corrections and additions on my sentences.


Today. We breakfast together. Your Subuh calling makes me wake up early today. Tak jadi nak tidur balik lepas Subuh macam biasa sebab kena suruh pergi mandi cepat cepat. hee.


Tak sangka. Ini hari, hari last kita boleh sama sama belajar dekat CFS. Tahniah! kerana sudah graduate sebagai asasi student. Lepas nieh dah nak masuk Gombak dah kan? Tinggallah saya jer lagi dekat CFS for another semester.


Waa. Yer. Saya tahu, ade orang yang lagi jauh dari ini. Tapi nak buat macam mane, kalau dulu bila tengah call, apa yang awak dengar, saya pun dengar jugak. Tapi lepas nie, apa yang awak dengar mesti saya kena tanya, bunyi apa tuh? Kan? Kan?


Walau sedih macam mana pun kita, kita tetap kena lalui jugak kan waktu tuh. Saya cuma anggap ini satu cabaran untuk kita. Dan setiap cabaran tuh akan dapat dihadapi dengan berjaya kalau kita betol betol berusaha kan.


Dulu masa kita dekat maktab (MRSM Taiping), kita tak pernah pun tegur, tak pernah pun cakap, tak pernah pun jadi kawan. Tapi kita diberi peluang bila tanpa kita rancang, kita dapat masuk UIA sama sama. Jadi, sekali sekala kita kena laa dapat cabaran jugak kan. Cabaran tuh jugak yang mematangkan kita kan, walaupun jauh dalam sudut hati rasa sayu sangat bila melalui waktu macam nieh.


Belum lagi bila kaki saya melangkah pergi Kuantan. Kalau baru jarak Gombak ke PJ pun saya dah gundah gulana, tahan air mata, ape ntah lagi bila jarak Gombak ke Kuantan nanti. waa. Tolong laah kuat kan saya, kuat kan otot otot dalam mata saya jangan kasi air mata saya jatuh bila saya teringat waktu macam nie.


Okayy. Awak tanak tengok saya sedih sedih kan? Orait. Saya cuba untuk tanak sedih lagi. Untuk awak :)
Tengok. Saya senyum dah. Untuk awak :)


Bila saya cakap, saya nak tengok awak berjaya dulu dari saya, awak cakap tak nak. Awak nak tengok kita berjaya sama sama. Dear, I'm proud of you! Tak payah saya cakap sebab apa, sebab awak pun tahu dalam setiap apa yang awak buat, saya sentiasa bangga dengan awak.


Terima kasih sebab ajar saya cakap "Semoga berjaya". Sebab saya selalu cakap "Goodluck" dekat awak. Tapi awak ajar, lepas nie jangan cakap Goodluck lagi, cakap Semoga berjaya. Sebab kejayaan kita tuh bukan sebab luck pada diri kita, tapi ketentuan Allah jugak lepas kita dah berusaha dan berdoa.


Jadi. Semoga awak berjaya dekat Gombak nanti. Belajar rajin rajin biar sampai berjaya tau. Kita nak berjaya untuk siapa? Untuk kita kan? Jadikan tuh satu kenyataan tau awak. Pegang gulungan ijazah tuh dengan rasa penuh gembira empat tahun lagi, insyaAllah.


Takpe. Walaupun kita belajar tempat lain lain, kita tetap bawah satu nama. Nanti saya ambil gulungan ijazah saya pun dekat Gombak jugak. Kita berjaya sama sama okay.


Take care of yourself, ALWAYS tau! Makan banyak banyak biar kasi berisi lagi. I'll always remember you okay. Gonna miss you. Selalu laahh senyum untuk saya okay. :')


I nugget youuu ❤.

The best proof of love is trust.



RahmanZany

 p/s : Kawan kawan yang membaca, mohon maaf atas entri yang sedikit berperasaan pada hari ini. Ada jugak rasa segan segan sikit nak post bila teringat nanti orang baca kan cerita hati saya. Tapi takpe laa, dekat mane lagi tempat saya nak ekspresikan lagi kan. Saya pun jiwang jugak tau. Sikit sikit. hee.

2 comments:

Sebijik comment anda amatlah berharga untuk saya.