Tuesday, September 28, 2010

Sekitar kes Sosilawati, aku ke tempat kejadian.

Salam Satu Malaysia.

Kejap. Kejap. Aku ada masalah dengan ini. Kenapa sekarang tv tv dok sibuk sibuk bagi salam satu malaysia haa? Selama yang aku belajar, salam tuh ialah salam atau selamat sejahtera. Takda pulak silibus karangan PMR, SPM mahupun PhD yang aku tau stakat nie wujudnya salam satu malaysia.

Bukanlah nak berpolitik ker ape di ruangan bebas bersuara nieh, tapi cuma ungkapan tuh buat orang lagi keliru. Bukankah satu malaysia tuh maksudnya perpaduan untuk masyarakat berbilang kaum nieh. Tapi yang aku pelik, kenapa dekat kuil yang aku lalu on the way nak balik kampung hari tuh pun ada lambang 1Malaysia? Ape boleh campur campur ker bangsa mana mana pun nak masuk dalam tuh? Bila orang cina masuk dalam masjid nak sampaikan derma, dia marah pulak. Kate nak sangat satu malaysia tuh kan. Yang dia masuk tanpa tudung bagi ceramah promote itu ini dalam masjid tuh boleh pulak yer? Yang dia buat masjid putrajaya tuh jadi macam tempat perlancongan tuh boleh pulak yer? Ape cerita?

Dah. Dah. Full stop! Kalau nak cerita isu itu ini dekat sini memang panjang berjela laa alamatnya ya. Bak kata en.sani, ini bukan blog mufti mufti. haha.

Baiklah. Sambung berita tadi. Salam sejahtera. Sari berita penting. Berhubung kes pemilik empayar kosmetik, Sosilawati Lawiya, saya telah ke tempat kejadian pada hari Ahad lepas bersamaan dengan 26 September 2010 untuk mendapatkan serba serbi tentang kes tersebut.

Berdasarkan pemerhatian, aku tak nampak ape ape pun bahan bukti. Yela. Aku bukan polis ker bomba ker pegawai forensik ker ape. Cuma sekadar pemerhati bebas saje. Sedangkan wartawan astro awani pun kena duduk luar berpeluh peluh tunggu maklumat tak boleh masuk, ape ntah lagi aku yang sekadar pengkritik tetap AF9.

Berikut merupakan gambar gambar yang sempat aku ambil semasa pemerhatian ke Ladang Gadong, Banting tempoh hari.

Bomba baru keluar dari kawasan ladang nampaknya.

Cameraman tv1, tv2, tv3, berita harian, sinar, kosmo, new starits time, astro awani dan juga astro ceria sibuk sibuk la mengambil gambar lori bomba tersebut.

Siapa kata wartawan tak sibuk haa? Tengok tengok nie, wartawan wartawan sibuk bawak buku nota kulur kilir untuk dapatkan maklumat tau.

Sila lihat bangunan yang kaler merah pink pink ada polis punya rintangan dilarang masuk tuh. Haa. Tula pejabat encik Datuk yang suspek tuh. Terletak agak jauh jugak laa dari ladang dia. Berkilo kilo meter.

Inilah nampaknya kawasan Ladang Gadong tuh. Nie baru dekat luar, dekat dalam tuh tak tau laa macam mane rupenye. Tak boleh masuk kan.

Setelah cukup waktu, pemerhati pemarhati bebas sekeluarga pun bergerak ke destinasi untuk beraya dengan sedara mara.

Mengikut wartawan, setelah ditanya oleh ibu aku, mereka cakap, suspek ade dekat dalam ladang dengan polis polis. Dan setelah abah aku berbual bual dengan cameraman, abah aku juga mendapat maklumat yang sama lantas mengambil keputusan untuk tunggu sampai kereta polis keluar bawak suspek suspek tersebut.

Tapi, tunggu punya tunggu dekat sejam dekat situ pun tak keluar keluar. Jadi kami sekeluarga berangkat kaki lah dari situ sebab ada tujuan beraya di rumah sedara mara. Tengok tengok berita malam tuh, operasi siang tuh tak habis lagi sebab tempat yang diorang gali tuh penuh air. Tanah gambut en. Nasib tak terus tunggu tadi.

Abah aku cakap, "Kalau takde plan nak pergi beraya rumah sedara mara nieh memang abah tunggu sampai polis bawak suspek tuh keluar."


Sekian berita sensasi untuk hari ini. Saya Cik Izzani Zulkifle menyampaikan dari Astro Ceria 611 dan Astro pakej Mustika. Sekian, TAMAT.

1 comment:

  1. haha.sari berita penting paling tak menahan tu.terus aku teringat suara pembaca berita wanita kat radio rtm.

    ReplyDelete

Sebijik comment anda amatlah berharga untuk saya.