Sunday, October 9, 2011

Stu-Dent diary II.



Satu kegembiraan yang tidak dapat digambarkan bila ibu & abah datang Kuantan.

Okay, ayat cilok dari Facebook aku sendiri.

Semalam merupakan satu penantian. Aku menanti ibu dan abah sampai ke sini. Gembira. Serious gembira gilaa. Pagi-pagi lagi aku bangun terus message ibu tanya dekat mana dah? "Baru bertolak", ibu jawab. HAHA. Okay. Tiga jam perjalanan memang tak lama mana pun. Aku bangun, mandi, study, lunch sambil tengok movie Mat Bunga sampaaaaii laah ibu call, "Ibu dah sampai". Memang melompat lah aku pergi basuh tangan, tukar baju bagi handsome cun melecun semua. HAHAHA.

Aku turun. First, aku gembira sebab dapat tengok muka ibu dan abah depan mata. Second, aku gembira tengok kereta tersergam indah *takde la indah mane. biase-biase jer. tapi bagi aku tetap indah* HAHAHA. Yang penting, aku mudah nak pergi kelas, nak cari barang dekat bandar. Kuantan nie bukan macam KL, public transport bersepah. Public transport dekat sini, ade macam takde. So, aku pun pening kepala. HAHA.

Petang tuh, lepas check in hotel, aku, ibu dengan abah pergi ECM, shopping-shopping sikit. HEHE. Aku dapat cadar dan comforter baru. Best tak? hee. Lagi, ibu suruh beli lapik kaki kereta yang baru. Aku pilih warna biru. Amboi, biru tapak kaki kereta kau Zany oii. AHAHA.

Then, hari nie, pagi-pagi lagi dah check out. Pergi breakfast dengan ibu dan abah. Lepas tuh pergi Terminal Bas beli tiket untuk aku balik KL dua minggu lagi, InsyaAllah. Ya Allah. Ini lagi satu benda yang buat aku gembira. Aku nak balik KL dah nie. :)

Lepas tuh pergi cuci kereta kejap dan akhir sekali aku hantar ibu dengan abah pergi Terminal Bas. Tiket diorang pukul 11.30 a.m. Ibu dengan abah tak nak bawak dua kereta sebab datang berdua jer. So, balik KL naik bas jer lah. Kalau bawa adik-adik, baru bawa dua kereta. Macho gilaa kau Kancil boleh sampai Kuantan dengan gagah perkasa. HAHAHA.

Dan aku drive balik UIA. Masa mula-mula drive nak balik UIA tuh, aku sebak seketika dalam kereta. Harap dapat meluangkan lebih masa dengan keluarga. Tapi, aku fikir, tak pe lah, aku pun dah nak balik KL dah beberapa minggu lagi. Sabar. Tahan sebak itu dulu. Lagi aku sebak sebab ibu dengan abah sanggup datang bawa kereta ke sini. Beberapa kali juga aku cakap, "Terima kasih". :')

p/s: Dekat atas tuh aku paparkan sikit gambar semasa hari pendaftaran aku dekat UIA Kuantan nie hari tuh. Kelmarin, 6/10/11, genap sebulan dah aku dekat sini :)

3 comments:

  1. ehh kalau aku gi kuantan boleh la kite berdating! hehe

    ReplyDelete
  2. best nye izzani dah bwk kerete. lepas ni nak jalan, ajak-ajak lah org sebelah. :P

    ReplyDelete
  3. boleh la saya menumpang nanti.. hehehhe *evil's laugh*

    ReplyDelete

Sebijik comment anda amatlah berharga untuk saya.