Thursday, August 5, 2010

Aku tau hujan boleh buat demam. Tapi aku pedulik ape.

Pukul 6.30 pagi handphone aku bunyik bunyik. Aku geram. Aku tak tahan. Lantas aku campakkan handphone aku ke ceiling. Oh! Sebelum aku campakkan aku sempat berfikir, malam tadi aku buat alarm clock pukul 6.30, patut laa handphone aku bunyik bunyik, lalu aku tak jadi mencampakkan handphone aku.

Ya! Itu semua tipu belaka. Aku sedar alarm bunyik pukul 6.30 dan aku cuma meraba raba di bawah bantal untuk tekan butang snooze sahaja. Segala aksi aksi campak mencampak handphone adalah rekaan semata dan sehidung.

Lepas bangun aku mandi. Aku malas nak basuh baju terus, aku campak baju dekat hanger. Aku mandi sampai pukul 8.45 pagi dan aku sedar kelas akan mula 15 minit lagi. Tanpa gopoh gapah, aku siap siap dengan tenang. Oh. Lupa nak bagi tau, lepas aku snooze alarm tadi, aku bangun pukul 7.00 dan solat Subuh. Subuh gajah kate orang. =.="

Lepas tuh aku tido balik dan bangun balik pukul 8.30 pagi untuk pergi mandi. Tepat pukul 9.05 pagi, aku dah terpacak dalam kelas. Yeah! Sempat sempat.

Dalam kelas, aku sangat tak de hati. Aku asik fikir, cepat laa habis kelas. Aku nak balik rumah. Setiap 15 minit aku tengok jam, dan tiap kali aku tengok jam, aku berkata,

"Aiseh, kenapa baru lima belas minit berlalu..Oh! Tidak!.."

Aku conteng conteng buku. Sambil fikiran separa di buku, separa di rumah. Lantas lecturer berkata,


"Orait! I think we should continue next week."

Ohh! Sangat bahagia jiwa dan raga aku. Terus tutup buku. Taapii.

"I think we continue a little bit.."

Arggghh! Tidak tidak. Itu satu mimpi. Dengan lemah longlai aku bukak balik buku. Dah pukul 11.00.

Aku berlari balik blok beli spagheti dan makan dengan sedikit sopan santun dan pergi membuang air besar sebentar lantas jalan naik bas naik train dan tiba-tiba aku dah sampai rumah dengan basah kuyup.

Aku pedulik ape redah hujan lebat tadi. Janji aku sampai rumah cepat. Baru hati gembireee. (:

0 comments:

Post a Comment

Sebijik comment anda amatlah berharga untuk saya.