Maghrib tadi. Handphone bunyik. Ya, kali nie bukan alarm clock. Lagu Outlandish (I've Seen) sebagai ringtone handphone aku memekik mekik minta diangkat segera panggilan itu.
Aku tengok nama yang tertera dekat monitor kecil handphone aku. Fido mrsmT. Tiba-tiba terkesima seketika.
"Haa? Fido? Tak penah penah saje nak call tibe tibe call. Mesti ade benda penting nieh", hati aku kata.
Fido tanya dulu untuk pastikan yang aku nie benar benar Izzani,
"Hallo, Izzani. Izzani en nie?"
"A'ah. Aku laa nie. Kenape weh?"
"Ohh! Nie ade sikit berita buruk nie weh."
Bila Fido cakap macam tuh, lagi laa berderau derau jantung. Seyes. Sebab tak penah pun dia call kalau pun ade problem ker pape.
"Haa, ape dia? Kenapa? Kenapa?", aku tanya, nampak nada pun da tau nervous mase tuh.
"Kenal tak Liya kelas satu? Dia baru meninggal petang tadi."
"Haa? Liya? Betul ker nie? Liya tuh ker yang meninggal? Ape punca dia?"
Seyes. Seyes. Aku macam tak caya gilaa masa tuh. Terkejut sangat sangat. Then, Fido jawab,
"Siang tadi dia demam panas. Lepas tuh nie baru tadi kitorang dapat annoucement pasal dia."
"Owhh! Yeker. Terkejut gilaa aku weh. Tak sangka. Innalillahhiwainnailahirajiuun."
"Ermm, tula. Tuh aku inform kau. Kau tolong laa bagi tau kawan-kawan yang lain. Al-Fatihah untuk dia."
"Ohh. Okay Okay. Thanks weh bagi tau. Salam". Perbualan selama satu minit dua belas saat tadi tamat.
Kawan-kawan, ayuh Al-Fatihah sama-sama untuk arwah Liya Nordin yang telah pulang ke rahmatullah pada 5 Ogos 2010.
And today, 6 Ogos 2010 is her 19th birthday. Happy Birthday Liya. Moga Liya akan terus dirahmati Allah dan akan ditempatkan bersama golongan orang yang beriman. InsyaAllah. Amin.
Al-Fatihah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment
Sebijik comment anda amatlah berharga untuk saya.