Sunday, August 15, 2010

Pengalaman saya berbuka puasa di kampung. (Tajuk macam mase darjah satu bila cikgu BM suruh buat karangan dulu dulu)

Dekat mana aku? Dekat rumah laa. Of corse. Bak kata roqhib hari tuh. Hujung minggu aku dekat rumah laa. Menghabiskan masa bersama keluarga. Ahaa.

Aku sekarang baru jer sampai dari kampung. Ya. Dari kampung. Biasa laah. Aku balik rumah hujung minggu di bulan puasa nieh untuk nak rasa berpuasa dan berbuka puasa bersama keluarga. Macam abah jugak, hujung minggu cuti cuti abah nak jugak rasa berpuasa dan berbuka puasa dengan ibu abah ataupun untuk lagi paham, nenek ku. Jadi, untuk mengadilkan suasana, kami balik kampung. Dapat buka puasa sama sama ramai ramai. Lagi syok.

Mane tak syok nye weh. Semalam bangun bangun sahur jer, tido balik kejap lepas sahur. Bangun bangun subuh jer dah kena siap siap balik kampung. Siap pung pang pung pang, pukul 8 jugak bertolak dari rumah.

***

Pukul 1 tengah hari, lebeyh sikit sikit. Baru sampai kampung. Lama tak lama? Mane ade KL ke perak sampai lima jam. Lain laa kalau pergi Taiping bawak 40 km/h.

Ini sebabnya kami kami sempat lagi bertandang dekat Sungai Besar tengok tengok kedai baju. Kot kot ade baju berkenan. Tapi alangkah kecewanya, satu jam dalam kedai tuh, bawak satu jer beg plastik kecik keluar. Tuh pun beli cekak rambut adik aku dua bijik.

Dah sampai kampung, aku terus landing atas katil tengok TV3. Kalau bukan sebab Detective Conan mase tuh, aku dah tolong tolong da potong bawang ker pape yang patut dekat dapur dan akhirnya tertidur sampai ke petang. "Woah!Teruk gila kau Zany..", kata aku dalam hati. Nasib encik rahman pun dah paham, message lambat beno reply nye, tengah tidur nyenyak atas katil empuk laa maksudnye. Lantas encik rahman pun tertido sekali akibat menunggu message aku yang lambat beno replynye tuh. Maaf. HEHE.

Malam berbuka atok masak, Owhh. Kita orang memang panggil dua dua, atok dan nenek sebagai atok. Ayam masak merah atok, favourite semuaaa cucu cucu. Sup ayam, favourite semuaaa anak anak dan menantu menantu. Ade lagi, tempe, ikan cencaru bakar, favourite abah dari kecik sampai besar. Plus dengan makanan sampingan yang pelbagai, ade roti john, kuih pau inti kelapa, pau goreng, kuih kasturi, cucur udang,  pecal, bubur durian dan yang paling penting, laksa sebagai makanan moreh aku. (:

Kesimpulannya, aku kenyang sampai lusa.

p/s : First time puasa dan bakal raya tanpa atok tan. Sedeyh. :(
Al-Fatihah buat arwah Haji Sidek bin Haji Arshad.

0 comments:

Post a Comment

Sebijik comment anda amatlah berharga untuk saya.