Monday, August 16, 2010

Pengalaman aku terkoyak kulit muka dan lapisan paling atas anak mata.

Tajuk macam seram kan? Serious seram. Ini bukan cerita dongeng.

Semalam. Aku berada dekat Taiping Sentral. Aku rasa sangat tak tahan nak buang air kecil. Mase tuh aku bersama dengan dua orang lagi kawan aku. Kami bertiga sama sama tak tahan nak buang air kecil. Dan sedang menunggu toilet di Taiping Sentral.

Tapi, alangkah sedihnya kami sebab ramai sangat orang dekat toilet tuh. Lantas, salah sorang dari sahabat aku tadi berkata, "Kita pergi toilet dekat Tesco laa. Kan sebelah jer..". Ya tak ya jugak. Tesco kan sebelah Taiping Sentral jer. Lalu berjalanlah kami bertiga ke Tesco dan melepaskan hajat tersebut.

***
Tiba di rumah. Ade abang sedara aku. Tapak tangan die macam kena jahit dengan benang warna hitam garis garis penuh satu tapak tangan. Seram jugak mase tengok tuh. Dia cakap tuh sebab buatan orang. Tiba-tiba jer tangan dia tumbuh benang benang tuh jadi macam satu bentuk jahitan.

Aku pergi ke dapur. Aku masukkan segenggam jagung dalam air masak. Ini aku tak tau apa tujuannya. Tiba-tiba air tuh jadi mendidih didih, berbuih buih. Dan terpecik sedikit ke muka aku. Aku cepat cepat masuk bilik tengok muka aku. Bila aku pegang pipi aku, kulit muka aku jadi terkoyak dan boleh digentel gentel macam plastesin.

Bila aku bukak mata pulak, mula mula macam biasa jer. Tapi lama lama timbul satu garisan dekat tengah tengah anak mata warna hitam tuh, dan lapisan mata tuh terbelah jadi dua. Atau dengan kata simple, terkoyak jugak. Aku macam tak percaya. Aku tutup balik mata. Bila bukak jadi macam biasa, tapi lama lama jadi balik garisan tuh dan lapisan mata aku terkoyak lagi.

Waaaaaa. Rasa macam nak meraung sangat mase tuh. Aku dah terpikir, ape yang aku kena nieh mesti same kes dengan abang sedara aku tadi.

Aku cuba anggap benda nieh mimpi. Aku pergi mandi. Kalau aku rasa sejuk, aku tak mimpi laa maksudnya. Aku cuba yakinkan ini satu mimpi. Tapi tak. Aku sedar mase tuh. Aku rasa suasana sejuk mase tuh. Cepat cepat aku pergi jumpa ibu aku.

"Ibu, tengok kulit dengan mata kaklong nieh. Kenapa jadi macam nie?"

"Owhh! Takpe takpe. Benda macam nie biasa berlaku. Nanti ibu bagi tau macam mana nak buat."

Wah. Tenang sikit mase tuh bila ibu cakap macam tuh. Selaku ibu, beliau akan cari jalan terbaik untuk menenangkan anaknya.

Tiba tiba ada bunyi datang dari belah kiri aku. Bunyik tuh serious sama macam suara Alvin and The Chipmunks tuh. Aku bukak mata. Jantung aku berdegup degup laju. Laajuuu sangat. 80 km/h aku rasa. Lantas aku bersuara, "Fuhh! Legaa. Ya Allah! Alhamdulillah. Aku cuma mimpi rupanya."

Terima kasih alarm clock kejutkan aku. Lalu aku sambung tidur semula.

5 comments:

  1. kau berjaya bikin aku gabra, makcik!
    heee

    ReplyDelete
  2. maaf hani. lain kali aku buat lagi. HEHE.

    ReplyDelete
  3. kan kan ecah. seyes ngeri. tanak tidur dah lepas nieh.

    ReplyDelete
  4. sengal gila izzani!!! ciss wehh

    ReplyDelete

Sebijik comment anda amatlah berharga untuk saya.