Friday, February 10, 2012

10 kelebihan Twitter berbanding Facebook.

  • Kurangnya gejala meluah perasaan jiwang jiwang sayang ketat ketat bagai di laman sosial. Sebab kalau kau luah pun, orang tak layan.
  • Dapat mengawal amarah manusia. Sebab kalau nak marah marah maki hamun carut marut pun, space tak cukup. Kau boleh tulis 127 huruf termasuk spacing jer sekali post.
  • Kurangnya melihat gambar-gambar yang tak patut. Sebab kalau kau post gambar pun, gambar tak terpampang dekat so-called wall.
  • Terhindar daripada gejala-gejala invitation Farmville, Fishville ker ape ape -ville lah yang sangat annoying itu.
  • Boleh mengelakkan diri daripada tertekan link link virus yang err entah apa apa.
  • Dapat bersembang dengan kawan-kawan dengan lebih selesa kerana kurang gangguan seperti like setiap comment kau, dan gangguan comment comment yang merepek repek.
  • Dapat mengurangkan diri sendiri daripada masalah suka stalk atau pun di stalk. Sebab takde ape pun kau nak stalk melainkan kau rajin baca semua perkataan yang ada.
  • Mengurangkan kerunsingan sebab dekat so-called wall hanya lah perkataan. Takde lah serabut sangat dengan gambar lah, video lah, link lah, status lah.
  • Mengurangkan masalah bahasa rewmpiwt. Sebab kalau kau tulis bahasa rewmpiwt seperti "aq naq pewgi kewlas niewww" memang Fufufufufu!
  • Boleh capai cita-cita nak jadi ahli falsafah. Asal entah aku cakap nie. Maybe sebab aku ada terbaca, "kalau nak jadi ahli falsafah kena ada twitter". ahaha. kelakar jugak lah.
Tapi, kalau nak list out kebaikan, sebenarnya aku rasa banyak lagi kelebihan pada Facebook yang Twitter tak ada. Kalau nak kata nak cari quotes, banyak lagi dekat Facebook. Kalau nak baca articles, banyak lagi dekat Facebook. Kalau nak sembang-sembang, Facebook ada chat, Twitter tak ada. Senang kata, Facebook tuh sendiri dah boleh jadi blog, tumblr, twitter etc. Laman sosial yang lengkap.

Yelah. Sedangkan Twitter pun ada button "Post your tweet on Facebook". Sedangkan blog pun ada button "Like for Facebook" dan "Share this on Facebook". Even Youtube pun ada button "Share this on Facebook". Dan paling penting, tanpa Facebook, tak famous lah Najwa Latif dengan Cinta Muka Buku tuh. HAHA. 

Dan aku rasa kan orang yang ada twitter mesti yang pakai smartphone. Blackberry mostly, Android, Ipad or Tab. Sebab diorang macam boleh tweet setiap masa dan boleh tau perkembangan dekat tweet setiap masa. Untuk yang takde smartphone macam aku nie, memang tak tau perkembangan sangat lah.

Dah dah. Aku saja kasi pendapat tak bertauliah aku. Takyah nak deactive account Facebook korang pulak. Sebab memang sesungguhnya Facebook memang ada lagi macam-macam. Tapi, sebab macam-macam itu lah, on certain part, Twitter ada kelebihan sikit.

Rasa macam buat Argumentative Essay Level 6 dulu pulak. Siap ada refutation haa. Kbai.

Alamak. Smart pulak kasut nie. Kasut idaman dari dulu lagi nie. Cuma tak kesampaian lagi. AHAHA.

2 comments:

  1. aku orang Indonesia, tak terlalu faham tapi aku tahu kesimpulannya. Terima kasih atas informasinya

    ReplyDelete

Sebijik comment anda amatlah berharga untuk saya.